Followers

Friday, September 26, 2014

Amalan Wajib Hari Jumaat Untuk Selamat dari Fitnah Dajjal

Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Jumaat. Penghulu segala hari. Hari raya mingguan. Hari yang penuh berkah. Hari Jumaat bermula dari terbenamnya matahari hari Khamis hingga terbenam matahari hari Jumaat. Ye, permulaan hari dalam calendar Islam ialah pada waktu maghrib :).
Hari Jumaat ialah hari raya, hari untuk bergembira kerana banyak  kelebihan padanya. Pada hari ini, setiap Muslim digalakkan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Dengan zikir, selawat, bacaan Al-Quran, solat malam, sedekah, berziarah dan sebagainya.
Amalan wajib yang tak boleh ditinggalkan pada hari ini: Baca Surah Al-Kahfi.
Kaifiat Al-Kahfi terbesar yang disebut dalam hadis-hadis sahih: 
  1. Diberi jaminan diselamatkan dari fitnah dajjal.
  2. Diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.
Dajjal, makhluk yang akan muncul menjelang kiamat. Mendakwa dirinya Tuhan. 'Menolong' mereka yang mengaku dirinya Tuhan. Keadaan pada waktu itu amat menakutkan. Huru-hara. Panas yang amat sangat. Akan ramailah umat manusia yang berserah dan mengalah pada 'offer' Dajjal dek kerana peritnya keadaan pada waktu itu. Nauzubillah, moga kita diselamatkan. Insyaallah, amalan Al-Kahfi hari ini membantu kita 'survive' di hari esok.
Korbankan sedikit masa untuk membaca 110 ayat ini. Agak panjang, tapi sebenarnya amat menarik untuk dibaca dan ditadabbur.
Surah Al-Kahfi mengandungi 4 cerita utama:
  1. Kisah pemuda Al-kahfi yang lari bersembunyi di gua demi menyelamatkan iman dari mengaku 'ketuhanan' raja yang kejam. Mereka tertidur selama 309 tahun, tapi menyangka hanya terlelap untuk setengah hari/sehari.
  2. Kisah 2 petani dengan kebun mereka. Seorang petani yang kaya, bongkak dan menyangka kekayaannya adalah kerana usahanya dan akan kekal buat selamanya sehinggalah ia tunduk dan menyesal selepas kebun yang dibangganya musnah sekelip mata.
  3. Kisah kembara Nabi Musa dan pembantunya bertemu Nabi Khidir. Khidir ialah hamba Allah yang 'kasyaf'. Nabi Musa diperintah Tuhan untuk berguru dengannya kerana ketinggian ilmu Khidir. Beberapa kisah menarik berlaku sepanjang kembara ini yang membuktikan ketinggian ilmu pengetahuan kurniaan Tuhan buat hambanya.
  4. Kisah kembara Zulkarnain dari satu tempat ke tempat yang lain, sehinggalah dia berjumpa dengan satu kaum yang sangat 'pelik'. Tidak difahami bahasa pertuturan mereka. Dia membina 'tembok' bersama dengan kaum ini untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj. Tembok ini akan ditembusi pada suatu masa nanti sesuai dengan janji Tuhan.
Waktu yang diperlukan untuk khatam keempat-empat kisah ini ~40 minit. Boleh dihabiskan sekaligus sekiranya mula membaca usai solat Maghrib, elok je sebelum masuk Isyak.
Sekiranya kekurangan waktu, bahagilah bacaan kepada 2, 3 atau 4 bahagian, mengikut cerita utama. Tak banyak. Tak susah. Sambil nak tunggu nasi masak, dalam LRT dalam perjalanan pergi dan pulang kerja, selepas solat setiap waktu...Insyaallah sebenarnya ada waktu. Cari je waktu yang tersembunyi tu :). Download Al-Quran siap-siap di telefon pintar masing-masing.
Selamat beramal. Moga istiqamah. Moga selamat dari fitnah Dajjal yang dahsyat.

Saturday, September 20, 2014

Cara Mudah Cuci Pinggan Berminyak dan Berlemak

Cuci pinggan mangkuk berminyak dan berlemak ni perlukan kesabaran. Cuci sekali kadangkala tak puas hati. Masih tak bersih dan ada kesan minyak dan lemak yang melekat. Masalah ni biasanya banyak berlaku di musim raya haji. Maklumlah, ramai yang masak daging korban.
 
Daging singgang, sup, gulai memang sedap di makan panas-panas. Bila dah sejuk, terserlah lemak-lemak tepu yang terapung di permukaan periuk, yang melekat pula di pinggan mangkuk, dan tangan juga mulut :). berlemuih.
 
Cara yang paling senang nak bersihkan minyak dan lemak yang melekat ni...guna pencuci yang power. Yang paling saya suka, pencuci serba guna Basic H Shaklee. Guna beberapa titik je untuk hilangkan semua kesan minyak dan lemak. Puas hati. Tangan pun lembut je. Salah satu produk yang masuk senarai balik kampung raya ni :)
 
Dengan adanya Basic H, banyak kerja jadi mudah. Selain untuk mencuci pinggan mangkuk dan periuk, boleh buat mop lantai juga. Dan...cuci kereta. langsung tak ada kesan tompok-tompok sabun. Kesan gris cepat hilang, terutamanya kat tayar. Sedikit air dan 10 titik basic H boleh cuci sebuah kereta bersih sebersih-bersihnya :)
 
Basic-H: Menanggalkan minyak degil
 
 
Ini dia Basic H yang disukai. Membantu kerja di dapur dan kerja luar rumah. Selamat untuk manusia dan alam sekitar. Sebotol kecil ni boleh tahan lama, ikut kegunaan. kandungannya pekat, boleh meghasilkan 48 gelen air basuhan! Jimat ye. Pilihan suri bijak.
 
Cara mendapatkan hasil terbaik: Campurkan 1/2 sudu Basic H ke dalam segelen air suam untuk cucian yang memuaskan. Hilang minyak. Hilang lemak.
 
P/S: Nak gunakan campuran basic H sebagai air cuci tangan tetamu pun boleh :)
 
NAK CUBA PENCUCI SERBA GUNA HEBAT INI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
 

Faedah Menjadi Ahli Shaklee - Mak pun dapat manfaat

Faedah jadi ahli Shaklee bukan untuk mereka yang mahu buat bisnes semata-mata. Macam kawan saya ni, sebelum mendaftar lagi dia dah tanya:
 
"Boleh tak jadi ahli nak makan sendiri je. Aku tak nak menjual. Tak reti".
 
"Mestilah boleh. Tak ada paksaan untuk meniaga dan kejar sale pun. Jadi ahli untuk makan sendiri pun banyak faedahnya," Saya jawab tulus ikhlas.
 
Jadi, dia senang hati memberikan butiran diri dan bayar yuran keahlian RM75. Yuran keahlian paling murah yang pernah saya jumpa :)...sebab ia untuk SEUMUR HIDUP. Tak payah susah-susah nak perbaharui keahlian dan bayar tambahan yuran tahunan. Sekali bayar, dapat faedah untuk selamanya.
 
Seingat saya, memang kawan saya langsung tak  berniaga. Tapi, banyak juga yang dia beli. Selain vitamin untuk diri dan suami, dia ada juga beli vitamin set bersalin, berpantang dan menyusu untuk adik. Kemudian beli set sakit sendi untuk emaknya. Memang kakak dan anak yang baik :)
 
Yang paling saya suka bila dia tanya vitamin yang sesuai untuk emaknya yang sakit urat. Pada mulanya, dia hanya beli AJHT dan Ostematrix untuk emaknya. Kemudian, nak tambah Omega pula supaya emaknya rasa lebih sihat dan lega segala urat dan sendi. Maklum saja, orang tua...sakit sendi dan sakit urat ni memang masalah sejagat. Makin berumur, bendalir di setiap sendi makin merosot, menyebabkan kerengsaan dan kesakitan bila nak bergerak.
 
Adanya AJHT yang diperkaya dengan ekstrak Boswelia dan Glucosamine, di samping vitamin C, mangan dan zink , kesihatan sendi boleh ditingkatkan. Ini kerana bahan ini memberikan kesan kusyen, memelihara kesihatan tisu penyambung, dan membekalkan pelincir yang amat diperlukan untuk kelancaran pergerakan.
 
Ostematrix pula membantu menguatkan tulang. Malah dengan tambahan magnesium dan vitamin D, ia adalah kalsium lengkap yang turut memberi kelegaan pada otot dan juga saraf.
 
Omega guard yang mengandungi DHA dan EPA sememangnya terkenal untuk rawatan arthritis.
 
Semoga emak kawan saya dapat kebaikan yang sama macam mak saya. Mak saya sekarang dah senang bangun, duduk, rukuk dan sujud sewaktu solat selepas mengamalkan AJHT dan ostematrix. Hilang sakit betis dan lutut.
 
Ini cerita kedua yang saya nukilkan tentang kebaikan dan manfaat vitamin Shaklee yang berjangkit dari anak kepada emak. Paling saya suka, bila anak rasa kebaikan sesuatu produk, ia turut memikirkan untuk memberi pada orang yang disayang. Sungguh tak ternilai :)
 
Untunglah jadi ahli Shaklee walau untuk makan sendiri. Ibu dan ayah boleh tumpang kebaikannya :)
 
Nak tau cara jadi ahli Shaklee, kelebihan dan kebaikan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami, baca entri penuh ini:
 
 
Atau terus hubungi saya:
 
Yong (Shaklee ID: 840945)
SMS/Whatsapp: 019 959 8249
 

Saturday, September 6, 2014

Nak Jadi Ahli Shaklee Untuk Bisnes dan Makan Sendiri, Biar Kami Bantu

Shaklee sangat popular. Ahli Shaklee pun sama.
 
Sekarang ni, kalau orang tau kita pengedar dan ahli Shaklee, terus orang tu order nak vitamin C 500mg, nak set bersalin, nak set kulit, nak set kurus, nak set sendi Shaklee dan macam-macam lagi. Tak payah susah-susah nak perkenalkan. Saudara mara yang datang beraya pun sambil makan kuih raya sempat sambar vitamin yang ada, siap daftar jadi ahli lagi.
 
Ramai yang berminat jadi ahli sebab suka dengan Shaklee Effect yang mereka rasa. Ada yang berjaya menyusu anak 2 tahun penuh malah terlebih, berpantang tapi cergas tak macam orang pantang, tahap kesihatan ibu ayah dan anak-anak bertambah baik, berat badan turun secara sihat, kulit bermasalah beransur pulih jadi lebih cantik licin berseri, berjaya mengandung setelah lama menunggu, anak pulih dari asthma, suami berjaya berhenti merokok...dan lain-lain. Macam-macam cerita dan pengalaman yang buat orang nak terus makan Shaklee. Alang-alang makan Shaklee, lebih baik jadi ahli.

 

Kenapa Perlu Daftar Jadi Ahli Shaklee

  • Yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup --- MURAH SANGAT!
  • Jimat 15% hingga 20% setiap kali beli mana-mana vitamin --- JIMAT BANYAK JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG.
  • Boleh order sendiri melalui laman Shaklee --- ORDER BILA-BILA MASA DI MANA SAHAJA, 24 JAM SEHARI
  • Peluang menjana bonus dan menggandakannya --- PENDAPATAN SAMPINGAN UNTUK PELAJAR DAN SURIRUMAH
  • Shaklee dijamin Selamat, Berkesan, Memelihara Alam Sekitar
  • Vitamin Shaklee melalui kajian terperinci di makmal sebelum dijual kepada pasaran --- ADA RND, LEBIH SELAMAT DAN MEYAKINKAN
  • Peluang mendapat promosi hebat dari Shaklee setiap  bulan. Bulan September 2014 ni Shaklee dah mula buat 'DOUBLE PROMOTION'!.  Mealshake Beli 3 PERCUMA 1 dan Shaklee Collagen Powder Beli 6 PERCUMA 1. Jimat banyak untuk produk yang anda suka.

Bagaimana Nak Daftar Untuk Jadi Ahli Shaklee

  • Hubungi Pengedar Shaklee Tuan Kalsum (Shaklee ID 840945) melalui telefon 019 959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com
  • Berikan maklumat nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel, dan nombor akaun bank (untuk memudahkan pemberian bonus Shaklee). Sekiranya anda mahu mendaftar bersama pasangan, berikan juga maklumat pasangan. Yuran tetap RM65 untuk satu pasangan.
  • Selepas semua maklumat diisi, anda akan dapat ID Shaklee untuk mula membeli sendiri dari laman www.shaklee2u.com.my :)
  • Kit ahli akan dihantar kepada anda!

Bagaimana Nak Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

  • Anda boleh jadi ahli secara percuma sekiranya membuat belian melebihi RM650 (200uv). Contoh: Beli 3 kotak kolagen atau 2 botol VIVIX dapat keahlian PERCUMA.

Kenapa Anda Perlu Daftar Ahli Dengan Kami?

  • Kami mula sign up sebagai ahli dari tahun 2010 dan masih aktif menggunakan dan menjual Shaklee sehingga kini. Insyaallah akan berterusan untuk masa-masa akan datang. Malah Shaklee akan kami usahakan hingga menjadi pendapatan utama. Maknanya, anda boleh rujuk kami bila-bila masa untuk selamanya. Tak ada masalah tak boleh nak kontek upline dan ditinggal terkial-kial tanpa bimbingan.
  • Anda boleh rujuk kami vitamin yang sesuai untuk masalah dihadapi, cara makan vitamin dan permasalahan berkaitan Shaklee secara percuma. 
  • Berpeluang mengikuti kelas online dan offline berkenaan nutrisi dan juga cara mengembangkan bisnes Shaklee
  • Kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat, best, ukhuwah yang erat, sifat tolong menolong antara ahli serta menekankan konsep memberi.
  • Peluang untuk menyertai grup rahsia kami yang macam kelas usrah, kelas pengurusan masa, kem motivasi, kelas blogger dan pemasaran FB! Serius best!
  • Kami tak galakkan 'headhunting' yang merugikan dan menyusahkan mereka yang mahu jana pendapatan dengan Shaklee. Kami ada cara yang buat orang cari anda join Shaklee tanpa perlu keluar cari orang!

Boleh Ke Jadi Ahli Tak Mau buat Bisnes

Boleh. Tak ada paksaan untuk berbisnes, malah hamper 70% yang join ahli hanya untuk memudahkan mereka terus menikmati kebaikan vitamin Shaklee dengan lebih jimat.
 

Produk Shaklee Yang Selamat Dan Berkesan Untuk Kehidupan Anda

 
Produk penjagaan wajah dan rambut dari Shaklee.

Produk penjagaan kebersihan dan kesihatan di rumah. Semua dengan formula semulajadi, tanpa bahan kimia dan dijamin selamat.

Pelbagai jenis vitamin untuk anak-anak, dewasa dan orang tua

Produk kuruskan badan yang sihat dan selamat dari Shaklee

Inilah sebab Shaklee jadi pilihan dan sebab mutlak anda perlu jadi ahli
 
 
NAK JADI AHLI SHAKLEE DENGAN GROUP YANG BEST?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA
 
 

Masalah Gastrik dan Perut Berangin: Resepi Yang Beri Kelegaan Segera

Gastrik menyerang waktu pagi. Bangun pagi dengan perut berangin dan rasa pedih. Akibat tidak mengikut aturan makan dengan sempurna. Skip makan malam dan makan makanan yang terlalu pedas sepanjang hari. Terasa-rasa asid hidroklorik merembes di dinding perut.

Rasa pedih perut perlu diatasi segera sebelum melarat. Jika dibiarkan lebih lama, kemungkinan untuk rasa pening, loya, pitam, muntah dan cirit itu adalah sangat tinggi.


Dengar sendiri pengalaman pesakit gastrik kronik. Anda pasti tak mahu ia terjadi pada diri anda kan? Dia juga berkongsi cara bagaimana akhirnya gastrik itu hilang dengan tak sengaja:


Resepi Segera Untuk Melegakan Gastrik



Resepi bancuhan ESP dan Performance Drink Memberi Kelegaan Ketika Perut Berangin/Pedih dan Gastrik

Kebaikan Bancuhan ESP untuk Pesakit Gastrik:

 
  • Kandungan protein yang tinggi dalam ESP memberi rasa kenyang
  • Sifat protein yang rendak glisemik indeks memberi rasa kenyang lebih lama
  • Membekalkan tenaga untuk bekerja dengan cekap

Adakah ESP Berkesan Melegakan Gastrik, Pedih Perut dan Pedih Ulu Hati?


Mengikut pengalaman sendiri, ya, bancuhan ini berkesan. Pagi tadi bangun pukul 5.20pagi. Perut rasa pedih. Semalam tak makan malam. Sekadar minum secawan milo dan roti untuk mengalas perut yang lapar. Tidur dengan perut tak berapa kenyang :) (jangan ikut).
Lalu selepas selesai solat Subuh, cepat-cepat bancuh 2 sudu ESP dan 2 sudu Performance Drink. Alhamdulillah, sekarang jam 8 pagi, perut masih terasa nyaman. Sempat buat kerja rumah yang lain sebelum cari sarapan pula.
 
Sebelum ini, bancuhan inilah yang jadi menu sahur selama sebulan di bulan Ramadhan. Bertahan hingga berbuka (dengan rahmat Allah jua).
 
Suka juga saya cadangkan dan nasihatkan kepada mereka yang ada sejarah diserang gastrik agar selalu berjaga. Sediakan plan kecemasan. Pastikan ada snek ringan yang boleh memberi tenaga segera sekiranya terpaksa melambatkan waktu makan. Pilihan saya: KURMA. Glukosa ringkas dari buah kurma ini mudah dicerna dan membantu pesakit gastrik atau hamper diserang gastrik macam saya.
 
Testimoni: ESP Melegakan Gastrik Dari Pengguna Shaklee

1. Sakit Gastrik 20 tahun. Hampir-hampir kena ulser perut. Mengamalkan minum ESP + Mealshake + performance Drink setiap hari. Alhamdulillah kini makin pulih malah badan lebih segar dan bertenaga.

Testimoni pesakit gastrik. Rasa lebih sihat dan bertenaga dengan ESP + Mealshake + Performance Drink


 Saya dah cuba dan saya suka dengan hasilnya.


NAK REDAKAN SAKIT GASTRIK DENGAN SHAKLEE?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

Friday, September 5, 2014

FitMalaysia: Program Jom Sihat Bersama YB Khairy Jamaludin Hujung Minggu Ni!

#FitMalaysia Fit for life. Jom Sihat bersama KJ.


Statistik kesihatan rakyat Malaysia:

DIABETES: 2.6 JUTA
HIPERTENSI: 5.2 JUTA
HIPERKOLESTROLEMIA (kolesterol tinggi) : 6.2 JUTA
OBESITI: 2.5 JUTA

Adakah anda termasuk dalam statistik ini?
Setiap satu penyakit berkaitan antara satu sama lain. Ubah cara hidup, jaga pemakanan, dan berfikiran positif membantu anda mengelak penyakit ini.

Mahu mula hidup sihat? Jom sertai program prihatin anjuran Kementerian Belia Dan Sukan yang mendapat sokongan dan penglibatan sepenuhnya Menteri yang masih muda belia dan semangat membara, YB KJ!

Aktiviti sepanjang #FitMalaysia 07.09.14
Maklumat lanjut boleh semak di laman www.fit.my

Jangan lupa sertai aktiviti hujung minggu yang best dan bermanfaat ini. Gunakan sepenuhnya peluang yang disediakan.

"Health is Wealth". 

"Sekiranya berbelanja untuk sihat itu mahal, cubalah untuk sakit". 
Nescaya bandingan jelas mahal dan murah terserlah saat itu...tapi..jangan tunggu sakit ye :)



Thursday, September 4, 2014

Sakit Badan dan Sendi Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak, AJHT dan Kalsium Melegakan

Sakit-sakit badan selepas bersukan dan melakukan aktiviti lasak memang tak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti tersebut dilakukan tiba-tiba. Tanpa senaman ringan, tanpa latihan dan di luar kebiasaan. Selain itu, lenguh badan ni juga senang nak dapat bila berjalan jauh akibat duduk dalam kenderaan untuk tempoh yang lama. Dah dekat musim kenduri ni, ramai juga yang sakit badan masa buat kenduri. Buat kenduri pun penat tau. Guna banyak tenaga. 
 
Cuti Hari Merdeka 2 hari yang lalu, saya juga hampir sakit badan, lenguh betis, sakit pinggang dan urat. Semuanya gara-gara buat aktiviti luar tabii. Eh, aktiviti luar dari jadual harian biasa. Hari pertama, saya menyertai Kem "Jom Hebat Utara 2014". Kem untuk ahli Shaklee di bawah kumpulan iReach yang dinaungi Master Lyna dan Master Zainul. Program ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Program sehari ini diisi dengan 'ceramah motivasi', dengar cerita dan pengalaman mereka yang berjaya dalam Shaklee, dengar cerita sebenar di sebalik isu Roger Barnett dan Israel, cerita tentang pilot yang bawa kapal angkasa juga atlet Olimpik makan Shaklee dan sesi rebut hadiah. Nampak santai tapi penat jugak sebenarnya ;)

Bertugas sebagai AJK untuk program yang sangat best ni, tak dapatlah nak duduk-duduk santai sepenuh masa dalam dewan. AJK kena lari sana sini jugak lah kan semasa majlis berlangsung. Dah habis program, kena bersih dewan dan angkut sampah lagi. Memang penat! Penat yang best. Malamnya, dapat jemputan makan malam dari Master Lyna dan sempat berkenalan dengan leaders Shaklee yang lain. Kari Kepala Ikan Pan Mutiara sangat sedap dan kena dengan selera semua.
 
Esoknya pula, kami mengikuti Eco Fun Challenge di Taman Botani, Pulau Pinang. Kalau diikutkan, lenguh kaki pusing nak pusing satu taman yang luas ni cari harta karun. Tapi masing-masing gigih mengheret kaki membaca setiap label di pokok-pokok dalam taman untuk dapatkan jawapan. Semuanya semata-mata nak dapat hadiah lumayan dari Master Mommy Lyna. Hadiah Ipad! Manalah tak gigih. Nasib baik malam tadi dah telan 2 biji AJHT dan 2 biji Ostematrix. Kakiku lari gagah berani, tak ada sakit sendi!
 
 

Kenapa telan AJHT dan Ostematrix Sebelum dan Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak?

Pertamanya sebab si lelaki lasak ini telah merasa kesan pengambilan suplemen. Beliau dulu tahan hati untuk bersukan dan beriadah dengan kawan-kawan. Sakit. Tak boleh lasak-lasak. Kalau sekarang ni, pantang ajak, memang OK je!



AJHT fungsi istimewanya untuk melegakan sendi dan otot. Jadi, memang patut la kan ambik 2 biji seperti yang dicadangkan bila dah beraktiviti seharian dari pagi sampai malam sampai esok pagi dan petang. (oh panjangnya tempoh aktiviti. Seronok betul join team Shaklee yang aktif ni).
 
Ostematrix pula kalsium lengkap dengan vitamin D. Fungsinya menguatkan tulang dan juga melegakan ketegangan otot.
 
Selepas makan...kuranglah sakit badan dan legalah betis dan tulang belakang. Kaki pun ok je jalan banyak. Tak sakit langsung. Hasilnya....kami mampu berjalan mengelilingi Taman Botani yang luas dan cantik tu...dan menang tempat ketiga! Dapat hamper.  (kecewa  juga tak dapat Ipad). Aktiviti treasure hunt ni kira aktiviti sukan jugak lah kan sebab berpeluh-peluh dibuatnya.

Alhamdulillah. Setelah beberapa kali merasai 'best'nya jalan banyak dan jalan jauh tanpa sakit badan, sakit kaki, dan sakit pinggang... saya pastikan AJHT dan Ostematrix sentiasa ada bersama. Samada di rumah mahupun dalam travel kit. Hidup lebih mudah dan ceria dengan set kelegaan sendi ni.


AJHT dan Ostematrix untuk melegakan sakit badan dan sendi selepas sukan dan aktiviti lasak
 

 Set Kelegaan Sakit Badan Dan Sendi Shaklee ni sesuai untuk:

  • Lelaki
  • Wanita
  • Ahli sukan
  • Orang tua
  • Wanita lepas bersalin/dalam pantang
  • Tergeliat, patah tulang
  • Mereka yang gemar bersukan
  • Mereka yang gemar beraktiviti lasak
  • Mereka yang mengalami sakit sendi
  • Mereka yang mudah rasa penat dan sakit badan
Anda boleh hadiahkan pada diri sendiri dan orang tersayang.
Saya bagi emak saya set sendi untuk masalah sakit betis dan sakit lutut. Alhamdulillah kini dah pulih. Saya tak perlu risau lagi.

 
NAK HILANGKAN SAKIT BADAN, SAKIT URAT DAN SENDI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...