Followers

Thursday, October 7, 2010

Alfafa tambah pengeluaran susu

*Cerita benar MommyLyna*
Sebelum tu, saya nak bercakap tentang menyusu anak semasa mengandung. Ia boleh dibuat kalau anda tak ada masalah seperti bleeding, sakit abdomen, history miscarriage, premature birth… No need to story2 tentang hukum ke apa ke, ambil hak ke.. no suchthing :)


Ramai ibu mengandung yang resah bila susu dah mula berkurangan, walhal anak yang tua masih nak menyusu lagi. Teringat saya masa mengandungkan Fahry dulu. Selepas bulan puasa 2008, memang dah tak dapek nak nolong. Malam2 pun Hafiy nangis2 haus. Siap tunjuk2 pada botol susu (yang isi air masak) lagi. Ke sana ke mari saya cari pertolongan (cari LC lah, bukan cari tok bidan kampung yang tak tahu menahu pasal BF!) tapi akhirnya masuklah juga 3 tin Isomil dalam perut Hafiy.

Disebabkan itu, saya telah berusaha mencari herba yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung. Ye lah, tak semua orang bertuah, susu tetap banyak macam biasa semasa mengandung. Ada yang bila tahu mengandung je, terus susu drop. Ada yang masuk trimester kedua, ketiga dan sebagainya. Memang sedih bila anak kita yang selama ni besar dengan susu kita, terpaksa kita kasik susu lain.

Orang yang tak alaminya mungkin akan fikir ini ridiculous. Tapi inilah hakikat perasaan ibu menyusu.
Bila mengandung, banyak benda yang tak boleh ambil untuk tambah susu, terutama herba. Fenugreek lagi lah, silap2 boleh terberanak awal (saya lahir baby premature juga tapi bukan sebab fenugreek). So yang boleh buat cuma… belikan susu lain sebagai alternatif. Isk3x sungguh sedih.

Akhirnya saya telah bertemu dengan the power of alfalfa. Sebelum ni memang saya ambil alfalfa, tapi saya tak tahu akan satu benda rahsia tentang alfalfa. Alfalfa ni penambah susu tapi jarang orang sebut ia sebagai penambah susu, biasa orang cakap halba, habbatussauda’ longan kering…. Sebenarnya alfalfa ni memang power. Ia bukan aje boleh tambah susu malah menjadikan susu kita bernutrisi.

Dan yang paling best, rahsia alfalfa….. ia SELAMAT UNTUK IBU MENGANDUNG!
Oh kalaulah saya tahu tentang ni sebelum ni kan bagus… Tapi takpe, next pregnancy (waaahh!!!) takde la saya nak risau2 sejarah berulang :)

Ohhh ye. Belum cakap lagi rahsianya ya… Selain dari bagus untuk ibu mengandung yang nak tandem nurse, ia juga bagus untuk lelaki yang nak me-mengandung-kan isterinya (oh bahasa ini tidak boleh blah sama sekali!). Alfalfa boleh banyakkan sperma tau!

********OLEH ITU, WAHAI IBU-IBU YANG GIGIH BERUSAHA MENYUSUKAN ANAK-ANAK YANG COMEL, DAPATKAN KEBAIKAN YANG SAMA DARI ALFAFA INI UNTUK BAYI KESAYANGAN ANDA :) *********

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...