Followers

Tuesday, May 28, 2013

Set Pantang Shaklee: Kenapa bagus sangat?

Set Pantang Shaklee..antara set bersalin yang jadi fenomena di kalangan ibu-ibu. Pasti banyak kebaikan yang menyebabkan kebaikannya tersebar dari mulutke mulut, dari blog ke blog, dari fanpage ke fanpage :)

Lagi mengharukan, set pantang Shaklee ni bukan saja jadi buruan ibu-ibu, malah jadi pilihan ibu mertua untuk menantu, DAN pilihan suami-suami bijak yang mahukan yang terbaik untuk isteri dan anak tersayang.

Baru 2 hari lepas, seorang sahabat baik pesan set Pantang. kemudian ia turut berjangkit pada kawan yang lagi seorang. Sebelum beli, sebagai pengguna bijak, dia tanya "OK ke set pantang ni?"

Jom tengok apa yang berlaku dan bagaimana ia mempengaruhi pilihan seorang ibu:


Saya cuma post kan gambar set pantang + set menyusu pilihan Zana. Kemudian, biasala kan...mesti ada sang pengkomen nyee...hehe. Set pantang ni sesuai untuk orang beranak sulung, kedua, ketiga dan seterusnya :)

OK...dah ada orang komen, OK ke produk ni?
Sebagai penjual yang lemah lembut...saya rasa tak perlu untuk saya promote lebih-lebih kebaikannya. Biarkan produk ini bercakap sendiri...oh tapi bukanlah botol-botol ni tiba-tiba bercakap kan. Maksud saya, kita tanya maklum balas pengguna yang dah biasa guna.


Tengok testimoni Pedu Spirit. Kebaikan set pantang Shaklee selepas dia ambil semasa bersalinkan anakanda Irfan, anak kedua:

  • Badan rasa cergas
  • Susu Alhamdulillah...dapat simpan banyak semasa berpantang untuk stok bila masuk kerja nanti. Siap boleh beli extra freezer untuk simpan stok susu
Saya nak tambah:
  • Tak perlu makan jamu dah. Set Pantang Shaklee je dah cukup. Jimat. Sihat. Selamat.
Pada saya, paling utama adalah kebaikan untuk ibu itu sendiri. Bila ibu cergas, Insyaallah semua urusan jadi mudah. Nak menyusu, nak menunaikan urusan rumah tangga, nak masuk kerja dengan penuh tenaga :)

Saya ulas nanti berkenaan soalan, NAK DAPAT KOMISEN DENGAN SHAKLEE. Ianya unlimited :)

Nak jadi ahli, nak beli untuk kawan-kawan, boleh hubungi saya:
Yong - 0199598249
Atau emel: tuankalsum[at]gmail.com





Saturday, May 25, 2013

Vitamin Tambah Selera Makan Anak


Vitamin untuk tambah selera makan anak-anak sering ditanya oleh ibu-ibu yang risaukan anak-anak yang tak suka makan. Tak cukup nutrisi pula untuk membesar kan? Bermacam cara dipujuk, namun semua tak jalan. Macam mana nak tambah selera budak-budak ni tanpa perlu bersilat agaknya? Perlukah vitamin?

Berikut adalah cadangan beberapa vitamin yang boleh meningkatkan selera makan -- ia terpakai untuk kanak-kanak dan dewasa juga. Perlu diingat, vitamin-vitamin ini cuma membantu sekiranya tubuh memang kekurangan nutrisi yang disebutkan. 

Vitamin Tambah Selera Makan

Omega-3/minyak ikan

Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition  yang diterbitkan pada 2011, asid lemak Omega-3 meningkatkan sintesis protien dalam otot yang dipanggil  kesan anabolism. Kesan anabolism ini bagus kerana proses ini memerlukan tenaga....dan akan memberikan kesan "nak makan" untuk memenuhi keperluan tenaga dari kesan anabolism itu tadi.

Asid Amino

Artikel yang diterbitkan oleh "Nestle Nutrition Workshop Series" pada 2011 mendapati pengambilan asid amino dalam bentuk susu protien, mempengaruhi selera makan. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1991 diterbitkan dalam "Journal of the Medical Association of Thailand" mendapati pesakit hemodialisis yang mengambil asid amino secara berterusan selama setahun lebih berselera untuk makan. Ini membantu mereka meningkatkan berat badan dan otot walaupun menjalani rawatan hemodialisis.

Thiamin

Thiamin atau Vitamin B1 selalu dikaitkan dengan kes kurang berat badan. Satu kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Gerontology" pada 1991 mengkaji kesan pemulihan selera makan pada subjek yang kekurangan  vitamin B1. Subjek yang mengambil B1 selama 6 minggu didapati pulih selera makan berbanding mereka yang mengambil placebo. Bukan itu sahaja, malah berat badan dan tenaga bertambah serta sikap mereka jadi lebih terkawal dan tenang.

Asid folik

Asid folik atau vitamin B9 sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan sel. Kekurangan asid folik sangat berkait dengan masalah kemurungan/stress yang menjejaskan selera makan. Kajian pada 2007 yang diterbitkan dalam "Pediatrics International" mendapati kanak-kanak yang kurang berat badan dan selera makan lebih suka makan selepas diberikan asid folik selama 3 minggu berbanding mereka yang mengambil placebo. Walau selera makan meningkat, namun berat mereka tidak bertambah...ini pun dah cukup baik untuk menyenangkan hati ibu-ibu kan? :) Menurut kajian itu lagi, kesan selera bertambah hilang selepas pengambilan asid folik dihentikan. Jadi, ibu-ibu harus pastikan anak-anak ambil asid folik selalu :)

Cadangan Shaklee:
Omega Guard (Omega-3), Mealshake (asid amino) dan vitalea for children (multivitamin yang mengandungi Thiamin dan asid folik).



Senang hati mak apabila anak-anak makan dengan gembira.



NAK TAMBAH SELERA MAKAN ANAK?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Sunday, May 19, 2013

Vitamin tambah darah

Vitamin tambah darah amat disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah kurang darah/anemia dan low HB. Masalah kurang darah/anemia adalah disebabkan keadaan kurang sel darah merah atau kekurangan haemoglobin dalam darah. Ia biasa terjadi pada remaja yang mengabaikan pemakanan seimbang, wanita mengandung, dan orang berusia.

Penyebab kurang darah/anemia/low HB:

  1. Kemalangan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.
  2. Kerosakan sel darah merah.
  3. Kekurangan zat besi (iron), Vitamin B-12, dan asid folik.
  4. Penyerapan vitamin yang tidak berkesan.
 
Masalah kurang darah boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan sihat yang mengandungi lebih zat besi, vitamin b-12 dan asid folik. Adalah lebih baik menjadikan pengambilan supplemen sebagai tambahan kepada usaha mengatasi masalah anemia ini. Maklumlah, kadangkala ramai yang bosan asyik kena makan sayur bayam, makan telur, makan ayam, makan daging hari-hari kan.

 Ini cerita penuh kejutan ibu mengandung yang sering anemia, akhirnya Berjaya diatasi dengan pengambilan suplemen lengkap untuk tambah darah.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

 

 

Vitamin Tambah Darah

Terdapat 4 vitamin penting untuk tambah darah:
  1. Pengambilan multivitamin yang dilengkapi Iron. Cadangan saya, dapatkan Vitalea Shaklee with Iron Formula.
    • Kenapa Iron penting untuk tambah darah?
      • Perlu difahami bahawa low hb/anemia/kurang darah adalah disebabkan kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut. Pengangkut oksigen dalam darah adalah IRON! Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia/low HB...yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa!
    • Dos yang disarankan: 2 biji Vitalea sehari.
  2. Tambah dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian melalui pengambilan B-Complex.
    • Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.
    • Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.
    • Kenapa perlukan B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) untuk mengatasi masalah anemia?
      • Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fungsi antara satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.
    • Dos sehari: 1 biji.
  3. Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi, asid folik dan B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya menyia-nyiakan pengambilan vitamin tambah darah tadi..lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.
VITAMIN TAMBAH DARAH
 
 
NAK TAMBAH DARAH, TINGKATKAN HB?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 

Thursday, May 16, 2013

Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan vitamin

 
 
Lingkaran gelap bawah mata mencacatkan penampilan. Muka nampak kusam, lemah, dan tidak berseri. Kerana itu, pelbagai petua dan cara dilakukan untuk menghilangkannya.
 
Sebelum menghilangkan lingkaran gelap yang mengganggu itu, ketahui puncanya terlebih dahulu.
 

Punca terjadinya lingkaran gelap bawah mata:

  • kurang tidur dan kurang rehat
  • kurang oksigen yang menyebabkan kurang pengaliran darah ke bahagian mata. Ini terjadi disebabkan kekurangan iron, atau zat besi. Zat besi sangat penting sebagai agen pengangkut  oksigen yang memastikan pengaliran darah mencukupi.
  • bengkak salur darah yang menyebabkan urat mata kelihatan timbul di kulit bahagian bawah mata yang sememangnya nipis.

Cara menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan vitamin

  • Dapatkan zat besi yang mencukupi samada melalui makanan harian yang kaya zat besi seperti kerang, bayam, buah delima. Atau, pilihan alternative adalah melalui supplemen multimivitamin yang dilengkapi zat besi. Pilihan saya adalah Vitalea -- multivitamin lengkap dengan zat besi dari Shaklee. 2 biji sehari sudah mencukupi.
  • Kurangkan bengkak salur darah dengan pengambilan Vitamin E. Vitamin E boleh dimakan dan disapu terus di kawasan lingkaran. Vitamin E terbaik adalah dari sumber asli, yang boleh dikenali melalui label 'd-alpha tocopherol' pada kandungannya. Untuk sapuan, picit vitamin E dari kapsulnya, cairkan dengan minyak almond atau minyak zaitun. Usap perlahan di kawasan gelap.
  • Gunakan cream mata yang sesuai dan selamat. Pilihan saya adalah Eye Treatment dari Shaklee.
 
Pengambilan vitamin perlulah secara konsisten/istiqamah untuk mendapat hasil yang memuaskan.
 
Ucap selamat tinggal pada lingkaran gelap bawah mata dengan vitamin terbaik dari Shaklee.
 

Vitamin E dan ekstrak biji anggur

Vitalea lengkap dengan zat besi
 

Nak lagi best? Ambil kesemua vitamin untuk kulit sihat dan cantik ni. Jimat dan selamat.
 
Gunakan krim mata yang sesuai dan selamat. Enfuselle Eye Treatment dari Shaklee antara yang terbaik.
 
TAK SABAR NAK HILANGKAN GELAP/KEDUT BAWAH MATA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 

Wednesday, May 15, 2013

Cara kurus badan tanpa modal: Rahsia tidur

Cara kurus badan yang ni memang mengujakan. Tak payah keluar modal pun. Senang pulak tu. Mungkin ramai yang tak sedar, pertambahan berat badan yang membimbangkan ada kaitan dengan rutin tidur.
 
Perasan atau tidak, tiap kali tidur lambat, jumlah makanan yang masuk ke perut juga bertambah? Dah makan bertambah, bagaimana cara nak kurus? Malah bila dah lewat malam, ada satu acara makan yang tak diperlukan, dikenali sebagai 'supper' oleh orang kampong saya. Tapi biasanya orang Malaysia menggelarkannya sebagai makan lewat malam. Jadi, cara pertama untuk kurus adalah ---- elakkan makan lewat malam. Dah lewat makan, lagi lambat tidur.
 

Bagaimana tidur lewat menggalakkan kegemukan? Dan tidur awal membantu kita kurus?

Kajian menunjukkan, semasa kita tidur, badan menghasilkan hormon Leptin iaitu hormon yang membuatkan perut terasa kenyang. Sebaliknya, berjaga malam menggalakkan pengeluaran hormon ghrelin, hormon yang menyebabkan rasa lapar. Bila dah rasa lapar tengah-tengah malam tu, faham-faham  je lah. Makanan rapu, meggi, coklat, atau apa saja akan jadi sasaran untuk dikunyah.
 
 
Bagaimana cara nak tidur?
Nak tidur pun susah ke? hehe. Di zaman sekarang, banyak sebab orang tidur lambat. Ada yang terbuai dengan media social, tuntutan kerja, masalah kesukaran untuk tidur dan pelbagai alasan lagi. Jadi, sekiranya kita mudah untuk tidur, tidur pula tidur yang berkualiti, itu adalah nikmat yang wajib disyukuri. Betapa ramai yang kehilangan nikmat ini.
 
Antara tips yang boleh diikuti untuk tidur --- dan kurus:
  • Ketahui jumlah jam yang diperlukan untuk tidur. Keperluan setiap individu adalah berbeza. paling penting, ia adalah tidur berkualiti. Mungkin sesetengah orang, 4 jam sudah mencukupi atau ada yang memerlukan hingga 8 jam.
  • konsisten dengan waktu tidur. Lebih awal lebih baik. malah ada penemuan menunjukkan tidur sejam lebih awal sebelum tengah malam mempunyai impak yang lebih besar pada kesihatan dan kecergasan tubuh. Malah, tidur awal itu termasuk sunnah Rasullullah yang dilupakan.
  • Bina suasana yang memudahkan diri untuk tidur. Pastikan bilik bersih, kemas, harum, dan tidur dengan lampu tertutup.
  • Elakkan kafein sebelum tidur.
  • Elakkan minuman/makanan beralkohol.
  • Biasakan diri bersenam setiap hari. Jalan kaki waktu pagi dan petang dari tempat parking ke pejabat pun dah ok asalkan jaraknya 1km :). Atau sekurang-kurangnya panjatlah tangga :)
 
Tips ni bukan main-main tau! Ada orang yang dah berjaya kurus dengan mengubah tabiat tidur. Jadi, anda boleh cuba.
 
hati-hati jangan terlebih tidur pula. Kang jadi gemuk pulak. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...