Bulan Syaaban hampir ke pertengahan. Usai Syaaban, menjelma pula bulan barakah penuh rahmat, Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dikejar dengan segala amalan wajib dan sunat. Masjid-masjid kembali penuh, majlis ilmu merata-rata, segala anggota dijaga sebaik mungkin dan sedekah dan amal kebajikan meriah sekali. Setahun sekali menyediakan diri ke arah fitrah yang suci seperti bayi.
Oh ye, dalam bulan Ramadhan, yang paling utama dan diwajibkan adalah puasa. Kalau silibus Pendidikan Islam zaman muda-muda dulu, puasa ditakrifkan sebagai menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.
Dalam berpuasa, cabaran utamanya adalah ketika berbuka. Berbuka itu salah satu nikmat untuk orang berpuasa. Semua orang gembira mendengar azan Maghrib dilaungkan. Doa berbuka pantas dibacam air diteguk, kurma dicicip dan kuih muih semua dirasa. Sebagai orang Melayu, hidangan yang tak boleh tinggal adalah NASI berserta lauk pauk yang pelbagai. Makan ketika berbuka sesedap rasa dan hati hingga kadangkala penuh diisi. Tak ada ruang yang tinggal untuk udara. Natijahnya, semua pakat tersadai didinding. Badan rasa tak larat apabila perut tiba-tiba dikejutkan dengan makanan berat. Mata pula mengikut hukum alamnya akan mula layu dan berat ketika perut penuh. Mengantuk! Macam mana nak berterwaih 20 rakaat nanti? Macam mana nak sambung tadarus selepas terawih? Macam mana nak solat Maghrib dan Isyak?
Sebab utama mengantuk selepas berbuka adalah kerana pilihan makanan di meja santap itu. Ibu-ibu dan suri rumah prihatin akan bijak menilai menu mereka. Hidangannya harus lazat sebagai hadiah untuk suami dan anak-anak berbuka namun tidak pula memberatkan mereka beribadah malam nanti.
Jadi, dalam hal ini, surirumah harus bijak memilih makanan yang rendah indeks glisemik (GI). Makanan rendah indeks glisemik akan lambat dihadam, mengurangkan rasa kenyang melampau lalu mengelakkan mengantuk selepas makan. Semua tahu kan nasi tu termasuk dalam makanan tinggi indeks glisemiknya. Sebab tu tiap kali makan banyak nasi, kurang lauk mata akan kuyu. Kecuali nasi beras perang. Beras perang rendah indeks glisemik.
Satu lagi cara untuk memberi rasa kenyang adalah dengan menyediakan minuman yang mengandungi protien. Contohnya protien soya. Yang saya cadangkan adalah Energy Soy Protien. Ia memberi rasa kenyang, rendah indeks glisemik, dan membekalkan tenaga tambahan buat tubuh. Sesuai diminum ketika bersahur mahupun berbuka. Untuk lebih enak dan menambah khasiat:
1. Kisar bersama badam yang digoreng tanpa minyak, ESP, beberapa biji kurma dalam susu segar.
MInuman enak, ringkas, berkhasiat. Sesuai untuk seisi keluarga :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang. Menjual kesemua rangkaian produk Shaklee yang ada di pasaran Malaysia.
Hubungi: tuankalsum[at]gmail.com
SMS/whatsapp: 019-959 8249
Nasihat disediakan. Percuma selama anda menjadi pelanggan setia saya :)
Jemput like page FB saya untuk mendapat input dan tips terkini: Young & Generous
No comments:
Post a Comment