Followers

Monday, September 10, 2012

Vitamin untuk kulit cantik

Ramai yang bertanyakan Vitamin C 500mg untuk kulit cantik. Saya maklum, ini penangan fenomena vitamin C organik. Namun, dalam respon saya kepada yang bertanya, saya turut mencadangkan B-Complex dan juga vitamin E untuk melengkapkan nutrien kritikal dalam penjagaan kecantikan. Dalam apa juga masalah berkaitan kulit samada kulit berjerawat, berparut, kusam, pucat, kering mahupun kulit gelap, ketiga-ketiga vitamin ini merupakan asas yang wajib di ambil untuk merawat masalah tersebut.

Apa rasionalnya makan banyak-banyak vitamin ni? Makan Vitamin C je tak cukup ke? OK, jom saya terangkan mengikut pembacaan berkaitan dengan vitamin kecantikan ini.

Kepentingan Vitamin C Untuk Kulit Cantik

  • Vitamin C merupakan antioksidan larut air. 
  • Vitamin C menghalang pembentukan pigmen yang menyebabkan kulit gelap. Pigmen-pigmen ini juga membentuk jeragat jika kekurangan vitamin C
  • Paling penting dalam pembentukan kolagen yang membuatkan sel-sel bercantum. Jadi, kulit kurang kedut, lebih anjal.
  • Penting untuk mengoptimumkan penyerapan zat besi yang membolehkan pembentukan sel darah merah yang sihat. Lebih banyak sel darah merah sihat, maka kulit akan kelihatan lebih berseri dan tidak lagi pucat.
  • membaiki kesan luka/parut pada kulit

Kepentingan Vitamin E Untuk Kulit Cantik

  • Antioksidan utama larut lemak. Oleh kerana membran sel terdiri dari lemak, vitamin E yang larut lemak ini berkawal di sekitar membran dari serangan radikal bebas.
  • memperbaiki kesan parut
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Merawat masalah jeragat dan melasma yang banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas
  • memulihkan tekstur kulit, mengurangkan jerawat, jeragat
  • mengurangkan kedut, garis halus dan bintik penuaan
  • membantu penghasilan sebum yang memberikan kesan kulit lembap. Mereka yang punya masalah kulit kering amat perlukan vitamin E.
  • amat penting untuk masalah kulit kusam
  • Vitamin E juga sebenarnya berperanan untuk mencerahkan kulit 
  • Merawat kulit terbakar/sun-burn
Tahukah anda, kebanyakan produk/kosmetik di pasaran mengandungi VITAMIN E sebagai nilai tambah pada produk tersebut?


Kepentingan Vitamin B-Complex Untuk kulit cantik

  • Mencegah anemia: kekurangan sel darah merah membuatkan kulit kelihatan pucat dan tak berseri. Selain tak cantik, ia membahayakan kesihatan juga.
  • Anti stress: stress menjadi salah satu penyebab kepada kemunculan jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain. 
  • Menjadikan kulit lebih bersinar dan berseri
  • Pelengkap kepada vitamin C kerana keduanya adalah dari jenis larut air.
Lebih dari itu, salah satu cara untuk mengoptimumkan kesan vitamin C adalah mengambilya bersama B-complex, dan Vitamin E. Semuanya saling melengkapi. 

Ok, diharap semua dah faham kenapa saya cadangkan Vitamin C, B-complex dan Vitamin E untuk kecantikan kulit.



*Konsultansi percuma selama anda bergelar pelanggan saya.
* Hubungi tuankalsum[at]gmail.com atau SMS/whatsapp: 019-9598249 untuk menbuat pesanan.

Set kecantikan kulit Shaklee BEST!! sebab ia semulajadi dan serasi dengan keperluan badan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...