Sihat dan cantik ikut sunnah
12 Rabiulawal datang lagi. Hari kekasih. Kekasih Allah.
Kekasih umat manusia. Selawat dan salam bergema serata alam. Dari kejadian
manusia, hinggakan burung yang berterbangan. Dari hidupan hingga ke
batu-batuan. Semua merindukan utusan terulung ini.
Setiap kata dan perbuatannya adalah sunnah.Yang
merindukannya pasti akan melaksanakan sunnah. Menghidupkan dan mengimarahkan.
Termasuk di dalamnya keperluan asas hidup – makan cara sihat. Menonton forum
santai bersama Dr Haji Fadzilah Kamsah dan ahli-ahli kumpulan nasyid terkenal,
Raihan, Rabbani, Hijjaz dan In Team di Astro Oasis menyegarkan kembali segala
sunnah makan, sunnah untuk sihat, sunnah untuk cergas – fizikal dan mental.
Diterangkan, fizikal Rasulullah adalah tegap, sederhana,
kuat dan sihat. Tidak gemuk. Perutnya tidak maju ke depan. Raut wajahnya,
Subhanallah, sangat bersih, cantik dan penuh cahaya.
Cara diet Rasulullah adalah yang paling senang, menjimatkan
dan terbukti berkesan. Pertama, Rasulullah cuma makan apabila lapar dan
berhenti sebelum kenyang. Dalam sejarah hidup kita di Malaysia, mungkin sukar
untuk kita bertemu orang yang mati kelaparan, sebaliknya ramai yang mati
kekenyangan. Dengan pelbagai penyakit dek kerana terlebih makan – lebih gula,
lebih lemak, lebih kalori. Maka, datanglah penyakit darah tinggi, kencing
manis, lemah jantung, strok dan sebagainya.
Rasulullah semasa kecilnya adalah pengembala kambing.
Kambing menjadi makanan kegemaran baginda. Apa yang diwar-warkan oleh ‘kajian
Barat’ kambing mempunyai kolestrol paling tinggi. Hakikatnya, dalam kajian
terbaru, daging kambing adalah sumber protein terbaik, dengan tahap kolestrol
paling rendah. Subhanallah. Susu kambing juga adalah susu yang baik.
Rasulullah makan dengan tangan. Rasanya, sunnah yang satu ini
beserta hikmahnya diketahui ramai orang. Dalam tangan kita, terdapat 18 jenis
enzim yang membantu dalam pencernaan makanan. Mengurangkan tekanan pada perut
untuk bekerja keras. Selain itu, adalah menjadi sunnah baginda makan
beramai-ramai di dalam talam. Hikmahnya, setiap orang, kandungan enzim di
tangan adalah berbeza dari segi peratusannya, maka perkongsian enzim lebih melengkapkan
enzim yang ada untuk pencernaan lebih cemerlang!
Cantikkan sunnah? Jom ikut J
No comments:
Post a Comment