Followers

Thursday, April 23, 2015

InsyaAllah yang disebut dalam Al-Quran

Insyaallah..ungkapan yang sering disebut. Namun, maksud yang terlintas di hati berbeza-beza ikut keadaan. Ketika betul-betul berharap dan yakin, disebut Insyaallah dengan harapan Allah memberi ruang dan rezeki untuk menepati keinginan/janji yang disebut. Adakalanya, tika tersepit untuk memenuhi janji, Insyaallah juga disebut sekadar pemanis mulut dan pelepas diri.

Jika diteliti dalam Al-Quran, ada beberapa kisah "Insyaallah" yang boleh diambil pengajaran.

  1. Insyaallah disebut dalam surah Al-Kahfi ketika Allah menegur Rasulullah SAW yang berjanji dengan kaum Quraisy untuk mendetilkan perihal pemuda Al-Kahfi, tanpa menyebut Insyaallah pada hujungnya. Di sini, kita dilarang berjanji walaupun telah yikin 100% kita mampu menunaikannya melainkan disertai dengan "Insyaallah". Semua perancangan hanya akan terlaksana dengan izin Allah.
  2. Insyaallah yang kedua disebut dalam surah Al-Kahfi ketika Nabi Musa meminta izin untuk megikut Khidir alaihissalam demi berguru dengannya. Namun, Nabi Khidir enggan kerana khuatir Musa as tidak akan mampu bersabar dengannya nanti kerana tidak faham niat sebenar di sebalik setiap perbuatannya, Nabi Musa kemudian meyakinkan Khidir dengan, "Insyaallah aku adalah orang yang sabar". Di sini adab ketika belajar.
  3. Kisah ketiga ialah mengenai Insyaallah yang dilafaz oleh Nabi Syuaib as kepada Nabi Musa as. "Insyaallah aku adalah orang yang menepati janji". Ketika ini, baginda meminta Musa untuk bekerja dengannya sebagai mahar perkahwinan dengan anak perempuannya. Setelah itu, Musa bebas untuk tidak lagi melakukan kerja tersebut. Kisah ini tercatit dalam surah Al-Qasas.
  4. Kisah keempat yang saya temui ialah ketaatan Nabi Ismail pada permintaan ayahnya Ibrahim. Ibrahim menceritakan perintah yang diterima melalui mimpi agar mengorbankan anak kesayangannya  dengan menyembelihnya. Ismail dengan tenang berkata, "Tunaikanlah perintah tersebut. Insyaallah aku adalah orang yang sabar dan taat."
Demikian kisah Insyaallah yang patut jadi panduan. Insyallah mengajar kita untuk merendah diri pada kebesaran dan ketentuan Allah. Ia jadi lafaz yang mesra dibibir orang-orang yang teruji dan orang-orang pilihan Allah. Semoga bermanfaat untuk kita jadikan ikutan.

Wednesday, April 15, 2015

Haid Tidak Teratur Hingga Susah Rancang Kehamilan

Nak cepat hamil tapi ada masalah haid tidak teratur buat wanita dalam dilema. Macam mana nak rancang kehamilan jikalau asas pada perkiraan waktu subur tak tentu hala. Ramai wanita ada masalah yang sama. Saya jumpa perkongsian Puan Ija Ramli yang dah berjaya mengatasinya. Semoga membantu anda yang sedang berusaha mengandung ye:



Masalah haid tidak teratur pada wanita berkahwin akan memberi beberapa kesan negative yang mungkin menjejaskan hubungan suami isteri jika tak dicari penyelesaian segera:
  • Emosi sering terganggu. Isteri menjadi terlalu sensitif, mudah naik angin. Silap haribulan (walaupun haribulan tak pernah silap) boleh gaduh besar dengan suami
  • Emosi suami juga terganggu (ini hakikat) bilamana haid isteri berpanjangan.
  • Selalu penat, kerja rumah terbengkalai. Ia boleh membuat isteri kelihatan malas di mata suami dan semestinya kuranglah markah isteri nanti
  • Sukar merancang untuk hamil/tak hamil. Bila nak anak tak dapat-dapat atau nak elak beranak lagi tapi terlekat -- dah timbul huru hara sekejap.
  • haid tak teratur mungkin tanda-tanda adanya penyakit wanita yang lain - PCOS, endometriosis, cyst
Jika sebelum ini anda rasa "OK je ni" walau dah ada masalah di atas, berhati-hatilah. Bersegeralah buat pemeriksaan, dapatkan pandangan pakar dan cubalah penyelesaian alternatif juga. Ia mungkin Nampak seperti 'masalah kecil je' tapi sebenarnya ia boleh berakar dan merebak menyebabkan masalah-masalah yang lain dalam rumah tangga.
 
Setiap kali ada sahabat mengadu masalah berkait haid - senggugut teruk atau haid tak teratur saya akan mencadangkan GLA COMPLEX. Ini pilihan terbaik.
 
Sekiranya mereka yang cuba mahu hamil, GLA akan digabungkan dengan set kesuburan yang lain. Testimoni set subur Shaklee memang banyak, sama ada dari pengalaman pelangggan saya sendiri mahupun dari rakan-rakan pengedar. Namun saya lebih suka berkongsi rasional di sebalik pengambilan Vitamin Kesuburan untuk bantu pasangan yang mahu punya anak.

Vitamin dari set ini membantu suami isteri:
  • membetulkan kitaran haid yang membantu penentuan waktu subur, lalu memudahkan perancangan hamil
  • membina testeron dan hormon penting lelaki
  • membentuk sperma yang sihat
  • meningkatkan bilangan sperma
  • meningkatkan 'mobility' dan 'motility' sperma
  • mengatasi masalah radikal bebas yang merosakkan ovum/sperma juga menyukarkan proses persenyawaan. ovum + sperma.
  • Menambah tenaga
  • Menenangkan emosi

Saya juga sedia membantu anda bila-bila masa. Konsultansi PERCUMA :)

NAK BETULKAN KITARAN HAID DAN IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.



**********************************************************************************************************************************

Tuesday, April 14, 2015

Nak Kurus Cepat Selepas Bersalin Ikut Petua Baru Ini

Perempuan mana tak nak kurus selepas bersalin. Masing-masing dah teruja nak dapat kembali bentuk badan macam mula-mula kahwin. Bentuk badan sebelum gemuk sebab hamil. Video ibu yang berjaya kurus selepas pantang anak ketiga ini akan buat anda rasa, "Eh, senang je nak kurus. Aku pun boleh!"




Cara Salwa turunkan berat 20kg selepas pantang dan masih maintain production susu, malah sempat lagi tampung 2 anak susuan: 
  • menyusukan anak sepenuhnya. Menyusu membuatkan lebih banyak kalori terbakar. Hubungan anak dan ibu pun sangat kuat.
  • Banyak minum air kosong
  • Berhati-hati dengan setiap apa dimakan - nutrition conscious.
  • Mengamalkan suplemen tambahan untuk kurus sambil menyusu: ESP, Alfafa, Lecithin, Omega. Fungsi 2 dalam 1 - membakar lemak, menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar dan menggalakkan pengeluaran susu.
 Salwa dah kongsi amalan selepas bersalin yang buat dia berjaya kurangkan 20kg dengan cepat. Saya pula ada cara yang dikongsi kawan sendiri, amalan sebelum bersalin yang juga patut diamalkan untuk slim cepat.
 
Pernah tak  ibu-ibu terfikir kenapa badan membesar dengan jayanya sewaktu hamil? Salah hormon? Atau kerana salah makan? Renung-renungkan dan jawab sendiri ��. Ketika hamil, wanita cenderung untuk makan lebih dari biasa. Tanpa rasa bersalah malah rasa megah. Megah dngan lesen "Saya makan ni untuk dua orang." Padahal tanggapan ini salah.

Ketika hamil, ye benar ibu mengandung perlukan lebih kalori juga lebih zat, vitamin dan mineral. Tetapi "lebih" bukan sampai makan untuk 2 orang kenyang. Fakta sebenar ibu mengandung cuma perlukan tambahan 50-300 kalori berbanding orang biasa. 300 kalori bersamaan sekeping roti disapu sesudu mentega dan sebiji pisang. Itu je. Tak banyak pun kan?

Kisah benar ibu yang berjaya kurus dalam 3 bulan selepas bersalin. Rakan sekerja saya sendiri. Selepas saja dia kembali bekerja, rupanya lebih kurus dari sebelum hamil. Jeles la orang keliling yang dah lama simpan niat nak slim tapi niat tinggal niat. Badan makin hari makin bulat. Kalau makin bulat bertekad tak apa lah juga. 

Ok, saya tahu akhirnya apa rahsia cik puan anak dua ini kurus begitu cepat. Rahsianya dia ikut cara makan yang betul ketika mengandung, bukan ikut cakap orang sekeliling. Dia tak terpedaya dengan fahaman tradisi - Ibu mengandung kena makan banyak, kena rehat banyak, yang mana teringin kena cari dan makan puas-puas.
 
Katanya dia tak ikut itu semua sebab dia sedar akibatnya nanti semua baju cantik yang dia ada tak akan muat lagi. Jadi dia cuma makan seperti biasa. Tak pernah berlebihan. Kemudian dia juga menyusu dan bekerja. Hasilnya, dalam tempoh pantang semua lebihan lemak dah habis terbakar. Langsing kalah anak dara.

Rahsia kurus sebelum dan selepas beranak dah terbongkar. Kalau betul-betul mahu dari hati yang dalam, ikutlah betul-betul hingga berjaya. Kurus bukan hak eksklusif mereka sahaja, tapi anda juga. Jika mahukan set menyusu sambil kurus, saya sedia membantu!
 
Yong  019 959 8249
Rakan Nutrisi Anda

Monday, April 13, 2015

Merancang anak hebat seperti Maryam 100 tahun sebelum kelahiran

Image result for strong baby girl
Merancang anak sebaik saja berkahwin memang menyeronokkan. Anak menambah seri rumahtangga dan penguat cinta suami isteri, juga sandaran di hari tua. Lebih penting, anak adalah pelaburan terbesar menuju akhirat. Bukankah doa anak soleh termasuk dalam pahala yang kekal mengalir walau dah mati?

Tokoh besar dalam Islam juga merancang kelahiran anak yang jadi pewaris mereka. Mereka merancang jauh lebih awal. Hinggakan ada pepatah yang lebih kurang berbunyi "merancang anak 100 tahun sebelum kelahiran". Hebatkan? Jika anda menurut contoh perancangan keluarga Imran seperti yang dinukil dalam Al-Quran, pasti yang lahir adalah wanita sehebat Maryam dan disambung keturunan sesuci Isa a.s.

Kisah keluarga Imran disebut dalam dua surah dalam Al-Quran. Surah Al-Imran dan Surah Maryam. Bayangkan betapa banyak dan besar ibrah dari keluarga ini. Surah Maryam mudah-mudahan tidak lagi hanya dibaca dengan niat agar senang beranak :)


Imran dan isterinya, Hannah sangat berharap dikurniakan anak lelaki. Hinggakan Hannah bernazar anak itu akan diwakafkan untuk berabdi kepada Allah sepenuhnya. Nazar ini jika difahami, anak yang diharap bukan sekadar menjadi penyambung zuriat, tetapi sebenarnya menjadi hamba Allah, berbakti pada agama di seluruh hidupnya. Menjaga Masjidil Aqsa, institusi terpenting pembangunan ummah. Inilah harapan terbesar ibubapa yang soleh. Harapan ibubapa yang berwawasan akhirat.
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang ada dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepada-Mu, maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh, Engnkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."  (Al-Imran, 35)

 Sebaik mana manusia merancang, rancangan Allah lebih baik. Kandungan yang disangka anak lelaki rupanya perempuan. Namun Hannah redha. Dinamakan puterinya Maryam  dan didoakan dia selamat dari gangguan syaitan. Nazar tetap ditunaikan. Maryam diletakkan di Masjidil Aqsa di bawah jagaan pamannya, Nabi Zakaria a.s.
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan." Padahal Allah lebih tahu apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindungan-Mu untuknya dan anak cucunya dari (gangguan) syaitan terkutuk."  (Al-Imran, 36)

Maryam membesar sebagai wanita suci dan solehah. Beribadah sepanjang hidupnya di timur Masjidil Aqsa, sesuai dengan maksud namanya dan apa yang diniatkan ibunya. Tuhan menghadiahkannya dengan hidangan enak dari langit hinggakan Nabi Zakaria kehairanan. Kisah ini bersambung kemudiannya dalam Surah Maryam :). Disambung dengan kisah kelahiran Nabi Isa a.s yang penuh keajaiban dan cabaran.
Maka Dia (Allah) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab, dia dapati makanan di sisinya. Dia berkata, "Wahai Maryam! Dari mana engkau peroleh?" Dia (Maryam) menjawab, "Itu dari Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan."  (Al-Imran, 37)
Ibrah yang boleh dikutip dari 3 ayat dalam Surah Al-Imran ini dalam merancang kelahiran anak sehebat Maryam:
  • Rancang kelahiran anak. Mulakan dari mendidik diri, memilih isteri/suami. Rancang masa depannya, dunia dan akhirat. Letakkan wawasan yang besar kerana Allah. harapan dan berdoa dengan sebaik-baik doa agar Allah rezekikan yang terbaik untuk anak tersebut. Seperti mana Imran merancang, dari memilih isteri (Hannah), hinggalah lahir Nabi Isa a.s dari keturunannya.
  • Sangka baik dengan perancangan Allah. Lambat dapat anak, dapat anak perempuan bila mahukan anak lelaki, pasti ada hikmah besar yang tak diketahui.
  • Redhalah dengan setiap takdir. Anak lelaki mahupun anak perempuan tiada bezanya, keduanya adalah rezeki dari Allah.
  • Namakan anak dengan nama yang baik.
  • Doakan anak dan keturunan akan datang agar selamat dari gangguan syaitan. Setiap anak Adam tidak terlepas dari dijamah tangan syaitan. Kerana itu, setiap bayi  menangis pada saat kelahirannya. Maka, bacakanlah "A'uzubillahi minassyaitonirrajim", seperti yang dibaca Hannah pada Maryam. Amalkan Al-Imran ayat 36 untuk keselamatan anak.
  • Perempuan dan lelaki boleh punya kedudukan yang sama di sisi Allah. Juga boleh menggalas tugas yang sama untuk agama.
  • Didikan setiap anak Muslim tidak boleh terpisah dari masjid.
  • Pendidikan dan pendidik adalah sama penting untuk melahirkan generasi cemerlang. Maryam dididik di Masjidil Aqsa dan dijaga seorang nabi Allah, Nabi Zakaria a.s.


Thursday, February 12, 2015

Nak Kulit Cantik, Tapi Sengsara Hingga 7 Tahun. Ambil Pengajaran Dari Kisah Wanita Yang Dah Serik Ini

Tawaran "Nak Kulit Cantik Macam Korea?" jadi tarikan magnet yang sangat kuat untuk wanita yang sedang terdesak untuk segera beli. Yang terbayang depan mata ialah kulit cantik dan licin, putih, gebu, macam orang Korea lah kan. Langsung tak sedar, impian itu mungkin tercapai dalam 3 hari seperti yang diiklankan, namun setahun selepas itu keadaan jadi sebaliknya. Dari cantik jadi hodoh, dari licin jadi bergerutu, berparut dan bertampuk. Rasa ngeri macam tak percaya?
 

Kisah Tipah Tertipu 1 

Beberapa tahun dulu, Zam Zarina, pengacara "Apa Kata Wanita, TV1" mendedahkan pengalaman beliau. Kulit beliau jadi licin cantik selepas menggunakan produk X, tetapi selepas setahun ia mula berubah jadi teruk. Kulit jadi kemerahan, menggelupas  dan berjerawat teruk. Apabila disiasat, rupanya produk tersebut mengandungi 'equinone', produk pemutih terlarang. Equinone memang banyak digunakan dalam produk kosmetik yang mahu beri kesan segera, kulit putih kemerahan dan licin.

Pengajarannya di sini, berhati-hati dengan tawaran "too good to be true". Cantik sekelip mata itu propa sahaja. Kulit putih macam Korea dalam masa seminggu, ah itu penyedap ayat iklan semata. Fikirkan selogiknya, dari lahir kulit Melayu Nusantara tiba-tiba nak jadi kulit orang Korea?? Ohhhh...
  

Kisah Tipah Tertipu 2

Ini kisah wanita kebanyakan. Mahu cantik tapi akhirnya serik. Serik apabila kulit berjerawat dan berparut akibat salah pilih produk. Kemudian terpaksa menghabiskan duit yang banyak untuk pulihkan keadaan. Beliau makin tertekan apabila duit habis, tapi tak ada kesan memberangsangkan malah kulit makin teruk. Keyakinan diri pula makin kurang. Nak jumpa orang rasa malu dan tertekan. Tonton dan ambil pengajaran dari kisah ini.
 
 
 
Harapan nak kulit cantik dan sihat berseri macam jauh panggang dari api. Sehingga akhirnya dia memilih vitamin semulajadi. Pemulihan dari dalam bermula dari sel hingga ke organ terbesar yakni kulit memakan masa tapi ia berbaloi, berkesan dan selamat. Akibat pengambilan vitamin kecantikan dia mengaku  kini  kulitnya cantik putih gebu. Penderitaan dan pencarian selama 7 tahun bertemu penyelesaian yang amat menakjubkan!

Pesanan untuk wanita yang obses cantik, memilih biarlah yang selamat. Lindungi diri dari menjadi mangsa iklan. Biarkan proses cantik berlaku secara semulajadi, perlahan-lahan tapi berkesan tanpa kesan sampingan yang buat anda merana menahan tekanan perasaan. Sekali terjebak dengan produk yang salah, akibatnya mungkin lebih dari teruk dari Nor Farizan.

Sekiranya anda berangan mahukan kulit bebas cela, cantik semulajadi, cuba lah set vitamin kecantikan. Jangan lupa dapatkan konsulatansi PERCUMA dari saya.




Nak Cantik Macam Wanita Melayu Terakhir?
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

 
 

Tuesday, February 10, 2015

Cara Bijak Pikat Suami Yang Gila Sukan

Jadi isteri kepada suami yang ada 'kegilaan' tertentu kadang kala boleh buat isteri jadi gila. Gila sukan tu masih boleh diterima. Cuma, bila si dia selalu habiskan masa di gym, di padang futsal, di trek marathon atau di kedai mamak menonton perlawanan bola dengan kawan-kawan, eh rasa macam sesuatu la pulak. Rasa macam, bila dia ni nak spend masa bersama? Asyik layan minat dia je. Kita kat rumah siang malam tak dipandangnya. Jadi, acara memikat suami mesti bermula sebelum dia pergi lebih jauh.

 

Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Pertama

Fahami minat suami.

Maksudnya, faham apa yang seronoknya minat itu. Nak rasa seronok kenalah faham. Eh, apa ni?
Gini, kalau nak rasa seronok menonton bola, kena ambil tau pasal permainan bola tu dulu. Pemain ada berapa orang, cara kira kalah menang macam mana (jangan asal sorak je bila bola masuk gol padahal team lawan yang skor), juga istilah-istilah berkaitan.. Contohnya, "offside" tu apa dia? Pemain berada di sebalik referee kah? Yang ni study sendiri. Lagi, selepas tau pasal bola, kena tau pemain dan pasukan kegemaran dia. Sekali sekala boleh bagi hadiah jersey atau lagi gempak bagi tiket pergi stadium tengok pasukan kegilaan dia tu. Mahu tak cinta separuh mati kat bini bila boleh tengok live Liverpool ke, MU ke, Chelsea ke kan?


Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Kedua

Beri Galakan, Bukan Halangan

Anda tahu insersia (inertia)? Keadaan di mana daya tahan lebih tinggi bila ada halangan yang berlawanan arah. Maksudnya dalam kes melayan minat suami ni, lagi kuat kita tegah, lagi kuat minat dia tu. Tak makan saman. Cara suami tangani suami macam ni, kita suruh instead of larang. Hehe. Layan minat dia, Bagi galakan. Contohnya, bila tengok dia moyok je kat rumah tu sebab terpaksa tinggalkan latihan futsal sebab dah cedera, tolong dia carikan cara untuk sembuh. Orang yang dah selalu main ni bila terpaksa redha terperuk di rumah, haihhhh kecewanya rasa. Tapi, bila isteri yang mengaku cinta sibukkan diri untuk memulihkan dia, pasti akhirnya dia berterima kasih.

Ini kisah benar suami yang mula-mula jual mahal tak nak ikut nasihat isteri. Akhirnya akur....dan sangat gembira dengan hasilnya. Dulu dia terpaksa berhenti main, malah hampir lumpuh. Sekarang ni tak henti-henti main sambil senyum sebab dah sembuh. Yang dapat pujian, ISTERI juga :)



Ada masalah yang sama macam lelaki ini, dan mahu tahu detail produk yang disebutnya boleh hubungi Yong 019 959 8249. Konsultansi percuma ye. Kalau kontek sekarang (Februari 2015), ada harga istimewa.


Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Ketiga

Buat Bersama!

Ahha...mesti tak terfikir kan? Rupanya suami suka kalau ada peneman. Lebih-lebih lagi kalau isteri. Tengok bola bersama, sorak bersama (tapi kena sorak team dia lah kan).
Kalau jenis yang suka masuk acara marathon, mulakan dengan sorak dia dari tepi jalan. Kemudian, boleh cuba-cuba lari bersama. Bawa anak sertai sama. Ia boleh jadi aktiviti keluarga. Aktiviti yang sangat sihat untuk tubuh sebenarnya. Dalam masa yang sama menyihatkan hubungan suami isteri, juga anak dan ibu bapa.
 
Saya tengok sendiri bagaimana gembiranya seorang suami, tiap kali dia masuk marathon, isterinya yang cantik tu mesti ada menemani. Sebelum acara isteri dah siapkan bekal yang sepatutnya, beri sokongan moral, mendoakan kejayaan suami, dan anak-anak pun jadi pom-pom girl kat tepi. Jeles pun ada tengok diorang ni.
 
Sekarang ni, si isteri dan anak-anak pun dah berjinak-jinak join marathon sekali. Tak boleh jadi keluarga haji Sidek, jadi macam keluarga ni pun dah besar rahmat. Ada masa bersama, ada wawasan yang sama. Sihat sejahtera. Saksikan sendiri kisah bagaimana Lydzar boleh terjebak dan ikut suami bermarathon, yang buatkan dia jadi ratu di hati suami :)



Jangan tak tahu Lydzar tengah berbadan dua sekarang ni. Boleh ikut tips beliau kalau nak pikat suami ketika mengnadung ;). Nak cergas macam Lydzar dan cuba produk yang disebutnya, hubungi Yong 019 959 8249. Konsultansi percuma ye. Kalau kontek sekarang (Februari 2015), ada harga istimewa.

Semoga kegilaan suami pada sukan jadi sebab eratnya hubungan suami isteri. Yang penting, isteri yang bijak harus tahu cara meladeni :)


Nak Cergas, Hilangkan Sakit sendi yang Menghantui
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 




Tuesday, February 3, 2015

Cara Hilangkan Parut Agar Kembali Cantik Tanpa Mekap


Jangan risau jika muka berparut, ada cara untuk hilangkannya :)


Kulit berparut jadi masalah buat wanita yang mahu kelihatan cantik. Sedih dan tertekan sangat jika kulit yang asalnya licinnya, tiba-tiba berparut bila dewasa. Masa ni parut susah hilang. Inilah pengalaman pahit yang dilalui puan Daya. Beliau diserang chicken pox selepas berkahwin. Muka yang asalnya bersih dan licin tiba-tiba penuh parut, bertompok dan sangat hodoh. Tapi dia dah  jumpa penyelesaiannya :).

Cara hilangkan parut yang sangat mudah, semulajadi dan TERBUKTI BERKESAN.
Ikuti tips menarik Puan Daya menghilangkan parut chicken pox...
 
 
 
 
 
Rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai, lebih-lebih lagi SUAMI tercinta membuat Puan Daya tak teragak-agak mencuba  Set Kulit Cantik berasaskan vitamin.
 
Inilah set kecantikan yang menghapuskan parut hodoh di muka Puan Daya:
 
Anda juga boleh dapatkan kulit licin dengan set Kecantikan Shaklee
 

Kelebihan Set Vitamin Kulit Cantik Untuk Hilangkan Parut

  • Terbukti berkesan. Seperti kata Puan Daya, dia konsisten untuk sebulan dan Berjaya dapatkan kembali kulit yang bersih dan licin.
  • Bertindak secara semulajadi dalam badan
  • Tiada kesan sampingan yang membahayakan kesihatan untuk jangka panjang
  • Selain untuk makan, produk ini boleh digunakan untuk sapu di tempat berparut juga.
  • Jimat! Setiap vitamin tahan untuk 2-6 bulan
  • Tak perlu mekap. Ini pun jimat juga.  Cantik tanpa kosmetik gitu :)
  • Bonusnya boleh mengurangkan resdung
  • Menambah tenaga
  • Mengurangkan stress
 
 
Semoga perkongsian ini memberi pilihan yang lebih baik bagi anda yang sedang mencari solusi menghilangkan parut :)
 
Nak tau lanjut , nak konsultasi, saya sedia menerima pertanyaan bila-bila masa:
 


Nak Hilangkan Parut?
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...