Followers

Saturday, September 20, 2014

Faedah Menjadi Ahli Shaklee - Mak pun dapat manfaat

Faedah jadi ahli Shaklee bukan untuk mereka yang mahu buat bisnes semata-mata. Macam kawan saya ni, sebelum mendaftar lagi dia dah tanya:
 
"Boleh tak jadi ahli nak makan sendiri je. Aku tak nak menjual. Tak reti".
 
"Mestilah boleh. Tak ada paksaan untuk meniaga dan kejar sale pun. Jadi ahli untuk makan sendiri pun banyak faedahnya," Saya jawab tulus ikhlas.
 
Jadi, dia senang hati memberikan butiran diri dan bayar yuran keahlian RM75. Yuran keahlian paling murah yang pernah saya jumpa :)...sebab ia untuk SEUMUR HIDUP. Tak payah susah-susah nak perbaharui keahlian dan bayar tambahan yuran tahunan. Sekali bayar, dapat faedah untuk selamanya.
 
Seingat saya, memang kawan saya langsung tak  berniaga. Tapi, banyak juga yang dia beli. Selain vitamin untuk diri dan suami, dia ada juga beli vitamin set bersalin, berpantang dan menyusu untuk adik. Kemudian beli set sakit sendi untuk emaknya. Memang kakak dan anak yang baik :)
 
Yang paling saya suka bila dia tanya vitamin yang sesuai untuk emaknya yang sakit urat. Pada mulanya, dia hanya beli AJHT dan Ostematrix untuk emaknya. Kemudian, nak tambah Omega pula supaya emaknya rasa lebih sihat dan lega segala urat dan sendi. Maklum saja, orang tua...sakit sendi dan sakit urat ni memang masalah sejagat. Makin berumur, bendalir di setiap sendi makin merosot, menyebabkan kerengsaan dan kesakitan bila nak bergerak.
 
Adanya AJHT yang diperkaya dengan ekstrak Boswelia dan Glucosamine, di samping vitamin C, mangan dan zink , kesihatan sendi boleh ditingkatkan. Ini kerana bahan ini memberikan kesan kusyen, memelihara kesihatan tisu penyambung, dan membekalkan pelincir yang amat diperlukan untuk kelancaran pergerakan.
 
Ostematrix pula membantu menguatkan tulang. Malah dengan tambahan magnesium dan vitamin D, ia adalah kalsium lengkap yang turut memberi kelegaan pada otot dan juga saraf.
 
Omega guard yang mengandungi DHA dan EPA sememangnya terkenal untuk rawatan arthritis.
 
Semoga emak kawan saya dapat kebaikan yang sama macam mak saya. Mak saya sekarang dah senang bangun, duduk, rukuk dan sujud sewaktu solat selepas mengamalkan AJHT dan ostematrix. Hilang sakit betis dan lutut.
 
Ini cerita kedua yang saya nukilkan tentang kebaikan dan manfaat vitamin Shaklee yang berjangkit dari anak kepada emak. Paling saya suka, bila anak rasa kebaikan sesuatu produk, ia turut memikirkan untuk memberi pada orang yang disayang. Sungguh tak ternilai :)
 
Untunglah jadi ahli Shaklee walau untuk makan sendiri. Ibu dan ayah boleh tumpang kebaikannya :)
 
Nak tau cara jadi ahli Shaklee, kelebihan dan kebaikan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami, baca entri penuh ini:
 
 
Atau terus hubungi saya:
 
Yong (Shaklee ID: 840945)
SMS/Whatsapp: 019 959 8249
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...