Followers

Showing posts sorted by relevance for query sakit sendi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query sakit sendi. Sort by date Show all posts

Monday, January 7, 2013

Ubat Sakit Sendi, AJHT Shaklee Terbaik

SAKIT SENDI BAHU, SIKU, PINGGUL DAN SENDI LUTUT

Sendi utama kita: Sendi lutut, sendi pinggul, sendi bahu, sendi siku. 


Sendi amat berharga, ia menyambungkan bahagian-bahagian tubuh, membolehkan pergerakan sempurna dan selesa. Cuba bayangkan tubuh tanpa sendi. Masing-masing nampak macam robot nanti. Keras je. Haha. Nak jalan pun tak boleh, nak angkat barang tak boleh, nak membongkok, nak sujud, nak rukuk lagi la tak boleh kan. Pergerakan dalam solat pun banyak menggerakkan sendi-sendi, sedari takbiratul ihram hingga ke salam terakhir. Sakit sendi sampai susah solat ni pun masalah besar juga. Nak kena cepat-cepat cari ubat sakit sendi terbaik sampai boleh solat sempurna.

Ubat sakit sendi ada pelbagai, dari cara moden sampailah ke cara tradisional. Kalau di 'google', sampai berpuluh ribu 'search result' cara dan petua. Namun, saya cuma mahu kongsikan ubat sendi yang selamat, berkesan Insyaallah, dan telah melalui kajian terperinci dari makmal perubatan Shaklee.

Advanced Joint Health Tablet Untuk Sakit Sendi

Advanced Joint Health Shaklee dihasilkan dari ekstrak Boswellia yang digunakan dalam perubatan Ayurveda berkurun dulu untuk kesihatan sendi. AJHT ini merupakan satu-satunya produk di pasaran dengan  ekstrak Boswellia. Selain Boswellia, ia turut mengandungi ekstrak popular untuk keselesaan sendi, iaitu glucosamine (ekstrak jagung). AJHT dilengkapkan juga dengan Zink, Magnesium, Mangan dan Vitamin C. Semua nutrisi ini akan membantu dalam meningkatkan kesihatan sendi, meningkatkan kesan kusyen, serta menyediakan kusyen pelapik yang memberi kelesaan ketika bergerak.

Menariknya, AJHT yang sangat berkesan ini dibuat 100% dari formula sayuran dan bahan berasaskan mineral - pastinya selamat tanpa dadah!

*Seorang sahabat saya dari UKM memesan AJHT dan ostematrix untuk ibu dan ayahnya. Dalam 2 minggu selepas itu, beliau telefon saya, "Yong, mak kak Nabila kata sendi tangan dia dah tak sakit la. Best betul. Bangun pagi pun rasa segar je, nak membuang pun senang. Kak Nabila nak pesan lagi," begitulah pesanan untuk set kedua dan berterusan hinggalah November tahun lepas. Akhirnya, kawan saya dah jadi partner saya, terus subscribe jadi ahli sebab confirm tiap-tiap bulan dia akan pesan 2 set Ostematrix + AJHT untuk mak dan ayahnya. Kak Nabila ada di Sungai Petani. Orang Sungai Petani nak COD boleh hubungi terus Kak Nabila di 012-3181734.
Mak dah tak sakit sendi tangan. yeay!


>>>>KLIK UNTUK ORDER AJHT<<<<

Omega Guard Shaklee Untuk Sakit Sendi

Kaitan pengambilan minyak ikan dan masalah sendi sudah diketahui umum. Pakar kesihatan dan pakar perubatan biasanya mencadangkan pengambilan minyak ikan/omega-3 bagi mereka yang mempunyai masalah osteoarthritis. Dari pelbagai kajian, pengambilan omega-3 disimpulkan berkesan untuk mengurangkan radang sendi, bengkak sendi, dan kekakuan pada sendi. Selain dari fungsinya yang banyak untuk kesihatan sendi, Omega-3 juga bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit Parkinson, membantu perkembangan otak dan mata pada bayi, membaiki perasaan 'moody'.


Ostematrix untuk Sakit Sendi

Ostematrix atau kalsium sebenarnya membantu kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan sindrom osteoporosis. Masalah osteoporosis kebiasaannya menyerang wanita - lebih-lebih lagi mereka yang mengabaikan minum susu dan kurang bersenam. Tulang yang sihat dan padat menjamin sokongan pergerakan yang lebih meyakinkan. Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja meningkatkan kesihatan tulang, malah ia turut membantu masalah sembelit, membuatkan kulit lebih sihat dan berseri serta melegakan pengecutan otot perut akibat kontraksi semasa bersalin mahupun ketika datang bulan.

Set vitamin lengkap untuk mereka yang mahu meredakan sakit sendi lutut, sendi bahu, sendi tangan, sakit tapak kaki.

Klik Untuk ORDER
>>>>AJHT<<<<
>>>>OMEGA GUARD<<<<
>>>>OSTEMATRIX<<<<
>>>>SET LENGKAP UNTUK SAKIT SENDI<<<<
 

Tak de sakit sendi bahu, sendi lutut, boleh bermain dengan cucu dengan selesa :)


TAK SABAR NAK LEBIH AKTIF DAN SENDI LEBIH SELESA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Sunday, July 22, 2012

Sendi lutut sakit hingga susah solat? Cuba Advanced Joint Health!

Inilah rupa sendi lutut anda. Ciptaan Tuhan yang sempurna hingga membolehkan kita berjalan, berlari, melompat, memanjat dan macam-macam lagi. Seiring usia, pasti ada masalah kesihatan yang membantutkan semua aktiviti biasa. Bila dah berusia, sakit-sakit sendi, sengal-sengal tulang adalah perkara biasa. Namun, ada juga yang menderitainya seawal usia. Mungkin kerana terlalu aktif bersukan atau boleh juga disebabkan kemalangan.

Sempena Ramadhan ini, mungkin ramai yang terkilan. Ya, tidak dapat melakukan solat sunat terawih 20 rakaat seperti orang lain. Sakit lutut selalu menyerang. Bertahan hingga rakaat ke -8 sudah bagai suatu rahmat yang tidak terhingga. Andai sakit sendi lutut ini hilang, alangkah bahagianya dapat sama-sama rukuk dan sujud bersama jemaah dan imam hingga salam terakhir, salam ke-20!

Dalam perubatan Ayurveda yang dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu, Boswellia sering digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.Asid Boswellia merupakan komponen utama dari ekstrak Boswellia yang sangat membantu dalam memberikan keselesaan sendi. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.

Berita baiknya, tidak perlu undur lagi ke masa lalu kerana sekarang ini ada tablet khas yang mengandungi ekstrak Boswellia, khusus untuk kesihatan sendi. Namanya, Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Setiap tablet AJHT mengandungi 100mg ekstrak Boswellia. Kajian perbandingan antara beberapa jenama supplemen lain yang turut digunakan untuk masalah sendi menunjukkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee merupakan satu-satunya produk yang mengandungi ekstrak Boswellia.

Selain Boswellia, ia turut diperkaya dengan ekstrak jagung atau nama saintifiknya Glucosamine. Glucosamine memang diketahui umum sebagai komponen utama dalam pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovial. Ia juga meningkatkan kesan kusyen pada sendi. Lebih selesa untuk kita bergerak.

Pelengkap kepada kedua-dua ekstrak ini adalah vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan tisu penyambung. Semua ini terkandung dalam satu tablet sahaja.

Untuk kesan optimum, amat baik sekiranya tablet sakit sendi Advanced Joint Health ini diambil bersama Ostematrix, iaitu kalsium lengkap untuk membaiki jisim tulang dan menguatkan tulang. Juga ditambah Omega Guard untuk meredakan keradangan sendi. Untuk orang tua yang dah lama sakit lutut, sakit tapak kaki, sakit bahu, tulang belakang, dan yang seangkatan dengannya, dapatkan ketiga-tiganya untuk kesan optimum. Sekali cuba, terus puas hati.

Pengguna yang pertama kali menggunakannya amat berpuas hati dan mengakui keberkesanan set kesihatan sendi ini.

Kata surirumah ini, dulu kerjanya banyak terbengkalai kerana diserang sakit sendi dan kebas-kebas. Kini, dia mampu selesaikan kerja rumah dengan pantas. Malah mampu join marathon lagi!

 

Kata lelaki yang hampir lumpuh ini pula, sekarang dia dah pulih dari kederaan akibat bersukan. Dah mampu bermain semula dengan gembira :)

 

 
 
UBAT SAKIT LUTUT
 
Anda tentu teruja mahu mencuba untuk diri sendiri kan? Apa lagi untuk dihadiahkan pada orang tersayang. Lebih-lebih lagi emak ayah yang dah banyak berbudi. Tak sanggup kan tengok mereka bersusah payah nak berjalan, apalagi ketika melihat sukarnya mereka melakukan ibadah di usia yang tersisa.



Mahu Sakit Sendi Segera Hilang?
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Thursday, September 4, 2014

Sakit Badan dan Sendi Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak, AJHT dan Kalsium Melegakan

Sakit-sakit badan selepas bersukan dan melakukan aktiviti lasak memang tak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti tersebut dilakukan tiba-tiba. Tanpa senaman ringan, tanpa latihan dan di luar kebiasaan. Selain itu, lenguh badan ni juga senang nak dapat bila berjalan jauh akibat duduk dalam kenderaan untuk tempoh yang lama. Dah dekat musim kenduri ni, ramai juga yang sakit badan masa buat kenduri. Buat kenduri pun penat tau. Guna banyak tenaga. 
 
Cuti Hari Merdeka 2 hari yang lalu, saya juga hampir sakit badan, lenguh betis, sakit pinggang dan urat. Semuanya gara-gara buat aktiviti luar tabii. Eh, aktiviti luar dari jadual harian biasa. Hari pertama, saya menyertai Kem "Jom Hebat Utara 2014". Kem untuk ahli Shaklee di bawah kumpulan iReach yang dinaungi Master Lyna dan Master Zainul. Program ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Program sehari ini diisi dengan 'ceramah motivasi', dengar cerita dan pengalaman mereka yang berjaya dalam Shaklee, dengar cerita sebenar di sebalik isu Roger Barnett dan Israel, cerita tentang pilot yang bawa kapal angkasa juga atlet Olimpik makan Shaklee dan sesi rebut hadiah. Nampak santai tapi penat jugak sebenarnya ;)

Bertugas sebagai AJK untuk program yang sangat best ni, tak dapatlah nak duduk-duduk santai sepenuh masa dalam dewan. AJK kena lari sana sini jugak lah kan semasa majlis berlangsung. Dah habis program, kena bersih dewan dan angkut sampah lagi. Memang penat! Penat yang best. Malamnya, dapat jemputan makan malam dari Master Lyna dan sempat berkenalan dengan leaders Shaklee yang lain. Kari Kepala Ikan Pan Mutiara sangat sedap dan kena dengan selera semua.
 
Esoknya pula, kami mengikuti Eco Fun Challenge di Taman Botani, Pulau Pinang. Kalau diikutkan, lenguh kaki pusing nak pusing satu taman yang luas ni cari harta karun. Tapi masing-masing gigih mengheret kaki membaca setiap label di pokok-pokok dalam taman untuk dapatkan jawapan. Semuanya semata-mata nak dapat hadiah lumayan dari Master Mommy Lyna. Hadiah Ipad! Manalah tak gigih. Nasib baik malam tadi dah telan 2 biji AJHT dan 2 biji Ostematrix. Kakiku lari gagah berani, tak ada sakit sendi!
 
 

Kenapa telan AJHT dan Ostematrix Sebelum dan Selepas Bersukan dan Aktiviti Lasak?

Pertamanya sebab si lelaki lasak ini telah merasa kesan pengambilan suplemen. Beliau dulu tahan hati untuk bersukan dan beriadah dengan kawan-kawan. Sakit. Tak boleh lasak-lasak. Kalau sekarang ni, pantang ajak, memang OK je!



AJHT fungsi istimewanya untuk melegakan sendi dan otot. Jadi, memang patut la kan ambik 2 biji seperti yang dicadangkan bila dah beraktiviti seharian dari pagi sampai malam sampai esok pagi dan petang. (oh panjangnya tempoh aktiviti. Seronok betul join team Shaklee yang aktif ni).
 
Ostematrix pula kalsium lengkap dengan vitamin D. Fungsinya menguatkan tulang dan juga melegakan ketegangan otot.
 
Selepas makan...kuranglah sakit badan dan legalah betis dan tulang belakang. Kaki pun ok je jalan banyak. Tak sakit langsung. Hasilnya....kami mampu berjalan mengelilingi Taman Botani yang luas dan cantik tu...dan menang tempat ketiga! Dapat hamper.  (kecewa  juga tak dapat Ipad). Aktiviti treasure hunt ni kira aktiviti sukan jugak lah kan sebab berpeluh-peluh dibuatnya.

Alhamdulillah. Setelah beberapa kali merasai 'best'nya jalan banyak dan jalan jauh tanpa sakit badan, sakit kaki, dan sakit pinggang... saya pastikan AJHT dan Ostematrix sentiasa ada bersama. Samada di rumah mahupun dalam travel kit. Hidup lebih mudah dan ceria dengan set kelegaan sendi ni.


AJHT dan Ostematrix untuk melegakan sakit badan dan sendi selepas sukan dan aktiviti lasak
 

 Set Kelegaan Sakit Badan Dan Sendi Shaklee ni sesuai untuk:

  • Lelaki
  • Wanita
  • Ahli sukan
  • Orang tua
  • Wanita lepas bersalin/dalam pantang
  • Tergeliat, patah tulang
  • Mereka yang gemar bersukan
  • Mereka yang gemar beraktiviti lasak
  • Mereka yang mengalami sakit sendi
  • Mereka yang mudah rasa penat dan sakit badan
Anda boleh hadiahkan pada diri sendiri dan orang tersayang.
Saya bagi emak saya set sendi untuk masalah sakit betis dan sakit lutut. Alhamdulillah kini dah pulih. Saya tak perlu risau lagi.

 
NAK HILANGKAN SAKIT BADAN, SAKIT URAT DAN SENDI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


 

Wednesday, August 6, 2014

Sakit Sendi, Sakit Kaki, Sebab Gout?

Orang tua yang makin berusia sering mengalami masalah sakit sendi - tak kira sakit lutut, sakit pinggang, sakit pergelangan kaki dan tangan. Selain dari faktor kekurangan pelincir dan kusyen di sendi, kebanyakkan sakit sendi itu juga berpunca dari gout. 

Sakit gout adalah sakit yang disebabkan pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan. Makanan yang mengandungi 'purine' yang tinggi serta gagal diuraikan dengan sempurna oleh badan menggalakkan pertambahan asid urik lalu menyebabkan kesakitan pada sendi, yakni gout.

Untuk membantu pesakit gout langkah pencegahan dan rawatan sangat perlu. 

Pertama, CEGAH dengan mengawal pemakanan. Elakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Contoh makanan yang perlu dielak oleh pesakit gout ialah daging merah. Kemudian, pesakit juga perlu memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi. Dalam kata lain, perlu kerap minum air. 

Kedua, melalui rawatan untuk melegakan dan mengurangkan keradangan pada sendi. Bengkak kaki, jari tangan adalah antara tanda sakit gout -- akibatnya, susah nak berdiri, bergerak dan melakukan rutin harian. Malah ramai yang mengadu, nak solat pun susah.

Untuk melegakan sakit sendi, antara vitamin yang membantu ialah:

  1. Alfafa: menyah toksin dalam badan.
  2. Omega Guard: Mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan keselesaan untuk bergerak. Omega guard juga membantu memecahkan lemak yang tersimpan dalam badan, serta mengurangkan kolesterol jahat, LDL. Ini sangat membantu pesakit gout yang biasanya berbadan besar serta mempunya masalah kolesterol tinggi/tekanan darah tinggi.
  3. Performance Drink: Membantu mengekalkan bendalir dalam badan lebih lama.
Set Shaklee untuk Gout
Untuk mereka yang selalu sakit pada sendi, lutut, tangan, kaki dan jari jemari

Ibu ayah yang ada simptom sakit tumit, sakit kaki, sakit lutut, sukar menggerakkan jari dan pergelangan tangan, nak solat pun seksa, jangan dibiar lama. Bantu mereka mengatasi masalah ini dengan menjaga diet harian mereka, bawa mereka jumpa doktor untuk dapatkan nasihat profesional, serta cubalah supplemen yang membantu mereka menjalani hari tua dengan selesa dan gembira.

Nak cuba set Shaklee untuk gout ni boleh hubungi:
Yong 019 959 8249
Konsultasi disertakan  


Sunday, August 3, 2014

Sakit Betis Kaki, Sakit Lutut..mak rasa Ok dah dengan AJHT

Dah 2-3 kali balik tak dengar mak merungut sakit betis dan sakit lutut. Biasanya dia akan mengadu sambil mengurut-urut kakinya. Kadangkala minta diurut dan dipijak agar kurang sakitnya.
Bila ditanya, "Tak sakit betis dah? Lutut OK dah?"
Dia jawab, "Hmm, OK dah. Lepas ambik AJHT tu, dah lama tak rasa sakit. Kalau tak urat betis ni rasa terik semacam. Macam ditarik-tarik. Bawah lutut ni pun sakit sangat. Tak tahan. Nak berjalan, bangun duduk pun payah. Ni dah abis AJHT yang sebotol tu rasa lega je".
Alahmdulillah. Akhirnya diberi kesembuhan melalui pengambilan vitamin khas untuk sakit sendi dan tulang, Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Kalau ada yang mengalami masalah yang sama, suka saya syorkan pengambilan vitamin ni. Sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan sendi lutut dan lenguh-lenguh urat betis dan kaki. Sakit pinggang sakit belakang pun boleh. Asalkan berkaitan dengan urat, sendi dan tulang, Insyaallah boleh reda.
Sakit betis kaki, sakit lutut, sakit urat..bagi makan AJHT.
Insyaallah membantu melegakan kesakitan.
Ramai yang dah cuba, sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang tua. Semua pun suka bila rasa reda dari derita susah berjalan, bangun duduk bertahun-tahun. Nak berjalan jauh, untuk travel pun saya sangat syorkan. Apa lagi untuk mereka yang mahu bebas dari sakit sendi supaya mudah beribadah, terutamanya ibadah solat.

Pengalaman sendiri ketika melancong ke Turki, banyak sangat berjalan. AJHT memang telan tiap malam. Rugi tak larat jalan puas-puas bila dah datang naik kapal terbang jauh-jauh kalau akhirnya terjelepuk kat bilik hotel disebabkan sakit lutut, lenguh. Balik bercuti pun tak lah rasa sakit badan. Masih cergas seperti biasa dengan pengambilan suplemen yang awesome :) . Siapa nak sakit kaki lenguh badan ketika melancong kan? Rugi sangatlah!


SUKA TENGOK EMAK SENYUM, SENANG SOLAT?


(pastikan anda menggunakan Mozilla Firefox)
atau
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
 SHAKLEE ID: 840945
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA
PENGEDAR SHAKLEE P.PINANG
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

Wednesday, January 14, 2015

Produk Sakit Lutut Eksklusif, Sangat Berkesan Dan Tak PerluTahan Sakit Berurut

Produk sakit lutut yang paling saya sukai ialah...produk yang telan sekali terus beri kesan luar jangka. Pengalaman sendiri (mungkin terseliuh) dua tiga hari susah nak lipat kaki hingga susah nak sujud dan duduk antara dua sujud. Selepas dua tiga hari bertahan hingga tak mampu menahan, saya cuba-cuba telan 2 biji AJHT, 2 biji Ostematrix dan 1 biji B Complex. Kesannya, Alhamdulillah, memang tak sangka! Esoknya dah OK, lega tak boleh cerita.
 
 
Nak kena urut?
 
Sebelum saya ambil keputusan mencuba, ibu cadangkan saya pergi berurut saja. Tapi, malulah kan. Sebab sakitnya bukan saja di pergelangan kaki, tapi melarat hingga ke urat betis dan paha. Dan mesti tak tahan sakit kena urut. Duduk tak buat apa pun dah sakit, ini nak bagi orang tambah tekanan kat tempat sedia sakit tu. Lagilah sakit.
 
Sakitlah kena urut! huhu
 
 
Sebelum ini memang dengar dan baca perkongsian keberkesanan produk ini. Ada yang kata emak yang susah berjalan dah boleh meniti perlahan-lahan. Ada perubahan yang ketara berbanding sebelumnya. Yang sakit pergelangan tangan, boleh pusing-pusing tanpa rasa sakit. Yang susah nak rukuk dan sujud, boleh solat sempurna. Yang selalu sakit tapak kaki tiap kali bangun pagi, bangun setiap hari dengan rasa selesa dan gembira.

Surirumah yang selalu sengal-sengal di sendi hingga terbengkalai kerja rumah pun puas hati dengan kesan yang dia alami. Sekarang ni bukan main ligat dia selesaikan kerja rumah, siap boleh teman suami join marathon tu.



 
Perubahan-perubahan positif yang dikongsi  ini bukan saja menggembirakan mereka, malah menjadi inspirasi untuk saya bagi menghadiahkan pada emak yang selalu sakit betis dan lutut. Kerana itu, tika kecemasan saya boleh je makan AJHT dan Ostematrix. Memang dah tersedia di rumah. Pernah dengar kan, 'what you give, you get back?" Hehe. Apa yang saya beri untuk emak, kan dah boleh guna untuk diri sendiri. Selamat tak payah berurut.
 
Kenapa saya berani bagi produk ini untuk emak dan makan sendiri berbanding ubat sakit urat/sakit lutut tradisional mahupun jamu di pasaran? Ini kerana, keluarga saya di Kelantan. Kelantan ni dekat sangat dengan Thailand. Produk ubatan Thailand biasa dijual di keda-kedai di Kelantan. Ubat tanpa deskripsi, yang tak ada cop KKM, tak tahu kandungan asalnya. Tentulah bahaya.
 
Pilihan lebih selamat, bagi AJHT yang dibuat dari ekstrak jagung, mengandungi Glucosamine, dan diperkaya dengan ekstrak Boswelia yang punya kajian  sah mengenai keberkesanannya untuk mereka yang menderitai sakit lutut, sakit kaki, sakit urat. Kemudian tambah dengan Ostematrix, yakni kalsium untuk menguatkan tulang. Nak lagi best, tambah Omega Guard yang meredakan keradangan saraf.
 
AJHT, Omega Guard dan Ostematrix - gabungan mantap untuk sakit lutut dan sakit urat
 
Cubaan makan AJHT dan Ostematrix sebagai pengganti ubat sakit lutut mujarab pada saya. Kalau anda nak cuba dan rasai keberkesanan produk yang selamat ini, boleh hubungi saya sekarang. konsultansi percuma tau :)
 
Kalau ada sakit urat, sakit sendi, boleh cuba.
 
 
 
 
Nak Produk Sakit Lutut Yang Berkesan dan Selamat?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia
Ke mana saja yang ada servis Poslaju!
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 

Monday, November 12, 2012

Omega Guard Shaklee untuk ayah

Assalamualaikum..


Kali ini saya mahu bawakan kisah Omega. Bukan jam Omega, tapi Omega Guard Shaklee - sumber Omega-3 terbaik dalam bentuk supplemen.

Semua orang tahu, Omega-3 itu minyak ikan.Omega-3 adalah sumber DHA, EPA dan ALA. Sumber penting dalam pemeliharaan kesihatan sendi, tekanan darah, paras kolestrol dan mengurangkan risiko serangan jantung. Makanan yang kaya dengan Omega-3 ialah IKAN. Kalau tak suka makan ikan, memang rugi.

Berbalik pada kisah ayah dan Omega, sebenarnya ini cerita kawan saya. Tiba-tiba sahaja ayahnya bertanya:
"Omega ni untuk turunkan kolestrol ke?"

Adu kawan saya: "Aku tergamam tak tau nak jawab apa," boleh pula seorang anak genius begini tergamam dek soalan simple seperti itu.

"Kenapa?" hairan pula saya ditanya soalan sebegitu, manalah tau ada apa-apa yang buruk berlaku selepas 2-3 minggu yang lalu dia memesan Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet untuk sakit sendi ayahnya.

"Ayah aku kata, kolestrol dia turun dari 7.7 jadi 6.5".

Oh, berita baik rupanya. Selain untuk kesihatan sendi, Omega juga membantu mengembalikan paras kolestrol ke paras normal. 

Saya juga mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee dan Garlic tahun lepas selepas keputusan pemeriksaan darah menunjukkan bacaan kolestrol sedikit melebihi paras normal. Doktor menasihatkan supaya mengambil Omega-3 (minyak ikan) dan juga Garlic.

Cegah sebelum parah. Tak mahu tiba-tiba ada masalah lain pula. Hypertension ke, darah tinggi ke, sakit jantung ke. Muda-muda ni lah nak jaga kesihatan, supaya dah tua nanti hidup aman tak perlu berulang ke hospital. Jimat duit rawatan, jiwa pun tenang :)

Alhamdulillah, tahun ni bacaan kolestrol kembali normal.

Supplemen untuk menurunkan paras kolestrol


Gabungan Omega Guard dan Garlic untuk mengawal kolestrol.

Pengambilan Garlic sangat membantu untuk menurunkan tahap LDL sambil mengekalkan paras trigeliserin dengan pengambilan Omega Guard.

Supplemen untuk sakit sendi


 Omega Guard, selain untuk kolestrol, perkembangan otak dan memelihara kesihatan jantung, ia juga salah satu supplemen penting untuk kesihatan sendi. Gabungan Advanced Joint Health dan Ostematrix amat membantu meredakan dan melegakan sakit sendi. Ramai kawan-kawan saya dah beli untuk ibu ayah mereka. Alhamdulillah positif!

Tuesday, August 13, 2013

Sakit Urat Kaki: AJHT dan Ostematrix jadi penawar

Sakit urat kaki di hari raya. Ini cerita saya sendiri. Entah macam mana tak perasan tersalah urat. Almaklum dok sibuk angkat air dan juadah buat tetamu yang datang bertandang. Masa semua orang ada memang tak terasa. gembira sangat gamaknya.
Sakit urat kaki mula terasa waktu solat. Susah sangat nak duduk antara dua sujud. Tak boleh lipat kaki. Ya Allah sakit sangat. Pedih pun ye. Nak bangun berdiri tegak lepas tu pun terhegeh-hegeh. Nah, macam ni lah gamaknya orang-orang tua rasa. Sukar nak berjalan, nak berdiri, nak solat, nak bergerak.
Akhirnya, mak ajak pergi berurut. Tapi....malu la pulak nak pergi berurut. Sure sakit. Seboleh mungkin nak tangguh dulu biar sembuh sendiri. Manalah tahu urat terbelit sebab tiba-tiba makan pagi kan selepas sebulan puasa tak makan..hehe. Dari tangguh sehari, masuk dua hari dan 3 hari. Setiap hari dok gosok-gosok sendiri je. main agak-agak je la urut kat mana rasa tegang. Dari tapak kaki, betis, peha dan punggung. Lepas tu rasa kurang sikit. Tapi esoknya rasa lebih sakit dari semalam -- dan bengkak pulak tu.
Ah tak boleh jadiii. Kena buat sesuatu. Akhirnya, telan 3 biji ostematrix dan sebiji AJHT (Advanced Joint health Tablet). Duduk diam dan tidur. Esoknya, Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Nak duduk bangun pun senang. Paling penting, duduk antara dua sujud, sempurna seperti selalu. Normal. Tak ada rasa sakit lagi. Sungguh sihat itu nikmat.
Siapa sangka, AJHT yang dibawa pulang di hari raya untuk ayah yang sakit lutut akhirnya berguna untuk diri sendiri yang sakit urat tanpa sengaja. AJHT dan ostematrix, seperti yang telah saya huraikan kelebihan dan kegunaannya menjadi 2 vitamin penting untuk mereka yang mahu mencari penawar masalah sendi dan urat.

Masalah sakit urat sakit sendi ni, orang muda macam saya pun boleh kena. Kawan saya pun ada cerita masalah yang sama, dan penawarnya juga sama. Hehe. Tak caya dengar ni:



NAK HILANGKAN SAKIT URAT DAN SENDI?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Message saya di fanpage Young & Generous.
Hubungi saya cepat-cepat kalau nak tau tawaran istimewa :) Terlepas nanti rugi pulak!

Tuesday, January 15, 2013

Set Shaklee Untuk Gout


Serangan gout pada sendi ibu jari kaki


Tercari-cari supplemen yang membantu meredakan gout, sebolehnya set vitamin dari Shaklee? Jom baca ni. Ketahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya meredakan kesakitan akibat gout ini.

Pesakit gout sering mengalami sakit-sakit sendi. Paling kerap ia menyerang di sendi ibu jari kaki. Gout terjadi kerana kandungan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal yang berkumpul pada sendi-sendi. Kristal-kristal inilah yang menghalang sendi dari berfungsi secara normal dan selesa.

Pesakit gout mengalami kesukaran bergerak dan berjalan, sakit kaki!



Keadaan gout akan bertambah buruk apabila pengidap memakan makanan tinggi purin. Contohnya seperti daging, ikan bilis, dan organ dalaman. Purin yang diproses akan menambah kandungan asid urik dalam badan.

Setelah mengetahui penyebab gout, maka, cubalah sedaya upaya mengelakkan makanan-makanan penyebab sakit ini dari menu harian. Untuk anak-anak, pantaulah pemakanan ibu dan ayah. Ini untuk keselesaan mereka bergerak dan untuk ketenangan jiwa dan minda kita juga kan? 

Selain mengelakkan kandungan tinggi purin, pesakit gout amat memerlukan air dalam badan. Air berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari badan. Kandungan air perlu sentiasa dikekalkan pada tahap optimum. 

Menyedari keperluan untuk menyingkirkan asid urik dalam badan dan juga mengekalkan kandungan air pada tahap optimum bagi pesakit gout, maka set Shaklee yang sesuai adalah:

Alfafa: Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dari badan.

Performance Drink: Mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Perlu juga meneruskan minum air setiap masa. Minum sikit-sikit tapi kerap.

Omega Guard/AJHT: Memberi keselesaan pada sendi.

Set Shaklee untuk gout: Alfafa, Performance Drink, AJHT dan Omega Guard
 

NAK KURANGKAN SEKSA SAKIT GOUT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.








Saturday, September 20, 2014

Faedah Menjadi Ahli Shaklee - Mak pun dapat manfaat

Faedah jadi ahli Shaklee bukan untuk mereka yang mahu buat bisnes semata-mata. Macam kawan saya ni, sebelum mendaftar lagi dia dah tanya:
 
"Boleh tak jadi ahli nak makan sendiri je. Aku tak nak menjual. Tak reti".
 
"Mestilah boleh. Tak ada paksaan untuk meniaga dan kejar sale pun. Jadi ahli untuk makan sendiri pun banyak faedahnya," Saya jawab tulus ikhlas.
 
Jadi, dia senang hati memberikan butiran diri dan bayar yuran keahlian RM75. Yuran keahlian paling murah yang pernah saya jumpa :)...sebab ia untuk SEUMUR HIDUP. Tak payah susah-susah nak perbaharui keahlian dan bayar tambahan yuran tahunan. Sekali bayar, dapat faedah untuk selamanya.
 
Seingat saya, memang kawan saya langsung tak  berniaga. Tapi, banyak juga yang dia beli. Selain vitamin untuk diri dan suami, dia ada juga beli vitamin set bersalin, berpantang dan menyusu untuk adik. Kemudian beli set sakit sendi untuk emaknya. Memang kakak dan anak yang baik :)
 
Yang paling saya suka bila dia tanya vitamin yang sesuai untuk emaknya yang sakit urat. Pada mulanya, dia hanya beli AJHT dan Ostematrix untuk emaknya. Kemudian, nak tambah Omega pula supaya emaknya rasa lebih sihat dan lega segala urat dan sendi. Maklum saja, orang tua...sakit sendi dan sakit urat ni memang masalah sejagat. Makin berumur, bendalir di setiap sendi makin merosot, menyebabkan kerengsaan dan kesakitan bila nak bergerak.
 
Adanya AJHT yang diperkaya dengan ekstrak Boswelia dan Glucosamine, di samping vitamin C, mangan dan zink , kesihatan sendi boleh ditingkatkan. Ini kerana bahan ini memberikan kesan kusyen, memelihara kesihatan tisu penyambung, dan membekalkan pelincir yang amat diperlukan untuk kelancaran pergerakan.
 
Ostematrix pula membantu menguatkan tulang. Malah dengan tambahan magnesium dan vitamin D, ia adalah kalsium lengkap yang turut memberi kelegaan pada otot dan juga saraf.
 
Omega guard yang mengandungi DHA dan EPA sememangnya terkenal untuk rawatan arthritis.
 
Semoga emak kawan saya dapat kebaikan yang sama macam mak saya. Mak saya sekarang dah senang bangun, duduk, rukuk dan sujud sewaktu solat selepas mengamalkan AJHT dan ostematrix. Hilang sakit betis dan lutut.
 
Ini cerita kedua yang saya nukilkan tentang kebaikan dan manfaat vitamin Shaklee yang berjangkit dari anak kepada emak. Paling saya suka, bila anak rasa kebaikan sesuatu produk, ia turut memikirkan untuk memberi pada orang yang disayang. Sungguh tak ternilai :)
 
Untunglah jadi ahli Shaklee walau untuk makan sendiri. Ibu dan ayah boleh tumpang kebaikannya :)
 
Nak tau cara jadi ahli Shaklee, kelebihan dan kebaikan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami, baca entri penuh ini:
 
 
Atau terus hubungi saya:
 
Yong (Shaklee ID: 840945)
SMS/Whatsapp: 019 959 8249
 

Saturday, November 22, 2014

Selalu Sakit Kaki Bila Jalan Jauh, Rugi tak Cuba AJHT

 
 
Ramai orang suka jalan-jalan makan angin. Melanconglah kan.  Lagi jauh, lagi seronok. Yang tak seronok bila sakit kaki, sakit pinggang, sakit urat dan serba macam sakit ketika melancong. Tak syok kan? Usah kata nak berjalan jauh ke seberang laut yang perlu naik kapal terbang 8-10 jam, nak balik kampung hujung minggu memandu 5 jam pun dah terasa akibatnya.
 
Ada cara tak nak kurangkan sakit kaki dan lenguh badan serta menambahkan keseronokan melancong?
Ada! Saya dah jumpa ubatnya. Ops, bukan ubat. Ia adalah vitamin yang memelihara keselesaan sendi dan urat saraf. Juga menyokong kekuatan tulang. Kaya dengan ekstrak Boswellia dan Glucosamine, memang khas untuk sakit kaki, sakit lutut, sakit sendi dan yang seangkatan dengannya.
 
Apa dia vitamin best sebagai teman melancong?
Ini vitamin kegemaran saya. AJHT dan Ostematrix!
 
Kalau dulu, nak jalan-jalan di shopping mall pun dah buat pinggang rasa macam nak patah, kaki lenguh, sakit kepala dan letihhhh sekali. Bayangkan keletihannya. Oleh itu, saya jarang sekali membuang masa tawaf di shopping Complex, kecuali memang ada niat nak bakar kalori ;p.
 
Perubahan selepas ambil AJHT dan Ostemarix, sangat menyeronokkan. Hehe. Sesekali balik kampung hujung minggu, memandu sorang-sorang 4 jam tanpa henti bukan lagi masalah. Sampai di rumah, mood masih ceria. Sampai je terus boleh bergelak ketawa. Kalau dulu, muka moyok sebab letih. Tak sampai 24 jam di kampung, harus pulang ke tempat mencari rezeki pula. Lagi 4 jam ditempuh dengan mudah Alhamdulillah. Esoknya masuk kerja, cergas seperti biasa.
 
Macam mana rupa vitamin pilihan pelancong tegar ni?
AJHT DAN OSTEMATTRIX UNTUK KURANGKAN SAKIT SAKIT DAN LENGUH KETIKA MELANCONG
Ini dia AJHT dan Ostematrix. Botol kecil je. Wajib telan 2 biji AJHT dan 2 biji Ostematrix sebelum berjalan.
 
 
 
Yang ni saya pack masa nak melancong ke Turki. Walau sejuk, banyakkk sangat jalan (lebih 3000km perjalanan di Turki sahaja), rehat tak cukup, muka tetap ceria, kaki tetap kuat, tulang dan urat masih gagah. Seronok sangat dapat menikmati saat-saat ini sepenuhnya.
 
Berbaloi ke makan AJHT?
Saya suka! Sangat berbaloi kerana menjadikan percutian lebih bermakna.
Cubalah, nescaya akan jatuh cinta ;)
 
 
 
Sakit Kaki Ketika Melancong? Jauhkan dengan AJHT!
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia
Ke mana saja yang ada servis Poslaju!
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 

Monday, October 20, 2014

Sakit Urat Akibat Langgar Pantang - Cuba Omega!

Ibu moden sekarang ni selalunya berpantang sendiri. kalau anak pertama, mungkin mak atau mertua datang jaga. Tapi kalau dah masuk anak kedua, mak pun dah makin tak larat, kena pandai-pandai bawa diri jaga diri sendiri, jaga anak, jaga suami.

Dalam tempoh berpantang, ada banyak pantang larang. Tak boleh buat kerja berat, perlu jaga makan, tak boleh makan sayur tertentu untuk elak angin dan kembung, nak makan ikan pun kena ikut jenis ikan, telur dan ayam tak boleh makan untuk elak luka bernanah dan lambat sembuh, masakan pula terhad kepada bakar je..kena elak makanan berminyak.

Namun begitu, syarat pantang ni ikut tempat juga. Ikut pengalaman orang tua dan petua yang diturunkan turun temurun. Jadi, sesetengah tempat, apa yang boleh dan tak boleh tu ada beza :).

Memandangkan ibu-ibu moden berpantang sendiri, kemungkinan besar tak ikut sangat pantang larang orang tua ni kan? Makan ikut selera ;p, dan buat ikut suka. Kadang-kadang tu main air, biar diri kesejukan. Akibatnya, sakit urat.

Bila sakit urat, ibu tak sihat, susah pula nak urus bayi yang masih kecil dan anak yang sedang membesar. Ibu kena sihat dan penuh tenaga. Jadi, ikut pengalaman Puan Hadha, apa yang beliau buat bila terasa sejuk, sakit urat dan sendi lepas bersalin tu...beliau amalkan makan 3 biji Omega Guard setiap hari. Alhamdulillah, masuk hari ketiga, badan rasa 'panas' dan segar macam biasa. Oh ye, puan Hadha turut amalkan set bersalin Shaklee untuk dapatkan nutrisi yang mencukupi sepanjang tempoh pantang dan menyusu :)

Ibu-ibu yang buntu tak tau nak buat macam mana bagi mengatasi masalah sakit urat dan rasa sakit badan dan sendi boleh cuba tips ini. Makan Omega Guard dan tambahkan dengan AJHT.

Semoga ibu cepat pulih, sihat, bertenaga dan ceria menguruskan rumahtangga :)

Nak OMEGA dan AJHT semasa pantang?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...