Followers

Friday, December 27, 2013

Susah Tidur Malam - Doa dari Surah Al-Kahfi


Susah tidur malam mendatangkan stress dalam diri. Pusing kanan dan kiri, tukar bantal, ubah posisi, semuanya serba tak kena. Mata cuma mampu dipejam tapi tak mampu untuk lena selayak orang yang sedang tidur. Sedar-sedar dah pagi. 

Stress tak boleh tidur

Banyak petua dan amalan yang dikongsi untuk membantu mereka yang bermasalah seperti ini. 

Namun, yang saya mahu kongsi ini diambil dari ibrah pemuda Kahfi. Di sebut dalam satu surah yang sangat afdhal dibaca setiap hari Jumaat. Tak kira malam atau pagi. Sesiapa beramal dengannya, Insyaallah akan terselamat dari fitnah Dajjal.

Doa untuk orang yang susah tidur:

Amalkan surah Al-Kahfi ayat 11, 

Allah menidurkan pemuda-pemuda ini dengan menutup pendengarannya, sehingga beberapa tahun yang terbilang. Yang disebutkan dalam Al-Quran adalah 300 tahun dan lebih. Secara tepatnya, Wallahua'lam.

Amalkan dengan istiqamah dan yakin. Dengan harap pada Allah yang menghidupkan dan mematikan, yang menidurkan dan mengejutkan.

Doa ini dikongsi oleh Ustaz Muhammad Al-Amin dalam segmen Pesona D'Zahra, IKIM.fm.

Semoga membantu kita tidur dengan lena dan berkualiti. Bangun segar esok pagi. Meneruskan tugas hakiki sebagai khalifah dan hamba di muka bumi. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...