Followers

Friday, July 6, 2012

Susu Ibu Hamil yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi

Minum susu merupakan rutin wajib ibu hamil. Saya percaya, di dapur dan di pantri pejabat pasti ada bekalan susu untuk diminum. Ye lah, pengambilan kalsium ketika kehamilan kan sangat perlu dititikberatkan. Penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan pada masa yang sama untuk perkembangan bayi.


Saya juga percaya ibu-ibu banyak melakukan research sendiri sebelum memutuskan susu terbaik untuk diminum sepanjang kehamilan. Habis digeladah di seluruh ceruk google, di forum, tanya doktor itu ini, tengok review sana-sini, barulah kaki diheret ke farmasi/pasaraya untuk membeli susu. Susu terbaik untuk kehamilan. Susu terbaik untuk kesihatan diri selama mengandung dan mengendong bayi. Itu naluri biasa seorang ibu yang bersifat rahim, bersifat pengasih.


Mencari susu ibu hamil mungkin mudah kerana iklan di TV dan radio sangat banyak. Semua mempromosi kelebihan produk masing-masing. Bermacam-macam cap dah. 

Masalah akan timbul apabila ibu mempunyai ketidakserasian terhadap susu berlaktosa --- kebiasaannya susu lembu. Ada yang alergik, cirit birit selepas minum susu berlaktosa/susu lembu. Alternatif untuk ibu-ibu ini adalah bertukar kepada susu badam atau susu soya.

Apa yang perlu dipastikan apabila memilih susu soya untuk kehamilan:
  1. Pastikan ia membekalkan kalsium kerana ini tujuan utama ibu hamil minum susu.
  2. Pastikan ia dari sumber terbaik, elakkan dari sumber GMO yang digembar gemburkan diubah secara genetik dan ditakuti memberi kesan pada kesihatan jangka panjang. 
  3. Jika Soya GMO tidak baik untuk kesihatan, semestinya ibu hamil harus memilih soya jenis Non-GMO sahaja, yakni yang ditanam dan diproses secara alami. 
  4. Membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil melalui hari yang panjang dengan tenang dan selamba. Eh, Maksud saya, membolehkan ibu hamil menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa. Hamil bukan alasan untuk sentiasa terbaring di katil kan? :)
  5. Semak kandungan, pastikan kurang lemak, kurang kolestrol, rendah lemak untuk lebih sihat. Sihat ibu, sihat bayi Insyaallah.
  6. Memberi lebih nilai untuk harga yang anda bayar. Maksudnya, carilah susu soya yang memberi nilai tambah selain dari membekalkan kalsium semata-mata.

Protien Soya Shaklee (Engery SOy Protien) adalah pilihan terbaik sekiranya ibu sedang hamil dan tercari-cari alternatif kalsium selain susu berlaktosa yang mebanjiri pasaran - menepati kriteria di atas.

Kenapakah ESP Shaklee patut menjadi pilihan ibu hamil?



  1. 3 sudu ESP membekalkan 500mg kalsium, separuh dari keperluan harian. Ini bersamaan dengan 2 gelas susu.
  2. ESP Shaklee adalah soya jenis non-GMO, dihasilkan dibawah program Identify Preservation Program (IPP). Soya yang dihasilkan melalui pemantauan dan penjagaan yang teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Selamat untuk diminum seisi keluarga.
  3. Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana ia sumber tenaga yang konsisten. Orang yang mempunyai gastrik juga patut cuba ini. Insyaallah sangat membantu berdasarkan testimoni yang ada.
  4. ESP rendah lemak, tiada laktosa dan tiada kolestrol. Perfect!
  5. Mengandungi 5 vitamin B penting, juga isoflavin.
  6. Mengandungi kesemua asid amino penting untuk sintesis tubuh.
  7. Bonus: Ibu hamil yang pernah mengamalkan ESP mengatakan berat mereka lebih cepat turun selepas bersalin. Mudah untuk mendapatkan kembali berat ideal sebelum bersalin. Mungkin anda perlu cuba untuk mempercayainya.
  8. Bonus: Kulit ibu lebih halus.
  9. Bonus: Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran untuk memulihkan luka dalaman dan menyokong penyusuan susu ibu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.
* Kenyataan diberikan adalah berdasarkan testimoni pengguna yang pernah mengamalkan produk ini. Hasil mungkin berbeza bagi setiap orang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Pos untuk luar kawasan dengan harga tetap ke seluruh Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Hubungi untuk mendapatkan produk pada harga terbaik, konsultansi sepanjang bergelar pelanggan saya dan menjalinkan ukhuwah tentunya :)

Emel: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-959 8249

Nota: Pastikan anda mendapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah sahaja untuk produk tulen, harga terbaik, dan khidmat nasihat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...