Followers

Thursday, December 29, 2011

Punca hemoglobin rendah dan anemia

Salah satu nutrien penting untuk mengekalkan hemoglobin (HB) yang sihat pada ibu mengandung adalah pengambilan zat besi (iron) yang mencukupi. Iron sememangnya penting untuk pembentukan HB dan sel darah merah yang sihat. Kekurangan iron bukan saja menjadi punca hemoglobin rendah pada ibu mengandung tetapi juga akan menyebabkan anemia pada kita semua.

Sekiranya anda telah mengambil supplemen iron mengikut saranan doktor tetapi masih menghadapi masalah low HB/anemia ini, masih ada 2 kemungkinan yang menyebabkan masalah ini berterusan.

1. Iron tidak diserap secara optimum. Untuk mendapatkan serapan iron yang optimum, ia perlu diambil bersama Vitamin C.
2. Anda mungkin menghidap Thalasemia. Lakukan pemeriksaan segera.

Menyedari keperluan ini, maka vitamin Shaklee yang disarankan khusus untuk ibu-ibu mengandung adalah:

1. Vitalea with Iron formula - multivitamin dilengkapi iron sesuai untuk orang yang mengalami darah rendah/low HB/hemoglobin rendah.


2. Vitamin C Sustained release - untuk penyerapan iron dan vitamin larut air yang lain lebih optimum.



3. Vitamin B-complex (yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik)


4. Ostematrix (Calcium with Vitamin D, Mg dll)


5. Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.





Apa kata mereka yang mencuba Set Mengandung ini?


Zimah adalah antara pelanggan saya yang terawal dan SETIA :).
Beliau mula mengamalkan supplemen Shaklee sejak menyusukan anak sulung sehingga kini sedang mengandungkan anak kedua.

Saya adalah agen Shaklee di Pulau Pinang, menyediakan khidmat penghantaran di mana saja anda berada :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Home made Skin Cleanser Recipe: Egg white Cleanser


Hujung minggu hampir tiba. Boleh bermalas-malas memanjakan diri. Sementelah pula tadi dah terpecahkan telur sebiji, makanya, inilah yang boleh dibuat dengan telur yang dah pecah tu:

Pencuci muka dari putih telur:

Bahan-bahan:
sebiji putih telur
2 sudu yogurt
1 sudu teh baking soda

cara-cara:
Pukul putih telur sehingga kembang dalam mangkuk. Dalam mangkuk yang lain, campurkan yogurt dan baking soda hingga sebati. Masukkan putih telur dalam campuran soda. Kemudian basuhlah muka anda dengan pencuci muka putih telur ini. Bilas dengan air suam.

Selamat mencuba.

Saturday, December 10, 2011

Merancang kehamilan dengan pengambilan supplement yang sesuai

Vitamin-vitamin yang AMAT membantu bagi anda yang mahukan zuriat:


  1. Asid folik dalam B-complex untuk suami dan isteri
  2. GLA complex untuk menstabilkan hormon dan meningkatkan kesuburan untuk isteri
  3. Vitamin E untuk suami
  4. Vitamin C
  5. Multivitamin
  6. Protien 
  7. Zink


Misi Kesihatan di Tahun Baru



Misi hidup sihat, hidup bahagia tahun 2012. 
Mari kita mulakan tahun 2012 dengan memperbaiki kesihatan diri. Badan yang sihat berpunca dari aktiviti yang sihat.

Pemakanan sihat
  • Amalan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat. 
  • Kurangkan makanan berkanji dan berlemak. 
  • Lebihkan protein, sayur dan buah-buahan. 
  • Makan makanan yang mengandungi glicemic indeks yang rendah contohnya beras basmati, roti serat. 
  • Apabila berbelanja di kedai, bacalah kandungan pada label. Kandungan pertama merupakan kandungan terbanyak dalam sesuatu makanan itu. 
  • Sekiranya anda sukakan makanan yang manis, tukarkan gula pada stevia yang lebih elok dimakan. Kesederhanaan dalam pemakanan dan berhenti sebelum kenyang merupakan amalan yang baik diamalkan.
  • Minum banyak air yang telah ditapis. Elakkan minuman bergas dan berkafein.
  • Elakkan makanan ringan dan makanan yang mengandungi pengawet.

Senaman
Mulakan hari anda dengan senaman. Lakukan senaman yang sesuai setiap hari untuk menguatkan otot dan tulang. Berikut adalah komponen kecergasan yang kita perlu untuk mengekalkan tahap kesihatan iaitu:
* Kekuatan
* Kelajuan
* Ketahanan Aerobik
* Ketahanan Anaerobik
* Keseimbangan badan
* Koordinasi
* Fleksibiliti

Bagi individu yang mampu, senaman berselang antara intensiti tinggi dan rendah (High Intensity Interval Training atau HIIT) bagus untuk jantung yang sihat. Contohnya, apabila berlari, anda boleh melakukan sprinting atau memecut untuk beberapa minit diselang dengan larian perlahan. Lakukan juga senaman mengangkat berat untuk menguatkan otot dan tulang.

Sebelum memulakan program senaman sama ada secara sendirian, berkumpulan atau dengan pelatih senam pastikan anda mendapat nasihat dan kelulusan doktor untuk mengetahui jenis senaman yang paling sesuai dengan usia, kebolehan dan tahap kesihatan anda. Ini akan memastikan keselamatan dan keberkesanan senaman tersebut.

Tidur
  • Pastikan rutin seharian berakhir dengan tidur yang cukup. 
  • Tidur sekurang-kurangnya 7-8jam dapat memulihkan hormon dan merehatkan otot. 
  • Elakkan minum minuman berkafein seperti minuman bergas, kopi, teh pada sebelah petang dan malam kerana kafein akan menganggu tidur. 
  • Seelok-eloknya, makan malam 4 jam sebelum tidur. 
  • Berdengkur semasa tidur akan menyebabkan letih dan lesu keesokan hari. Jika anda kerap berdengkur, dapatkan rawatan doktor, anda mungkin menghidap sleep apnea yang boleh mengganggu prestasi kerja di siang hari.


Pemeriksaan kesihatan
  • Pastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang sihat. Berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh.
  • Tekanan darah normal systolik 120mmHg, diastolik 70mmHg, BMI 18-23 (mengikut ketinggian dan berat), waist-hip ratio 0.75-0.85
  • Sekiranya anda kini di tahap obes, dapatkanlah rawatan penurunan berat badan daripada doktor supaya berat dapat dikurangkan dengan cara yang tidak memudaratkan.


Vaksinasi
  • Pastikan anak-anak anda telah mendapat imunisasi yang lengkap. Sekiranya ada yang tertinggal, rujuk kembali dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. 
  • Imunisasi pneumococcal, chicken pox, hepatitis A merupakan imunisasi pilihan yang digalakkan diambil. 
  • Bagi kaum wanita, dapatkan vaksinasi HPV bagi mencegah kanser servik.
  • Sekiranya anda mempunyai penyakit kronik seperti lelah, dapatkan "flu vaccine" setiap tahun.

  • Sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit oleh doktor, makanlah ubat dengan teratur. 
  • Jangan sesekali mengubah dos ubat sendiri atau memberi ubat anda pada ahli keluarga atau kawan-kawan.
  • Amalkan pengambilan pil kalsium dan minyak ikan bagi wanita. 
  • Sekiranya ingin melahirkan zuriat, amalkan pengambilan asid folik. 
  • Berhati-hati apabila memilih pil kesihatan tradisional. 
  • Jika mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolesterol, ambillah juga pil co-Q 10, untuk menstabilkan enzim ini di dalam badan. 
  • Antioksidan seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E elok diamalkan untuk kesihatan badan dan kulit.
  • Bagi individu yang merokok, berhentilah merokok kerana ia tidak mendatangkan kebaikan langsung. Merokok merupakan punca penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, angin ahmar, kanser paru-paru, kanser pundi kencing, keguguran dan susah mendapat zuriat.


Dengan mulanya tahun baru, marilah kita berazam untuk meningkatkan tahap kesihatan kita kerana hanya dengan tubuh yang sihat dapat kita beribadat dengan lebih mudah, InsyaAllah.

Ostematrix: Hilangkan bengkak, kebas dan sembab kaki tangan

Pagi-pagi buka FB, 
Tengok-tengok ada testimoni,
Terujanya rasa hati,
Sebab saya pun makan oste.

Testimoni Kepentingan dan Kelebihan Kalsium Buat wanita (terutama yang hamil dan menyusu)



Oste yang diambil oleh Cik Pau:


Ostematix aka kalsium, diambil 4 biji sehari, seelok-eloknya sebelum tidur.

Pengambilan kalsium amat ditekankan sewaktu kehamilan - dan juga untuk setiap wanita di semua peringkat umur. Sewaktu kehamilan, keperluan kalsium ibu meningkat lebih dari waktu biasa. RDA yang ditetapkan oleh ibu mengandung dan menyusu adalah 1000mg - 1300mg sehari. 

Sewaktu kehamilan, tubuh ibu dan bayi yang dikandung memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang, penjagaan sistem otot, sistem peredaran darah, dan sistem saraf ibu  supaya berfungsi dengan baik. 

Kalsium juga sebenarnya amat penting untuk denyutan jantung  yang baik, mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot dan juga menghantar isyarat ke sistem saraf.


Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan membantu ibu melahirkan dengan lebih mudah kerana kalsium membantu mengelakkan kekejangan sewaktu kelahiran.

Susu , yogurt, keju, ikan, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan merupakan sumber kalsium yang membantu kita mencukupkan keperluan kalsium harian. 


Berminat untuk cuba osteomatrix yang lebih mudah didapati dan ditelan? Boleh hubungi saya, agen Shaklee bertauliah, eh berdaftar. 019-959 8249 atau tuankalsum[at]gmail.com.

p/s: Ostematrix adalah salah satu vitamin yang dicadangkan dalam set penyusuan ibu kerana kami menyedari keperluan kalsium untuk ibu yang mahu menjaga kesihatan diri disamping meneruskan usaha murni menyusukan bayi sendiri. Ada yang cakap, osteo adalah 'milkbooster' mereka :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, December 4, 2011

GLA: Kecutkan Cyst

Hasil pengambilan GLA Shaklee membantu Dila mengecutkan cyst walaupun tanpa ubatan moden:



Ini testimoni Dila yang saya ambil dari kumpulan eksklusif di FB, khas untuk pelanggan Shaklee Euphoria. Dilla mengambil GLA secara konsisten sebagai usaha mencari penawar untuk masalah beliau. 

Suplemen semulajadi yang dijamin selamat adalah pilihan alternatif terbaik, agar masalah tidak bertambah serius malah makin sembuh, Insyaallah.

Berubat sebagai usaha, penyembuh adalah Allah jua.

* Yang berminat untuk mencuba bagi merawat masalah yang sama, boleh hubungi saya (Agen Shaklee di Pulau Pinang). 019-959 8249. emel: tuankalsum[at]gmail.com.

Agen Shaklee di Kelantan: Hubungi Tuan Umar : 013 436 2078

Luar Pulau Pinang/Kelantan pun boleh hubungi saya, tak ada masalah :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GLA Complex Shaklee



GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokong sistem imun*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...