Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam, ada yang muntah-muntah, ada yang naik ruam dan sebagainya.
Pengalaman saya sendiri:
Saya sendiri mengambil Vitamin Shaklee untuk kesihatan. Saya mula mengenali Shaklee sejak 2 bulan yang lalu. Seminggu pertama mencubanya, saya rasa seperti pening-pening, terasa loya macam nak muntah. Masa tu rasa tension jugak kerana kita ambil vitamin untuk sihat, alih-alih jadi makin tak sihat pulak. Namun, atas nasihat pakar, saya teruskan pengambilan vitamin tersebut DAN saya minum banyak air. Ye, saya akui saya memang kurang minum. Sehari cuma seliter, jadi badan saya mengalami kekurangan cecair apabila proses pemulihan berlaku selepas pengambilan Shaklee. Alhamdulillah, seminggu selepas pengambilan vitamin secara berterusan dan teratur DAN meminum lebih banyak air, badan jadi lebih segar dan sihat, juga rasa lebih bersemangat.
Adakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?
Jawapannya TIDAK.
.
Shaklee adalah produk dari bahan-bahan semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara-perkara seperti kelesuan, pening, muntah-muntah, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing crisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.
Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?
1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.
2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.
3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.
4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.
Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.
Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.
Vitamin tidak sesuai?
Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.
1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..
2. Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang tidak sesuai mengambil alfalfa.
Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.
Lain-lain, yakin dengan apa yag kita ambil, dan lenhkapka n pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.
Credit to: MOMMY LYNA
No comments:
Post a Comment