Followers

Sunday, August 25, 2013

Testimoni Set Kesuburan Shaklee: Hamil selepas 2 bulan

Assalamualaikum.
 
Saya suka sangat tengok gambar baby. Comel dan menenangkan. Maklumlah ahli syurga. Untung ibu ayah yang direzekikan menjaga mereka.
 
Namun, yang belum ada rezeki menimang cahaya mata, usah leka berduka. Insyaallah saat bahagia kita akan tiba juga. Asalkan terus berusaha dan berdoa.
 
Di sini, sekali lagi saya ingin berkongsi. Kongsi testimoni pengguna Set Kesuburan Shaklee dan Alhamdulillah hamil selepas 2 bulan menggunakannya. Testimoni ini saya petik dari archive FB Geng Pengguna Shaklee :)
 
 
 
Testimoni dari customer Ibu Iman:
Latar belakang customer -- hormone tidak stabil, period tak teratur. Juga mempunyai masalah keputihan teruk.
 
Jadi, untuk membetulkan kembali hormone, vitamin terbaik dari Shaklee ialah GLA Complex. Untuk masalah keputihan pula, aLfafa. Alfafa  ni teman rapat wanita tau. Selain merawat keputihan, alfafa juga bertindak ala-ala kacip Fatimah, merapatkan keintiman wanita. Suami tentu suka :)
 
Kesan dari pengambilan GLA Complex, mungkin kitaran haid atau jumlah hari haid bertambah dari biasa di awal pengambilan. Ia dipanggil krisis pemulihan. Pelanggan tak perlu risau :) Detik awal dalam meningkatkan kesuburan serta meningkatkan peluang hamil.
 
Langkah seterusnya, makan BComplex (bekalan asid folik) untuk persediaan Rahim menerima janin  baru. Kemudian bagi kesuburan suami pula, zink dan Vitamin E untuk menambah bilangan sperma dan meningkatkan motility dan mobility sperma tersebut. Banyak juga kes di mana suami mempunyai bilangan sperma yang banyak tetapi kualiti sperma tidak memuaskan. Jadi, vitamin E dan zink adalah wajib bagi suami :)
 
Apabila isteri tidak hamil dan pasangan sama-sama inginkan cahaya mata, maka usaha pun perlu bersama-sama. Masalah kesuburan sebenarnya bukan masalah isteri isteri sahaja, malah sebenarnya melibatkan suami juga.
 
Jadi, inilah set kesuburan Shaklee yang saya sarankan pada customer yang mahu berusaha hamil:
 
 
Berminat mahu dapatkan set subur ini bersama aturan makan untuk merancang kehamilan serta doa pilihan, boleh hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu :)
 
 
NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR NI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 
 
 

Thursday, August 15, 2013

Ubat darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi Yang Berkesan Untuk Ayah Saya

Ayah saya pemakan tegar ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi. Kat cabinet dapur tu penuh dengan ubat-ubatan beliau. Bertahun-tahun ulang alik hospital ambil ubat. Risau saya melihatnya. Ye lah, pengambilan ubat-ubatan secara berterusan kan tak elok. Takkan nak terus-terusan bergantung kat ubat-ubat ni tanpa usaha nak kawal dan pulihkan.
 
Tekanan darah tinggi boleh dikawal dan dicegah dengan menjaga pemakanan, bersenam, dan elak stress. Dari segi pemakanan, pengambilan minyak ikan atau omega-3 sangat bagus bagi mereka bermasalah serupa. Oleh kerana itu, saya tak pernah  lupa untuk bawa balik Omega Guard untuk ayah. Dengan harapan keadaan beliau akan makin pulih, dan boleh tinggalkan ubat-ubat tu.
 
Sebenarnya saya sangat risau bila ayah dah kena darah tinggi ni. Kadangkala dia pening dan rebah tak semena-mena. Paling risau sebab ayah selalu berulang alik naik motor ke masjid. Bila datang peningnya, boleh terbabas. Pernah juga dia ke masjid jalan kaki. Ada ketikanya beliau akan berhenti kat mana-mana wakaf tepi jalan sebab pening tak boleh nak jalan. Kena berhenti dan baring sekejap.
 
Balik raya hari tu (cerita raya lagi), ayah tanya, mana Omega Guard dia sebab yang ada kt rumah tinggal 2 biji je lagi. Mak sambung lepas tu, "Lepas selalu ambik Omega tu ayah dah kurang peningnya. Bulan puasa ni baru sekali dia pening," perkembangan yang sangat bagus ni! Alhamdulillah. Pening berkurang petanda kolesterol berkurang dan tekanan darah dah turun.
 
Seperti biasa, saya bawa balik juga Omega Guard kali ni.
 
Omega Guard aka minyak ikan dari Shaklee untuk kurangkan kolesterol dan turunkan tekanan darah tinggi.
 
Apalah harga sebotol omega dibanding dengan seorang ayah :)
 
Cintai keluarga, cintai ibu bapa.
 
Nak order untuk ibu ayah tersayang boleh hubungi saya. Saya akan bagi konsultansi percuma sebelum beli dan selepas beli ye :)
 
 
NAK TURUNKAN KOLESTEROL MACAM AYAH SAYA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Wednesday, August 14, 2013

Sakit Urat Selepas Bersalin

Sakit Urat Selepas Bersalin, Telan sebiji AJHT je sehari

 
Tema sakit urat pulak minggu ni. Haritu cerita sakit urat kaki, ni cerita sakit urat selepas bersalin. Saya dapat inspirasi dari cucu saudara ayah yang masih berpantang, singgah beraya di rumah dan beli AJHT untuk sakit urat (kalau dengan saya jadi apa eh? cucu sepupu ye?).
 
Sembang-sembang raya, sambil makan durian (orang baru lepas bersalin makan duriannnn). Maklum ler, raya ke-5.  Ketupat rendang nasi himpit sate semua dah habis kan. Dah habis makan, nak basuh tangan tetamu kena masuk dapur cari sinki sendiri. Hehe. Kebetulan kat situ ada Dish Wash Shaklee yang berbuih banyak dan wangi tu. Dari situ lah dia tau saya guna Shaklee. Bukan takat guna je, dah jadi ahli, dah jadi ejen Shaklee yang Berjaya gitu ;p
 
Dari sembang raya, masuk pulak topik Shaklee ni. Katanya dia pun ambil Shaklee untuk pantang. ESP, Ostematrix, dan Alfafa. Susu melimpah ruah, sampai basah lantai katanya :) (tuan dia tak perasan susu dok meleleh).
 
Dah ada vitamin untuk menyusu, dia tanya sekali supplemen untuk sakit urat. Orang baru bersalin kan selalu sakit-sakit urat dan nak kena berurut.
 
Dia nak beli AJHT untuk diri sendiri sebab kak longnya pun makan AJHT dan sangat puas hati. Lega sakit-sakit urat, lepas makan sebiji AJHT sehari. Sebiji je sehari ye :)
 
Dah rezeki beli untuk ayah sakit lutut hari tu, terus beli banyak-banyak AJHT. Mana tau orang beraya tanya ubat sakit urat, boleh la beraya sambil mengurat, eh sambil legakan urat dengan supplemen semulajadi. Jadi, cucu sepupu pulang dengan gembira selepas dijamu durian dan dapat bekal durian DAN AJHT Shaklee untuk sakit urat :)
 
Puan-puan yang baru bersalin nak cuba AJHT ni boleh call saya cepat-cepat ye. Ada tawaran istimewa menanti. Terlepas rugi ;)
 
Suami prihatin pun jangan ketinggalan hubungi saya untuk dapatkan AJHT untuk isteri tersayang yang bersusah payah melahirkan :)
 
 
NAK HILANGKAN SAKIT URAT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 

Tuesday, August 13, 2013

Sakit Urat Kaki: AJHT dan Ostematrix jadi penawar

Sakit urat kaki di hari raya. Ini cerita saya sendiri. Entah macam mana tak perasan tersalah urat. Almaklum dok sibuk angkat air dan juadah buat tetamu yang datang bertandang. Masa semua orang ada memang tak terasa. gembira sangat gamaknya.
Sakit urat kaki mula terasa waktu solat. Susah sangat nak duduk antara dua sujud. Tak boleh lipat kaki. Ya Allah sakit sangat. Pedih pun ye. Nak bangun berdiri tegak lepas tu pun terhegeh-hegeh. Nah, macam ni lah gamaknya orang-orang tua rasa. Sukar nak berjalan, nak berdiri, nak solat, nak bergerak.
Akhirnya, mak ajak pergi berurut. Tapi....malu la pulak nak pergi berurut. Sure sakit. Seboleh mungkin nak tangguh dulu biar sembuh sendiri. Manalah tahu urat terbelit sebab tiba-tiba makan pagi kan selepas sebulan puasa tak makan..hehe. Dari tangguh sehari, masuk dua hari dan 3 hari. Setiap hari dok gosok-gosok sendiri je. main agak-agak je la urut kat mana rasa tegang. Dari tapak kaki, betis, peha dan punggung. Lepas tu rasa kurang sikit. Tapi esoknya rasa lebih sakit dari semalam -- dan bengkak pulak tu.
Ah tak boleh jadiii. Kena buat sesuatu. Akhirnya, telan 3 biji ostematrix dan sebiji AJHT (Advanced Joint health Tablet). Duduk diam dan tidur. Esoknya, Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Nak duduk bangun pun senang. Paling penting, duduk antara dua sujud, sempurna seperti selalu. Normal. Tak ada rasa sakit lagi. Sungguh sihat itu nikmat.
Siapa sangka, AJHT yang dibawa pulang di hari raya untuk ayah yang sakit lutut akhirnya berguna untuk diri sendiri yang sakit urat tanpa sengaja. AJHT dan ostematrix, seperti yang telah saya huraikan kelebihan dan kegunaannya menjadi 2 vitamin penting untuk mereka yang mahu mencari penawar masalah sendi dan urat.

Masalah sakit urat sakit sendi ni, orang muda macam saya pun boleh kena. Kawan saya pun ada cerita masalah yang sama, dan penawarnya juga sama. Hehe. Tak caya dengar ni:



NAK HILANGKAN SAKIT URAT DAN SENDI?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Message saya di fanpage Young & Generous.
Hubungi saya cepat-cepat kalau nak tau tawaran istimewa :) Terlepas nanti rugi pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...