Followers

Saturday, September 21, 2013

Kulit Berkedut, Rambut Beruban: Untuk Di atasi atau disyukuri?

Kulit berkedut terutama di bahagian wajah umpama mimpi ngeri seorang wanita. Kedut di dahi, bawah mata, sekitar bibir, dan pipi yang agak menggeleber diusap dan jadi kerisauan setiap hari. Kadangkala lelaki juga sama. Kedutan-kedutan itu menampakkan wajah yang berusia, hilang keremajaan, pudarnya kecantikan, dan hilang juga puji-pujian.

Dalam pada kita menumpukan pada kecantikan, saya tersedar pada satu kenyataan yang dikongsi dari rakan usrah fitrah di IKIMfm. Katanya, berkedut dan beruban adalah satu nikmat dari Tuhan. Tanda panjang sudah umur kehidupan di dunia. Ia sesuatu yang patut disyukuri setelah lama tenggelam dalam nikmat yang panjang. Subhanallah. Ada insan yang berfikir begitu di kala ada orang kalut berfikir, "macam nak hilangkan kedut ni, tak cantiklah!". 
[Iklan-iklan pun banyak yang tayang perempuan stress sebab tak cantik kan? Kesian kita dimainkan emosi oleh mereka yang mencari untung semata.]

Kulit yang berkedut, rambut yang beruban seharusnya menyedarkan kita pada satu peringatan. 5 perkara yang harus direbut sebelum ia hilang.
  1. Waktu muda sebelum tua
  2. Waktu sihat sebelum sakit
  3. Waktu hidup sebelum mati
  4. Waktu lapang sebelum sempit
  5. Waktu kaya sebelum miskin
Perkara 1-3 ada kaitannya dengan perubahan fizikal yang kita alami. Bermula dengan satu tanda bertambahnya usia, apa pula langkah seterusnya? Cari produk untuk menghilangkan kedutan dan menghitamkan kembali rambut yang mula blonde dan putih? Atau muhasabah akan masa yang telah berlalu dan berusaha memperbaiki diri, kesihatan fizikal dan rohani?

Apapun produk yang dipilih untuk 'menghilangkan  kulit berkedut dan rambut beruban', intinya terletak pada niat. Untuk cantik semata, atau untuk jadi sihat dan meneruskan janji seorang hamba melaksanakan perintah Allah Yang Maha Esa. Moga kita bermula dengan niat yang baik, diberikan kebijaksanaan memilih produk yang selamat, berkesan, berbaloi tanpa terpengaruh pada iklan semata-mata. 

Sekadar cetusan ilham untuk difikirkan bersama :)

Monday, September 2, 2013

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Yang Perlu Dimiliki Semua Ibu

Set Bersalin Shaklee pilihan ramai ibu berpantang di Malaysia. Ia bagaikan satu fenomena. Kebaikannya tersebar hingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia -- satu Nusantara! Respon ibu-ibu selepas menggunakan vitamin semulajadi ini hampir sama. Semuanya gembira, puas hati dengan pelaburan sedikit yang memberikan banyak keuntungan dan kebaikan tak terduga.

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu berpantang

  • Tenaga pulih dengan cepat. Malah ada yang cakap, lepas guna vitamin ni, tak rasa macam berpantang. Lagak tak seperti orang baru bersalin. Cergas! Perbezaan ketara didapati bagi ibu yang pernah bersalin tanpa menggunakan set bersalin Shaklee dengan kelahiran yang menggunakan sepenuhnya set berpantang yang hebat ini. Kata mereka, ruginya tak kenal Shaklee dari awal.
  • Seri wajah kembali dalam beberapa hari lepas bersalin. Maklum lah orang tengah pantang ni biasanya nampak pucat tak bermaya. Kerana kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan, tenaga yang digunakan untuk meneran, dan juga berjaga malam melayan orang baru.
  • Luka bersalin samada bersalin normal atau ceaser, kering dengan cepat.
  • Berat turun secara konsisten
  • Insyaallah penyusuan juga lebih mudah. Ini kerana nutrien yang didapati daripada set berpantang dan menyusu ini membuat ibu berasa lebih tenang secara emosi yang mempengaruhi pengeluaran susu, serta tambahan kalsium, ESP dan alfafa yang menjadi penggalak kepada penghasilan susu. Senang hati kan bila boleh menyusukan dan baby kenyang, tidur nyenyak tanpa banyak ragam?
  • Kulit lebih mulus dan bersih. Ini kerana adanya B-Complex yang membuat kulit lebih bermaya, dan ESP yang menjadi protien utama yang menjaga, memulihkan dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat.


Kebaikan Set Besalin Shaklee Untuk Suami

  • Isteri sihat, suami bahagia kan? ;)
  • Tak perlu mencium bau-bau tidak menyenangkan seperti jamu-jamu.  Isteri tetap wangi!
  • Jimat banyak! Ini kerana satu set berpantang Shaklee ni boleh tahan sehingga 4 BULAN. Beli sekali, pakai lama. Kebaikannya pun banyak. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Suami pun boleh tumpang makan sekali tau!
  • Set bersalin Shaklee selamat dan tiada kesan sampingan yang membahayakan buat ibu mahupun bayi. Ia dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Selamat dan tiada kesan sampingan sepatutnya menjadi FAKTOR UTAMA dalam setiap pilihan belian, kerana sekali terlanjur membeli ubatan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, sesal tak sudah. Ia mengancam nyawa dan kesihatan dalam jangka panjang.

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Bayi

  • Tiada kembung
  • Menyusu dan kenyang lebih lama
  • Bayi Shaklee mendapat nutrien penting dan kritikal di awal tumbesaran dari susu ibu
  • Berat bayi bertambah dalam kadar yang selamat -- tiada obesiti ye apabila bayi menyusu sepenuhnya dengan susu ibu.

Inilah dia set bersalin dan menyusu Shaklee yang patut dimiliki semua ibu.


Set bersalin basic untuk berpantang.


Set berpantang dan menyusu yang lengkap.

TAK SABAR NAK BERPANTANG DENGAN SET PANTANG POPULAR NI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...