Followers

Monday, June 30, 2014

Punca Ibu Menyusu Kurang Susu Ketika Berpuasa

Ibu menyusu sering risau berhadapan dengan Ramadhan. Takut susu kurang. Produksi kurang cemerlang. Tambah lagi kalau stok susu perahan memang dah kurang atau langsung tak ada. 

Anak menangis tak cukup susu
Kerisauan ini memburukkan keadaan. Bilamana fikiran dah selalu takut susu kurang, lalu itulah yang terjadi. Kajian mendapati, puasa tidak mendatangkan mudarat untuk si ibu berpuasa sambil meneruskan penyusuan/mengepam susu untuk anak tercinta. Tidak makan dan tidak minum di siang hari masih OK...asalkan ibu makan dan minum dengan diet yang seimbang dan betul ketika berbuka dan bersahur. Apa yang TERSANGAT PENTING bagi ibu menghasilkan stok seperi biasa, pastikan badan mempunyai cukup air. Dengan kata lain, kekalkan hidrolit dalam badan.

Kata kunci untuk menyusu seperti biasa di bulan puasa: diet seimbang dan cukup air.

Bagaimana mahu memastikan minum air secukupnya?
Sedari masuk waktu berbuka, cubalah minum air sedikit demi sedikit sehingga sahur nanti hingga mencukupi seperti lazimnya ketika tidak berpuasa. Jika di hari biasa minum 2-3 liter, di bulan puasa juga harus cukupkan kuantiti yang sama.

Minum sikit-sikit tapi kerap. Kalau tak boleh...FIKIRKAN BOLEH :). Boleh sebab mahu menyusu anak sambil berpuasa.

Kalau tak cukup air hari ni...natijahnya esok susu pasti kurang. Jika keadaan berterusan, setiap hari semakin kurang...akhirnya...

Kemudian, kurangkan perkara yang boleh menyebabkan ibu terhidrasi/merasa dahaga dengan cepat:
  • Elakkan keluar waktu tengah panas terik
  • Usahlah bersenam yang mengeluarkan peluh yang banyak. Senaman ringan OK, itupun tunggu dekat waktu berbuka.
  • Elak makanan pedas waktu sahur
  • Pastikan makanan sahur/berbuka adalah makanan fresh. bukan makanan basi. Jaga-jaga sekiranya beli dari bazar. Kalau  kena cirit birit naya...tak cukup air di bilik air dan tak cukup air dalam badan.
Apakah yang membantu ibu menyusu mengekalkan air dalam badan untuk tempoh yang lama?
Untuk mereka yang dah biasa dengan Shaklee, pengguna tegar vitamin kesihatan Shaklee mesti tengah menjerit, PERFORMANCE DRINK!!!

Ye, Performance Drink berperisa oren ala Tang ni merupakan minuman isotonik tanpa gula yang sangat sesuai di bulan puasa.
Performance Drink untuk Ibu menyusu - mengekalkan bendalir dalam badan, minuman isotonik tanpa gula terbaik untuk berpuasa
 

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Ramai ibu sukakannya. Ramai ibu memberi testimoni positif, lebih segar, lebih bertenaga, pengeluaran susu macam hari biasa. Berpuasa dengan tenang :)

Nak teruskan menyusu di bulan puasa tanpa rasa takut susu kurang sebab kurang minum?
 
Cubalah Performance Drink.
Hubungi saya untuk tempahan.

Yong 019 959 8249.


Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 1435 Ramadhan Terbaik Sepanjang Hayat

 
Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Ramadhan. Ramadhan 1435. Ramadhan yang berkat, Ramadhan terbaik seumur hidup Insyaallah. Pagi ini, hujan lebat membasahi bumi Pulau Mutiara sesudah azan Subuh. Hari pertama berpuasa dan hujan lebat pula. Bersamanya turun rahmat yang banyak. Kesempatan berdoa yang ditunggu. Saat doa yang sangat mustajab.
 
Semoga roh dan semangat Ramadhan yang menyala-nyala hari ini kekal hidup sehingga 30 Ramadhan. Berterusan sepanjang tahun. Pemangkin perubahan besar pada iman, akhlak dan takwa untuk hari mendatang.
 
Semoga Ramadhan ini mengubat jiwa yang sakit, meneguhkan iman yang longlai, membaiki akidah yang songsang, mengindahkan akhlak yang buruk, menguatkan takwa, dan segala kebaikan yang diharap padanya.
 

Tips ringkas Optimumkan kebaikan Ramadhan/Matlamat Ramadhan:

Buat senarai doa.

 
Bilamana terfikir perlukan sesuatu, mahukan sesuatu, masukkan dalam senarai doa. Mintalah hal yang besar pada Allah Yang Maha Besar:
  • diberi kesabaran dan kemudahan untuk hafal Al-Quran
  • diberi syurga Firdaus, dijauhkan dari siksa neraka
  • menerima buku amalan dengan tangan kanan di padang Mahsyar kelak
  • diberi hati yang ikhlas dan khusyuk
  • diberi rezeki yang berkat dan banyak hingga mampu buat yayasan anak yatim
dan etc.... pendek kata, hal-hal yang besar. Hal-hal yang dikira mustahil pada fikiran tapi sikit pun tak menyusahkan Allah Yang Maha Hebat.

 

Praktis diam.

 
Kurang bercakap kuranglah silap dan kuranglah dosa. Diamkan mulut dan jaga lisan. Lisan pada lidah dan pada 'tangan'. Orang sekarang bersuara dengan tulisan - pada Facebook, Twitter, Insta, dll media social. Tempat fitnah, tempat bergaduh, tempat riak tanpa suara.
 

Kawal nafsu MAKAN.

Yang ni tak payah cerita panjang. Bulan puasa macam ni, segala macam makanan rasa terliur. Persiapan berbuka macam nak kenduri banyaknya makanan. Waktu untuk balas dendam setelah berlapar 13 jam. Macam mana nak kawal nafsu makan? Cakap pada diri sendiri berulang-ulang setiap kali nafsu nak beli juadah macam-macam, "Aku kenyang dan cukup dengan satu lauk, satu sayur dan satu jenis air. Cukup dengan apa yang ada".
 

Baca DAN tadabbur Al-Quran.

Dari kecil hingga di usia ini, berapa kali dah khatam Quran gamaknya. Tak terhitung dah gamaknya. Tapi..berapa banyak Ayat dan kisah dalam Al-Quran diteliti, dihayati, difahami dan diamalkan? Al-Quran adalah mukjizat terbesar untuk Rasulullah yang jadi panduan seluruh umat. Dengan mukjizat Al-Quran, tiap kali baca ayat yang sama, perasaannya berbeza. rohnya berbeza. Baca surah Al-Fatihah, walau beribu kali diulang...kadang-kadang ada rasa rendah hati, sayu, takut, harap dan terasa kebesaran Allah. Perasaan yang berbeza-beza. Kurang-kurang, Ramadhan kali ini, carilah mushaf yang mempunyai terjemahan untuk dikhatamkan. Kalau dah ada, selalulah buka dan baca :)
 
Selamat berpuasa. Selamat Beribadah.
 
 

Tuesday, June 3, 2014

"Kulit saya macam bersinar-sinar je" - pengguna vitamin E

Vitamin adalah pilihan wanita bijak untuk membina kecantikan dari dalam. Vitamin yang paling sinonim dengan kecantikan ialah vitamin C dan vitamin E. Set yang lengkap adalah ACE. (bukan Ace Ji Hyo Running Man). Kesemuanya adalah antioksidan yang berfungsi memerangi radikal bebas dalam badan. 

Semua orang dah tau pasal "C untuk cantik". Lebih-lebih lagi vitamin C Shaklee 500mg terlajak laris. Sayangnya tak ramai yang sedar vitamin C memberi kesan lebih baik bila digabungkan bersama vitamin larut lemak, E dan A. Alang-alang nak cantik, biar cukup lengkap sempurna ye tak? Jangan tak tau, bibik Indonesia pun ada yang mengamalkan set kecantikan dari vitamin Shaklee ni. Tak ada dah jamu tradisional, susah nak angkut dan 'maintain' stok.

Contoh kesan dari vitamin-vitamin yang bergabung - set kulit cantik aka set D:



"Muka saya macam bersinar-sinar je. Sebab vitamin E kot".

Sesiapa saja yang makan Vitamin E Complex with grapeseed dari Shaklee ni memang akan perasan perubahan kulit wajah seakan 'glowing'. Berseri. Tak suram kusam dah.

Nak naikkan seri wajah dengan cara selamat, amalkan vitamin antioksidan, vitamin E Complex ni bersama vitamin C.

NAK rasa kulit berseri dengan vitamin E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...