Followers

Tuesday, May 24, 2011

Makanan tambahan untuk ibu menyusu/mengandung ketika berpuasa


Performance Drink
  • With exclusive OptiCarb® for energy and endurance.
  • Essential fluid and electrolytes to help prevent dehydration.*
  • Clinically proven to maintain essential blood glucose levels for muscle energy and essential fluid levels for proper hydration.*



Mealshakes – perisa vanilla
-          Non-soy protein
-          Mengandungi  19 vitamin dan mineral, juga tinggi kandungan protein dan kalsium.
 
Energy Soy Protien



Apa kata mereka:


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, May 5, 2011

Sihat rohani, sihat jasmani

Bismillahirrahmanirrahim....
 
Sedikit renungan di hari Jumaat. Mengenangkan kata-kata Dr Sharifah Hayati dalam Forum Perdana beberapa minggu lalu. Beliau mengutarakan persoalan bagaimana ramai antara kita sangat mengambil berat soal pemakanan. Tak boleh makan yang banyak minyak, bergoreng, berlemak, manis, masin. Semua harus seimbang dan sederhana. Senaman pula perlu selalu, bukan setakat setahun sekali ketika acara hari keluarga sahaja. Tidur pun kena cukup, kurang-kurang 6-7 jam sehari. Kita amalkan dan betul-betul ikut nasihat pakar pemakanan dan patuh arahan doktor. Semua dek kerana mahukan tubuh yang sihat. Badan cergas, minda cerdas. Perkara-perkara yang kita jaga di atas merupakan amalan kesihatan untuk jasmani.
 
Apa pula amalan-amalan yang kita lakukan untuk kesihatan rohani? Adakah kita turut memberi vitamin yang secukupnya untuk kesihatan rohaniah? Solat, zikir, sedekah, dan amalan-amalan sunat yang lain merupakan vitamin yang amat diperlukan untuk kesihatan rohani. Malah, salah satu petua untuk menyembuhkan penyakit adalah dengan bersedekah :)
 
Seorang ustaz (yang juga seorang hafiz - lupa pula nama apa. Dulu selalu keluar kat TV3) mengatakan, tubuh kita sebenarnya digerakkan oleh roh. Buktinya, bila kita meninggal, roh sudah berpisah dari jasad, maka tinggallah jasad kaku tidak bergerak. Secara tidak langsung, beliau bermaksud bahawasanya, bagi mendapatkan jasad yang sihat dan kuat, amalan kerohanian juga perlu ditekankan. Kuat rohani, kuatlah jasmani.
 
Berilah keseimbangan untuk keseimbangan rohani dan jasmani. Kesihatan jasmani kita jaga, kesihatan rohani pun tidak diabaikan.
 
Jadilah kita manusia yang adil pada diri sendiri  :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...