Followers

Monday, October 25, 2010

Perbezaan vitamin Shaklee dan vitamin sintetik

Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. Kenapa? OK let me tell you the truth.

Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.

Apakah jadah vitamin sintetik dengan natural ni?
OK kita semak satu-satu.

Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Jadi, pandai2lah membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana2, shelves mana2, pembekal mana2… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.

Thursday, October 7, 2010

Susu Ibu menyusu tanpa nutrisi

Perlukah makan vitamin/supplement semasa menyusukan anak? Bukankah susu ibu memang dah cukup berkhasiat hinggakan ibu yang sakit/berpenyakit pun boleh menghasilkan susu yang mencukupi khasiatnya untuk bayinya?

Malah ibu yang kekurangan zat di negara2 kebuluran yang kurus kering pun, dapat menghasilkan susu yang berkhasiat, malah bayi yang sihat berbanding bayi yang diberi formula yang dicairkan.
Jadi, kenapa kena makan vitamin?

Ikuti cerita di bawah, sungguh berinspirasi.
…actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)…ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan…dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi…sahabat ummi bertanya kepada ummi…”untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan”..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut…ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui
kebenarannya…malahan…sahabat ummi turut menekankan bahawa “Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???”…
Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini..”Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???” Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula…terdiam sejenak sahabat ummi ini…dan lantas berkata..”Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je…”…Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya…
Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan ‘aksesori’ supaya ianya lebih menawan dan sempurna…
So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi…Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)…tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)…
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri…
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)…
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian…
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan…
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???

Jika kita perhatikan :-
1) Dr dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan…
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak…
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..
Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya…so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita…
Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita…
Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita…kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun “sangat fregile”…dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka…di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya…dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI…
So, pilihan di tangan kita…kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita…jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN…dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2…
Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya…
Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap…(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)…
Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????
KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI…
BAGAIMANA DENGAN KALIAN???TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA…
Bukan pertama kali tentang ‘kejadian Tuhan’ dipertikaikan ‘kesempurnaan’nya. Biasanya hal susu ibu lah. Pelik kan, benda lain tak pula jadi masalah. Contohnya ada pihak yang mempertikaikan, “Kenapa susu ibu ni susah sangat nak jaga? Tak boleh goncang kuat lah, cepat basi lah.. kan ciptaan Allah yang sempurna haruslah terbaik dan bermutu. Ini tak macam benda bermutu pun???”.

Sebenarnya inilah alasan bila kita tidak mengenal sifat-sifat Allah dah sifat2 ciptaan-Nya (makhluk, etc.). Yang sempurna yang tiada cacat cela itu adalah ALLAH, benda2 yang diciptakannya penuh dengan cacat cela. Kita manusia makhluk terbaik (khalifah di mukabumi) tapi kenapa ramai orang jahat? Kenapa ramai orang buat maksiat?

Apa yang kita makan itu juga adalah punca kepade kesihatan, mental dan fizikal. Makanan yang halal, berkhasiat dan lazat menjadikan tubuh kita lebih kuat, bertenaga, cantik, lalu membolehkan kita bekerja seharian dan beribadat dengan sempurna. Kita bukan boleh makan ikut bedal, silap makan boleh sakit perut. Walaupun kita dijadikan dari tanah tapi kita tak boleh direct makan tanah, sebaliknya zat2 tanah yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang makan hasil tumbuh-tumbuhan juga.

Dan sebagaimana kita berusaha nak mantapkan diri, mantapkan anak2 dengan pengetahuan2 dan skill2 latest, perkara dalaman seperti khasiat pemakanan harus diambil berat. Ramai ibu yang sanggup mengambil pil hormon supaya susu jadi banyak, walaupun side effectnya ibu jadi moody, pening dan sebagainya. Alangkah baiknya kalau bertukar kepada sesuatu yang bukan saja beri faedah kepada susu, tapi juga kepada ibu sendiri.

Insya-Allah kita tidak melawan fitrah sebaliknya kembali kepada fitrah – mengambil makanan yang baik2.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Alfafa tambah pengeluaran susu

*Cerita benar MommyLyna*
Sebelum tu, saya nak bercakap tentang menyusu anak semasa mengandung. Ia boleh dibuat kalau anda tak ada masalah seperti bleeding, sakit abdomen, history miscarriage, premature birth… No need to story2 tentang hukum ke apa ke, ambil hak ke.. no suchthing :)


Ramai ibu mengandung yang resah bila susu dah mula berkurangan, walhal anak yang tua masih nak menyusu lagi. Teringat saya masa mengandungkan Fahry dulu. Selepas bulan puasa 2008, memang dah tak dapek nak nolong. Malam2 pun Hafiy nangis2 haus. Siap tunjuk2 pada botol susu (yang isi air masak) lagi. Ke sana ke mari saya cari pertolongan (cari LC lah, bukan cari tok bidan kampung yang tak tahu menahu pasal BF!) tapi akhirnya masuklah juga 3 tin Isomil dalam perut Hafiy.

Disebabkan itu, saya telah berusaha mencari herba yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung. Ye lah, tak semua orang bertuah, susu tetap banyak macam biasa semasa mengandung. Ada yang bila tahu mengandung je, terus susu drop. Ada yang masuk trimester kedua, ketiga dan sebagainya. Memang sedih bila anak kita yang selama ni besar dengan susu kita, terpaksa kita kasik susu lain.

Orang yang tak alaminya mungkin akan fikir ini ridiculous. Tapi inilah hakikat perasaan ibu menyusu.
Bila mengandung, banyak benda yang tak boleh ambil untuk tambah susu, terutama herba. Fenugreek lagi lah, silap2 boleh terberanak awal (saya lahir baby premature juga tapi bukan sebab fenugreek). So yang boleh buat cuma… belikan susu lain sebagai alternatif. Isk3x sungguh sedih.

Akhirnya saya telah bertemu dengan the power of alfalfa. Sebelum ni memang saya ambil alfalfa, tapi saya tak tahu akan satu benda rahsia tentang alfalfa. Alfalfa ni penambah susu tapi jarang orang sebut ia sebagai penambah susu, biasa orang cakap halba, habbatussauda’ longan kering…. Sebenarnya alfalfa ni memang power. Ia bukan aje boleh tambah susu malah menjadikan susu kita bernutrisi.

Dan yang paling best, rahsia alfalfa….. ia SELAMAT UNTUK IBU MENGANDUNG!
Oh kalaulah saya tahu tentang ni sebelum ni kan bagus… Tapi takpe, next pregnancy (waaahh!!!) takde la saya nak risau2 sejarah berulang :)

Ohhh ye. Belum cakap lagi rahsianya ya… Selain dari bagus untuk ibu mengandung yang nak tandem nurse, ia juga bagus untuk lelaki yang nak me-mengandung-kan isterinya (oh bahasa ini tidak boleh blah sama sekali!). Alfalfa boleh banyakkan sperma tau!

********OLEH ITU, WAHAI IBU-IBU YANG GIGIH BERUSAHA MENYUSUKAN ANAK-ANAK YANG COMEL, DAPATKAN KEBAIKAN YANG SAMA DARI ALFAFA INI UNTUK BAYI KESAYANGAN ANDA :) *********

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Kesan sampingan Shaklee yang perlu anda tahu

Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam, ada yang muntah-muntah, ada yang naik ruam dan sebagainya.

Pengalaman saya sendiri:
Saya sendiri mengambil Vitamin Shaklee untuk kesihatan. Saya mula mengenali Shaklee sejak 2 bulan yang lalu. Seminggu pertama mencubanya, saya rasa seperti pening-pening, terasa loya macam nak muntah. Masa tu rasa tension jugak kerana kita ambil vitamin untuk sihat, alih-alih jadi makin tak sihat pulak. Namun, atas nasihat pakar, saya teruskan pengambilan vitamin tersebut DAN saya minum banyak air. Ye, saya akui saya memang kurang minum. Sehari cuma seliter, jadi badan saya mengalami kekurangan cecair apabila proses pemulihan berlaku selepas pengambilan Shaklee. Alhamdulillah, seminggu selepas pengambilan vitamin secara berterusan dan teratur DAN meminum lebih banyak air, badan jadi lebih segar dan sihat, juga rasa lebih bersemangat.

Adakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?
Jawapannya TIDAK.
.
Shaklee adalah produk dari bahan-bahan semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara-perkara seperti kelesuan, pening, muntah-muntah, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing crisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.

Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?
1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.
2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.
3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.
4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.

Vitamin tidak sesuai?
Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.
1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..
2. Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang tidak sesuai mengambil alfalfa.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.

Lain-lain, yakin dengan apa yag kita ambil, dan lenhkapka n pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.

Credit to: MOMMY LYNA

Tuesday, October 5, 2010

Shaklee diakui HALAL, gunakan tanpa was-was

Shaklee halal atau haram?

Status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.
Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:

  • Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
  •  INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
  •  JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
United States of America Islamic Services America
Dari website Jurnal Halal

  •  ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.
6.5       Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.
dari website rasmi JAKIM

  •  Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.
"Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia

KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.
In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.
Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.
Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.
She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year."

Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya :) Shaklee juga merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa bezanya Shaklee dengan supplement lain? Ia adalah produk dari bahan semulajadi yang amat sesuai dengan tubuh manusia. Secara amnya ada 3 jenis supplement:

1. Yang dibuat dari bahan natural dan semulajadi.
2. Yang dibuat dari bahan sintetik.
3. Yang dihasilkan dari tindakbalas kimia bahan-bahan kimia tertentu.

Jadi selain status halal, periksalah jenis vitamin yang anda ambil kerana jenis ke-2 dan ke-3 di atas boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan, seperti:

* Badan tidak mampu berfungsi secara mandiri sebaliknya memerlukan ‘vitamin’ tersebut untuk bekerja.
* Memberi kesan kepada organ dalaman seperti otak dan buah pinggang.
* Mengubah DNA sel badan dan membuatkannya cepat rosak.

Carilah yang halal, kerana yang halal itu fardu. Dan pilihlah yang dibuat dari bahan semulajadi, kerana ia paling sesuai dengan tubuh kita.

Credit to: MommyLyna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...