Followers

Friday, December 27, 2013

Susah Tidur Malam - Doa dari Surah Al-Kahfi


Susah tidur malam mendatangkan stress dalam diri. Pusing kanan dan kiri, tukar bantal, ubah posisi, semuanya serba tak kena. Mata cuma mampu dipejam tapi tak mampu untuk lena selayak orang yang sedang tidur. Sedar-sedar dah pagi. 

Stress tak boleh tidur

Banyak petua dan amalan yang dikongsi untuk membantu mereka yang bermasalah seperti ini. 

Namun, yang saya mahu kongsi ini diambil dari ibrah pemuda Kahfi. Di sebut dalam satu surah yang sangat afdhal dibaca setiap hari Jumaat. Tak kira malam atau pagi. Sesiapa beramal dengannya, Insyaallah akan terselamat dari fitnah Dajjal.

Doa untuk orang yang susah tidur:

Amalkan surah Al-Kahfi ayat 11, 

Allah menidurkan pemuda-pemuda ini dengan menutup pendengarannya, sehingga beberapa tahun yang terbilang. Yang disebutkan dalam Al-Quran adalah 300 tahun dan lebih. Secara tepatnya, Wallahua'lam.

Amalkan dengan istiqamah dan yakin. Dengan harap pada Allah yang menghidupkan dan mematikan, yang menidurkan dan mengejutkan.

Doa ini dikongsi oleh Ustaz Muhammad Al-Amin dalam segmen Pesona D'Zahra, IKIM.fm.

Semoga membantu kita tidur dengan lena dan berkualiti. Bangun segar esok pagi. Meneruskan tugas hakiki sebagai khalifah dan hamba di muka bumi. 







Thursday, December 26, 2013

Turunkan Kolesterol Dengan Omega Guard Shaklee



Muda, kurus, hensem tapi kolesterol tinggi??

 "Kak, saya nak tanya produk untuk turunkan kolesterol. Saya ada baca kat blog akak. Berkesan ke Omega Guard ni kak?"

Jawab saya, "Omega Guard terbaik untuk turunkan kolesterol. Rendahkan paras trigliserin. Akak pun ada amalkan juga. Untuk lebih baik, amalkan Omega guard bersama Garlic. Ia akan turunkan LDL, dan kekalkan paras HDL."
Panjang lebar akak terangkan. Penerangan mampu diberi dengan baik sebab akak dah baca buku nutrisi, vitamin dan mineral bab Omega-3.
"Ooo..macam tu ye kak. Saya risau ni. Saya baru 24 tahun. Muda lagi. Tapi baru ni buat check up, kolesterol saya dah 11. Melampau tinggi. Padahal saya bukan gemuk pun. Kurus, tapi kolesterol tetap juga tinggi. Sebab tu saya nak cari produk yang bagus untuk selesaikan masalah saya ni. Tak mau jadi lebih teruk nanti."
Kurus bukan jaminan untuk sihat. Tak semestinya orang kurus akan lulus medical check up tu ye. Ramai yang sangkut bila semak paras kolesterol. Kolesterol yang tersimpan dalam badan banyak bergantung pada cara pemakanan dan gaya hidup.
Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi, pakar nutrisi juga doctor akan mencadangkan supaya ubah cara makan dan cara hidup. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan berkolesterol tinggi. Cari masa untuk beriadah dan bersenam. Kemudian, lebihkan makan ikan dan amalkan Omega-3.


Periksa kesihatan selalu. Pastikan degupan jantung terkawal dan normal. Nyahkan LDL!

*Nak senang, cari Omega Guard Shaklee. Kandungan DHA dan EPA di dalamnya sangat tinggi. Dibuat dari minyak ikan tulen. (Bukan minyak hati ikan).

Omega Guard dan Garlic untuk menurunkan kolesterol.
Nak order Omega Guard + Garlic berserta konsultansi percuma? Atau nak jadi ahli Shaklee berpengetahuan?

 
NAK TURUNKAN KOLESTEROL SEGERA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 
 
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK

Saturday, December 14, 2013

Pencuci pinggan untuk kulit sensitif

 

Tangan merah-merah menggelupas akibat cuci pinggan?


Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Bila tuang sabun pencuci kat tangan, rasa panas semacam je kan. Sebab tu lah kulit rasa pedih-pedih dan menggelupas. Untuk yang berkulit sensitive, terpaksa bersarung tangan ketika mencuci kan?
 

Kena pakai sarung tangan dulu!
 
Kalau tak, akibatnya macam tangan di atas. Menggelupas, kering dan pedih. Kemudian, nak buat kerja lain pun dah susah. Nak makan susah, nak masak susah, nak usap anak pun susah juga.
 
Apa pilihan yang ada? Sebagai surirumah, memang tak boleh lari dari tugas ini. Pinggan mangkuk periuk  belanga tetap perlu dicuci, setiap hari!
 
Pilihan yang ada adalah dengan menukar pencuci pinggan.
Pencuci pinggan yang selamat untuk orang berkulit sensitif mestilah yang: 
 
  • Tidak bertoksik, dari bahan semulajadi
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

  •  

    Ciri-ciri di atas ada pada Get Clean Dish Wash Concentrate Shaklee.


    Keistimewaan Pencuci Pinggan Shaklee

     Selain ianya sangat sesuai untuk kulit sensitif, ia juga sebenarnya sangat ekonomi.

    Sebab?
    Namanya pun Dish Wash Concentrate. Maknanya, kandungannya sangat pekat. 2-3 titik dish wash ini boleh menghasilkan buih yang sangat banyak. Buih ini lembut pada tangan, bau harum dan boleh mencuci sehingga 10 biji pinggan tau. Minyak-minyak pun senang tanggal. Saya dah cuba. Dan saya sangat sukakannya. [Boleh main buih-buih harum.] Selamat juga untuk anak-anak.



    Lagi best sebab ia juga Mesra alam kerana:

    • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
    • Biorosot
    • Tanpa fosfat
    • Bungkusan boleh dikitar semula
    • Tanpa bahan pewarna
    • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
     Nak cucian yang berkilau, mencuci bersinki-sinki pinggan, disamping memelihara tangan dan menjaga persekitaran, saya tak pilih lain selain dari Get Clean Dish Wash dah :)
    Sangat berguna ketika kenduri kendara. Senang nak cuci banyak-banyak pinggan dan pinggan yang banyak minyak.

    Serious jimat. dan serius juga ia sangat besttt. Lembut je tangan. Lepas makan pun basuh tangan guna sabun ni.

     
    Bersih dan hijau :)
    (Clean and Green)


    Nak Cuba?
    Boleh kontek saya bila-bila masa.
    Dah cuba mesti rasa rugi tak cuba awal-awal.


    NAK CUBA PENCUCI PINGGAN BEST NI?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
     
     
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    (Nyesal pulak tak cuba awal-awal)
    

    Thursday, December 12, 2013

    Nak kurus cepat, perlukan cukup VITAMIN!

    Masyarakat Malaysia terdedah kepada masalah kegemukan yang sangat serius! Tak hairanlah produk kuruskan badan berlambak di pasaran. Malah, ia mendapat sambutan hangat. Dengan taktik promosi yang menarik dan mendesak, lebih ramai orang terpengaruh untuk jadi KURUS DENGAN CEPAT.

    Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak sedar bahawa berat badan boleh dikurangkan dengan hanya mengubah gaya hidup -- terutama dari segi pemakanan. Di zaman ini, ramai yang memilih makanan segera atau makanan yang telah diproses yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegemukan.  Makanan segera/diproses telah kehilangan banyak nutrien penting ketika proses penyediaan dan pengilangan. Lebih parah, tak ramai yang mengambil masa membaca label 'ingredients' dan maklumat nutrisi pada pek makanan. Walhal, di sinilah kunci untuk menilai nutrisi yang ada beserta kalori setiap makanan.

    Menurut WHO, kenaikan berat badan atau obesiti adalah salah satu akibat buruk dari pengambilan makanan diproses/ makanan segera. Ia lebih buruk sekiranya kurang sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian. Bukan sekadar jadi lebih gemuk, pemakanan moden ini turut menyumbang kepada masalah kerosakan hati, kanser, dan strok!

    Jadi, nak kurus, harus bagaimana?
    Kesedaran mengenai nutrisi harus ada. Pengambilan nutrien mencukupi dalam diet harian mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ia boleh di dapati sama ada dari makanan harian -- lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, pilih makanan yang dimasak tanpa minyak dan santan, dan lebih baik jika mampu makan makanan organik.

    Alternatif untuk mendapat vitamin dan mineral mencukupi adalah melalui supplemen. Supplemen pula haruslah yang semulajadi, mudah diserap dan memenuhi keperluan harian mengikut piawai badan kesihatan antarabangsa. Tak ada guna vitamin yang susah diserap oleh badan, ia hanya menambah beban buah pinggang.

    Bagi saya, saya pilih Multivitamin Shaklee aka Vitalea.  Ia multivitamin pertama di dunia dan masih dikeluarkan sehingga hari ini.

    Vitalea mengandungi kesemua vitamin dan mineral penting yang mengikut kadar keperluan yang sesuai (proportion nya juga seimbang).

    Lebih sihat, cepat kurus, dan dijamin SELAMAT.



    Fakta nutrisi Vitalea daripada Datasheet Shaklee


    Berhati-hati memilih produk kurus. Pentingkan yang penting dan lengkapkan ilmu di dada supaya tidak mudah terpedaya dengan testimoni semata-mata.

    Nak kurus dengan cepat dan sihat, hubungi saya untuk konsultansi percuma.

     
    TAK SABAR NAK KURUS DENGAN EFISIEN CARA SIHAT?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
     
    


    Sunday, December 8, 2013

    Hamil lagi selepas 4 tahun menunggu...Alhamdulillah

    Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hasrat untuk hamil lagi dimakbulkan selepas 4 tahun melahirkan anak kedua. Baru semalam saya mendapat khabar gembira yang tak disangka ini dari pelanggan yang saya kasihi :). Curious jugak mula-mula dia whatsapp dan tanya sama ada vitamin set kesuburan tu boleh teruskan tak ketika mengandung. Lepas tu tanya macam-macam tentang vitamin untuk ibu mengandung. :)
     
    Rupa-rupanya....
     
    SET SUBUR SHAKLEE TESTIMONI
    Berjaya hamil! Alhamdulillah.


    
    Ada 2 line merah kat UPT! Positif hamil! Alhamdulillah.
     
    Dari bulan Julai lagi customer saya yang sebelum ni cuba set kecantikan kulit (Vitamin E + BComplex + Vitamin C) bertanyakan tentang set kesuburan Shaklee. Kemudian bulan Nov beliau memesan GLA complex, Zink, Vitalea, dan BComplex untuk melengkapkan vitamin sedia ada untuk kesuburan suami isteri.
     
    Sunnatullah orang berusaha, pasti Berjaya. Dengan izin Allah jua.
     
    Nota: Beliau pernah keguguran, mengandung luar rahim dan dibuang sebelah tiup fallopionya. Subhanallah Allah masih memberikan peluang untuk hamil.
     
    Cerita ini saya kongsi sebagai motivasi kepada pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat. Teruskan usaha. Teruskan berdoa. Mudah-mudahan berhasil, Insyaallah :)
     
    Doakan customer saya ni ye. Semoga kehamilannya dipermudahkan hingga melahirkan cahaya mata yang sangat diinginkan ini. Moga anak yang bakal lahir sihat, selamat dan membawa kebahagiaan untuk ibu dan ayah, di dunia sampai akhirat.
     
    *Mahu cuba set kesuburan Shaklee, boleh hubungi saya untuk konsultansi. Konsultansi percuma sahaja :).

     
    NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK

     
    DISCLAIMER:
    Perlu diingat, set kesuburan ini memang untuk meningkatkan peluang kehamilan, tetapi tiada jaminan yang dapat saya berikan yang puan akan hamil segera. Semua dengan izin Allah jua.
     
     

    Saturday, September 21, 2013

    Kulit Berkedut, Rambut Beruban: Untuk Di atasi atau disyukuri?

    Kulit berkedut terutama di bahagian wajah umpama mimpi ngeri seorang wanita. Kedut di dahi, bawah mata, sekitar bibir, dan pipi yang agak menggeleber diusap dan jadi kerisauan setiap hari. Kadangkala lelaki juga sama. Kedutan-kedutan itu menampakkan wajah yang berusia, hilang keremajaan, pudarnya kecantikan, dan hilang juga puji-pujian.

    Dalam pada kita menumpukan pada kecantikan, saya tersedar pada satu kenyataan yang dikongsi dari rakan usrah fitrah di IKIMfm. Katanya, berkedut dan beruban adalah satu nikmat dari Tuhan. Tanda panjang sudah umur kehidupan di dunia. Ia sesuatu yang patut disyukuri setelah lama tenggelam dalam nikmat yang panjang. Subhanallah. Ada insan yang berfikir begitu di kala ada orang kalut berfikir, "macam nak hilangkan kedut ni, tak cantiklah!". 
    [Iklan-iklan pun banyak yang tayang perempuan stress sebab tak cantik kan? Kesian kita dimainkan emosi oleh mereka yang mencari untung semata.]

    Kulit yang berkedut, rambut yang beruban seharusnya menyedarkan kita pada satu peringatan. 5 perkara yang harus direbut sebelum ia hilang.
    1. Waktu muda sebelum tua
    2. Waktu sihat sebelum sakit
    3. Waktu hidup sebelum mati
    4. Waktu lapang sebelum sempit
    5. Waktu kaya sebelum miskin
    Perkara 1-3 ada kaitannya dengan perubahan fizikal yang kita alami. Bermula dengan satu tanda bertambahnya usia, apa pula langkah seterusnya? Cari produk untuk menghilangkan kedutan dan menghitamkan kembali rambut yang mula blonde dan putih? Atau muhasabah akan masa yang telah berlalu dan berusaha memperbaiki diri, kesihatan fizikal dan rohani?

    Apapun produk yang dipilih untuk 'menghilangkan  kulit berkedut dan rambut beruban', intinya terletak pada niat. Untuk cantik semata, atau untuk jadi sihat dan meneruskan janji seorang hamba melaksanakan perintah Allah Yang Maha Esa. Moga kita bermula dengan niat yang baik, diberikan kebijaksanaan memilih produk yang selamat, berkesan, berbaloi tanpa terpengaruh pada iklan semata-mata. 

    Sekadar cetusan ilham untuk difikirkan bersama :)

    Monday, September 2, 2013

    Kebaikan Set Bersalin Shaklee Yang Perlu Dimiliki Semua Ibu

    Set Bersalin Shaklee pilihan ramai ibu berpantang di Malaysia. Ia bagaikan satu fenomena. Kebaikannya tersebar hingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia -- satu Nusantara! Respon ibu-ibu selepas menggunakan vitamin semulajadi ini hampir sama. Semuanya gembira, puas hati dengan pelaburan sedikit yang memberikan banyak keuntungan dan kebaikan tak terduga.

    Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu berpantang

    • Tenaga pulih dengan cepat. Malah ada yang cakap, lepas guna vitamin ni, tak rasa macam berpantang. Lagak tak seperti orang baru bersalin. Cergas! Perbezaan ketara didapati bagi ibu yang pernah bersalin tanpa menggunakan set bersalin Shaklee dengan kelahiran yang menggunakan sepenuhnya set berpantang yang hebat ini. Kata mereka, ruginya tak kenal Shaklee dari awal.
    • Seri wajah kembali dalam beberapa hari lepas bersalin. Maklum lah orang tengah pantang ni biasanya nampak pucat tak bermaya. Kerana kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan, tenaga yang digunakan untuk meneran, dan juga berjaga malam melayan orang baru.
    • Luka bersalin samada bersalin normal atau ceaser, kering dengan cepat.
    • Berat turun secara konsisten
    • Insyaallah penyusuan juga lebih mudah. Ini kerana nutrien yang didapati daripada set berpantang dan menyusu ini membuat ibu berasa lebih tenang secara emosi yang mempengaruhi pengeluaran susu, serta tambahan kalsium, ESP dan alfafa yang menjadi penggalak kepada penghasilan susu. Senang hati kan bila boleh menyusukan dan baby kenyang, tidur nyenyak tanpa banyak ragam?
    • Kulit lebih mulus dan bersih. Ini kerana adanya B-Complex yang membuat kulit lebih bermaya, dan ESP yang menjadi protien utama yang menjaga, memulihkan dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat.


    Kebaikan Set Besalin Shaklee Untuk Suami

    • Isteri sihat, suami bahagia kan? ;)
    • Tak perlu mencium bau-bau tidak menyenangkan seperti jamu-jamu.  Isteri tetap wangi!
    • Jimat banyak! Ini kerana satu set berpantang Shaklee ni boleh tahan sehingga 4 BULAN. Beli sekali, pakai lama. Kebaikannya pun banyak. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Suami pun boleh tumpang makan sekali tau!
    • Set bersalin Shaklee selamat dan tiada kesan sampingan yang membahayakan buat ibu mahupun bayi. Ia dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Selamat dan tiada kesan sampingan sepatutnya menjadi FAKTOR UTAMA dalam setiap pilihan belian, kerana sekali terlanjur membeli ubatan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, sesal tak sudah. Ia mengancam nyawa dan kesihatan dalam jangka panjang.

    Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Bayi

    • Tiada kembung
    • Menyusu dan kenyang lebih lama
    • Bayi Shaklee mendapat nutrien penting dan kritikal di awal tumbesaran dari susu ibu
    • Berat bayi bertambah dalam kadar yang selamat -- tiada obesiti ye apabila bayi menyusu sepenuhnya dengan susu ibu.

    Inilah dia set bersalin dan menyusu Shaklee yang patut dimiliki semua ibu.


    Set bersalin basic untuk berpantang.


    Set berpantang dan menyusu yang lengkap.

    TAK SABAR NAK BERPANTANG DENGAN SET PANTANG POPULAR NI?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.



    Sunday, August 25, 2013

    Testimoni Set Kesuburan Shaklee: Hamil selepas 2 bulan

    Assalamualaikum.
     
    Saya suka sangat tengok gambar baby. Comel dan menenangkan. Maklumlah ahli syurga. Untung ibu ayah yang direzekikan menjaga mereka.
     
    Namun, yang belum ada rezeki menimang cahaya mata, usah leka berduka. Insyaallah saat bahagia kita akan tiba juga. Asalkan terus berusaha dan berdoa.
     
    Di sini, sekali lagi saya ingin berkongsi. Kongsi testimoni pengguna Set Kesuburan Shaklee dan Alhamdulillah hamil selepas 2 bulan menggunakannya. Testimoni ini saya petik dari archive FB Geng Pengguna Shaklee :)
     
     
     
    Testimoni dari customer Ibu Iman:
    Latar belakang customer -- hormone tidak stabil, period tak teratur. Juga mempunyai masalah keputihan teruk.
     
    Jadi, untuk membetulkan kembali hormone, vitamin terbaik dari Shaklee ialah GLA Complex. Untuk masalah keputihan pula, aLfafa. Alfafa  ni teman rapat wanita tau. Selain merawat keputihan, alfafa juga bertindak ala-ala kacip Fatimah, merapatkan keintiman wanita. Suami tentu suka :)
     
    Kesan dari pengambilan GLA Complex, mungkin kitaran haid atau jumlah hari haid bertambah dari biasa di awal pengambilan. Ia dipanggil krisis pemulihan. Pelanggan tak perlu risau :) Detik awal dalam meningkatkan kesuburan serta meningkatkan peluang hamil.
     
    Langkah seterusnya, makan BComplex (bekalan asid folik) untuk persediaan Rahim menerima janin  baru. Kemudian bagi kesuburan suami pula, zink dan Vitamin E untuk menambah bilangan sperma dan meningkatkan motility dan mobility sperma tersebut. Banyak juga kes di mana suami mempunyai bilangan sperma yang banyak tetapi kualiti sperma tidak memuaskan. Jadi, vitamin E dan zink adalah wajib bagi suami :)
     
    Apabila isteri tidak hamil dan pasangan sama-sama inginkan cahaya mata, maka usaha pun perlu bersama-sama. Masalah kesuburan sebenarnya bukan masalah isteri isteri sahaja, malah sebenarnya melibatkan suami juga.
     
    Jadi, inilah set kesuburan Shaklee yang saya sarankan pada customer yang mahu berusaha hamil:
     
     
    Berminat mahu dapatkan set subur ini bersama aturan makan untuk merancang kehamilan serta doa pilihan, boleh hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu :)
     
     
    NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR NI?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

     
     
     
     
     
     

    Thursday, August 15, 2013

    Ubat darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi Yang Berkesan Untuk Ayah Saya

    Ayah saya pemakan tegar ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi. Kat cabinet dapur tu penuh dengan ubat-ubatan beliau. Bertahun-tahun ulang alik hospital ambil ubat. Risau saya melihatnya. Ye lah, pengambilan ubat-ubatan secara berterusan kan tak elok. Takkan nak terus-terusan bergantung kat ubat-ubat ni tanpa usaha nak kawal dan pulihkan.
     
    Tekanan darah tinggi boleh dikawal dan dicegah dengan menjaga pemakanan, bersenam, dan elak stress. Dari segi pemakanan, pengambilan minyak ikan atau omega-3 sangat bagus bagi mereka bermasalah serupa. Oleh kerana itu, saya tak pernah  lupa untuk bawa balik Omega Guard untuk ayah. Dengan harapan keadaan beliau akan makin pulih, dan boleh tinggalkan ubat-ubat tu.
     
    Sebenarnya saya sangat risau bila ayah dah kena darah tinggi ni. Kadangkala dia pening dan rebah tak semena-mena. Paling risau sebab ayah selalu berulang alik naik motor ke masjid. Bila datang peningnya, boleh terbabas. Pernah juga dia ke masjid jalan kaki. Ada ketikanya beliau akan berhenti kat mana-mana wakaf tepi jalan sebab pening tak boleh nak jalan. Kena berhenti dan baring sekejap.
     
    Balik raya hari tu (cerita raya lagi), ayah tanya, mana Omega Guard dia sebab yang ada kt rumah tinggal 2 biji je lagi. Mak sambung lepas tu, "Lepas selalu ambik Omega tu ayah dah kurang peningnya. Bulan puasa ni baru sekali dia pening," perkembangan yang sangat bagus ni! Alhamdulillah. Pening berkurang petanda kolesterol berkurang dan tekanan darah dah turun.
     
    Seperti biasa, saya bawa balik juga Omega Guard kali ni.
     
    Omega Guard aka minyak ikan dari Shaklee untuk kurangkan kolesterol dan turunkan tekanan darah tinggi.
     
    Apalah harga sebotol omega dibanding dengan seorang ayah :)
     
    Cintai keluarga, cintai ibu bapa.
     
    Nak order untuk ibu ayah tersayang boleh hubungi saya. Saya akan bagi konsultansi percuma sebelum beli dan selepas beli ye :)
     
     
    NAK TURUNKAN KOLESTEROL MACAM AYAH SAYA?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

    Wednesday, August 14, 2013

    Sakit Urat Selepas Bersalin

    Sakit Urat Selepas Bersalin, Telan sebiji AJHT je sehari

     
    Tema sakit urat pulak minggu ni. Haritu cerita sakit urat kaki, ni cerita sakit urat selepas bersalin. Saya dapat inspirasi dari cucu saudara ayah yang masih berpantang, singgah beraya di rumah dan beli AJHT untuk sakit urat (kalau dengan saya jadi apa eh? cucu sepupu ye?).
     
    Sembang-sembang raya, sambil makan durian (orang baru lepas bersalin makan duriannnn). Maklum ler, raya ke-5.  Ketupat rendang nasi himpit sate semua dah habis kan. Dah habis makan, nak basuh tangan tetamu kena masuk dapur cari sinki sendiri. Hehe. Kebetulan kat situ ada Dish Wash Shaklee yang berbuih banyak dan wangi tu. Dari situ lah dia tau saya guna Shaklee. Bukan takat guna je, dah jadi ahli, dah jadi ejen Shaklee yang Berjaya gitu ;p
     
    Dari sembang raya, masuk pulak topik Shaklee ni. Katanya dia pun ambil Shaklee untuk pantang. ESP, Ostematrix, dan Alfafa. Susu melimpah ruah, sampai basah lantai katanya :) (tuan dia tak perasan susu dok meleleh).
     
    Dah ada vitamin untuk menyusu, dia tanya sekali supplemen untuk sakit urat. Orang baru bersalin kan selalu sakit-sakit urat dan nak kena berurut.
     
    Dia nak beli AJHT untuk diri sendiri sebab kak longnya pun makan AJHT dan sangat puas hati. Lega sakit-sakit urat, lepas makan sebiji AJHT sehari. Sebiji je sehari ye :)
     
    Dah rezeki beli untuk ayah sakit lutut hari tu, terus beli banyak-banyak AJHT. Mana tau orang beraya tanya ubat sakit urat, boleh la beraya sambil mengurat, eh sambil legakan urat dengan supplemen semulajadi. Jadi, cucu sepupu pulang dengan gembira selepas dijamu durian dan dapat bekal durian DAN AJHT Shaklee untuk sakit urat :)
     
    Puan-puan yang baru bersalin nak cuba AJHT ni boleh call saya cepat-cepat ye. Ada tawaran istimewa menanti. Terlepas rugi ;)
     
    Suami prihatin pun jangan ketinggalan hubungi saya untuk dapatkan AJHT untuk isteri tersayang yang bersusah payah melahirkan :)
     
     
    NAK HILANGKAN SAKIT URAT?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

     
     
     
     

    Tuesday, August 13, 2013

    Sakit Urat Kaki: AJHT dan Ostematrix jadi penawar

    Sakit urat kaki di hari raya. Ini cerita saya sendiri. Entah macam mana tak perasan tersalah urat. Almaklum dok sibuk angkat air dan juadah buat tetamu yang datang bertandang. Masa semua orang ada memang tak terasa. gembira sangat gamaknya.
    Sakit urat kaki mula terasa waktu solat. Susah sangat nak duduk antara dua sujud. Tak boleh lipat kaki. Ya Allah sakit sangat. Pedih pun ye. Nak bangun berdiri tegak lepas tu pun terhegeh-hegeh. Nah, macam ni lah gamaknya orang-orang tua rasa. Sukar nak berjalan, nak berdiri, nak solat, nak bergerak.
    Akhirnya, mak ajak pergi berurut. Tapi....malu la pulak nak pergi berurut. Sure sakit. Seboleh mungkin nak tangguh dulu biar sembuh sendiri. Manalah tahu urat terbelit sebab tiba-tiba makan pagi kan selepas sebulan puasa tak makan..hehe. Dari tangguh sehari, masuk dua hari dan 3 hari. Setiap hari dok gosok-gosok sendiri je. main agak-agak je la urut kat mana rasa tegang. Dari tapak kaki, betis, peha dan punggung. Lepas tu rasa kurang sikit. Tapi esoknya rasa lebih sakit dari semalam -- dan bengkak pulak tu.
    Ah tak boleh jadiii. Kena buat sesuatu. Akhirnya, telan 3 biji ostematrix dan sebiji AJHT (Advanced Joint health Tablet). Duduk diam dan tidur. Esoknya, Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Nak duduk bangun pun senang. Paling penting, duduk antara dua sujud, sempurna seperti selalu. Normal. Tak ada rasa sakit lagi. Sungguh sihat itu nikmat.
    Siapa sangka, AJHT yang dibawa pulang di hari raya untuk ayah yang sakit lutut akhirnya berguna untuk diri sendiri yang sakit urat tanpa sengaja. AJHT dan ostematrix, seperti yang telah saya huraikan kelebihan dan kegunaannya menjadi 2 vitamin penting untuk mereka yang mahu mencari penawar masalah sendi dan urat.

    Masalah sakit urat sakit sendi ni, orang muda macam saya pun boleh kena. Kawan saya pun ada cerita masalah yang sama, dan penawarnya juga sama. Hehe. Tak caya dengar ni:



    NAK HILANGKAN SAKIT URAT DAN SENDI?
    ********************************************************************
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

    Message saya di fanpage Young & Generous.
    Hubungi saya cepat-cepat kalau nak tau tawaran istimewa :) Terlepas nanti rugi pulak!

    Monday, June 24, 2013

    Pengalaman manis saya dengan Shaklee: Beli vitamin Shaklee untuk kawan

    Saya ada banyak pengalaman menarik selama bergelar pengedar Shaklee. Semuanya manis-manis. Ada kisah pelanggan, ibu ayah, kawan-kawan terdekat, rakan seShaklee yang kebanyakannya memberi inspirasi. Malah ada juga yang membuat saya termenung, merenung jauh ke dalam diri. Benarlah kata Saidina Ali, seorang muslim adalah cermin kepada muslim yang lain :)

    Kali ini saya kongsikan kebaikan hati seorang sahabat yang memesan Shaklee, untuk dirinya dan berbagi dengan kawan baiknya. Kali pertama saya jumpa pelanggan yang beli untuk kawan guna duit sendiri.

    Puan Sadiah, mula menjadi customer saya apabila beliau memesan set D (set kulit) untuk anak terunanya. Maklum saja remaja, mesti banyak naik jerawat kan sebab hormon sedang bercelaru masa ni ;).

    Kemudian, dia berhubung lagi dengan saya bertanyakan perihal vitamin untuk orang berpantang. Ingatkan beliau sendiri yang dapat anak baru...rupanya bertanya bagi pihak. Risau sangat dengan kawannya yang baru bersalin ceaser tu. Maka, saya dengan senang hati berkongsi vitamin-vitamin yang boleh membantu proses pemulihan luka bersalin dengan cepat. Antaranya Zink, Vitamin C dan ESP.

    Lalu, dia pesan 2 botol vitamin C. Satu untuk dirinya, dan satu untuk diberi pada sahabatnya. Tak lama selepas itu...Puan Sadiah kontek saya lagi. Nak vitamin B Complex dan Ostematrix pula.

    Inilah ceritanya:


    Vitamin B Complex pun nak bagi setengah kat kawannya tau. Sebotol BComplex ada 120 biji, jadi bila beri 60 biji pada sahabatnya itu...kurang-kurang kawannya boleh makan selama 2 bulan! Bolehlah tambah tenaga semasa berpantang dan menyusu.


     Kata saya: Kawan puan sangat bertuah! Dapat kawan yang tak berkira wang ringgit asalkan sama-sama sihat. Saya pun bertuah sangat dapat kenal Puan Sadiah yang baik hati ni :). 


    Bukan saja dia baik hati pada kawannya, tapi dia juga baik sebagai pelanggan. Amat memahami kekangan penjual seperti saya. Maklum saja, penjual ni kadangkala ada hal yang tak dapat dielakkan hingga tak dapat keluar pos barang pesanan pada hari yang sama.



    Alhamdulillah. Semoga Puan Sadiah dilimpahi rahmat yang banyak di bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal tiba.


    Nak pesan Shaklee dengan saya atau nak jadi ahli Shaklee:
    Kontek saya di telefon 019 959 8249
    atau lebih mudah melalui emel tuankalsum[at]gmail.com


    Saturday, June 15, 2013

    Produk Kesuburan: Saya bukan sekadar jual set mudah hamil Shaklee

    Ramai isteri yang menghubungi saya bertanyakan produk Shaklee yang boleh membantu mereka untuk hamil. Ada yang baru kahwin, ada yang sampai 15 tahun kahwin. Malah ada juga suami yang mahu beli untuk diri sendiri dan juga untuk isteri. Masing-masing berhajatkan cahaya mata penyeri hidup.
     
    Tapi, adakah saya perlu cepat-cepat tarik mereka supaya beli segera? TIDAK!
     
    Saya perlu tahu sedikit sebanyak 'sejarah' dan latar belakang mereka. Penyebab ketidak hamilan ada banyak. Dan...tidak semua boleh dirawat dengan set kesuburan Shaklee. Dan...saya juga tahu ada orang yang berjaya hamil selepas bertahun-tahun hidup berdua tanpa mengambil sebarang produk kesuburan atau produk cepat hamil  dan yang seangkatan dengannya.
     
    Adakah pelanggan benar-benar perlukan produk kesuburan untuk hamil?

     
    Panduan ke arah kesuburan wanita
    Ye, saya BELI dan BACA buku ni sebagai panduan, bukan sembrono je suruh orang beli  Set Subur Shaklee :)
     
    Kegagalan untuk hamil boleh disebabkan oleh:
    • masalah hormone wanita - PCOS, paras prolactin yang tinggi, sindrom menopaus awal
    • Endometriosis
    • Fibroid
    • Tiub fallopio tersumbat
    • masalah Rahim atau ovary
    • masalah mucus servik
    • masalah immune
    • ketidaksuburan untuk kehamilan kedua dan seterusnya juga boleh disebabkan sebab-sebab di atas
    • masalah ketidaksuburan dari pihak suami
    • masalah ketidaksuburan yang tak terungkai -- Allah je yang tau
     
    Masalah-masalah di atas hanya dapat diketahui sekiranya pelanggan pernah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik/hospital. Saya takkan tau jika empunya diri tak bagitau. Empunya diri pula akan tau sebelum dapat pengesahan mereka yang pakar. Jadi, penting ye buat pemeriksaan, cari punca tak hamil/susah hamil ni.

     
    Faktor luaran yang mengganggu kesuburan namun jarang disedari :
    • merokok/hidup dengan perokok
    • alcohol
    • kafein berlebihan
    • berat badan berlebihan/kurang berat badan (underweight)
    • cara hidup -- terlalu stress, cara pemakanan, etc
    • pekerjaan
    • persekitaran
    Tengok pada senarai faktor luaran yang menyebabkan ketidaksuburan, masalah ini boleh diatasi secara semulajadi dengan mengubah cara hidup, persekitaran, berhenti merokok dan alcohol. Tak perlu produk 'magik' untuk hamil pun :)
     
    Sekarang, anda rasa anda perlukan Set Kesuburan Shaklee untuk hamil tak?
     
     
    NAK IKHTIAR HAMIL DAN DAPATKAN KONSULTANSI PERCUMA?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

     
     
     
     
     
    
     
     
     
     
    

    Friday, June 7, 2013

    Santai Jumaat: Resepi buah labu untuk hujung minggu!

    Assalamualaikum, Salam Jumaat yang penuh berkat.
     
    Sesekali kita buat post santai ye ;). Boring makan vitamin je. Saya dok piker-piker apa makanan yang boleh disediakan wiken nanti. Nak yang simple tapi sedap.
     
    "Ting!!!". Idea datang. hehe. Ada nampak lampu Philips yang menyala terang kat kepala.
    Saya nak buat tema masakan LABU minggu ni. Kenapa labu?
     
    Buah labu nampak sedap. Warnanya kuning keemasan dan salah satu buah yang mempunyai vitamin dan mineral ~ serba boleh gitu. Dan...labu juga merupakan buah (kalau boleh dikategorikan sebagai buah) yang menjadi kesukaan lelaki kesayangan, Rasullah SAW. Bukan calang-calang buah labu ni. Makanan sunnah tau.
     
    Jadi, beberapa menu dalam kepala sekarang ni:
     
    Sup labu (ala-ala sup cendawan tapi diganti dengan labu sebagai bahannya) cicah roti untuk sarapan pagi dan minum petang.
     
    Oleh kerana buah labu ni biasanya montel-montel, sekali masak tak habis sebiji.
     
    Jadi...resepi kedua mungkin cekodok labu atau bingka labu.
     
    Dah terasa kesedapannya...yum yum.
     
    *Labu yang menjadi salah satu bahan utama dalam Nutriferon Shaklee boleh meningkat imunisasi badan. Ianya sangat digalakkan untuk orang yang mudah jatuh sakit.
     
    Apa menu anda wiken nanti ye? Kongsi-kongsi la ye. Kalau sudi share resepi...sat lagi saya terjah. Boleh tinggal komen beserta link resepinya :)
     
     
    Selamat bekerja dan berhujung minggu!!!
     
     
     

    Wednesday, June 5, 2013

    Set subur Shaklee...sah hamil selepas sebulan

    "Alhamdulillah kak, baru sebulan guna Shaklee dah berhasil...saya dah pregnant kak..Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi kan kak dan dalam masa yang sama saya berusaha..tima kasih banyak2 kak.."
    -Jumaat, 31 May 2013.

    Suka saya kongsikan kegembiraan pelanggan saya yang mengamalkan set subur Shaklee  dengan pembaca sekalian. Mungkin ada juga yang tercari-cari set kesuburan paling sesuai.  Set vitamin Shaklee mungkin boleh dipertimbangkan :) 


    Salah seorang pelanggan saya, mula usha-usha tanya set vitamin nak cepat hamil pada bulan Mac 2013.  Saya bagi beliau baca fungsi set subur Shaklee dan terangkan cara-cara memakannya. Pada mulanya, dia nak beli set untuk isteri je, tapi kemudian mengubah fikiran untuk ambil fullset, untuk suami dan isteri. Dia dah mula ambil pada April 2013. 

    Dan...ini cerita terbaru yang saya dapat.

    Syukur..




    Dah positif hamil! Rezeki Tuhan bagi. Doa untuk dapat anak makbul. Doa makbul bukan sebab 100% kerana makan set Shaklee, tapi...Kun Fayakun kann? Nak tau saat doa mula makbul ialah, pada saat kita mula berusaha untuk mencapainya -- set subur Shaklee sebagai asbab.

    Ya...set subur Shaklee bukan magik sampaikan setiap orang yang ambil terus pregnant. Itu yang saya ingatkan tiap kali orang nak pesan set yang famous ni. Maklumlah, orang berharap kan. Tak best pulak jual harapan menggunung yang mungkin palsu.

    Namun, secara saintifiknya, Insyaallah ia amat membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Di sini letaknya kepentingan memahami kaitan antara vitamin dan masalah kesuburan yang dihadapi. Jadi, sebelum beria-ia ambil, perlu tau kenapa perlu ambil. Ada masalah kesuburankah? Dari masalah suami atau isteri? Atau ada penyakit lain yang tersembunyi. 

    Lakukan pemeriksaan yang sesuai, dapatkan nasihat pakar, dan berusahalah sehabis baik :)

    Alhamdulillah :)
    Doakan semoga kandungan bakal ibu baru ini selamat, anaknya sihat, cergas, cerdas, dan menjadi penguat pada agama, dan pendinding ibu ayahnya dari api neraka.


    NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE?
     
    ********************************************************************
     
    SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
    Pengedar Shaklee Pulau Pinang
    Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
      
    ********************************************************************
     
    KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
    Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.








    Tuesday, May 28, 2013

    Set Pantang Shaklee: Kenapa bagus sangat?

    Set Pantang Shaklee..antara set bersalin yang jadi fenomena di kalangan ibu-ibu. Pasti banyak kebaikan yang menyebabkan kebaikannya tersebar dari mulutke mulut, dari blog ke blog, dari fanpage ke fanpage :)

    Lagi mengharukan, set pantang Shaklee ni bukan saja jadi buruan ibu-ibu, malah jadi pilihan ibu mertua untuk menantu, DAN pilihan suami-suami bijak yang mahukan yang terbaik untuk isteri dan anak tersayang.

    Baru 2 hari lepas, seorang sahabat baik pesan set Pantang. kemudian ia turut berjangkit pada kawan yang lagi seorang. Sebelum beli, sebagai pengguna bijak, dia tanya "OK ke set pantang ni?"

    Jom tengok apa yang berlaku dan bagaimana ia mempengaruhi pilihan seorang ibu:


    Saya cuma post kan gambar set pantang + set menyusu pilihan Zana. Kemudian, biasala kan...mesti ada sang pengkomen nyee...hehe. Set pantang ni sesuai untuk orang beranak sulung, kedua, ketiga dan seterusnya :)

    OK...dah ada orang komen, OK ke produk ni?
    Sebagai penjual yang lemah lembut...saya rasa tak perlu untuk saya promote lebih-lebih kebaikannya. Biarkan produk ini bercakap sendiri...oh tapi bukanlah botol-botol ni tiba-tiba bercakap kan. Maksud saya, kita tanya maklum balas pengguna yang dah biasa guna.


    Tengok testimoni Pedu Spirit. Kebaikan set pantang Shaklee selepas dia ambil semasa bersalinkan anakanda Irfan, anak kedua:

    • Badan rasa cergas
    • Susu Alhamdulillah...dapat simpan banyak semasa berpantang untuk stok bila masuk kerja nanti. Siap boleh beli extra freezer untuk simpan stok susu
    Saya nak tambah:
    • Tak perlu makan jamu dah. Set Pantang Shaklee je dah cukup. Jimat. Sihat. Selamat.
    Pada saya, paling utama adalah kebaikan untuk ibu itu sendiri. Bila ibu cergas, Insyaallah semua urusan jadi mudah. Nak menyusu, nak menunaikan urusan rumah tangga, nak masuk kerja dengan penuh tenaga :)

    Saya ulas nanti berkenaan soalan, NAK DAPAT KOMISEN DENGAN SHAKLEE. Ianya unlimited :)

    Nak jadi ahli, nak beli untuk kawan-kawan, boleh hubungi saya:
    Yong - 0199598249
    Atau emel: tuankalsum[at]gmail.com





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...