Followers

Monday, October 13, 2014

Jatuh Cinta Dengan Susu Shaklee - Pengalaman Minum ESP

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Dulu, saya anti juga dengan makanan tambahan ni. Takut ada kesan sampingan yang buruk. Takut ada agenda tersembunyi - agenda peniaga nak lariskan barang, dan agenda Yahudi mungkin? (rasa best dan selamat kalau dapat salahkan Yahudi). Rasanya tanpa makanan tambahan ( supplemen, vitamin) makanan harian biasa pun dah mencukupi. Vitamin dan mineral kan memang datangnya dari makanan yang kita makan hari-hari. 

Tapi, bila kerja makin bertambah, badan makin penat, makan tak menentu, emosi terganggu. Jadi, pilihan yang ada ialah mengambil makanan tambahan untuk tambah tenaga dan pulihkan emosi sendiri supaya prestasi kerja terjaga. 

Vitamin pilihan waktu tu cuma yang asas - multivitamin (Vitalea), B-Complex, dan vitamin C. Rasa cukup je. Masalah pening-pening lalat pun dah tak ada. Maklumlah, vitamin ni buat darah dan baiki tekanan darah juga. Lagi satu bila ambil vitamin, kena selalu minum air untuk optimumkan kesannya. Secara tak langsung, kesihatan makin baik bila cecair dalam badan bertambah.

Waktu itu, tak berani nak cuba ESP. ESP ni  juga popular sebagai 'susu Shaklee'. Bila sebut susu, rasa meremang bulu roma. Nak minum susu bukan mudah. Tiap kali beli, mesti berakhir dengan pembaziran. Tak kira susu segar mahupun susu tepung. Tambahan pula, ESP ni susu soya. Lagi lah takut nak minum. Dengan rasanya yang tawar dan takut lebih-lebih minum soya jadi kanser pulak.

Pada masa yang sama, kawan-kawan yang dah lama kenal Shaklee heboh cakap bestnyaaa minum ESP, kulit cantik, perut kenyang, kurang rasa lapar..maka sikit sebanyak ia mempengaruhi untuk memberanikan diri mencuba. 

Cara Bancuh ESP Sedap

Cara bancuh yang paling sedap bagi saya ialah campuran 2 sudu ESP bersama air sejuk dari peti, ditambah Performance Drink dan 2 sudu Sunquick. Satu bancuhan, banyak kelebihan. Lebih rasa oren untuk menutup rasa soya..hehe. Sekarang ni, trend pulak tambahkan sesudu kecil Vivix dalam bancuhan ESP. Lebih sedap, air jadi kaler merah :)

Sekali sekala, tika datang mood rajin, rajin juga lah blend ESP bersama 3 biji kurma bersama susu segar yang sejuk. Ini resepi Prof Muhaya. Cuba-cuba minum resepi orang 'positif'. Sedap juga. Cuma tak cukup rajin nak buat selalu.

Resepi lain yang pernah di cuba ialah shake ESP bersama air Cincau Yeos, dan shake ESP dengan sorap. Dah jadi ala-ala bandung.

Kesan Minum ESP

Minum ESP buat perut rasa kenyang. Badan lebih bertenaga. Kulit lebih bersih dan cantik. Minuman kecemasan bila tiba-tiba perut rasa pedih diserang gastrik. Minuman pilihan untuk sarapan pagi. Ringkas dan berkhasiat.

Sejak itu, ESP sentiasa ada di dapur untuk dibancuh bila-bila masa. 

Saya suka ESP kerana:

  • Ia bukan soya yang merbahaya. Setelah pemahaman mengenai bahaya soya jenis 'diubah suai secara genetik' (Genetically Modified Organisme), manakala ESP adalah non-GMO. Ia ditanam dan dituai secara semuladi tanpa perubahan genetik. Saya rasa selamat dan syukur ditemukan dengan produk ini.

  • Mengandungi protien dan kalsium. Mengandungi 50% keperluan kalsium harian. Lagi 50% top up dengan Ostematix Shaklee. Senang hidup. Bila orang suruh minum susu...saya boleh cakap, hari-hari saya minum susu :). Sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
  • Mengandungi asid amino penting
  • Membekalkan tenaga segera
  • Memberi rasa kenyang lebih lama
  • Minuman segera untuk kecemasan dan saat sibuk tak sempat makan.

Harga ESP Shaklee, Cara nak Beli Murah

Bulan Oktober, adalah bulan Tragedi Minyak Naik dan harga ESP seperti biasa. Lebih untung sebab lebih jimat beli 6 tin dapat 7 tong!

Harga runcit: RM150 per canister.
Bila beli time promosi ni...anda berpeluang dapat keahlian Shaklee percuma. 


NAK Rasa Kesedapan dan Kebaikan ESP?

********************************************************************

SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)


********************************************************************

KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...