Followers

Saturday, November 22, 2014

Selalu Sakit Kaki Bila Jalan Jauh, Rugi tak Cuba AJHT

 
 
Ramai orang suka jalan-jalan makan angin. Melanconglah kan.  Lagi jauh, lagi seronok. Yang tak seronok bila sakit kaki, sakit pinggang, sakit urat dan serba macam sakit ketika melancong. Tak syok kan? Usah kata nak berjalan jauh ke seberang laut yang perlu naik kapal terbang 8-10 jam, nak balik kampung hujung minggu memandu 5 jam pun dah terasa akibatnya.
 
Ada cara tak nak kurangkan sakit kaki dan lenguh badan serta menambahkan keseronokan melancong?
Ada! Saya dah jumpa ubatnya. Ops, bukan ubat. Ia adalah vitamin yang memelihara keselesaan sendi dan urat saraf. Juga menyokong kekuatan tulang. Kaya dengan ekstrak Boswellia dan Glucosamine, memang khas untuk sakit kaki, sakit lutut, sakit sendi dan yang seangkatan dengannya.
 
Apa dia vitamin best sebagai teman melancong?
Ini vitamin kegemaran saya. AJHT dan Ostematrix!
 
Kalau dulu, nak jalan-jalan di shopping mall pun dah buat pinggang rasa macam nak patah, kaki lenguh, sakit kepala dan letihhhh sekali. Bayangkan keletihannya. Oleh itu, saya jarang sekali membuang masa tawaf di shopping Complex, kecuali memang ada niat nak bakar kalori ;p.
 
Perubahan selepas ambil AJHT dan Ostemarix, sangat menyeronokkan. Hehe. Sesekali balik kampung hujung minggu, memandu sorang-sorang 4 jam tanpa henti bukan lagi masalah. Sampai di rumah, mood masih ceria. Sampai je terus boleh bergelak ketawa. Kalau dulu, muka moyok sebab letih. Tak sampai 24 jam di kampung, harus pulang ke tempat mencari rezeki pula. Lagi 4 jam ditempuh dengan mudah Alhamdulillah. Esoknya masuk kerja, cergas seperti biasa.
 
Macam mana rupa vitamin pilihan pelancong tegar ni?
AJHT DAN OSTEMATTRIX UNTUK KURANGKAN SAKIT SAKIT DAN LENGUH KETIKA MELANCONG
Ini dia AJHT dan Ostematrix. Botol kecil je. Wajib telan 2 biji AJHT dan 2 biji Ostematrix sebelum berjalan.
 
 
 
Yang ni saya pack masa nak melancong ke Turki. Walau sejuk, banyakkk sangat jalan (lebih 3000km perjalanan di Turki sahaja), rehat tak cukup, muka tetap ceria, kaki tetap kuat, tulang dan urat masih gagah. Seronok sangat dapat menikmati saat-saat ini sepenuhnya.
 
Berbaloi ke makan AJHT?
Saya suka! Sangat berbaloi kerana menjadikan percutian lebih bermakna.
Cubalah, nescaya akan jatuh cinta ;)
 
 
 
Sakit Kaki Ketika Melancong? Jauhkan dengan AJHT!
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia
Ke mana saja yang ada servis Poslaju!
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 

Saturday, November 8, 2014

Buasir Hilang Selepas Amalkan Ostematrix

 
 
Pernah terkena buasir? Susah kan nak buang air besar? Ia mungkin bermula dengan masalah sembelit, lalu melarat hingga jadi buasir. Buasir ialah masalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
 
Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
 
Hanya pesakit buasir sahaja yang tahu bagaimana peritnya sakit ni. Bukan sahaja rasa sakit pada fizikal, ia turut memberi kesan emosi yang serius. Rasa ngeri setiap kali mahu membuang. Pesakit buasir peringkat awal mungkin hanya memerlukan 'ubat sumbat' untuk melembutkan najis dan memudahkan pembuangan air besar. Rawatan paling canggih pula untuk mereka yang punya duit lebih, ialah rawatan laser untuk mengecutkan buasir.
 
Buasir banyak terjadi pada orang dewasa yang mengalami sembelit, obesiti juga ibu hamil. 

Buasir boleh dikurangkan dengan:

  1. Minum air secukupnya, kurang-kurang 2 liter sehari.
  2. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai serat dalam sajian harian. Lebih serat, kurang sembelit.
  3. Elakkan makanan segera yang mengandungi pelbagai perasa dan pewarna tiruan.
  4. Kurangkan berat badan. Obesiti merupakan salah satu penyebab buasir.
  5. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. 

 

Rawat Buasir Dengan Vitamin Dan Mineral

Tahukah anda, selain daripada 5 langkah rawatan di atas, pengambilan KALSIUM sebenarnya memberi kesan yang sangat signifikan untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan buasir, terutama untuk tahap 1 dan 2. Peneletian/penyelidikan terancang dan terkawal yang dijalankan terhadap sampel mendapati, ~87% sample berjaya mengurangkan buasir selepas pengambilan kalsium berterusan selama 2 minggu. 
 
Jadi, dapatkan kalsium untuk menghilangkan mimpi ngeri buasir berdarah.
 

Testimoni Buasir dan Ostematrix

Bagaimana tiba-tiba saya tergerak untuk menggalakkan pengambilan Ostematrix (Kalsium lengkap dengan Vitamin D Shaklee) bagi mereka yang menderita buasir?
Kisahnya, semalam kawan di pejabat Tanya..bila nak order Shaklee, dia nak tumpang belikan ostematrix untuk ibu. Ibunya penderita buasir sekian lama. Botol pertama Ostematrix buat dia jatuh cinta. Peminat ostematrix sehingga kini. Manakan tidak, buasir dah hilang! Kelegaan yang nyata dan nikmat yang tak terkira. Alhamdulillah. Lebih dari itu, Ostematrix dah buat dia rasa kebas kaki yang teruk (hingga rasa macam takde deria rasa), makin hari makin baik.
 
Cubalah Ostematrix. Harga RM61. Kepuasan TAK TERHINGGA.
 
 

Nak Legakan Buasir?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
 
 
 
 

Monday, October 20, 2014

Sakit Urat Akibat Langgar Pantang - Cuba Omega!

Ibu moden sekarang ni selalunya berpantang sendiri. kalau anak pertama, mungkin mak atau mertua datang jaga. Tapi kalau dah masuk anak kedua, mak pun dah makin tak larat, kena pandai-pandai bawa diri jaga diri sendiri, jaga anak, jaga suami.

Dalam tempoh berpantang, ada banyak pantang larang. Tak boleh buat kerja berat, perlu jaga makan, tak boleh makan sayur tertentu untuk elak angin dan kembung, nak makan ikan pun kena ikut jenis ikan, telur dan ayam tak boleh makan untuk elak luka bernanah dan lambat sembuh, masakan pula terhad kepada bakar je..kena elak makanan berminyak.

Namun begitu, syarat pantang ni ikut tempat juga. Ikut pengalaman orang tua dan petua yang diturunkan turun temurun. Jadi, sesetengah tempat, apa yang boleh dan tak boleh tu ada beza :).

Memandangkan ibu-ibu moden berpantang sendiri, kemungkinan besar tak ikut sangat pantang larang orang tua ni kan? Makan ikut selera ;p, dan buat ikut suka. Kadang-kadang tu main air, biar diri kesejukan. Akibatnya, sakit urat.

Bila sakit urat, ibu tak sihat, susah pula nak urus bayi yang masih kecil dan anak yang sedang membesar. Ibu kena sihat dan penuh tenaga. Jadi, ikut pengalaman Puan Hadha, apa yang beliau buat bila terasa sejuk, sakit urat dan sendi lepas bersalin tu...beliau amalkan makan 3 biji Omega Guard setiap hari. Alhamdulillah, masuk hari ketiga, badan rasa 'panas' dan segar macam biasa. Oh ye, puan Hadha turut amalkan set bersalin Shaklee untuk dapatkan nutrisi yang mencukupi sepanjang tempoh pantang dan menyusu :)

Ibu-ibu yang buntu tak tau nak buat macam mana bagi mengatasi masalah sakit urat dan rasa sakit badan dan sendi boleh cuba tips ini. Makan Omega Guard dan tambahkan dengan AJHT.

Semoga ibu cepat pulih, sihat, bertenaga dan ceria menguruskan rumahtangga :)

Nak OMEGA dan AJHT semasa pantang?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Sunday, October 19, 2014

Resepi Mangga Blended dengan Mealshake

Sambil bersantai di hari minggu, apa kata buat aktiviti makan-makan yang ringkas tapi sedap bersama anak-anak?
 
Saya nak kongsikan resepi  Mangga blended yang sedap, mudah, berkhasiat dan penuh nutrisi. Resepi ni ilham Zalina Harun, pengedar Shaklee di Putrajaya (Lin: 019 320 2809)

Pelbagai Resepi Mealshake yang boleh dicuba sempena promosi Mealshake bulan ini, beli 3 PERCUMA 1. Hubungi Lin: 019 320 2809 untuk dapatkan Mealshake anda.


Bahan-bahan:

Mangga yang dipotong
Mealshake
Kiub Ais

** Boleh gantikan dengan pisang dan tambah susu segar jika suka.

Cara-cara Membuat Mangga Blended Mealshake:



Masukkan kesemua bahan. Kiub ais, mangga dan Mealshake ke dalam blender. Blend sehingga ketulan ais hancur sepenuhnya.
 
Eh, macam satu langkah je nak buat ni...hehe. Senang sangat. Bila-bila masa teringin nak minum boleh buat dengan syarat ada mangga, stok mealshake dan kiub ais.
 
Dah siap boleh hidangkan untuk suami dan anak-anak.

 
Boleh hidangkan bersama potongan mangga jika suka.
 
 
Apa kata suami?
Suami suka boleh minum yang sejuk2 dan sedap di rumah sendiri hasil air tangan isteri tersayang :)
Anak-anak pun berebut.
 
 
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu :)

Wednesday, October 15, 2014

Perlu Makan Untuk Dua Orang Ketika Mengandung?

Pernah dengar wanita hamil yang ditegur kerana makan banyak menjawab dengsn alasan "Saya makan untuk dua orang"?
Orang yang menegur terdiam dan terima saja kenyataan si ibu. Lalu si ibu terus makan dan makan tanpa rasa bersalah.
 
Atau, wanita hamil yang kurang selera makan dipujuk makan lebih sebab perlukan tenaga dan khasiat untuk dua orang? Lalu susah hatilah si ibu yang sukar menelan kerana takut tak cukup makan untuk keperluan bayi dalam kandungan.
 
Sebenarnya, sejauh mana kebenaran "makan lebih" semasa mengandung demi tumbesaran bayi dalam kandungan?
 
Selepas dibelek-belek buku panduan nutrisi dan kesihatan ibu hamil, keperluan kalori tambahan ibu mengandung ialah:
 
Tambahan kalori untuk ibu mengandung ialah 100-300 kalori sahaja untuk sehari!

Tambahan 50-100 kalori ketika trimester pertama dan 300 kalori menjelang dalam trimester kedua dan ketiga.

 

Berapa banyak ibu hamil perlu makan?


Untuk mendapatkan tambahan 50-100 kalori, ia bersamaan dengan salah satu dari hidangan di bawah:
  • 10-13 biji almond
  • secawan susu tanpa lemak
  • sekeping roti bijirin penuh
  • 2 ounce ikan atau daging
  • kurang dari 1/2 cawan yogurt
Eh, sikit sangat tuh berbanding '2 pinggan nasi untuk 2 orang' :)
 
Sementara untuk tambahan 300 kalori, ia bersamaan dengan salah satu hidangan di bawah:
  • separuh roti sandwich: sekeping roti yang disapu sesudu mentega dan sebiji pisang sederhana besar
  • Yogurt perasa buah-buahan dan segenggam kecil kekacang
  • Smoothies yang dibuat dengan 12 ounce buah, serbuk protein dan yogurt
Oh, rupanya tambahan keperluan makanan untuk bayi yang dikandung tak sebanyak yang disangka. Jadi, tanamkan rasa bersalah setiap kali anda makan berlebihan. Kawalan ketat terhadap makanan ketika hamil membantu ibu dan bayi 'membesar' dengan sihat. Ibu senang melahirkan dan senang untuk turunkan berat badan selepas bersalin.

Ingat, bayi anda perlukan zat yang cukup dan seimbang untuk membesar dengan sihat TAPI dia tak perlukan lemak berlebihan yang membahayakan ibu dan bayi ketika proses kelahiran. Makanlah dengan bijak dengan terus mengamalkan diet seimbang.

Tuesday, October 14, 2014

Bisnes Shaklee OK ke?

Ramai sangat orang makan Shaklee, dan buat bisnes ini. Bukan bisnes main-main kerana dah ramai yang berhenti kerja profesional dan memilih untuk menumpukan sepenuh masa pada bisnes ini. Mereka yang mengambil risiko meninggalkan kerja makan gaji bukan calang-calang orang. Kebanyakan besar adalah jurutera dari syarikat petroleum ternama, peguam, jururawat terlatih, kerja kerajaan dan sebagainya.

Shaklee merupakan satu pilihan bisnes yang mudah bagi surirumah mahupun ibu bekerja. Malah sekarang, ia turut jadi pilihan pelajar universiti. Jika dulu, kebanyakan pengedar dan pengguna Shaklee peratusan besarnya adalah wanita, kini peratusan lelaki dah bertambah-tambah. Sama ada sebagai pengguna mahupun sebagai bisnes partner.

Bisnes Shaklee OK ke?


Jika tanya saya, 100% jawapannya OK :).

4 tahun jadi pengguna Shaklee dan menjual secara online, saya belum mahu berhenti atau perlu berhenti. Ianya sangat fleksibel. Saya buat bila saya mahu. Saya bebas menentukan waktu untuk bekerja. Kenal ramai orang. Kenal rakan bisnes dalam kumpulan iReach yang dah macam kumpulan usrah membuat saya suka dan hanya perlu jadi diri saya. Kebanyakan rakan dalam group ini seperti saya. Pakai biasa-biasa je. Sesuai dengan gaya dan citarasa saya. Sama-sama belajar memajukan diri dan sering diingatkan untuk memberi.

Saya juga kenal ramai pelanggan dengan pelbagai masalah. Dari sekecil masalah jerawat hingga masalah hati, penyakit 3 serangkai, masalah dalam penyusuan, sukar hamil, serta bermacam ragam lagi. Kadang-kala kisah pelanggan membuat saya merenung diri dan merenung kebesaran Tuhan. 

Berdasarkan pengalaman dulu, saya pernah buat bisnes baju muslimah. Akhirnya stok tersadai di rumah. Hinggakan terpaksa tolak ke kedai-kedai dengan harga yang murah. Itu pun jenuh nak habiskan stok. Ada lah 2-3 tahun baru habis stok baju tu.

Dengan bisnes Shaklee, saya hanya order vitamin mengikut permintaan pelanggan. Saya cuma simpan stok sedikit di rumah sebagai persediaan untuk keadaan kecemasan -- tak sempat nak keluar beli on the dot  atau musim cuti.

Dalam bisnes ini, untuk maju dan mencapai bonus yang diinginkan, tak perlu paksa orang. Cuma perlu paksa diri untuk sentiasa tambah ilmu, tambah usaha, bantu orang lain untuk capai kesihatan yang baik juga kewangan yang baik, dan jaga hubungan dengan Allah. 

Dari segi modal, RM75 untuk seumur hidup. Berbaloi dengan peluang yang terbuka luas. Labur RM75 dan kemudian belajarlah dari mentor yang berjaya...tiru apa yang mereka buat dan mesti tahu apa yang kita mahu. Buat TARGET untuk diri, untuk keluarga, dan untuk ummah. Tak mudah, tapi tak susah. Sekali kaki berani melangkah, langkah seterusnya jadi lebih mudah. Kerana yang paling payah ialah BERUBAH.

Saya alu-alukan mereka yang ingin tahu, ingin turut serta dalam kumpulan kami. Sama-sama bantu diri, dan bantu orang sekeliling.

Hubungi saya, rakan Shaklee anda:

Yong 019 959 8249 | tuankalsum[at]gmail.com



Monday, October 13, 2014

Jatuh Cinta Dengan Susu Shaklee - Pengalaman Minum ESP

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Dulu, saya anti juga dengan makanan tambahan ni. Takut ada kesan sampingan yang buruk. Takut ada agenda tersembunyi - agenda peniaga nak lariskan barang, dan agenda Yahudi mungkin? (rasa best dan selamat kalau dapat salahkan Yahudi). Rasanya tanpa makanan tambahan ( supplemen, vitamin) makanan harian biasa pun dah mencukupi. Vitamin dan mineral kan memang datangnya dari makanan yang kita makan hari-hari. 

Tapi, bila kerja makin bertambah, badan makin penat, makan tak menentu, emosi terganggu. Jadi, pilihan yang ada ialah mengambil makanan tambahan untuk tambah tenaga dan pulihkan emosi sendiri supaya prestasi kerja terjaga. 

Vitamin pilihan waktu tu cuma yang asas - multivitamin (Vitalea), B-Complex, dan vitamin C. Rasa cukup je. Masalah pening-pening lalat pun dah tak ada. Maklumlah, vitamin ni buat darah dan baiki tekanan darah juga. Lagi satu bila ambil vitamin, kena selalu minum air untuk optimumkan kesannya. Secara tak langsung, kesihatan makin baik bila cecair dalam badan bertambah.

Waktu itu, tak berani nak cuba ESP. ESP ni  juga popular sebagai 'susu Shaklee'. Bila sebut susu, rasa meremang bulu roma. Nak minum susu bukan mudah. Tiap kali beli, mesti berakhir dengan pembaziran. Tak kira susu segar mahupun susu tepung. Tambahan pula, ESP ni susu soya. Lagi lah takut nak minum. Dengan rasanya yang tawar dan takut lebih-lebih minum soya jadi kanser pulak.

Pada masa yang sama, kawan-kawan yang dah lama kenal Shaklee heboh cakap bestnyaaa minum ESP, kulit cantik, perut kenyang, kurang rasa lapar..maka sikit sebanyak ia mempengaruhi untuk memberanikan diri mencuba. 

Cara Bancuh ESP Sedap

Cara bancuh yang paling sedap bagi saya ialah campuran 2 sudu ESP bersama air sejuk dari peti, ditambah Performance Drink dan 2 sudu Sunquick. Satu bancuhan, banyak kelebihan. Lebih rasa oren untuk menutup rasa soya..hehe. Sekarang ni, trend pulak tambahkan sesudu kecil Vivix dalam bancuhan ESP. Lebih sedap, air jadi kaler merah :)

Sekali sekala, tika datang mood rajin, rajin juga lah blend ESP bersama 3 biji kurma bersama susu segar yang sejuk. Ini resepi Prof Muhaya. Cuba-cuba minum resepi orang 'positif'. Sedap juga. Cuma tak cukup rajin nak buat selalu.

Resepi lain yang pernah di cuba ialah shake ESP bersama air Cincau Yeos, dan shake ESP dengan sorap. Dah jadi ala-ala bandung.

Kesan Minum ESP

Minum ESP buat perut rasa kenyang. Badan lebih bertenaga. Kulit lebih bersih dan cantik. Minuman kecemasan bila tiba-tiba perut rasa pedih diserang gastrik. Minuman pilihan untuk sarapan pagi. Ringkas dan berkhasiat.

Sejak itu, ESP sentiasa ada di dapur untuk dibancuh bila-bila masa. 

Saya suka ESP kerana:

  • Ia bukan soya yang merbahaya. Setelah pemahaman mengenai bahaya soya jenis 'diubah suai secara genetik' (Genetically Modified Organisme), manakala ESP adalah non-GMO. Ia ditanam dan dituai secara semuladi tanpa perubahan genetik. Saya rasa selamat dan syukur ditemukan dengan produk ini.

  • Mengandungi protien dan kalsium. Mengandungi 50% keperluan kalsium harian. Lagi 50% top up dengan Ostematix Shaklee. Senang hidup. Bila orang suruh minum susu...saya boleh cakap, hari-hari saya minum susu :). Sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
  • Mengandungi asid amino penting
  • Membekalkan tenaga segera
  • Memberi rasa kenyang lebih lama
  • Minuman segera untuk kecemasan dan saat sibuk tak sempat makan.

Harga ESP Shaklee, Cara nak Beli Murah

Bulan Oktober, adalah bulan Tragedi Minyak Naik dan harga ESP seperti biasa. Lebih untung sebab lebih jimat beli 6 tin dapat 7 tong!

Harga runcit: RM150 per canister.
Bila beli time promosi ni...anda berpeluang dapat keahlian Shaklee percuma. 


NAK Rasa Kesedapan dan Kebaikan ESP?

********************************************************************

SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)


********************************************************************

KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK






Omega-3 Untuk Kulit Sihat Cantik Ketika Mengandung

Orang kata, ibu hamil lebih cantik kerana seri bayi. Namun ramai juga yang menghadapi masalah kulit jadi gelap, kusam, berjerawat dan tak sekata. Pembawakan budak katanya.
 
Tahukah ibu pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet seharian sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mengatasi masalah kusam dan gelap? Fungsi Omega-3 yang biasa dihebahkan ialah:
 
  • baik untuk perkembangan janin
  • bagus untuk menurunkan kolesterol
  • membantu membetulkan tekanan darah
  • menghubungkan sel-sel otak agar cerdas dan bijak
  • membantu mendapatkan berat ideal
Selain dari yang disebutkan di atas, rupanya, asid lemak ini juga sangat bagus untuk kecantikan ibu. Fungsinya 6 dalam 1 bagi ibu mengandung.
 Ibu mengandung memerlukan 13.0 g linoleic Acid (Omega-6) dan 1.4 g linolenic acid (Omega-3)
Sumber Omega-3 dari tumbuhan boleh didapati daripada kekacang, soya, minyak canola, dan minyak flaxseed. Manakala Omega-3 dari haiwan adalah dari ikan air sejuk seperti tuna,  salmon, dan kod. Lebih berminyak ikan tersebut, lebih tinggi kandungan Omega-3.
 
Untuk ibu yang teruja menjadikan ikan sebagai hidangan harian, berikut ialah tips untuk memilih ikan terbaik sebagai sumber Omega-3: 
  • pelbagaikan jenis ikan - ikan laut, ikan dalam tin, ikan air tawar atau ikan dari sawah seperti keli pun boleh.
  • Pilih salmon yang ditangkap di laut dalam berbanding yang diternak untuk mengurangkan kebarangkalian pencemaran PCB.
  • Elakkan memakan ikan 'besar'  yang berkemungkinan besar telah tercemar dengan merkuri.
  • Makan ikan yang masak sepenuhnya. Elakkan sushi, atau hidangan ikan mentah sepanjang tempoh mengandung.
Tahukah anda, ikan sardine mengandungi Omega-3 tertinggi (2.9 g) berbanding ikan lain?
Nak pilih suplemen pula, pilih lah Omega-3 yang tinggi kandungan DHA dan EPA. Baca label setiap kali membuat pilihan. Antara Omega-3 terbaik di pasaran yang pernah saya temui ialah Omega Guard dari Shaklee kerana kandungan DHA dan EPA tertinggi dalam setiap kapsul. Kapsul Omega-3 perlu disimpan di tempat yang sejuk, dan gelap -- simpan dalam peti.
 
 
 

Sunday, October 12, 2014

Motivasi Penyusuan Susu Ibu dari Kisah Nabi Musa

Ibu-ibu yang mengalami cabaran menjayakan penyusuan ekslusif untuk anakanda tercinta tercari-cari semangat untuk meneruskan misi. Salah satu kisah yang boleh dijadikan teladan adalah kisah dari Al-Quran melalui kisah Nabi Musa yang dilakarkan dalam Surah Al-Qasas.
 
Nabi Musa hidup di zaman kekejaman Firaun yang menindas kaum Israel sehinggakan setiap bayi lelaki yang lahir di bumi Mesir harus dibunuh. Dalam cabaran itu, ibu Nabi Musa tetap melahirkan baginda dengan selamat dalam keadaan sembunyi-sembunyi. Kemudian, Allah memerintahkan agar ibu Nabi Musa menyusukan baginda. Ini tersebut dalam surah Al-Qasas, ayat ke tujuh.
 
Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, "Susuilah dia (Musa), sekiranya engkau khuatir terhadapnya, maka hanyutkanlah dia ke sungai Nil. Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) engkau bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang rasul."
Lalu dengan berat hati, dalam takut dan harap, ibu Nabi Musa menghanyutkan baginda seperti yang diperintahkan. Kakak Nabi Musa diperintah sang ibu agar menyusul adiknya, memerhatikan ke mana berlabuhnya 'kotak' Nabi Musa.
 
Akhirnya, Nabi Musa hanyut dan berlabuh di taman Firaun, tempat isterinya Asiah bermain. Asiah tertarik hati pada Musa lalu memujuk Firaun untuk menjadikan Musa sebagai anak angkat. Sekeras mana hati suami, dipujuk dirayu isteri tersayang, egonya lentur jua.
 
Dan isteri Firaun berkata, "Dia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah engkau membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak," sedangkan mereka tidak menyedari.
 
Hati ibu Musa yang bersedih dan takut akan nasib Nabi Musa di tangan Firaun menyebabkan hatinya goyah. Hampir saja dia membongkarkan rahsia bayi misteri yang berlabuh di istana Firaun. Namun, Allah tetap meneguhkan hatinya.
 
Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Sungguh hampir saja dia menyatakannya (rahsia tentang Musa), seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman (kepada janji Allah).
 
Demikian, apabila Allah berjanji, janji itu pasti ditunaikan. Janji yang tak perlu diragui.
 
Kakak Musa yang mengekorinya sedar Musa telah selamat tiba di istana. Suasana kecoh seketika kerana anak kecil itu tidak henti menangis. Firaun lalu menawarkan upah kepada mana-mana wanita yang boleh menyusukan Musa. Ramailah wanita yang hadir ke istana mencuba nasib namun kesemuanya gagal kerana Musa enggan menyusu dengan mereka. Keadaan ini membuka peluang kepada kakak Musa untuk mencadangkan seorang perempuan yang baik dan sesuai sebagai ibu susuan Musa.
 
Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu  menyusuinya sebelum itu; maka berkatalah dia (saudara Musa), "Maukah aku tunjukkan kepadamu, keluarga yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?"
 
Cantik aturan Allah yang menahan Musa menyusu dari wanita selain ibunya.
 
Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
 
 Demikianlah aturan Allah. Dari keadaan kelahiran yang dirahsiakan, Musa diselamatkan dan disatukan kembali dengan ibunya setelah dihanyutkan ke Sungai Nil sehingga ke istana Firaun. Dari ketakutan yang amat sangat hinggalah si ibu gembira menyusukan si anak dengan tenang. Menyusu anak dari istana dapat upah pulak tu. Asalkan berpegang pada janji Allah, Insyaallah semuanya selamat, semuanya berkat.  
 
Begitulah kisah penyusuan Nabi Musa yang penuh liku tapi sangat memotivasikan. Apabila Allah menurunkan perintah, pasti ada jalan yang terbuka bagi mereka yang patuh.
 
Jadi ibu-ibu, ketahuilah Allah memerintahkan agar seorang anak yang dilahirkan diberikan hak untuk menyusu selama 2 tahun genap. Malah diperintahkan kepada suami untuk memberi upah kepada isteri yang menyusukan sendiri anak mereka. Sekiranya tidak mampu maka diharuskan untuk mengupah wanita lain sebagai ibu susuan. Semoga dipermudahkan jalan ibu yang berazam untuk menyusu anak kandung tercinta.
 
 

Friday, September 26, 2014

Amalan Wajib Hari Jumaat Untuk Selamat dari Fitnah Dajjal

Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Jumaat. Penghulu segala hari. Hari raya mingguan. Hari yang penuh berkah. Hari Jumaat bermula dari terbenamnya matahari hari Khamis hingga terbenam matahari hari Jumaat. Ye, permulaan hari dalam calendar Islam ialah pada waktu maghrib :).
Hari Jumaat ialah hari raya, hari untuk bergembira kerana banyak  kelebihan padanya. Pada hari ini, setiap Muslim digalakkan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Dengan zikir, selawat, bacaan Al-Quran, solat malam, sedekah, berziarah dan sebagainya.
Amalan wajib yang tak boleh ditinggalkan pada hari ini: Baca Surah Al-Kahfi.
Kaifiat Al-Kahfi terbesar yang disebut dalam hadis-hadis sahih: 
  1. Diberi jaminan diselamatkan dari fitnah dajjal.
  2. Diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.
Dajjal, makhluk yang akan muncul menjelang kiamat. Mendakwa dirinya Tuhan. 'Menolong' mereka yang mengaku dirinya Tuhan. Keadaan pada waktu itu amat menakutkan. Huru-hara. Panas yang amat sangat. Akan ramailah umat manusia yang berserah dan mengalah pada 'offer' Dajjal dek kerana peritnya keadaan pada waktu itu. Nauzubillah, moga kita diselamatkan. Insyaallah, amalan Al-Kahfi hari ini membantu kita 'survive' di hari esok.
Korbankan sedikit masa untuk membaca 110 ayat ini. Agak panjang, tapi sebenarnya amat menarik untuk dibaca dan ditadabbur.
Surah Al-Kahfi mengandungi 4 cerita utama:
  1. Kisah pemuda Al-kahfi yang lari bersembunyi di gua demi menyelamatkan iman dari mengaku 'ketuhanan' raja yang kejam. Mereka tertidur selama 309 tahun, tapi menyangka hanya terlelap untuk setengah hari/sehari.
  2. Kisah 2 petani dengan kebun mereka. Seorang petani yang kaya, bongkak dan menyangka kekayaannya adalah kerana usahanya dan akan kekal buat selamanya sehinggalah ia tunduk dan menyesal selepas kebun yang dibangganya musnah sekelip mata.
  3. Kisah kembara Nabi Musa dan pembantunya bertemu Nabi Khidir. Khidir ialah hamba Allah yang 'kasyaf'. Nabi Musa diperintah Tuhan untuk berguru dengannya kerana ketinggian ilmu Khidir. Beberapa kisah menarik berlaku sepanjang kembara ini yang membuktikan ketinggian ilmu pengetahuan kurniaan Tuhan buat hambanya.
  4. Kisah kembara Zulkarnain dari satu tempat ke tempat yang lain, sehinggalah dia berjumpa dengan satu kaum yang sangat 'pelik'. Tidak difahami bahasa pertuturan mereka. Dia membina 'tembok' bersama dengan kaum ini untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj. Tembok ini akan ditembusi pada suatu masa nanti sesuai dengan janji Tuhan.
Waktu yang diperlukan untuk khatam keempat-empat kisah ini ~40 minit. Boleh dihabiskan sekaligus sekiranya mula membaca usai solat Maghrib, elok je sebelum masuk Isyak.
Sekiranya kekurangan waktu, bahagilah bacaan kepada 2, 3 atau 4 bahagian, mengikut cerita utama. Tak banyak. Tak susah. Sambil nak tunggu nasi masak, dalam LRT dalam perjalanan pergi dan pulang kerja, selepas solat setiap waktu...Insyaallah sebenarnya ada waktu. Cari je waktu yang tersembunyi tu :). Download Al-Quran siap-siap di telefon pintar masing-masing.
Selamat beramal. Moga istiqamah. Moga selamat dari fitnah Dajjal yang dahsyat.

Saturday, September 20, 2014

Cara Mudah Cuci Pinggan Berminyak dan Berlemak

Cuci pinggan mangkuk berminyak dan berlemak ni perlukan kesabaran. Cuci sekali kadangkala tak puas hati. Masih tak bersih dan ada kesan minyak dan lemak yang melekat. Masalah ni biasanya banyak berlaku di musim raya haji. Maklumlah, ramai yang masak daging korban.
 
Daging singgang, sup, gulai memang sedap di makan panas-panas. Bila dah sejuk, terserlah lemak-lemak tepu yang terapung di permukaan periuk, yang melekat pula di pinggan mangkuk, dan tangan juga mulut :). berlemuih.
 
Cara yang paling senang nak bersihkan minyak dan lemak yang melekat ni...guna pencuci yang power. Yang paling saya suka, pencuci serba guna Basic H Shaklee. Guna beberapa titik je untuk hilangkan semua kesan minyak dan lemak. Puas hati. Tangan pun lembut je. Salah satu produk yang masuk senarai balik kampung raya ni :)
 
Dengan adanya Basic H, banyak kerja jadi mudah. Selain untuk mencuci pinggan mangkuk dan periuk, boleh buat mop lantai juga. Dan...cuci kereta. langsung tak ada kesan tompok-tompok sabun. Kesan gris cepat hilang, terutamanya kat tayar. Sedikit air dan 10 titik basic H boleh cuci sebuah kereta bersih sebersih-bersihnya :)
 
Basic-H: Menanggalkan minyak degil
 
 
Ini dia Basic H yang disukai. Membantu kerja di dapur dan kerja luar rumah. Selamat untuk manusia dan alam sekitar. Sebotol kecil ni boleh tahan lama, ikut kegunaan. kandungannya pekat, boleh meghasilkan 48 gelen air basuhan! Jimat ye. Pilihan suri bijak.
 
Cara mendapatkan hasil terbaik: Campurkan 1/2 sudu Basic H ke dalam segelen air suam untuk cucian yang memuaskan. Hilang minyak. Hilang lemak.
 
P/S: Nak gunakan campuran basic H sebagai air cuci tangan tetamu pun boleh :)
 
NAK CUBA PENCUCI SERBA GUNA HEBAT INI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
 

Faedah Menjadi Ahli Shaklee - Mak pun dapat manfaat

Faedah jadi ahli Shaklee bukan untuk mereka yang mahu buat bisnes semata-mata. Macam kawan saya ni, sebelum mendaftar lagi dia dah tanya:
 
"Boleh tak jadi ahli nak makan sendiri je. Aku tak nak menjual. Tak reti".
 
"Mestilah boleh. Tak ada paksaan untuk meniaga dan kejar sale pun. Jadi ahli untuk makan sendiri pun banyak faedahnya," Saya jawab tulus ikhlas.
 
Jadi, dia senang hati memberikan butiran diri dan bayar yuran keahlian RM75. Yuran keahlian paling murah yang pernah saya jumpa :)...sebab ia untuk SEUMUR HIDUP. Tak payah susah-susah nak perbaharui keahlian dan bayar tambahan yuran tahunan. Sekali bayar, dapat faedah untuk selamanya.
 
Seingat saya, memang kawan saya langsung tak  berniaga. Tapi, banyak juga yang dia beli. Selain vitamin untuk diri dan suami, dia ada juga beli vitamin set bersalin, berpantang dan menyusu untuk adik. Kemudian beli set sakit sendi untuk emaknya. Memang kakak dan anak yang baik :)
 
Yang paling saya suka bila dia tanya vitamin yang sesuai untuk emaknya yang sakit urat. Pada mulanya, dia hanya beli AJHT dan Ostematrix untuk emaknya. Kemudian, nak tambah Omega pula supaya emaknya rasa lebih sihat dan lega segala urat dan sendi. Maklum saja, orang tua...sakit sendi dan sakit urat ni memang masalah sejagat. Makin berumur, bendalir di setiap sendi makin merosot, menyebabkan kerengsaan dan kesakitan bila nak bergerak.
 
Adanya AJHT yang diperkaya dengan ekstrak Boswelia dan Glucosamine, di samping vitamin C, mangan dan zink , kesihatan sendi boleh ditingkatkan. Ini kerana bahan ini memberikan kesan kusyen, memelihara kesihatan tisu penyambung, dan membekalkan pelincir yang amat diperlukan untuk kelancaran pergerakan.
 
Ostematrix pula membantu menguatkan tulang. Malah dengan tambahan magnesium dan vitamin D, ia adalah kalsium lengkap yang turut memberi kelegaan pada otot dan juga saraf.
 
Omega guard yang mengandungi DHA dan EPA sememangnya terkenal untuk rawatan arthritis.
 
Semoga emak kawan saya dapat kebaikan yang sama macam mak saya. Mak saya sekarang dah senang bangun, duduk, rukuk dan sujud sewaktu solat selepas mengamalkan AJHT dan ostematrix. Hilang sakit betis dan lutut.
 
Ini cerita kedua yang saya nukilkan tentang kebaikan dan manfaat vitamin Shaklee yang berjangkit dari anak kepada emak. Paling saya suka, bila anak rasa kebaikan sesuatu produk, ia turut memikirkan untuk memberi pada orang yang disayang. Sungguh tak ternilai :)
 
Untunglah jadi ahli Shaklee walau untuk makan sendiri. Ibu dan ayah boleh tumpang kebaikannya :)
 
Nak tau cara jadi ahli Shaklee, kelebihan dan kebaikan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami, baca entri penuh ini:
 
 
Atau terus hubungi saya:
 
Yong (Shaklee ID: 840945)
SMS/Whatsapp: 019 959 8249
 

Saturday, September 6, 2014

Nak Jadi Ahli Shaklee Untuk Bisnes dan Makan Sendiri, Biar Kami Bantu

Shaklee sangat popular. Ahli Shaklee pun sama.
 
Sekarang ni, kalau orang tau kita pengedar dan ahli Shaklee, terus orang tu order nak vitamin C 500mg, nak set bersalin, nak set kulit, nak set kurus, nak set sendi Shaklee dan macam-macam lagi. Tak payah susah-susah nak perkenalkan. Saudara mara yang datang beraya pun sambil makan kuih raya sempat sambar vitamin yang ada, siap daftar jadi ahli lagi.
 
Ramai yang berminat jadi ahli sebab suka dengan Shaklee Effect yang mereka rasa. Ada yang berjaya menyusu anak 2 tahun penuh malah terlebih, berpantang tapi cergas tak macam orang pantang, tahap kesihatan ibu ayah dan anak-anak bertambah baik, berat badan turun secara sihat, kulit bermasalah beransur pulih jadi lebih cantik licin berseri, berjaya mengandung setelah lama menunggu, anak pulih dari asthma, suami berjaya berhenti merokok...dan lain-lain. Macam-macam cerita dan pengalaman yang buat orang nak terus makan Shaklee. Alang-alang makan Shaklee, lebih baik jadi ahli.

 

Kenapa Perlu Daftar Jadi Ahli Shaklee

  • Yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup --- MURAH SANGAT!
  • Jimat 15% hingga 20% setiap kali beli mana-mana vitamin --- JIMAT BANYAK JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG.
  • Boleh order sendiri melalui laman Shaklee --- ORDER BILA-BILA MASA DI MANA SAHAJA, 24 JAM SEHARI
  • Peluang menjana bonus dan menggandakannya --- PENDAPATAN SAMPINGAN UNTUK PELAJAR DAN SURIRUMAH
  • Shaklee dijamin Selamat, Berkesan, Memelihara Alam Sekitar
  • Vitamin Shaklee melalui kajian terperinci di makmal sebelum dijual kepada pasaran --- ADA RND, LEBIH SELAMAT DAN MEYAKINKAN
  • Peluang mendapat promosi hebat dari Shaklee setiap  bulan. Bulan September 2014 ni Shaklee dah mula buat 'DOUBLE PROMOTION'!.  Mealshake Beli 3 PERCUMA 1 dan Shaklee Collagen Powder Beli 6 PERCUMA 1. Jimat banyak untuk produk yang anda suka.

Bagaimana Nak Daftar Untuk Jadi Ahli Shaklee

  • Hubungi Pengedar Shaklee Tuan Kalsum (Shaklee ID 840945) melalui telefon 019 959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com
  • Berikan maklumat nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel, dan nombor akaun bank (untuk memudahkan pemberian bonus Shaklee). Sekiranya anda mahu mendaftar bersama pasangan, berikan juga maklumat pasangan. Yuran tetap RM65 untuk satu pasangan.
  • Selepas semua maklumat diisi, anda akan dapat ID Shaklee untuk mula membeli sendiri dari laman www.shaklee2u.com.my :)
  • Kit ahli akan dihantar kepada anda!

Bagaimana Nak Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

  • Anda boleh jadi ahli secara percuma sekiranya membuat belian melebihi RM650 (200uv). Contoh: Beli 3 kotak kolagen atau 2 botol VIVIX dapat keahlian PERCUMA.

Kenapa Anda Perlu Daftar Ahli Dengan Kami?

  • Kami mula sign up sebagai ahli dari tahun 2010 dan masih aktif menggunakan dan menjual Shaklee sehingga kini. Insyaallah akan berterusan untuk masa-masa akan datang. Malah Shaklee akan kami usahakan hingga menjadi pendapatan utama. Maknanya, anda boleh rujuk kami bila-bila masa untuk selamanya. Tak ada masalah tak boleh nak kontek upline dan ditinggal terkial-kial tanpa bimbingan.
  • Anda boleh rujuk kami vitamin yang sesuai untuk masalah dihadapi, cara makan vitamin dan permasalahan berkaitan Shaklee secara percuma. 
  • Berpeluang mengikuti kelas online dan offline berkenaan nutrisi dan juga cara mengembangkan bisnes Shaklee
  • Kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat, best, ukhuwah yang erat, sifat tolong menolong antara ahli serta menekankan konsep memberi.
  • Peluang untuk menyertai grup rahsia kami yang macam kelas usrah, kelas pengurusan masa, kem motivasi, kelas blogger dan pemasaran FB! Serius best!
  • Kami tak galakkan 'headhunting' yang merugikan dan menyusahkan mereka yang mahu jana pendapatan dengan Shaklee. Kami ada cara yang buat orang cari anda join Shaklee tanpa perlu keluar cari orang!

Boleh Ke Jadi Ahli Tak Mau buat Bisnes

Boleh. Tak ada paksaan untuk berbisnes, malah hamper 70% yang join ahli hanya untuk memudahkan mereka terus menikmati kebaikan vitamin Shaklee dengan lebih jimat.
 

Produk Shaklee Yang Selamat Dan Berkesan Untuk Kehidupan Anda

 
Produk penjagaan wajah dan rambut dari Shaklee.

Produk penjagaan kebersihan dan kesihatan di rumah. Semua dengan formula semulajadi, tanpa bahan kimia dan dijamin selamat.

Pelbagai jenis vitamin untuk anak-anak, dewasa dan orang tua

Produk kuruskan badan yang sihat dan selamat dari Shaklee

Inilah sebab Shaklee jadi pilihan dan sebab mutlak anda perlu jadi ahli
 
 
NAK JADI AHLI SHAKLEE DENGAN GROUP YANG BEST?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...