Followers

Sunday, April 24, 2011

Makanan harian yang boleh menambahkan/membanyakkan susu ibu

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Saja-saja nak kongsi makanan-makanan yang boleh membantu ibu-ibu menyusu menambah susu badan. Semua ni hasil bacaan/pengalaman rakan-rakan. Ada yang letak status kat facebook/update di blog/ melalui cakap-cakap dan sebagainya. Semua makanan di bawah mudah didapati serta murah.
 
Antaranya:
1. Durian -- yang ni tak murah sangat. kena yang RM80 sebiji mau pengsan. hehe.
2. Kekacang - pagi-pagi boleh la sapu mentega kacang Lady's Choice kat roti. Uppsss..terpromote Lady's Choice pulak. Kacang soya termasuk dalam kategori kacang.
3. Kerang
4. Kurma -- direbus dan diminum airnya.
5. Pegaga
6. Lobak putih
7. Longan
8. Soy base - tempe, tauhu, minuman soya, ESP.
 
*ESP : Energy Soy Protien (produk Shaklee).
 
Makanan-makanan yang diambil ini, walau nampak macam menyihatkan, pastikan cek betul-betul sebelum memilihnya. Manalah tau kot yang dah diproses bagai, terlebih kandungan gula dan sebagainya, penyakit lain pulak yang datang. Pilihlah yang original dan semulajadi. Biar sedikit susah tapi berhasil dan SELAMAT.
 
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu ya :). Juga bermanfaat untuk baby. Dan bapanya sekali :)).
 
 
**Tajuk tu macam ada kesalahan bahasa

Friday, April 22, 2011

Keperluan kalsium untuk wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

2-3 hari lepas, Anlene datang ke kilang dan membuka booth di sini selama 3  hari. Anlene merupakan pengeluar susu yang aktif mempromosi kebaikan dan kepentingan minum susu. Matlamat utama mereka adalah memberi kesedaran tentang osteoporosis atau dalam bahasa antarabangsa disebut sebagai 'reput tulang'. Maka, mesin pengukur kepadatan tulang pun diangkut masuk ke kilangku ini. Dah siap ukur kepadatan tulang, yang mana terkurang padat tu, haruslah cepat-cepat minum susu. Susu sampel percuma pun ada, segelas kecil je lah. Kalau mau minum banyak-banyak kena beli sendiri.

Kali terakhir saya (sekejap saya sekejap aku ni). Ok, kali terakhir saya ukur kepadatan tulang adalah dalam 2-3 tahun yang lalu. Waktu itu, tahap kepadatan sudah berada di persimpangan delima. Eh, salah. Tahap kepadatan berada pada garisan sempadan (border line). Sikit lagi nak tergelincir masuk dalam zon kuning. Selepas ukur hari tu, rajin sikit minum susu. Itu pun susu segar jenama Daisy sahaja kerana itulah satu-satunya susu yang rasanya tak macam susu sangat, ada rasa vanilla. Kalau nak harapkan beli Anlene susu tepung perisa coklat tu, sepaket kecil itu boleh tahan 2 tahun. Akhir sekali, ke tong sampah la tempatnya sebab dah expired. Setahun dua yang lepas juga, paket susu Daisy berubah packaging, yang tak best, rasa pun turut berubah. Jadi, semangat minum susu mula menurun lalu terlupa langsung.

Sejak akhir-akhir ini, kesedaran untuk minum susu timbul kembali. Eh salah. Kesedaran untuk mengambil dos kalsium dalam diet harian timbul kembali. Maklum saja, dah masuk 3 series ni, harus lebih menyayangi diri sendiri dan jaga kesihatan supaya tak menyesal kemudian hari. Tak mau la nanti tanpa bekalan kalsium mencukupi dalam diet harian, kalsium dari tulang-tulang diambil sikit demi sedikit untuk menyokong aktiviti rutin organ badan. Lama-kelamaan, boleh jadi reput tulang. Oleh kerana alahan terhadap susu sangat tinggi, pilihan yang ada adalah dengan mengambil pil kalsium.

Pil kalsium yang dipilih harus menepati ciri-ciri di bawah ini supaya badan dapat menyerap kalsium secara optimum, tak adalah membazir nanti kan. Cara nak pilih pil kalsium:
1. harus mempunyai komponen D3.
2. harus mempunyai komponen Magnesium.
3. Dari jenis kalsium karbonat.
4. Mudah larut dalam air.

Cari punya cari (tak adalah cari beria sebab sekali tengok terus jumpa apa yang dicari), saya jumpa ini:

120 tablet, RM49 sahaja.

Senang. Makan ikut cadangan pada botol, 4 biji sehari.

2 minggu selepas mencuba kalsium ini (Osteomatrix), kulit terasa lebih sihat, lebih lembap dan rasa macam lebih bersinar la :). [Orang yang suka minum susu pun kulit jadi lebih cantik kan?]

Sekarang ni, rasa tak senang hati kalau tak makan kalsium. Tabletnya putih bersih (macam susu), dan bila tengok rasa macam menggamit suh orang makan je.

Kepentingan kalsium pada badan:
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. -- wanita 30an mula berisiko mengalami osteoporosis, jadi, minum susu/kalsium untuk mengekalkan kepadatan tulang.
2. membantu pembekuan darah
3. mengawal mucle contraction --- wanita mengandung AMAT PERLU minum susu/makan pil kalsium untuk mengurangkan risiko komplikasi semasa meneran 


Selain kalsium, saya juga ambil Vitamin C (bertindak mengikut pelepasan masa dan berfungsi sebagai kolagen) dan B-complex (mengandungi 8 vitamin B yang lengkap untuk keperluan harian) setiap hari.



Sekiranya ada yang mahu mencuba, rasa apa yang saya rasa, menikmati kebaikan yang telah saya ceritakan melalui pengalaman sendiri, hubungi saya tuankalsum@gmail.com atau 019-9598249. Saya akan cuba memberi cadangan vitamin-vitamin yang sesuai dengan keperluan anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit





Thursday, April 21, 2011

Air keperluan asas paling utama - minumlah air untuk sihat

Bismillahirrahmanirrahim.
Air. Air. Air. Siti Hajar berulang alik dari Bukit safa ke Bukit Marwah mencari air untuk anakandanya Ismail yang masih kecil. Si kecil sedang menangis dahaga. Luluhnya hati ibu mendengar raungan bayi tercinta. Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Beliau berlari di antara dua bukit  dengan penuh pengharapan agar sumber air ditemui. Alhamdulillah, dengan kuasa Ilahi, yang mengatakan "Kun", maka terpancarlah mata air dari bawah telapak kaki Nabi Ismail. Dari sebesar
Air, keperluan asas terpenting dalam kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama seminggu namun cuma mampu bertahan selama 3 hari tanpa air. (betulkan fakta ni?)
Komponen utama badan manusia juga adalah air, yang meliputi 70% dari berat keseluruhan. Air berfungsi sebagai bendalir yang mengangkut oksigen/nutrien dalam badan dan juga sebagai penstabil suhu. Kesan kekurangan air boleh dilihat dengan mudah. Badan akan rasa lesu, lemah, bibir kering, ulser, pening, kulit kering, suhu badan meningkat dan sebagainya.
Jadi, sekiranya badan rasa lemah, kering, pening-pening, sila semak jadual minum anda. Ini pengalaman sendiri. Badan rasa lesu dan rasa pening-pening. Maka, daku berjalan menuju in-house clinic dengan harapan dapat lah cuti dan merehatkan diri di rumah nanti. Bila disuruh doktor supaya nganga menayangkan gigi, daku nganga sepenuh hati. rupanya, perkara pertama yang doktor check adalah warna lidah. Ternyata, lidahku ada warna putih-putih, tanda kurang air. Jadi, doktor nasihatkan minum air banyak-banyak (doktor membebel sebenarnya sebab dah bawak invalid case masuk bilik dia). Putuslah harapan nak dapat MC. Sejak itu, kalau setakat rasa pening-pening yang badan rasa melayang-layang akibat kurang minum, memang tak ada harapan nak mintak MC lah.
Lagi satu kejadian, muncul ulser yang teruk di pinggir bibir. (bukan tebu di tepi bibir). Ia berlarutan hamoir seminggu. kawanku kata kurang vitamin. Hakikatnya, aku cuma minum 3 gelas air sejak 2 hari yang lalu. Jadi, bukan sebab kurang vitamin. Vitamin tak dapat diagihkan ke seluruh badan kerana agen pengangkutnya tak ada. Ni kes macam tak cukup kakitangan untuk bekerja maka aktiviti harian jadi tergendala.
Berdasarkan kejadian-kejadian di atas, silalah ambil pengajaran ye kawan-kawan. Minum air secukupnya. Tanpa air yang cukup, tak ada maknanya anda makan makanan terbaik yang paling mahal untuk jaga kesihatan. Sama juga jika anda makan Shaklee yang dijamin baik dan berkesan ini. Mula-mula, ada yang pening-pening, sampai demam pun ada. Nasihat paling utama, jika mengalami kes macam ni. Minum air! Minum air! Minum air.
Jadi, minum air ye :). Jangan lupa baca bismillah dan niatkan untuk dapat kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab harian dengan sempurna.

Monday, April 18, 2011

Tips pemakanan yang betul membuahkan hasil --- dari 10oz jadi 30oz

Alhamdulillah, suka sangat dengar feedback +ve ibu-ibu yang dah cuba tips rahsia ni. Ada yang cakap sampai tak sempat pam la, bengkak susu la, sampai terasa mau demam pun ada.

Contoh 1 - ini cedok dari blog sifu GBS:


Contoh 2 - dari diskusi ahli group GBS:

Oleh kerana tips ini adalah eksklusif untuk pengguna Shaklee yang membeli dari geng GBS sahaja, maka saya tidak boleh dedahkan di sini. Tapi, saya masih boleh memberitahu secara tutup sekiranya anda emelkan pada saya di tuankalsum[at]gmail.com. masukkan subjek "Saya mahu tips eksklusif pemakanan yang betul untuk ibu menyusu". 
Sekian.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Renungan

Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali ( ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikian dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.

~Surah Yunus, ayat 12.

Monday, April 11, 2011

Stretch mark - punca dan cara mengatasi

Sambil-sambil menunggu sang wiraku disental dan dicuci, aku belek-belek majalah lama yang disediakan di tempat menunggu. Bosan juga kalau tunggu lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Lalu, satu persatu majalah yang ada aku belek-belek.
Sampai pada satu halaman kesihatan, bertajuk " Kesan regangan pada kulit - bagaimana mengatasinya" ...gitulah lebih kurang bunyinya. Majalah Mingguan Wanita tahun 2004  lagi ni :). Berguna juga walaupun dah lama. Pandai betul tuan punya kedai cuci ni mengeksploitasi bahan bacaan lama.
Ok, apa yang disebut dalam rencana ringkas ini?
Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan kesan "stretch mark" pada kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil. Ia juga berlaku sekiranya wujud ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.
Cara mengatasi:
1. Amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan makanan yang mempunyai zink bagi memperbaiki sel kulit. Juga perlukan makanan yang mempunyai Magnesium dan B6 untuk serapan optimum. Pilihan lain sekiranya susah sangat nak makan makanan yang cukup zink, Mg dan B6, ambillah multivitamin yang mempunyai komponen tersebut.
2. Sapu krim pelembap pada kulit. Kebiasaannya krim yang mengandungi Vitamin E dan C.
3. Banyakkan juga mengambil vitamin C. Vitamin C mengandungi kolagen yang memelihara keanjalan kulit.
Langkah pencegahan:
Mencegah sentiasa beribu kali lebih baik dari merawat. Antara tips yang diberi untuk mencegah kemunculan 'stretch mark' hodoh yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita terutamanya adalah:
1. Bagi ibu hamil, amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi zink. Ia penting untuk ibu dan baby.
2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
3. Amalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat untuk mengelakkan penambahan berat badan yang mendadak.
4. Lakukan senaman.
5. Pakai pakaian dalam yang sesuai - tidak terlalu longgar/ketat.
* Shaklee mempunyai Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Vitamin E, B-complex, Zink complex yang boleh membantu anda mendapatkan makanan tambahan yang diperlukan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 019-9598249 atau tuankalsum [at]gmail.com.

Sunday, April 10, 2011

Kurangkan rambut gugur selepas bersalin

"Aku nak order lagi la set B ni, dah habis yang confinement set hari tu", kata dia. 
"Oh, boleh boleh. Bisa diatur," jawab aku cepat-cepat sambil mengerling pada dia yang memangku anak perempuan keduanya yang comel dan boolat bertenaga itu. Si comel terlena selepas meneguk susu berkhasiat dari ibunya ketika kereta sang wiraku mula belayar di jalan raya. Si kakak juga sedang terlentok di kerusi belakang. 

"Ok ke ambil set confinement tu?" 
"OK je. Setakat ni memang tak perlu beli susu kat kedai, pakai susu ori je.Cuma hairan jugak kali ni kurang rambut gugur. Kalau dulu...hmmm tak terkira rambut gugur sampai tak larat nak sapu," balasnya.
"Zink la tuh...zink boleh cepatkan penyembuhan luka dan KURANGKAN RAMBUT GUGUR JUGA! hehehe", girang daku menerangkan punca kehairanannya itu.

Girang sungguh mendengar maklumbalas kawan sendiri akan kebaikan supplement semulajadi Shaklee ni...hehe. Lebih girang mendengar kawan maya seShaklee yang melahirkan anak secara ceaser, tapi lukanya sembuh cepat sampai doktor pulak macam tak percaya dia pernah melahirkan secara ceaser. Walaupun ceaser, sampai sekarang masih berjaya menyusukan anak sepenuhnya! Alhamdulillah.

Confinement set yang disebut-sebut itu mengandungi vitamin C, vitalea, B-complex , Zink dan untuk ibu yang menyimpan hasrat murni menyusukan permata yang dikasihi, boleh tambah alfafa sebagai penggalak susu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...