Vitamin untuk tambah selera makan anak-anak sering ditanya oleh ibu-ibu yang risaukan anak-anak yang tak suka makan. Tak cukup nutrisi pula untuk membesar kan? Bermacam cara dipujuk, namun semua tak jalan. Macam mana nak tambah selera budak-budak ni tanpa perlu bersilat agaknya? Perlukah vitamin?
Berikut adalah cadangan beberapa vitamin yang boleh meningkatkan selera makan -- ia terpakai untuk kanak-kanak dan dewasa juga. Perlu diingat, vitamin-vitamin ini cuma membantu sekiranya tubuh memang kekurangan nutrisi yang disebutkan.
Vitamin Tambah Selera Makan
Omega-3/minyak ikan
Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada 2011, asid lemak Omega-3 meningkatkan sintesis protien dalam otot yang dipanggil kesan anabolism. Kesan anabolism ini bagus kerana proses ini memerlukan tenaga....dan akan memberikan kesan "nak makan" untuk memenuhi keperluan tenaga dari kesan anabolism itu tadi.
Asid Amino
Artikel yang diterbitkan oleh "Nestle Nutrition Workshop Series" pada 2011 mendapati pengambilan asid amino dalam bentuk susu protien, mempengaruhi selera makan. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1991 diterbitkan dalam "Journal of the Medical Association of Thailand" mendapati pesakit hemodialisis yang mengambil asid amino secara berterusan selama setahun lebih berselera untuk makan. Ini membantu mereka meningkatkan berat badan dan otot walaupun menjalani rawatan hemodialisis.
Thiamin
Thiamin atau Vitamin B1 selalu dikaitkan dengan kes kurang berat badan. Satu kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Gerontology" pada 1991 mengkaji kesan pemulihan selera makan pada subjek yang kekurangan vitamin B1. Subjek yang mengambil B1 selama 6 minggu didapati pulih selera makan berbanding mereka yang mengambil placebo. Bukan itu sahaja, malah berat badan dan tenaga bertambah serta sikap mereka jadi lebih terkawal dan tenang.
Asid folik
Asid folik atau vitamin B9 sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan sel. Kekurangan asid folik sangat berkait dengan masalah kemurungan/stress yang menjejaskan selera makan. Kajian pada 2007 yang diterbitkan dalam "Pediatrics International" mendapati kanak-kanak yang kurang berat badan dan selera makan lebih suka makan selepas diberikan asid folik selama 3 minggu berbanding mereka yang mengambil placebo. Walau selera makan meningkat, namun berat mereka tidak bertambah...ini pun dah cukup baik untuk menyenangkan hati ibu-ibu kan? :) Menurut kajian itu lagi, kesan selera bertambah hilang selepas pengambilan asid folik dihentikan. Jadi, ibu-ibu harus pastikan anak-anak ambil asid folik selalu :)
Cadangan Shaklee:
Omega Guard (Omega-3), Mealshake (asid amino) dan vitalea for children (multivitamin yang mengandungi Thiamin dan asid folik).
Senang hati mak apabila anak-anak makan dengan gembira.
NAK TAMBAH SELERA MAKAN ANAK?
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
No comments:
Post a Comment