Followers

Thursday, March 31, 2011

Panduan memilih vitamin/supplement



Panduan ringkas memilih vitamin/supplement terbaik dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.
Kredit: anakkuwiraku.com

Friday, March 18, 2011

Lempeng bermadu - pancake honey

lempeng bermadu - pancake honey
 
Santai hari Jumaat menunggu detik-detik hujung minggu :).
Esok boleh masak sarapan sendiri. Plan untuk esok:
Dalam bahasa kampungnya, buat pancake atau bahasa standardnya, lempeng. 
 
Cara-cara: 
Masukkan tepung, 2 biji telur, oat, susu segar. Kacau hingga adunan sebati. Kalau terlebih cair, tambahlah tepung sikit lagi :).
Kemudian panaskan kuali,  seeloknya gunakan kuali tak melekat (non-stick pan) supaya kita tak perlu gunakan minyak.
Agak-agak kuali dah panas, sendukkan acuan ke dalam kuali. Bentukkan bulat-bulat kecil.
Tunggu agak-agak lempeng dah kekuningan, balikkan supaya masak di kedua-dua belah.
 
Setelah masak, angkat dan hidangkan dalam piring, curahkan madu sebagai perisa.
 
*Oat boleh menyerap kolestrol, agak-agak tak kisah dengan kolestrol boleh gantikan oat dengan kelapa parut. Sedap! 
 
Fakta tentang madu:
Sesudu kecil madu sudah cukup untuk membekalkan kalori yang diperlukan oleh tubuh untuk sehari.

Sunday, March 13, 2011

Pengguna bijak mengenal pasti vitamin semulajadi dan sintetik

Vitamin ada macam-macam. Macam-macam jenama, macam-macam rasa dan warna. Yang terbaik, adalah dari jenis semulajadi - yang tak ada pewarna dan perasa tiruan. Vitamin semulajadi dihasilkan dari proses yang minima. Kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang hampir menyamai keadaan sebenar (semulajadi). Nak cam yang mana yang asli ini agak sukar kerana tidak diterangkan cara pemprosesan pada botol vitamin tu kan.
Tips mudah untuk mengenal pasti vitamin yang anda makan sama ada ianya dari jenis semulajadi atau sintetik.
1. Dari label:
Vitamin semulajadi dilabelkan dengan huruf "d" dalam sebatian kimianya manakala vitamin sintetik dilabel "I".

Contoh: Vitamin E (d-alpha tocopheryl acid succinate).
2. Dari "Ingredient":
Terdapat co-factor seperti "bioflavinoids' atau "biodegradable".
2 perkataan ini mengesahkan taraf "semulajadi" vitamin/pencuci/bahan-bahan lain tersebut.
3. Dari kehadiran pad gel silika dalam botol vitamin.
Jika ada gel silika, itulah vitamin sintetik. Jika vitamin yang anda beli tak ada gel silika (macam vitamin Shaklee), jangan panik. Vitamin semulajadi memang tidak memerlukan gel silika.
Cukuplah jika anda tahu vitamin yang anda makan hari ini mempunyai salah satu ciri di atas. Semulajadi lebih baik :).

~Setiap botol vitamin Shaklee tidak mengandungi pad gel silika di dalamnya. Bioflavinoids juga merupakan salah satu bahan dalam kandungan setiap tablet yang anda makan. Rebutlah kebaikan dan kelebihan ini. Bukan senang nak cari vitamin semulajadi yang terbukti semulajadi. Untuk lebih yakin dengan Shaklee, rujuk "A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care".
~ Hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan kebaikan vitamin semulajadi Shaklee yang telah berada di pasaran lebih 50 tahun. Ia juga jadi pilihan selebriti dan pemimpin terkenal - Tun M pun amalkan Shaklee ni tau. Oprah Winfrey pun ada buat review tentang salah satu dari 7 perkara yang paling disukainya yang mana ia adalah produk Shaklee. Nanti saya cerita lain kali.
Tak perlu berhabis ratusan ringgit untuk mencuba kali pertama. Saya menyediakan pek percubaan dengan harga serendah RM70 untuk 3 jenis vitamin mengikut set. Berbaloi untuk anda, berbaloi untuk wang anda. Cuba dan rasai perbezaannya.
Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Call: 019-9598249 [Please expect delay in reply on working days. I'm fully available on weekend].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...