Followers

Tuesday, July 31, 2012

Cara Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tanpa kosmetik

Alat kosmetik/mekap terkenal dan mahal, banyak mendominasi iklan-iklan di televisyen. Ianya menyamarkan jerawat yang baru tumbuh, juga parut-parut jerawat yang masih berbekas. Pendek kata, ia melindungi kulit tak cantik, menampakkan ia seolah-olah sangat cantik dan sempurna. Walhal, hakikat sebenar hanya empunya badan yang tau. Kerana itu, perbezaan ketara akan terlihat sekiranya seseorang menunjukkan wajah sebenar tanpa mekap. Ah!!! Jerawat, kulit kusam, kulit berbelak, tona tidak sekata dan sebagainya.

Kosmetik/mekap mungkin berkesan untuk menutup cela kulit buat seketika. Namun, setiap orang pasti mengimpikan muka bermekap itu adalah muka sebenar. Jimat sikit kos beli mekap kan? Kalau lah jerawat itu boleh diracun, sah-sah dah kena racun. Dan kalaulah bekas jerawat itu boleh ditonyoh dengan kertas pasir, mungkin itu juga akan dilakukan untuk menghilangkannya. Hehe. 

Jom lihat faktor penyebab tumbuhnya jerawat dan cara menghilangkannya.

Faktor Tumbuhnya Jerawat:

Monday, July 30, 2012

Kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee berbanding vitamin lain di pasaran

Sebut aja kulit cantik, orang akan kaitkan dengan Vitamin C. Tak kira sama ada vitamin C yang diambil sebagai supplemen harian atau suntikan vitamin C. Orang yang punya kelebihan wang dan tidak kisah berhabis untuk kelihatan cantik, sudah pasti memilih suntikan. Katanya, kesan lebih cepat. Pastinya, kosnya juga lebih. Lebih mahal.

Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. Antara kepentingannya:

Sunday, July 22, 2012

Sendi lutut sakit hingga susah solat? Cuba Advanced Joint Health!

Inilah rupa sendi lutut anda. Ciptaan Tuhan yang sempurna hingga membolehkan kita berjalan, berlari, melompat, memanjat dan macam-macam lagi. Seiring usia, pasti ada masalah kesihatan yang membantutkan semua aktiviti biasa. Bila dah berusia, sakit-sakit sendi, sengal-sengal tulang adalah perkara biasa. Namun, ada juga yang menderitainya seawal usia. Mungkin kerana terlalu aktif bersukan atau boleh juga disebabkan kemalangan.

Sempena Ramadhan ini, mungkin ramai yang terkilan. Ya, tidak dapat melakukan solat sunat terawih 20 rakaat seperti orang lain. Sakit lutut selalu menyerang. Bertahan hingga rakaat ke -8 sudah bagai suatu rahmat yang tidak terhingga. Andai sakit sendi lutut ini hilang, alangkah bahagianya dapat sama-sama rukuk dan sujud bersama jemaah dan imam hingga salam terakhir, salam ke-20!

Dalam perubatan Ayurveda yang dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu, Boswellia sering digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.Asid Boswellia merupakan komponen utama dari ekstrak Boswellia yang sangat membantu dalam memberikan keselesaan sendi. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.

Berita baiknya, tidak perlu undur lagi ke masa lalu kerana sekarang ini ada tablet khas yang mengandungi ekstrak Boswellia, khusus untuk kesihatan sendi. Namanya, Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Setiap tablet AJHT mengandungi 100mg ekstrak Boswellia. Kajian perbandingan antara beberapa jenama supplemen lain yang turut digunakan untuk masalah sendi menunjukkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee merupakan satu-satunya produk yang mengandungi ekstrak Boswellia.

Selain Boswellia, ia turut diperkaya dengan ekstrak jagung atau nama saintifiknya Glucosamine. Glucosamine memang diketahui umum sebagai komponen utama dalam pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovial. Ia juga meningkatkan kesan kusyen pada sendi. Lebih selesa untuk kita bergerak.

Pelengkap kepada kedua-dua ekstrak ini adalah vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan tisu penyambung. Semua ini terkandung dalam satu tablet sahaja.

Untuk kesan optimum, amat baik sekiranya tablet sakit sendi Advanced Joint Health ini diambil bersama Ostematrix, iaitu kalsium lengkap untuk membaiki jisim tulang dan menguatkan tulang. Juga ditambah Omega Guard untuk meredakan keradangan sendi. Untuk orang tua yang dah lama sakit lutut, sakit tapak kaki, sakit bahu, tulang belakang, dan yang seangkatan dengannya, dapatkan ketiga-tiganya untuk kesan optimum. Sekali cuba, terus puas hati.

Pengguna yang pertama kali menggunakannya amat berpuas hati dan mengakui keberkesanan set kesihatan sendi ini.

Kata surirumah ini, dulu kerjanya banyak terbengkalai kerana diserang sakit sendi dan kebas-kebas. Kini, dia mampu selesaikan kerja rumah dengan pantas. Malah mampu join marathon lagi!

 

Kata lelaki yang hampir lumpuh ini pula, sekarang dia dah pulih dari kederaan akibat bersukan. Dah mampu bermain semula dengan gembira :)

 

 
 
UBAT SAKIT LUTUT
 
Anda tentu teruja mahu mencuba untuk diri sendiri kan? Apa lagi untuk dihadiahkan pada orang tersayang. Lebih-lebih lagi emak ayah yang dah banyak berbudi. Tak sanggup kan tengok mereka bersusah payah nak berjalan, apalagi ketika melihat sukarnya mereka melakukan ibadah di usia yang tersisa.



Mahu Sakit Sendi Segera Hilang?
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Saturday, July 21, 2012

Cerita Rindu di bulan Ramadhan


Di sinilah makam Rasul agung yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Berada di masjid Nabawi benar-benar menenangkan hati. Juga menginsafkan. Mungkin, jejak-jejak yang disusuri adalah jejak-jejak yang sama yang pernah dilalui Rasulullah. Dalam cuaca berbeza, dalam keadaan berbeza, dan aromanya juga tidak sama. 

Semasa di sini, sempat saya berbual dengan seorang penduduk Mekah. Saadiah namanya (ke Saadah eh?). Katanya, kalau boleh, beliau mahu berpindah dari Mekah ke Madinah kerana amat sukakan ketenangan di sini. Dan...kerana di sini juga terletaknya jasad nabi (ni beliau bercerita dengan suara separuh sebak). Ah...tak ada orang yang dicintai terlalu ramai orang melainkan Rasulullah SAW. 

Kalau rindu maksudnya mestilah sayang dan cinta kan? 
Kalau sayang, mestilah ikut semua sunnahnya kan?

Layan rindu sikit:





Friday, July 20, 2012

Tips Pemakanan Secara Sihat di Bulan Puasa dari Dr Mahathir Mohamed

Jom sama-sama dengar tips diet di bulan Ramadhan dari Dr Mahathir Mohamed. Beliau kongsikan tip bersahur, berbuka dan kekal cergas di bulan Ramadhan. Moga sama-sama mendapat manfaat:



  1. Jangan tinggal sahur. Rasulullah sendiri amat menggalakkan umatnya bangun sahur. Sunat untuk dilewatkan sahur sehingga hampir waktu imsak. Metabolisme badan jadi perlahan tanpa sahur! Ah, jadi anda yang berniat untuk mengurangkan berat di bulan puasa, pastikan anda mengambil makanan sihat dan seimbang sewaktu sahur untuk mengekalkan metabolisme badan.
  2. Berbuka dengan makanan yang manis untuk kembalikan tenaga segera. Sunnahnya adalah berbuka dengan kurma. Sebaiknya, berbukalah dengan kurma, 3-5biji dan segelas air. Ini cukup untuk mengembalikan tenaga yang hilang sepanjang berpuasa. Kurangkan karbohidrat ringkas seperti nasi ketika berbuka. Sebaliknya, lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan lauk pauk. 
  3. Jangan tinggal senaman. Senaman haruslah mudah dan ringkas. Don't overdo sehingga menyebabkan dehidrasi pula ye.

*********************************************************************************
Supplemen untuk bulan puasa ialah set Mighty Tripple Gem yang mengandungi Performance Drink, Vanilla Mealshake yang sangat yummy dan ESP. Semuanya ringkas, membekalkan tenaga berpanjangan dan mudah dihadam :). Sesuai untuk bersahur dan berbuka.


Tuesday, July 17, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin D untuk kekuatan tulang ibu dan bayi

Sambung lagi perihal vitamin ibu hamil :).

Jika sebelumnya, kita kongsi perihal kepentingan asid folik untuk ibu hamil, jom gali lagi apa lagi vitamin penting untuk ibu hamil.

Dari pembacaan saya dari buku yang ditulis oleh doktor bertauliah dan juga maklumat dari carian google, Vitamin D termasuk dalam salah satu vitamin penting untuk ibu hamil (dan ibu menyusu). RDA yang disarankan pada ibu hamil dan menyusu adalah

Vitamin Ibu Hamil: ASID FOLIK mengelakkan risiko keguguran

Ibu-ibu hamil tidak akan pernah pulang tangan kosong setiap kali pulang dari klinik atau hospital. Pasti doktor akan membekalkan beberapa jenis vitamin yang amat diperlukan ibu mengandung. Ada antaranya vitamin umum, dan ada yang khusus mengikut keadaan kesihatan ibu.

Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan doktor adalah asid folik.

Asid folik
Asid folik atau nama keluarganya, B9 membantu pembangunan dan pembahagian sel dengan sempurna. Ia jadi SANGAT penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Salah satu risiko kekurangan asid folik pada ibu hamil/mengandung ialah

Thursday, July 12, 2012

Resepi pisang: Banana Mealshake

Pisang lagi. Hehe. Nak habiskan 2-3 biji lagi pisang baki buat roti bakar. Kali ni buat minuman pula. Tiba-tiba saja datang idea nak buat banana mealshake. 

Bahan-bahan:
Sebiji pisang masak ranum
Susu segar
Sesudu mealshake (ikut kesesuaian selera)

Cara:
Masukkan semua dalam blender dan kisar sampai lumat. 

Hidangkan dalam gelas kesukaan. Rasanya macam aiskrim. Kalau buat pekat boleh dibekukan, jadi aiskrim pisang.



Ini juga salah satu resepi bagi ibu-ibu yang bersungguh-sungguh beli Mealshake untuk anak-anak. Sayang pulak kalau anak tak makan kerana tak suka bau vanilla yang sedap tu. Banana mealshake ni tak ada bau vanilla pun.

Selain untuk diminum di bulan Syaaban ini, sangat sesuai untuk resepi minuman di bulan Ramadhan! Terutama untuk dihidangkan pada anak-anak yang baru belajar berpuasa. Ganjaran yang sedap untuk orang berpuasa. Sihat dan berkhasiat.

Selamat mencuba ye!

Resepi pisang: Roti bakar berinti Pisang bakar dan Peanut Butter

Pisang lemak manis. Itu gelaran orang kampung saya di Kelantan. Tapi bahasa buku orang panggil pisang emas kot. Kecil, lemak dan manis.

Selain di makan mentah, makan macam snek, resepi pisang yang paling popular adalah cekodok. Dalam bahasa kampung saya, 'jjepuk'.

Minggu lepas, saya terliur tengok seorang kawan menunjuk-nunjuk pisang bakar di apit dua keping roti yang disapu peanut butter. Nampak sangat sedap!

Dek kerana tergoda, bersungguh-sungguh saya cari pisang di pasar. Alhamdulillah jumpa, walau pada asalnya nak cari pisang 'julai berangan' tapi tak ada. Ambiklah juga pisang yang ada. 

Balik je, terus belah pisang, bakar atas non-stick pan, sapu peanut butter pada roti dan kepitkan roti. Bakar lagi roti tu atas non-stick pan yang sama. Biar dia rangup sikit.

Inilah hasilnya:


Roti bakar berinti peanut butter dan pisang bakar istimewa! Resepi baru untuk makan pagi.


Friday, July 6, 2012

Susu Ibu Hamil yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi

Minum susu merupakan rutin wajib ibu hamil. Saya percaya, di dapur dan di pantri pejabat pasti ada bekalan susu untuk diminum. Ye lah, pengambilan kalsium ketika kehamilan kan sangat perlu dititikberatkan. Penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan pada masa yang sama untuk perkembangan bayi.


Saya juga percaya ibu-ibu banyak melakukan research sendiri sebelum memutuskan susu terbaik untuk diminum sepanjang kehamilan. Habis digeladah di seluruh ceruk google, di forum, tanya doktor itu ini, tengok review sana-sini, barulah kaki diheret ke farmasi/pasaraya untuk membeli susu. Susu terbaik untuk kehamilan. Susu terbaik untuk kesihatan diri selama mengandung dan mengendong bayi. Itu naluri biasa seorang ibu yang bersifat rahim, bersifat pengasih.


Mencari susu ibu hamil mungkin mudah kerana iklan di TV dan radio sangat banyak. Semua mempromosi kelebihan produk masing-masing. Bermacam-macam cap dah. 

Masalah akan timbul apabila ibu mempunyai ketidakserasian terhadap susu berlaktosa --- kebiasaannya susu lembu. Ada yang alergik, cirit birit selepas minum susu berlaktosa/susu lembu. Alternatif untuk ibu-ibu ini adalah bertukar kepada susu badam atau susu soya.

Apa yang perlu dipastikan apabila memilih susu soya untuk kehamilan:
  1. Pastikan ia membekalkan kalsium kerana ini tujuan utama ibu hamil minum susu.
  2. Pastikan ia dari sumber terbaik, elakkan dari sumber GMO yang digembar gemburkan diubah secara genetik dan ditakuti memberi kesan pada kesihatan jangka panjang. 
  3. Jika Soya GMO tidak baik untuk kesihatan, semestinya ibu hamil harus memilih soya jenis Non-GMO sahaja, yakni yang ditanam dan diproses secara alami. 
  4. Membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil melalui hari yang panjang dengan tenang dan selamba. Eh, Maksud saya, membolehkan ibu hamil menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa. Hamil bukan alasan untuk sentiasa terbaring di katil kan? :)
  5. Semak kandungan, pastikan kurang lemak, kurang kolestrol, rendah lemak untuk lebih sihat. Sihat ibu, sihat bayi Insyaallah.
  6. Memberi lebih nilai untuk harga yang anda bayar. Maksudnya, carilah susu soya yang memberi nilai tambah selain dari membekalkan kalsium semata-mata.

Protien Soya Shaklee (Engery SOy Protien) adalah pilihan terbaik sekiranya ibu sedang hamil dan tercari-cari alternatif kalsium selain susu berlaktosa yang mebanjiri pasaran - menepati kriteria di atas.

Kenapakah ESP Shaklee patut menjadi pilihan ibu hamil?



  1. 3 sudu ESP membekalkan 500mg kalsium, separuh dari keperluan harian. Ini bersamaan dengan 2 gelas susu.
  2. ESP Shaklee adalah soya jenis non-GMO, dihasilkan dibawah program Identify Preservation Program (IPP). Soya yang dihasilkan melalui pemantauan dan penjagaan yang teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Selamat untuk diminum seisi keluarga.
  3. Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana ia sumber tenaga yang konsisten. Orang yang mempunyai gastrik juga patut cuba ini. Insyaallah sangat membantu berdasarkan testimoni yang ada.
  4. ESP rendah lemak, tiada laktosa dan tiada kolestrol. Perfect!
  5. Mengandungi 5 vitamin B penting, juga isoflavin.
  6. Mengandungi kesemua asid amino penting untuk sintesis tubuh.
  7. Bonus: Ibu hamil yang pernah mengamalkan ESP mengatakan berat mereka lebih cepat turun selepas bersalin. Mudah untuk mendapatkan kembali berat ideal sebelum bersalin. Mungkin anda perlu cuba untuk mempercayainya.
  8. Bonus: Kulit ibu lebih halus.
  9. Bonus: Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran untuk memulihkan luka dalaman dan menyokong penyusuan susu ibu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
* Kenyataan diberikan adalah berdasarkan testimoni pengguna yang pernah mengamalkan produk ini. Hasil mungkin berbeza bagi setiap orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Pos untuk luar kawasan dengan harga tetap ke seluruh Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Hubungi untuk mendapatkan produk pada harga terbaik, konsultansi sepanjang bergelar pelanggan saya dan menjalinkan ukhuwah tentunya :)

Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-959 8249

Nota: Pastikan anda mendapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah sahaja untuk produk tulen, harga terbaik, dan khidmat nasihat.



Tuesday, July 3, 2012

Tips berpuasa: Cara mengelakkan mengantuk selepas berbuka

Bulan Syaaban hampir ke pertengahan. Usai Syaaban, menjelma pula bulan barakah penuh rahmat, Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dikejar dengan segala amalan wajib dan sunat. Masjid-masjid kembali penuh, majlis ilmu merata-rata, segala anggota dijaga sebaik mungkin dan sedekah dan amal kebajikan meriah sekali. Setahun sekali menyediakan diri ke arah fitrah yang suci seperti bayi.

Oh ye, dalam bulan Ramadhan, yang paling utama dan diwajibkan adalah puasa. Kalau silibus Pendidikan Islam zaman muda-muda dulu, puasa ditakrifkan sebagai menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. 

Dalam berpuasa, cabaran utamanya adalah ketika berbuka. Berbuka itu salah satu nikmat untuk orang berpuasa. Semua orang gembira mendengar azan Maghrib dilaungkan. Doa berbuka pantas dibacam air diteguk, kurma dicicip dan kuih muih semua dirasa. Sebagai orang Melayu, hidangan yang tak boleh tinggal adalah NASI berserta lauk pauk yang pelbagai. Makan ketika berbuka sesedap rasa dan hati hingga kadangkala penuh diisi. Tak ada ruang yang tinggal untuk udara. Natijahnya, semua pakat tersadai didinding. Badan rasa tak larat apabila perut tiba-tiba dikejutkan dengan makanan berat. Mata pula mengikut hukum alamnya akan mula layu dan berat ketika perut penuh. Mengantuk! Macam mana nak berterwaih 20 rakaat nanti? Macam mana nak sambung tadarus selepas terawih? Macam mana nak solat Maghrib dan Isyak? 

Sebab utama mengantuk selepas berbuka adalah kerana pilihan makanan di meja santap itu. Ibu-ibu dan suri rumah prihatin akan bijak menilai menu mereka. Hidangannya harus lazat sebagai hadiah untuk suami dan anak-anak berbuka namun tidak pula memberatkan mereka beribadah malam nanti. 

Jadi, dalam hal ini, surirumah harus bijak memilih makanan yang rendah indeks glisemik (GI). Makanan rendah indeks glisemik akan lambat dihadam, mengurangkan rasa kenyang melampau lalu mengelakkan mengantuk selepas makan. Semua tahu kan nasi tu termasuk dalam makanan tinggi indeks glisemiknya. Sebab tu tiap kali makan banyak nasi, kurang lauk mata akan kuyu. Kecuali nasi beras perang. Beras perang rendah indeks glisemik.

Satu lagi cara untuk memberi rasa kenyang adalah dengan menyediakan minuman yang mengandungi protien. Contohnya protien soya. Yang saya cadangkan adalah Energy Soy Protien. Ia memberi rasa kenyang, rendah indeks glisemik, dan membekalkan tenaga tambahan buat tubuh. Sesuai diminum ketika bersahur mahupun berbuka. Untuk lebih enak dan menambah khasiat:

1. Kisar bersama badam yang digoreng tanpa minyak, ESP, beberapa biji kurma dalam susu segar.

MInuman enak, ringkas, berkhasiat. Sesuai untuk seisi keluarga :)

Selamat mencuba.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Menjual kesemua rangkaian produk Shaklee yang ada di pasaran Malaysia.

Hubungi: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/whatsapp: 019-959 8249

Nasihat disediakan. Percuma selama anda menjadi pelanggan setia saya :)

Jemput like page FB saya untuk mendapat input dan tips terkini: Young & Generous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...