Sakit tekanan darah tinggi selalu dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi . Oleh itu, cara merawat juga menumpukan kepada pengurangan dan kawalan kolesterol demi menurunkan tekanan darah. 2-3 hari lepas, satu ilmu menarik yang saya dengar melalui IKIM, darah tinggi boleh dikawal secara rohani. Tak perlu ubat doktor, ubat tradisional mahupun ubat homeopati.
Kawal secara rohani yang dimaksudkan Ustaz Pahrol dalam segmen Islam Itu Indah ialah kawal perasaan terutama perasaan marah. Selalu kan, bila rasa marah membuak dalam dada, darah pun menyerbu ke muka dan kepala. Muka jadi merah padam. Kepala pula rasa kembang dan penuh menampung akibat naik darah (naik marah). Tekanan darah naik mendadak. Degupan jantung pun jadi laju macam lepas lari langkah seribu. Semuanya bahana marah.
Bila naik marah, naiklah darah! |
Orang yang selalu marah juga mempunyai antibodi yang rendah. Mudah dihinggapi penyakit. Kalau kita rasa mudah demam, mudah selsema, mudah kena jangkitan, dah kena penyakit kronik...renung-renunglah balik ke dalam diri. Aku ni kena darah tinggi sebab selalu makan makanan masin, makanan berlemak atau sebenarnya gagal mengawal emosi? Aku senang-senang demam bila terkena hujan sikit 2-3 titik ni sebab masalah penyakit fizikal atau penyakit hati? Penyakit jantung, penyakit pelik-pelik ni sebab penyakit keturunan atau dalam keturunan ada penyakit hati, suka dengki, suka iri, suka marah?
Susah kan nak ikut pesan nabi ni..
Nabi pesan banyak kali, "Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah."
Banyak mudarat rupanya. Darah tinggi pun akibat marah.
Kenyataan Ustaz Pahrol buat saya berfikir. Rohani dan jasmani itu berkaitan. Tak hairan lah, bila para ilmuwan berpesan, kena banyak taubat. Kena selalu zikir menyebut nama Allah. Kena cari peluang buat amal jariah, beri sedekah. Ia bukan sahaja membersihkan hati, menenangkan jiwa, mendatangkan pahala malah mempunyai kesan yang sangat besar pada kesihatan tubuh badan.
Jadi, mari kita sama-sama jaga kesihatan rohani dan jasmani. Kawal marah, kawal emosi, terkawal lah darah tinggi. Peace!! :)
Tak payah nak marah-marah depan komputer sebab tak puas hati dengan cerita-cerita Facebook :) |
No comments:
Post a Comment