Followers

Monday, August 18, 2014

Kenapa Setelah Melahirkan Badan Jadi Gemuk



Masalah biasa wanita lepas bersalin, berat badan naik. Ukuran badan bertambah saiz. Dari saiz S jadi M, boleh cecah L juga XL. Untunglah wanita yang berat cepat turun berat dan berjaya kekalkan berat dan bentuk badan macam anak dara walau dah bersalin 3-4 kali. 

Biasanya, wanita yang menyusukan anak cepat mengalami penyusutan berat dan inci. Lebih banyak kalori terbakar, lebih cepat dapat balik berat sebelum hamil. Menyusu menggunakan 500 kalori! (cepat susukan anak kalau nak kurus). Tapi....ada tapinya. Susut berat dengan cepat ketika pantang tak menjamin akan slim selamanya. Selepas putus susu, badan cepat naik kalau tak betul-betul jaga selera makan dan perkara lain yang berkaitan dengan kegemukan. 

Beberapa pemerhatian terhadap ibu-ibu ini:

Kenapa Gemuk Selepas Bersalin dan Punya Anak?

1. Salah satu pemerhatian terhadap ibu-ibu yang mengalami masalah ini...mereka tak makan dengan sempurna. Maksudnya, tak sempat nak makan secara 'proper'. Baru makan 3-4 suap, anak nangis. Nak kunyah 44 kali memang tak sempat. Kerana itu, ibu-ibu selalu makan cepat-cepat. Tak sempat kunyah dah telan. Kalau dah begitu keadaannya, bayangkan apa yang berlaku pada proses pencernaan dan kesannya secara keseluruhan.

2. Ibu-ibu biasa skip makan. Dalam keadaan kalut mengurus keluarga, biasanya diri sendiri yang terabai. Makan pun ala kadar, lebih sedih skip makan sebab nak kejar kerja lain pula. Amalan mengabaikan waktu makan mempunyai kesan besar terhadap kadar metabolisme badan. Metabolisme terganggu, kalori tak dibakar sempurna...akibatnya, ibu jadi gemuk tanpa rela. Hanya kerana berkorban tak makan.

3. Tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Berapa ramai ibu yang hadir ke pejabat dengan mata comel macam panda? Anak demam, anak tidur lambat, ibu yang kena berjaga sampai pagi. Badan jadi penat. Metabolisme badan sekali lagi terganggu. Dan...risiko kegemukan juga bermula untuk ibu.

Apa nak buat untuk kurangkan risiko Gemuk Lepas Bersalin?


  1. Bincang dengan suami. Dapatkan kerjasama untuk sama-sama menguruskan hal kerja rumah dan jaga anak. Kerja sama-sama, penat sama-sama, sihat sama-sama :)
  2. Hati-hati dengan pattern pemakanan selepas bersalin. Pastikan makan ikut aturan, jangan sekali-kali skip makan, sama ada sebab nak kurus atau sebab nak siapkan kerja lain. Makan dulu. 
  3. Makanlah dengan tenang. Kalau mak nak makan, bagi ayah jaga anak. Baik untuk pencernaan, baik untuk kesihatan emosi dan juga jasmani.
  4. Tingkatkan kesihatan diri dan keluarga. Dapatkan supplemen tambahan untuk tambah tenaga. Biar lebih cergas dan bertenaga nak uruskan rumahtangga. Lagi bertenaga, lagi tangkas dan cepat siapkan kerja kan? :)

Semoga semua ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi ganjaran yang seadilnya. Selamat berbakti pada keluarga.







Sunday, August 17, 2014

Shaklee Menyumbang kepada Israel? Adakah perlu BOIKOT?

Dulu, Shaklee 'hot' dengan isu HARAM, ada babi.
 
Rupanya, setiap tahun Shaklee renew sijil halal dengan ISA, sebuah badan halal Amerika yang diiktiraf JAKIM.
 

Sijil Halal Shaklee 2014
Sijil Halal Shaklee 2014

Baru-baru ini, Shaklee kembali hangat dengan isu Israel.  Isu yang suam-suam kuku kerana hujah ia produk USA, hangat gara-gara status UZAR yang di'edit' 3 kali --- sudah sampaikah masa untuk boikot Shaklee...akhirnya status ini dipadam kerana terlalu banyak komen (yang berbentuk makian) umat Islam Malaysia yang semakin sensitive dengan isu Palestin dan Israel.
 
Kemudian, timbul pula hujah seorang Ustaz yang juga seorang doctor, "Kenapa Saya BOIKOT Shaklee" -- jadi viral di fb, lantas menguatkan keyakinan orang ramai yang sudah sekian lama menyimpan  ragu untuk boikot Shaklee secara istiqamah. Bukan saja pengguna Shaklee, malah SID Shaklee sendiri sudah bimbang dan risau serta takut --takut terlibat dengan penganiayaan terhadap saudara muslim di Palestin, juga bimbang makan duit haram dengan pendapatan Shaklee.
 
Inilah kenyataan rasmi Shaklee MENAFIKAN kaitan dengan Israel, juga kaitan CEOnya, Roger Barnett yang jadi Board of Directors Ellie Foundation terhadap kenyataan PERIBADI Ellie Wiesel (penaung) yang mengutuk HAMAS.
 
Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
Statement rasmi yang KETIGA dari pihak Shaklee ekoran isu mengaitkan Shaklee dan Israel.
 
 
Baca dengan jelas para ini:
 
"There is absolutely no connection between Shaklee, any of its personnel and the ad in the New York Times and other papers. The Ellie Wiesel Foundation, which combats injustice and intolerance for all people, including Muslims, was not responsible for this ad, which was placed by Ellie Wiesel personally".
 
 Shaklee:
  1. Tiada kaitan dengan Israel, dan tidak menyumbang kepada Israel untuk membunuh umat Islam yang kita kasihi di Palestin.
  2. Kenyataan Ellie Wiesel, penaung Ellie Foundation yang turut dianggotai Roger Barnett, adalah kenyataan PERIBADI beliau.
Tak cukup yakin dengan statement Shaklee, ikuti penjelasan dari Roger Barnett sendiri -- melalui pertemuan Masters Shaklee yang sedang berada di Longbeach untuk Conference Shaklee:
 
 
 
 
Kes ini laksana kes yang hangat dalam kemelut politik Selangor.
Dua orang ADUN PAS bersetuju dan menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Namun, PAS pada dasarnya TIDAK bersetuju untuk melantik Wan Azizah, sebaliknya tetap menyokong Dato Khalid Ibrahim kekal menerajui Selangor.
 
-- Harus difahami, kehendak dan kenyataan 2 ADUN PAS tersebut tidak mewakili PAS dan tidak mewakili kesemua wakil PAS. Malah, sekiranya 2 ADUN PAS tersebut adalah ahli Shaklee, ia juga tidak bermaksud Shaklee menyokong PAS, atau Shaklee bersetuju agar Wan Azizah dinobatkan sebagai MB (eh).
 
Sekian.
 
Perlukan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Insyaallah saya akan cadangkan yang sesuai untuk masalah dan bajet anda :)
 
--Berpesan-pesan pada kebenaran.
 
Yong
019 959 8249
 

Saturday, August 16, 2014

PETUA, TIPS DAN AMALAN UNTUK BERUSAHA HAMIL DAN DAPAT ANAK

 
 

Tak dapat anak walau kahwin bertahun-tahun bukan masalah seorang dua. Ramai ada masalah macam ni. Ini petikan yang saya ambil dari fb Ustaz Ebit Liew yang kata-kata lembutnya sentiasa menyentuh hati. Beliau kongsikan beberapa amalan untuk mendapat rezeki anak.
 
 ********************************
Soalan yang kerap ditanya selepas ceramah dan email ialah kesedihan dan kepiluan kerana masih belum dikurniakan anak.
 
Saya sedih ustaz..kadang-kadang keluarga dan kawan-kawan tak faham lagi malang bila pasangan pula tidak memahami. Kami juga sedih dan ingin beri mereka anak...kadang-kadang rasa tidak adil buat kami...ada apa-apa yang kami boleh amalkan...mereka mesti menangis atau bergenang air... mata...Saya pun rasa nak menangis bila orang luah soalan ini.
 
 Allah sayang puan dan suami. Dia beri kerana dia sayang pada kita. Dia tahan sesuatu kerana sayang pada kita demi kebaikan.
 
 Guru yang mula-mula ajak saya kepada kebaikan dia tiada anak melainkan anak angkat yang kini jadi hafiz dan alim. Dia dan isteri sangat baik dengan mak ayah saya. Mereka banyak berjuang sehingga saya rasakan dia ada anak mungkin beribu kerana dia mendidik setiap anak-anak yang pernah belajar dengannya dengan sunnah Nabi saw dan kerja dakwah.
 
Dia pernah tanya saya masa sekolah? Sampai bila ebit kena pimpin orang yang kita dakwah? Saya jawab sehingga dia telah istiqamah atas agama ini.

Jawab cikgu saya, bukan, tapi sehingga kita mati. Sentiasa maafkan dia walaupun ketika kita rasa dia tidak patut buat macam tu lagi, doakan dia sentiasa, dan bantu dia..sehingga hari ini cikgu tadi masih datang ziarah ibubapa saya..dia masih berdua sehingga hari ini. Dia terlalu sayang isterinya dan tidak sanggup kahwin lain walaupun isterinya mendesak.
 
 ********************************

PETUA, TIPS DAN AMALAN UNTUK BERUSAHA HAMIL DAN DAPAT ANAK

 
Di antara petua untuk dimudahkan dapat anak dengan kehendak Allah juga. Allah suka orang berusaha dan berdoa.

1) Syukur Allah beri nikmat pasangan hidup. Ada tempat kita bersama..bila kita syukur Allah tambah nikmat..ingat ini semua kerana dia sayang..kerana Allah sayang. Ibubapa kadang-kadang beri dan tahan sesuatu dari anaknya adalah kerana kebaikannya..Allah tuhan kita sangat sayang kita...

2) Ambil anak angkat atau bantu mana-mana anak dari kecil sehingga dia dewasa dalam kehidupannya..benar-benar sayang mereka kerana Allah..insyaAllah Allah mudahkan semuanya..

3) Baca doa Nabi Zakariya untuk dapat anak dalam surah al anbiya ayat 89. Masa beliau umur 80 tahun dan isterinya tua dia masih belum ada anak. Satu hari dia yang jaga Maryam as ibu Nabi Isa, lihat Maryam as makan buah yang bukan musimnya. Bila ditanya mana kamu dapat ini. Jawab Maryam ini semua dari kurniaan tuhanku Allah. Nabi zakariya as fikir jika anak boleh yakin kepada Allah. Kenapa dia tidak yakin. Masa umurnya yang tua, Allah kurniakannya anak. Yakin Allah yang beri anak. Bukan soal umur, tua dan lain-lain. Itu cuma sebab zahir. Allah semuanya.

4) Boleh selalu zikir nama Allah. Ya kholiqul ya Bariul Ya Mushowwir. Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk..
-*Saya selalu baca dulu masa mula-mula kahwin dan lambat sikit dapat anak..saya datangkan yakin yang beri anak ialah Allah..

5) Selalu sedekah dan selepas sedekah doa. Ya Allah berilah kami anak yang soleh dan solehah.

6) Baca yassin setiap pagi dan baca al waqiah setiap malam. Siapa baca yassin diawal hari Allah mudahkan segala urusannya..siapa baca waqiah setiap malam dijauhkan dari kepapaan dan kemiskinan..Anak harta yang sangat bernilai.

7) Bertaubat pada Allah. Taubat mungkin ada kata-kata kita yang salah dan rasa yang salah. Contohnya ada orang kata ish malas nak dapat anak dulu lah.. nak enjoy dulu..atau sakitlah tak nak anak-anak ni...atau serabutlah budak-budak ni..atau mana ada duit nak besarkan anak-anak.atau takde hal lah kacang gila nak dapat anak.sedangkan yang bagi anak ini Allah. Yang lain cuma sebab-sebab jer...Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

8) Bangun malam tahajud kerana Allah janji akan beri kurniaan yang luar biasa hebatnya..

9) Benar-benar menghargai pasangan kerana dengan itu menyebabkan Allah sayang kita. Bersama pasangan dengan penuh kasih sayang.

10) Minta doa ibubapa dan gembirakan ibubapa. Jika sudah tiada banyak doa buat ibubapa..

11) Rajin berusaha berjumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar..Allah suka orang yang berusaha..yakin pada Allah..

12) Sibuk dengan dakwah, menuntut ilmu, dan amalan masjid. Sediakan umat ini kepada kerja dakwah. Sehingga diakhirat ribuan orang belakang kita. Saham akhirat kita kerana ilmu manfaat yang telah kita sebarkan..Hanya air mata gembira melihat saat itu insyaAllah.

Akhirnya isteri dan anak-anak semuanya akan menjadi saham akhirat atau musuh pada hari akhirat..

Ya Allah ya rahman kawan-kawan kami yang baik ini inginkan anak yang soleh dan solehah. Ya Allah permudahkanlah buat mereka. Ya Allah kami sayang saudara kami ini keranaMu..berilah mereka anak dengan kasih sayangMu. Jadikanlah setiap dari kami semakin hampir padaMu. Kami berterima kasih kerana Kau sentiasa menyayangi kami.


-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September 2014 / Upm
Terbuka kepada semua..semua dijemput hadir. Semoga jadi asbab hidayah dan kebaikan.


*Dipersilakan share :). Konten semua dari fb Ustaz Ebit*

Wednesday, August 13, 2014

Mudah Buang Air Besar Lepas Bersalin Dengan Set Pantang Eksklusif Shaklee

Masalah sembelit lepas bersalin, ketika berpantang perlukan penyelesaian segera

Buang air besar lepas bersalin bukan perkara mudah. Sakitnya bukan main. Lebih-lebih lagi kalau banyak luka. Banyak bekas jahitan. Apa lagi kalau mereka yang ceaser. Nak duduk bangun pun dah susah, ini pula kalau kena sembelit, dah 40 kali susah.
Jeles tak kalau tiba-tiba ada orang cakap, "Aku rilek je buang air lepas bersalin baby ni. Senang. Lancar."

"Macam mana boleh senang? Apa kau buat? Ada petua ke nak lancarkan pembuangan lepas bersalin ni, taknak sembelit?"

Terus bertalu-talu soalan ibu baru bersalin yang tahan perasaan ngeri dan ngilu tiap kali nak melangkah masuk bilik air...hehehe.

Inilah rahsia yang bukan lagi rahsia ibu bersalin yang memilih set pantang Shaklee. Bukan main gembira ibu ini berkongsi kebaikan dan kelebihan yang dirasai setelah menggunakan set eksklusif ini. Semoga lebih ramai ibu bijak di luar sana dapat kebaikan yang sama :) 
 
 
Set pantang Shaklee yang best untuk masalah sembelit lepas bersalin.
 

*(tak perlu lagi berlama-lama dalam bilik air, sebab takut sembelit)*



Yang baik kita kongsi :)


Kebaikan Set pantang Shaklee Eksklusif Untuk Ibu Baru Bersalin


  • Luka bersalin lebih cepat kering dan pulih dengan pengambilan zink, B-complex dan Vitamin C.
  • Rahim lebih cepat mengecut
  • Badan rasa lebih segar, bertenaga dan cergas dengan gabungan vitamin dan mineral penting untuk keperluan harian. Bila badan cergas, ibu ada lebih banyak peluang untuk mengurus bayi sendiri :)
  • Emosi lebih stabil dengan adanya B-Complex yang membantu mengurangkan stress dan meningkatkan tenaga. Kurang stress, lebih gembira bermakna ia baik untuk kelancaran penyusuan eksklusif untuk anak tercinta
  • Membuang air besar lebih lancar, kurang sembelit dengan adanya Ostematrix. Kurang satu masalah besar ibu berpantang.
  • Kurang rambut gugur dengan pengambilan Biotin (dalam B-Complex) dan zink. Kedua vitamin ini membantu menguatkan akar rambut. Bila anak dah mula menyembur pun...rambut gugur bukan lagi masalah.

 NAK RASA LEBIH BEST BERSALIN DAN BERPANTANG KALI NI, CUBA SET PANTANG SHAKLEE
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.




Tuesday, August 12, 2014

Nak Kawal Darah Tinggi, Kawal Marah!

Sakit tekanan darah tinggi selalu dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi . Oleh itu, cara merawat juga menumpukan kepada pengurangan dan kawalan kolesterol demi menurunkan tekanan darah. 2-3 hari lepas, satu ilmu menarik yang saya dengar melalui IKIM, darah tinggi boleh dikawal secara rohani. Tak perlu ubat doktor, ubat tradisional mahupun ubat homeopati.


Kawal secara rohani yang dimaksudkan Ustaz Pahrol dalam segmen Islam Itu Indah ialah kawal perasaan terutama perasaan marah. Selalu kan, bila rasa marah membuak dalam dada, darah pun menyerbu  ke muka dan kepala. Muka jadi merah padam. Kepala pula rasa kembang dan penuh menampung akibat naik darah (naik marah). Tekanan darah naik mendadak. Degupan jantung pun jadi laju macam lepas lari langkah seribu. Semuanya bahana marah.

Bila naik marah, naiklah darah!
Orang yang selalu marah juga mempunyai antibodi yang rendah. Mudah dihinggapi penyakit. Kalau kita rasa mudah demam, mudah selsema, mudah kena jangkitan, dah kena penyakit kronik...renung-renunglah balik ke dalam diri. Aku ni kena darah tinggi sebab selalu makan makanan masin, makanan berlemak atau sebenarnya gagal mengawal emosi? Aku senang-senang demam bila terkena hujan sikit 2-3 titik ni sebab masalah penyakit fizikal atau penyakit hati? Penyakit jantung, penyakit pelik-pelik ni sebab penyakit keturunan atau dalam keturunan ada penyakit hati, suka dengki, suka iri, suka marah?

Susah kan nak ikut pesan nabi ni..
Nabi pesan banyak kali, "Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah."
Banyak mudarat rupanya. Darah tinggi pun akibat marah.

Kenyataan Ustaz Pahrol buat saya berfikir. Rohani dan jasmani itu berkaitan. Tak hairan lah, bila para ilmuwan berpesan, kena banyak taubat. Kena selalu zikir menyebut nama Allah. Kena cari peluang buat amal jariah, beri sedekah. Ia bukan sahaja membersihkan hati, menenangkan jiwa, mendatangkan pahala malah mempunyai kesan yang sangat besar pada kesihatan tubuh badan.

Jadi, mari kita sama-sama jaga kesihatan rohani dan jasmani. Kawal marah, kawal emosi, terkawal lah darah tinggi. Peace!! :)

Tak payah nak marah-marah depan komputer sebab tak puas hati dengan cerita-cerita Facebook :)




Wednesday, August 6, 2014

Sakit Sendi, Sakit Kaki, Sebab Gout?

Orang tua yang makin berusia sering mengalami masalah sakit sendi - tak kira sakit lutut, sakit pinggang, sakit pergelangan kaki dan tangan. Selain dari faktor kekurangan pelincir dan kusyen di sendi, kebanyakkan sakit sendi itu juga berpunca dari gout. 

Sakit gout adalah sakit yang disebabkan pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan. Makanan yang mengandungi 'purine' yang tinggi serta gagal diuraikan dengan sempurna oleh badan menggalakkan pertambahan asid urik lalu menyebabkan kesakitan pada sendi, yakni gout.

Untuk membantu pesakit gout langkah pencegahan dan rawatan sangat perlu. 

Pertama, CEGAH dengan mengawal pemakanan. Elakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Contoh makanan yang perlu dielak oleh pesakit gout ialah daging merah. Kemudian, pesakit juga perlu memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi. Dalam kata lain, perlu kerap minum air. 

Kedua, melalui rawatan untuk melegakan dan mengurangkan keradangan pada sendi. Bengkak kaki, jari tangan adalah antara tanda sakit gout -- akibatnya, susah nak berdiri, bergerak dan melakukan rutin harian. Malah ramai yang mengadu, nak solat pun susah.

Untuk melegakan sakit sendi, antara vitamin yang membantu ialah:

  1. Alfafa: menyah toksin dalam badan.
  2. Omega Guard: Mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan keselesaan untuk bergerak. Omega guard juga membantu memecahkan lemak yang tersimpan dalam badan, serta mengurangkan kolesterol jahat, LDL. Ini sangat membantu pesakit gout yang biasanya berbadan besar serta mempunya masalah kolesterol tinggi/tekanan darah tinggi.
  3. Performance Drink: Membantu mengekalkan bendalir dalam badan lebih lama.
Set Shaklee untuk Gout
Untuk mereka yang selalu sakit pada sendi, lutut, tangan, kaki dan jari jemari

Ibu ayah yang ada simptom sakit tumit, sakit kaki, sakit lutut, sukar menggerakkan jari dan pergelangan tangan, nak solat pun seksa, jangan dibiar lama. Bantu mereka mengatasi masalah ini dengan menjaga diet harian mereka, bawa mereka jumpa doktor untuk dapatkan nasihat profesional, serta cubalah supplemen yang membantu mereka menjalani hari tua dengan selesa dan gembira.

Nak cuba set Shaklee untuk gout ni boleh hubungi:
Yong 019 959 8249
Konsultasi disertakan  


Tuesday, August 5, 2014

Selalu Penat Buat Kerja Rumah, Amalkan Zikir Fatimah

Surirumah profesional. 2 kerja satu masa. Mana tak selalu penat?

Ramai ibu suka jadi suri rumah. Urus suami dan anak, urus rumahtangga sendiri lebih puas hati. Kerja macam senang tapi sangat banyak. Ibu yang pernah bekerja, pasti rasa stress di waktu peralihan. Mula-mula seronok, kemudian stress sebab tak cukup masa untuk diri sendiri. Kerja tak henti-henti, tak pernah habis. Selalu penat fizikal dan emosi.

Anakanda kesayangan Rasulullah juga seorang surirumah. Kepenatan dan keletihan beliau tak boleh dibandingkan. Menjadi seorang anak kepada rasul akhir zaman, isteri kepada Ali yang sibuk memperjuangkan Islam, sering berada di jalan dakwah dan tak melepaskan peluang menyumbang tenaga di medan perang, membesarkan anak-anak yang bakal jadi pewaris memimpin umat...bukan tanggungjawab mudah. 

Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah akan bebanannya melakukan kerja harian sendirian. Lalu diminta seorang pembantu untuk meringankan kerja-kerjanya. Namun, Rasulullah tidak memberikan pembantu untuk puteri kesayangannya, sebaliknya memberi satu tips berguna. Tips yang merawat dan menghiburkan hati.

Ingat Allah. Penat hilang. Hati lapang.

Zikir yang diamalkan Fatimah dengan senang hati, tak merungut lagi:

Tasbih: Subhanallah 33x

Tahmid: Alhamdulillah 33x

Takbir: Allahuakbar 33x

Zikir ini diamalkan Fatimah dengan sepenuh hati. Setiap kalimah dihayati betul-betul. Merasakan kesucian, kebesaran dan nikmat yang dikurniakan Allah hingga tak ada ruang untuk merasa lelah. 

Kita belum capai tahap ni. Namun ia boleh diamalkan dan dipupuk perlahan-lahan. Sambil-sambil mendidik hati.

Semoga urusan ibu-ibu dipermudahkan serta mendapat ganjaran besar di dunia dan akhirat.


Monday, August 4, 2014

Sakit Senggugut: Cara berkesan mengatasinya (saya dah cuba!)


Sakit senggugut, setiap kali datang bulan

Sakit senggugut tiap kali datang bulan, dengan kesakitan luar biasa menyebabkan tempoh haid umpama mimpi ngeri bagi wanita yang mengalaminya. Hanya yang pernah kena tau bagaimana peritnya. Terbaring sepanjang hari, muka pucat, tubuh lesu, muntah dan sakit kepala pada hari-hari awal tempoh haid.

Nak mengatasi sakit senggugut ni ada bermacam cara. Antara cara berkesan untuk mengurangkan/mengelakkan dan menghilangkan 'period pain' ini:


  • Cara paling popular dan berkesan ialah dengan mengamalkan supplemen Omega-6 (Gamma Linolenic Acid, GLA). Antara sumber yang tinggi kandungan Omega 6/GLA  didapati daripada Evening Primrose Oil (EPO), dan borage oil. Kandungan GLA dalam borage oil ~17-25% manakala dalam EPO pula ~7-10%. Suplemen GLA yang dibuat daripada borage oil ialah GLA Complex Shaklee. Ia dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan. Turut dilengkapi dengan vitamin E dan minyak biji bunga matahari. Jadi, antara EPO dan GLA complex Shaklee untuk masalah senggugut, saya pilih GLA Complex Shaklee, ikut pengalaman sendiri.

  • Makan telur dan minum susu. Petua dari seorang kawan yang kesian tengok kita selalu kena MC bila diserang senggugut. Alhamdulillah berkesan juga bila diamalkan selalu. Yang penting makan sebelum datang bulan lah. Tengah sakit baru nak makan, tak berkesan. Kalau susah sangat nak makan telur dan minum susu, amalkan B-Complex dan Ostematrix selalu. B-Complex mengandungi vitamin B6 aka Pyridoxine yang membantu melegakan senggugut!
B-COMPLEX, OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX UNTUK SENGGUGUT
Selain GLA Complex, Ostematrix dan B-Complex juga boleh memberi kelegaan pada mereka yang sering senggugut



  • Refleksologi. Mungkin ramai yang tak tahu, urutan refleksologi  mampu menghalang senggugut. Lakukan 2 minggu sebelum hari haid. Tak mau ke pusat refleksologi, lakukan urutan sendiri di rumah. Fokus pada bahagian tepi tapak kaki. Boleh rujuk gambarajah 
    Urut di bahagian highlight dengan pen merah hingga ke bahagian buku lali untuk meredakan period pain.

  • Minum air suam dan elakkan minuman berais
  • Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian
  • Lakukan senaman
Semoga beberapa tips yang dikongsi membantu adik-adik, dan kakak-kakak menyelesaikan masalah bulanan kaum wanita. Nak order dan nak nasihat saya, boleh kontek nombor di bawah ni.


NAK REDAKAN SAKIT SENGGUGUT YANG MENYERANG SETIAP BULAN?

********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

Sunday, August 3, 2014

Sakit Betis Kaki, Sakit Lutut..mak rasa Ok dah dengan AJHT

Dah 2-3 kali balik tak dengar mak merungut sakit betis dan sakit lutut. Biasanya dia akan mengadu sambil mengurut-urut kakinya. Kadangkala minta diurut dan dipijak agar kurang sakitnya.
Bila ditanya, "Tak sakit betis dah? Lutut OK dah?"
Dia jawab, "Hmm, OK dah. Lepas ambik AJHT tu, dah lama tak rasa sakit. Kalau tak urat betis ni rasa terik semacam. Macam ditarik-tarik. Bawah lutut ni pun sakit sangat. Tak tahan. Nak berjalan, bangun duduk pun payah. Ni dah abis AJHT yang sebotol tu rasa lega je".
Alahmdulillah. Akhirnya diberi kesembuhan melalui pengambilan vitamin khas untuk sakit sendi dan tulang, Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Kalau ada yang mengalami masalah yang sama, suka saya syorkan pengambilan vitamin ni. Sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan sendi lutut dan lenguh-lenguh urat betis dan kaki. Sakit pinggang sakit belakang pun boleh. Asalkan berkaitan dengan urat, sendi dan tulang, Insyaallah boleh reda.
Sakit betis kaki, sakit lutut, sakit urat..bagi makan AJHT.
Insyaallah membantu melegakan kesakitan.
Ramai yang dah cuba, sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang tua. Semua pun suka bila rasa reda dari derita susah berjalan, bangun duduk bertahun-tahun. Nak berjalan jauh, untuk travel pun saya sangat syorkan. Apa lagi untuk mereka yang mahu bebas dari sakit sendi supaya mudah beribadah, terutamanya ibadah solat.

Pengalaman sendiri ketika melancong ke Turki, banyak sangat berjalan. AJHT memang telan tiap malam. Rugi tak larat jalan puas-puas bila dah datang naik kapal terbang jauh-jauh kalau akhirnya terjelepuk kat bilik hotel disebabkan sakit lutut, lenguh. Balik bercuti pun tak lah rasa sakit badan. Masih cergas seperti biasa dengan pengambilan suplemen yang awesome :) . Siapa nak sakit kaki lenguh badan ketika melancong kan? Rugi sangatlah!


SUKA TENGOK EMAK SENYUM, SENANG SOLAT?


(pastikan anda menggunakan Mozilla Firefox)
atau
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

Saturday, August 2, 2014

Nak Cepat Hamil: Ketahui Asid Lemak Penting Untuk Kesuburan

Cepat Hamil Dengan Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6
Bila nak dapat anak? Soalan popular bila bertemu sanak saudara sahabat handai di musim raya. Kadang boleh senyum, kadang rasa stress, kadang rasa sedih nak jawab soalan sesimple itu. Senang nak tanya, susah nak jawab. Empunya diri kalau boleh nak cepat-cepat hamil. Bukan untuk gembirakan orang tapi untuk melengkapkan kehidupan suami isteri. 

Keinginan untuk hamil dan punya anak sendiri adalah fitrah seorang isteri dan suami. Doa dan usaha tak terkira agar keinginan ini dipenuhi.

Antara nasihat pakar kepada pasangan yang mahukan anak: periksa kesihatan suami isteri dan amalkan cara hidup sihat disamping vitamin penting untuk tingkatkan kesuburan.


Salah satu petua tingkatkan kesuburan, amalkan asid lemak Omega-3, Omega-6 dan Omega-9. Sumber terbaik daripada borage oil, minyak ikan dan flax oil.

Omega-3 Untuk Kesuburan

Minyak ikan dan flax oil sangat kaya dengan asid lemak Omega 3. Omega 3 membantu kesuburan dengan:
  •  membantu peredaran hormon yang stabil
  •  meningkatkan mukus serviks
  • membantu ovulasi
  • meningkatkan kualiti uterus secara menyeluruh dengan meningkatkan pengaliran darah ke organ pengeluaran

Omega 6 Untuk Kesuburan

Sumber yang kaya dengan Omega-6 ialah dari sumber borage oil. GLA Complex Shaklee mengandungi Omega-6 dari borage oil berkepekatan tinggi dan sering dicadangkan untuk mereka yang berusaha hamil. Alhamdulillah ramai dah berjaya.
 Omega 6 meningkatkan kesuburan dengan:
  • membaiki dan memulihkan struktur sel pengeluaran
  • mengurangkan risiko keradangan
  • meningkatkan kualiti organ dalaman

GLA Complex dan Omega Guard tingkatkan peluang hamil




NAK CEPAT-CEPAT HAMIL?

********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA




Friday, August 1, 2014

Nak Kulit Cantik Dari Dalam, Pilih Vitamin Shaklee

Ramai orang teruja nak kulit cantik. Pantang ada produk kecantikan yang bagi kesan licin, cerah, gebu dalam masa singkat, pasti ramai yang serbu. Malangnya, produk segera ini kebanyakannya berbahaya dalam jangka masa panjang. Ada merkuri, hidroquinon yang mempercepatkan kesan yang didamba. Akibatnya, tak lama lepas tu...ramai yang menyesal sebab kulit muka licin jadi rosak. Lagi teruk dari asalnya.

Nak kulit cantik dengan cara selamat, usahakan dengan membina kecantikan dari dalam. Mulakan dengan peringkat paling asas yakni peringkat sel. Sel yang sihat akan membentuk sistem yang sihat..akhirnya menghasilkan kulit yang cantik dan segar. 

Untuk kecantikan sel serta pemulihan dan pemeliharaannya, vitamin Shaklee ada beberapa gabungan vitamin yang terbaik untuk menghasilkan kesan itu. 

Vitamin C Untuk Kulit Cantik

Vitamin C sangat terkenal sebagai vitamin kecantikan. Fungsinya untuk menentang radikal bebas yang didapati dari persekitaran yang kotor. (Mana  nak sedut udara yang benar-benar bersih dan segar dah sekarang ni). 

Vitamin E Untuk Kulit Cantik

Vitamin E adalah pelengkap kepada vitamin C. Fungsinya sama...menentang radikal bebas. Radikal bebas penyebab jerawat, kulit kusam, jeragat dan pelbagai masalah lain. Vitamin E erfungsi dalam lemak manakala vitamin C dalam air. Istimewanya vitamin E Shaklee kerana ia adalah dari jenis semulajadi (bukan jenis sintetik yang biasanya ada di rak-rak farmasi). Ia juga dilengkapi Selenium yang memberi kesan optimum.

Energy Soy Protien Untuk Kulit Cantik

ESP merupakan salah satu 'killer'product' dari Shaklee. Popular sebagai salah satu vitamin kecantikan. Ramai yang cakap kulit lebih cerah, lembut, berseri lepas amalkan ESP..untuk minum dan juga untuk buat masker muka. ESP adalah protien penting yang memulihkan sel-sel rosak serta memastikan sel-sel baru yang sihat. Inilah antara rahsia kenapa ESP menjadi pilihan mereka yang nak cantikkan kulit dan pulihkan kulit rosak.






NAK PULIHKAN KULIT ROSAK?
NAK MEMBINA KECANTIKAN DARI DALAM?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA


Saya akan guide dan bagi tips terbaik untuk anda :)

Harga: RM401.50 (termasuk pos ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak). Tempahan diterima dari Indonesia/Brunei/Singapura juga.

Untuk kegunaan sehingga 4 bulan.
Belanja bulanan: RM100.40

Pilihlah produk yang selamat untuk anda. Untuk kulit anda. Cantik bukan untuk sementara...tapi untuk selamanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...