Followers

Monday, January 7, 2013

Selalu Penat - Bagaimana nak tambah Tenaga dengan Vitamin?


Akhir-akhir ini, saya kerap menerima pertanyaan cadangan supplemen untuk tambah tenaga, nak hilangkan penat dan mahu lebih fokus di tempat kerja. Mungkin kerana aura tahun baru. Tahun baru, azam pun baru. Jadi semua orang berazam nak kerja dengan bersungguh-sungguh - berikan yang terbaik dan tuai hasil yang lebih baik.  


Soalan "Bagaimana nak tambah tenaga dengan vitamin" ini datang dari lelaki dan perempuan. Ye lah, masalah selalu penat, lesu tak bermaya ni masalah umum, tak kira jantina. Saya suka sekali untuk berkongsi cadangan supplemen untuk masalah ini. Sebab...saya juga memulakan pengambilan supplemen atas sebab yang sama. Vitamin yang mula-mula saya makan: Vitalea, B-Complex, Vitamin C, dan Omega Guard.

Dulu, saya selalu rasa penat, sampai jadi malas nak masuk kerja. Bayangkan rutin kerja yang dimulakan dengan conference call setiap pagi, bersambung dengan segala laporan yang perlu disiapkan dalam jangkamasa singkat, ditambah dengan masalah-masalah kelancaran  projek yang memerlukan kita berhubung dengan pihak ketiga setiap jam, amat-amat memenatkan fizikal dan mental. Kerja pula bukan 8-5 je, dari pagi bersambung ke malam bersambung lagi sampai pagi.  (I'm not complaining..hehe ;p. Best apa jadi engineer ni...masa digunakan sepenuhnya untuk kerja).

Di sini saya senaraikan vitamin yang membantu untuk memulihkan tenaga dan menghilangkan kelesuan tubuh. Harus diingat, vitamin bukan dadah, makan sehari terus jadi kuat macam badang. Ia perlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam tubuh sebelum menampakkan kesan yang dimahukan.

Keletihan dan kelesuan kronik menjejaskan prestasi dan kredibiliti

Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)

Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa. Insyaallah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.   

B-Complex untuk Tambah Tenaga

Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya kerana pengambilan setiap pagi membantu saya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.  

Vitamin C Untuk Tambah Tenaga

Vitamin seperti juga BComplex, mudah larut dan musnah dalam badan. Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.  


Energy Soy Protien Untuk Tambah Tenaga

Energy Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi. Prof Muhaya, ada memberikan resepi istimewa yang beliau amalkan setiap pagi demi mendapat khasiat dan nutrisi lengkap pagi hari. Resepi soya, susu dan kurma pernah saya kongsikan sebelum ini.

Wellness Set - set asas untuk tambah tenaga, hilangkan kelesuan bagi mereka yang selalu penat di pejabat atau di rumah. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

 Ini perkongsian Puan Azlina yang telah mencuba Set Vitamin Tambah Tenaga. Dulu beliau harus MC setiap kali balik outstation sebab penat melampau. Sekarang ni, dari airport boleh terus masuk kerja. Perubahan yang sangat ketara !

 


Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.


NAK TAMBAH TENAGA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...