Followers

Thursday, January 3, 2013

Vitamin Untuk Memutihkan Kulit

Saya selalu dapat pertanyaan, "Kak, vitamin C ni boleh putihkan kulit tak?"


Lalu, dengan senyum dan sabar kakak ini menerangkan, "Vitamin C ni boleh mencerahkan kulit. Mengikut pemahaman orang melayu, boleh putihkan kulit la tu. Tapi, bukan makan sehari, seminggu terus putih melepak. Jadi, kena faham fungsi vitamin C atau vitamin-vitamin lain untuk dapatkan kulit putih ni. Maklum saja, standard orang sekarang, nak dapat kulit putih macam Adira, dalam masa sesingkat mungkin. Lagi, definisi kulit cantik bukan semestinya 'putih' :) ".

Kulit akan kelihatan cerah/putih dan cantik sekiranya:
  • kulit tegang tanpa kedut-kedut yang menampakkan ciri-ciri 'tua'
  • kulit berseri, tidak kusam, bebas anemia
  • tuan empunya diri sentiasa ceria, suka senyum dan sentiasa berfikiran positif
  • kulit memang dah sedia putih sejak lahir (faktor genetik)

Bagaimana Vitamin C memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin C menghalang serangan radikal bebas yang akan menyebabkan sel kulit rosak, kusam dan berkedut. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang memelihara kesihatan, ketegangan dan kelicinan kulit. Untuk memastikan kulit cerah pula, vitamin C berperanan menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.


Bagaimana Vitamin E memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin E, vitamin larut lemak merupakan salah satu antioksidan yang berkuasa  menghalang serangan radikal bebas. Komponen radikal bebas ini adalah penyebab kepada wujudnya tanda-tanda penuaan, seperti kedut pada kulit. Senang kata, radikal bebas merosakkan kulit yang cantik, sihat, muda, tegang!  Oleh kerana itu, kita sangat-sangat memerlukan penghapus radikal bebas - antioksidan! 

Selain menghalang radikal bebas, vitamin E juga penting dalam peredaran darah. Sistem peredaran darah yang sempurna dan sihat menggalakkan penghasilan sel kulit  baru yang sihat (dan cantik tentunya!). Kerana itu, orang yang mengamalkan pengambilan vitamin E akan perasan kulitnya kelihatan kemerah-merahan, berseri macam pengantin.

(Saya amat menggalakkan pengambilan vitamin E untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam)

Bagaimana Vitamin A memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin A merupakan satu lagi antioksidan, yang paling berkuasa antara ketiga-tiga ahli kumpulan antioksidan yang dikenali dalam singkatan ACE. Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. 
Vitamin A sangat penting juga dalam penghasilan sel baru yang sihat disamping memelihara sel kulit yang lama. Vitamin A juga sebenarnya amat diperlukan untuk menghalang kulit kering melalui penghasilan sebum - minyak semulajadi dari badan untuk kelembapan kulit.


Bagaimana Zink memutihkan/mencerahkan kulit

Zink penting dalam penjagaan kulit, apatah lagi yang nak kulit cantik dan putih. Kenapa? Kerana zink sebenarnya mempunyai property seperti antioksidan (walaupun tak sepower ACE). Zink mempercepatkan penyembuhan luka pada sel kulit - sama ada jerawat, luka biasa. Kekurangan zink menyebabkan tumbuhnya jerawat, atopic dermatitis atau psoriasis.

NAK TAMBAH SERI KULIT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...