Followers

Sunday, May 13, 2012

Mengatasi keputihan untuk menjaga sah wuduk. Rawat dengan alfafa

Masalah keputihan biasa melanda wanita, tak kira peringkat umur. Mengatasi keputihan menjadi misi penting bagi wanita yang mementingkan kebersihan dan kesihatan tubuh. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan hal kewanitaan. Kes keputihan yang teruk biasanya menyebabkan kegatalan, menimbulkan bau kurang menyenangkan lantas mempengaruhi emosi dan tahap keyakinan diri seseorang.

Sebelum kita tengok cara mengatasi keputihan ini, jom lihat apa yang dimaksudkan dengan keputihan. Keputihan kebiasaannya adalah cecair putih kekuningan/kelabu yang keluar dari vagina. Ia bersifat kental/atau cair. 

Keputihan disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya faktor kebersihan pada kawasan kewanitaan yang tidak dijaga sempurna. Sebaiknya, ketika datang bulan, pad yang ditukar dengan kerap atau sekiranya memakai pantyliner, pastikan jam penggunaannya di pantau agar tidak terlalu lama.

Faktor tekanan juga menyumbang ke arah masalah keputihan. Jadi, salah satu cara yang baik untuk mengatasi keputihan adalah mengamalkan gaya dan catra hidup sihat, banyakkan pengisian rohani, sentiasa berfikiran positif, cari jalan untuk atasi tekanan, berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang-orang dipercayai, serta elakkan tekanan dari mendekati kita. Hidup bebas tekanan membolehkan kita terasa lebih bebas, dan banyak membantu meningkatkan kualiti kesihatan diri. Percaya atau tidak, kualiti kesihatan berkadar langsung dengan tekanan.

Selain penjagaan fizikal, suka saya berkongsi cara mengatasi keputihan dengan produk yang sesuai.
Sepanjang terlibat dalam makanan tambahan untuk kesihatan ni, pemerhatian saya dari perkongsian rakan-rakan mendapati, alfafa yang menjadi top produk tambah susu juga sangat membantu dalam masalah wanita. Termasuk antaranya adalah mengatasi keputihan.

Makan alfafa secara konsisten mengikut dos yang disarankan diharapkan dapat membantu lebih ramai wanita, remaja dan ibu-ibu yang berusaha mengatasi keputihan yang dialami. Moga-moga, perkongsian ini  membantu.

Sejauh mana pentingnya mengatasi segera masalah keputihan dalam bab ibadah?
Salah satu sebab terbatalnya wudhuk adalah dengan keluarnya keputihan....Mungkin kita tidak sedar perkara ini...Batal wudhuk, tidak sah lah solatnya. Nauzubillah.

Saya adalah pengedar Shaklee di Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, harga produk Shaklee, cara untuk menjana pendapatan melalui Shaklee boleh hubungi tuankalsum@gmail.com atau 019-9598249. Konsultansi percuma! Bimbingan untuk yang berminat menjadi ahli. oh ye, penghantaran tidak terhad kepada pelanggan di Pulau Pinang saja ye! Cover satu Malaysia :).


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...