Followers

Monday, October 13, 2014

Omega-3 Untuk Kulit Sihat Cantik Ketika Mengandung

Orang kata, ibu hamil lebih cantik kerana seri bayi. Namun ramai juga yang menghadapi masalah kulit jadi gelap, kusam, berjerawat dan tak sekata. Pembawakan budak katanya.
 
Tahukah ibu pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet seharian sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mengatasi masalah kusam dan gelap? Fungsi Omega-3 yang biasa dihebahkan ialah:
 
  • baik untuk perkembangan janin
  • bagus untuk menurunkan kolesterol
  • membantu membetulkan tekanan darah
  • menghubungkan sel-sel otak agar cerdas dan bijak
  • membantu mendapatkan berat ideal
Selain dari yang disebutkan di atas, rupanya, asid lemak ini juga sangat bagus untuk kecantikan ibu. Fungsinya 6 dalam 1 bagi ibu mengandung.
 Ibu mengandung memerlukan 13.0 g linoleic Acid (Omega-6) dan 1.4 g linolenic acid (Omega-3)
Sumber Omega-3 dari tumbuhan boleh didapati daripada kekacang, soya, minyak canola, dan minyak flaxseed. Manakala Omega-3 dari haiwan adalah dari ikan air sejuk seperti tuna,  salmon, dan kod. Lebih berminyak ikan tersebut, lebih tinggi kandungan Omega-3.
 
Untuk ibu yang teruja menjadikan ikan sebagai hidangan harian, berikut ialah tips untuk memilih ikan terbaik sebagai sumber Omega-3: 
  • pelbagaikan jenis ikan - ikan laut, ikan dalam tin, ikan air tawar atau ikan dari sawah seperti keli pun boleh.
  • Pilih salmon yang ditangkap di laut dalam berbanding yang diternak untuk mengurangkan kebarangkalian pencemaran PCB.
  • Elakkan memakan ikan 'besar'  yang berkemungkinan besar telah tercemar dengan merkuri.
  • Makan ikan yang masak sepenuhnya. Elakkan sushi, atau hidangan ikan mentah sepanjang tempoh mengandung.
Tahukah anda, ikan sardine mengandungi Omega-3 tertinggi (2.9 g) berbanding ikan lain?
Nak pilih suplemen pula, pilih lah Omega-3 yang tinggi kandungan DHA dan EPA. Baca label setiap kali membuat pilihan. Antara Omega-3 terbaik di pasaran yang pernah saya temui ialah Omega Guard dari Shaklee kerana kandungan DHA dan EPA tertinggi dalam setiap kapsul. Kapsul Omega-3 perlu disimpan di tempat yang sejuk, dan gelap -- simpan dalam peti.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...