Followers

Monday, May 19, 2014

Hamil Lewat Usia: Risiko dan Cara Mengatasi

Gembira hamil walau di usia agak lewat
(google image)
Kata pakar, usia terbaik untuk hamil adalah pada umur 20-an dan awal 30-an. Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas lebih berisiko untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Namun begitu, fenomena kahwin lambat mengakibatkan kadar kehamilan selepas umur 35 tahun lebih tinggi pada ketika ini. Justeru walaupun berisiko, positif mengandung anak pertama tetap membahagiakan.

Kadangkala, kehamilan lewat usia ini juga berlaku tanpa dijangka. Anak 'bongsu' yang ada sudah di usia remaja, tiba-tiba dapat khabar hamil lagi anak 'bongsu' kedua. Surprise betul!

Tak kira apa pun sebabnya, takut dan risau pasti terselit di hati lantaran faktor usia yang sudah agak lewat. Soalnya, apakah risiko mengandung selepas 30-an atau 40-an? Adakah risiko ini boleh diatasi?

Positif mengandung umur 40 tahun?
Bertenang dan fikir yang positif saja :)

Risiko hamil lewat pada ibu dan bayi

  • Kadar keguguran lebih tinggi
  • 1% daripada kehamilan di usia ini berisiko mendapat bayi down syndrome
  • Kegagalan saraf tunjang pada bayi
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai imunisasi rendah dari bayi normal
  • Kecacatan pada bayi kerana kecacatan kromosom
  • Keletihan melampau pada ibu
  • Risiko kesihatan bagi ibu berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  • Masa kelahiran (labour time) lebih lama


Cara Mengurangkan Risiko Hamil Lewat

  • Jaga pemakanan - ikut diet sihat untuk ibu mengandung
  • Elakkan kerja berat dan aktiviti lasak
  • Rehat secukupnya
  • Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual
  • Dapatkan pandangan dan nasihat pakar
  • Dapatkan sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga
  • Berfikiran positif dan elakkan tekanan perasaan
  • Pastikan pengambilan supplemen secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi. Asid folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang pada bayi. Ia sebaiknya diambil sebelum hamil -- jadi, make sure ini vitamin wajib ya wanita yang dikasihi sekalian.
  • Supplemen semasa hamil yang perlu:
    • Asid folik dan B-Complex
    • Zat besi
    • Multivitamin dan Multimineral
    • Kalsium
    • Vitamin C
    • Omega-3
    • Protien
Kesimpulan, tiada masalah untuk hamil walaupun berusia asalkan kesihatan ibu di tahap optima.
Suplemen semasa hamil dari Shaklee
Call/SMS/Whatsapp Pengedar Shaklee untuk order: 019-959 8249


Ini contoh ibu yang hamil anak keempat pada usia 34 tahun (walaupun belum 40-an, tapi kategori dah agak lewat). Beliau pada asalnya sangat lemah tak bertenaga, tapi telah mencuba makanan tambahan. Hasilnya, kesihatan bertambah baik. Tenaga pun bertambah. Mampu berpuasa penuh. Anak yang lahir sihat dan cergas :)
 


Pengalaman Selebriti Hamil Pada Usia 40-an

Didie Alias, 41:
OK. Cuma penat sikit sebab dah usia macam ni. Alahan tak teruk, sama macam anak-anak yang sebelumnya.
Alhamdulillah kandungan OK, takde masalah.
Syukur dengan rezeki ini walaupun kehamilan kali ni sebenarnya tak dijangka. Anak 'bongsu' dah besar, baru nak mengandung lagi 'bongsu' kedua.

Azizah Ariffin, 42: 
Pernah gugur 4 kali sebelum kehamilan ke-5 berjaya.
Mengamalkan pemakanan sihat dan pemakanan sunnah - jus kurma dan susu kambing setahun sebelum mengandung.
Cepat letih dan tak boleh buat kerja berat.
Dapatkan nasihat pakar dan sokongan motivasi. Sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki Allah. Beri lebih perhatian ketika trimester pertama. Insyaallah kandungan selamat hingga melahirkan.

Linda Jasmin:
Jarak kelahiran yang jauh membuatkan hamil lagi kali ini macam pengalaman ibu muda. Kehamilan terakhir 10 tahun lepas.
Banyak membaca info kehamilan sebagai panduan.
Lebih kerap lakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Jaga kesihatan ibu dan keselamatan kandungan. Insyaallah bayi lahir sihat, aktif dan bijak.

Anda mahukan suplemen terbaik semasa mengandung?

Biar saya bantu dengan konsultasi Percuma.
Hubungi Yong 019 959 8249

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...