Followers

Thursday, May 22, 2014

Darah Rendah: Dulu Sampai Terbaring, Sekarang Tidak Lagi


Akibat darah rendah, anda boleh rebah tiba-tiba
(Google image)

Dulu emak kerap diserang darah rendah. Tengah bersila makan nasi boleh berhenti baring kejap. Pejam mata dan ambil masa berehat sebelum bangun dan sambung makan. Sangat kesian. Kena tiba-tiba. Itu aksi yang pernah dilihat sendiri depan mata, yang dia tak cerita mungkin lagi banyak agaknya. 

Mak saya bukan tua sangat bila kena serangan darah rendah ni. Umur 40-an, tapi sekarang dah 50-an. Oh, saya pun ada mewarisinya. Hehe. Tengah duduk tu kalau bangun tiba-tiba boleh rebah jadinya. Pening tiba-tiba. Boleh rasa darah tak sempat mengalir ke otak. Bila jadi macam ni, kena duduk balik, bertenang dan tarik nafas sampai pening hilang. Sampai rasa bahagian kepala dah terisi dengan darah (kuat betul imaginasi...tapi memang boleh rasa kepala yang sejuk perlahan-lahan rasa suam dan kembali normal).

Itu cerita dulu. Sekarang dah tak ada aksi macam tu. Sejak-sejak dah amalkan makan vitamin asas Shaklee, Alhamdulillah tahap kesihatan dan kecergasan makin baik. Dulu-dulu kena paksa dia makan vitamin ni semua. Kena pantau dah ambil ke belum. Tiap kali balik kampung saya mesti buat 'spot check'. Bukak botol Vitalea, B-Complex dan Vitamin C satu-satu. Tapi sekarang, bila dia sendiri rasa segar, kurang penat bila buat kerja dia pulak yang tanya, 

"Ada bawak balik vitamin yang selalu mak ambil tu?"
"Takde. Ingatkan ada lagi. Mak kan jarang makan".
"Dah habis dah. Lupa pesan sebab biasa tak payah pesan. Nanti pos kan la vitamin tu. Bila ambil tu rasa segar sikit. Tak penat sangat. Ayah pun dok makan sama."

Dia dah rasa best, tak pening-pening sebab darah rendah dah, rasa bertenaga, rasa senang nak buat kerja.
jadi, anaknya dengan gembira dah pos kesemua vitamin yang dipinta ke kampung. Alhamdulillah.


Supplemen penting untuk pesakit darah rendah


Anda ada masalah darah rendah dan mahu berubah jadi lebih sihat dan stabil macam mak saya?
Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Yong 019 959 8249
Pengedar Shaklee Pilihan

Tuesday, May 20, 2014

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit Anak Dara Kesayangan

Makkk!!! Muka cantik dah naik jerawat!!!

Jerawat yang tumbuh di muka anak dara kesayangan boleh buat ibu ayah tersenyum. Ia petanda anak kecil itu sudah menuju dewasa. Tapi, sedarkah ibu ayah apa yang si dara rasa? Muka yang pernah licin bersih bertukar hodoh membuat dia rasa sedih dan tertekan. Di saat dia mahu dilihat cantik, dipuji, didekati ramai orang, cela di wajah mengurangkan keyakinan diri.

Dengan kulit berjerawat, ahhh...malu pulak nak menonjolkan diri. Dahla zaman sekarang ni satu 'klik' saja, wajah kita boleh terpampang di mana-mana. Di Facebook, Twitter, Instagram, apa saja. Penat nak ber '360' setiap kali nak nampak cantik dan sempurna. Mak ayah pun pernah begitu suatu waktu dulu kan? Malu nak pergi kelas kalau tiba-tiba ada benjolan merah dan bernanah di muka. 

Keadaan terdesak nak cantik, memungkinkan anak dara yang dimanja mencuba apa saja produk 'segera' yang bersepah di pasaran. Bila kawan kata produk A bagus, pakai seminggu kulit jadi putih dan gebu. Itulah produk yang akan dicubanya. Tapi AWAS, anak dara anda harus dilindungi dari produk 'segera' yang membahayakan dirinya. Kesan baik nampak sekarang, kesan buruk mungkin setahun dua lagi. Kesemua bahan kimia tak selamat yang tersembunyi dalam produk 'super power' ni bagai bom jangka...meletup akhirnya bila tiba tempoh hayatnya.
 

Ada tak produk yang selamat untuk kecantikan anak kesayangan?

Ada.
Jika anak perempuan mudah berjerawat ketika 'datang bulan', ia ada kaitan dengan hormone. Jadi, vitamin terbaik untuknya adalah GLA Complex aka Omega 6 yang mengurangkan keradangan kulit. Bukan saja bagus untuk kulit agar bersih dari jerawat dan kulit berminyak, malah ia sangat membantu gadis yang ada masalah senggugut/PMS.
 
GLA Complex Untuk Kulit Dan Senggugut.
Mengandungi GLA, Vitamin E dan Minyak Bunga matahari

Itu je?
Ada lagi.
Vitamin terpenting untuk kecantikan.
Vitamin C. Ia bukan sekadar untuk mereka yang mahu kulit licin berseri malah ia kritikal untuk mereka yang mahu kualiti kesihatan  optima. Vitamin C Shaklee yang pernah jadi fenomena dengan label "Vitamin C Organik" kononnya hingga kehabisan stok berbulan-bulan. Sekarang, stok Vitamin C terbaik ni sudah kembali. Jangan biarkan ia habis dibeli orang lagi.
 
Vitamin C Sustained Release
Terbaik untuk kecantikan kulit si gadis cantik
 
 
Anak dara tersenyum kembali dapat produk yang betul dan selamat untuk remaja sepertinya.

Perlukan konsultansi percuma untuk memilih vitamin Kecantikan?
SMS/Call/Whatsapp Yong 019 959 8249
Pengedar Shaklee Pilihan

Monday, May 19, 2014

Hamil Lewat Usia: Risiko dan Cara Mengatasi

Gembira hamil walau di usia agak lewat
(google image)
Kata pakar, usia terbaik untuk hamil adalah pada umur 20-an dan awal 30-an. Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas lebih berisiko untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Namun begitu, fenomena kahwin lambat mengakibatkan kadar kehamilan selepas umur 35 tahun lebih tinggi pada ketika ini. Justeru walaupun berisiko, positif mengandung anak pertama tetap membahagiakan.

Kadangkala, kehamilan lewat usia ini juga berlaku tanpa dijangka. Anak 'bongsu' yang ada sudah di usia remaja, tiba-tiba dapat khabar hamil lagi anak 'bongsu' kedua. Surprise betul!

Tak kira apa pun sebabnya, takut dan risau pasti terselit di hati lantaran faktor usia yang sudah agak lewat. Soalnya, apakah risiko mengandung selepas 30-an atau 40-an? Adakah risiko ini boleh diatasi?

Positif mengandung umur 40 tahun?
Bertenang dan fikir yang positif saja :)

Risiko hamil lewat pada ibu dan bayi

  • Kadar keguguran lebih tinggi
  • 1% daripada kehamilan di usia ini berisiko mendapat bayi down syndrome
  • Kegagalan saraf tunjang pada bayi
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai imunisasi rendah dari bayi normal
  • Kecacatan pada bayi kerana kecacatan kromosom
  • Keletihan melampau pada ibu
  • Risiko kesihatan bagi ibu berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  • Masa kelahiran (labour time) lebih lama


Cara Mengurangkan Risiko Hamil Lewat

  • Jaga pemakanan - ikut diet sihat untuk ibu mengandung
  • Elakkan kerja berat dan aktiviti lasak
  • Rehat secukupnya
  • Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual
  • Dapatkan pandangan dan nasihat pakar
  • Dapatkan sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga
  • Berfikiran positif dan elakkan tekanan perasaan
  • Pastikan pengambilan supplemen secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi. Asid folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang pada bayi. Ia sebaiknya diambil sebelum hamil -- jadi, make sure ini vitamin wajib ya wanita yang dikasihi sekalian.
  • Supplemen semasa hamil yang perlu:
    • Asid folik dan B-Complex
    • Zat besi
    • Multivitamin dan Multimineral
    • Kalsium
    • Vitamin C
    • Omega-3
    • Protien
Kesimpulan, tiada masalah untuk hamil walaupun berusia asalkan kesihatan ibu di tahap optima.
Suplemen semasa hamil dari Shaklee
Call/SMS/Whatsapp Pengedar Shaklee untuk order: 019-959 8249


Ini contoh ibu yang hamil anak keempat pada usia 34 tahun (walaupun belum 40-an, tapi kategori dah agak lewat). Beliau pada asalnya sangat lemah tak bertenaga, tapi telah mencuba makanan tambahan. Hasilnya, kesihatan bertambah baik. Tenaga pun bertambah. Mampu berpuasa penuh. Anak yang lahir sihat dan cergas :)
 


Pengalaman Selebriti Hamil Pada Usia 40-an

Didie Alias, 41:
OK. Cuma penat sikit sebab dah usia macam ni. Alahan tak teruk, sama macam anak-anak yang sebelumnya.
Alhamdulillah kandungan OK, takde masalah.
Syukur dengan rezeki ini walaupun kehamilan kali ni sebenarnya tak dijangka. Anak 'bongsu' dah besar, baru nak mengandung lagi 'bongsu' kedua.

Azizah Ariffin, 42: 
Pernah gugur 4 kali sebelum kehamilan ke-5 berjaya.
Mengamalkan pemakanan sihat dan pemakanan sunnah - jus kurma dan susu kambing setahun sebelum mengandung.
Cepat letih dan tak boleh buat kerja berat.
Dapatkan nasihat pakar dan sokongan motivasi. Sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki Allah. Beri lebih perhatian ketika trimester pertama. Insyaallah kandungan selamat hingga melahirkan.

Linda Jasmin:
Jarak kelahiran yang jauh membuatkan hamil lagi kali ini macam pengalaman ibu muda. Kehamilan terakhir 10 tahun lepas.
Banyak membaca info kehamilan sebagai panduan.
Lebih kerap lakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Jaga kesihatan ibu dan keselamatan kandungan. Insyaallah bayi lahir sihat, aktif dan bijak.

Anda mahukan suplemen terbaik semasa mengandung?

Biar saya bantu dengan konsultasi Percuma.
Hubungi Yong 019 959 8249

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...