Followers

Wednesday, May 15, 2013

Cara kurus badan tanpa modal: Rahsia tidur

Cara kurus badan yang ni memang mengujakan. Tak payah keluar modal pun. Senang pulak tu. Mungkin ramai yang tak sedar, pertambahan berat badan yang membimbangkan ada kaitan dengan rutin tidur.
 
Perasan atau tidak, tiap kali tidur lambat, jumlah makanan yang masuk ke perut juga bertambah? Dah makan bertambah, bagaimana cara nak kurus? Malah bila dah lewat malam, ada satu acara makan yang tak diperlukan, dikenali sebagai 'supper' oleh orang kampong saya. Tapi biasanya orang Malaysia menggelarkannya sebagai makan lewat malam. Jadi, cara pertama untuk kurus adalah ---- elakkan makan lewat malam. Dah lewat makan, lagi lambat tidur.
 

Bagaimana tidur lewat menggalakkan kegemukan? Dan tidur awal membantu kita kurus?

Kajian menunjukkan, semasa kita tidur, badan menghasilkan hormon Leptin iaitu hormon yang membuatkan perut terasa kenyang. Sebaliknya, berjaga malam menggalakkan pengeluaran hormon ghrelin, hormon yang menyebabkan rasa lapar. Bila dah rasa lapar tengah-tengah malam tu, faham-faham  je lah. Makanan rapu, meggi, coklat, atau apa saja akan jadi sasaran untuk dikunyah.
 
 
Bagaimana cara nak tidur?
Nak tidur pun susah ke? hehe. Di zaman sekarang, banyak sebab orang tidur lambat. Ada yang terbuai dengan media social, tuntutan kerja, masalah kesukaran untuk tidur dan pelbagai alasan lagi. Jadi, sekiranya kita mudah untuk tidur, tidur pula tidur yang berkualiti, itu adalah nikmat yang wajib disyukuri. Betapa ramai yang kehilangan nikmat ini.
 
Antara tips yang boleh diikuti untuk tidur --- dan kurus:
  • Ketahui jumlah jam yang diperlukan untuk tidur. Keperluan setiap individu adalah berbeza. paling penting, ia adalah tidur berkualiti. Mungkin sesetengah orang, 4 jam sudah mencukupi atau ada yang memerlukan hingga 8 jam.
  • konsisten dengan waktu tidur. Lebih awal lebih baik. malah ada penemuan menunjukkan tidur sejam lebih awal sebelum tengah malam mempunyai impak yang lebih besar pada kesihatan dan kecergasan tubuh. Malah, tidur awal itu termasuk sunnah Rasullullah yang dilupakan.
  • Bina suasana yang memudahkan diri untuk tidur. Pastikan bilik bersih, kemas, harum, dan tidur dengan lampu tertutup.
  • Elakkan kafein sebelum tidur.
  • Elakkan minuman/makanan beralkohol.
  • Biasakan diri bersenam setiap hari. Jalan kaki waktu pagi dan petang dari tempat parking ke pejabat pun dah ok asalkan jaraknya 1km :). Atau sekurang-kurangnya panjatlah tangga :)
 
Tips ni bukan main-main tau! Ada orang yang dah berjaya kurus dengan mengubah tabiat tidur. Jadi, anda boleh cuba.
 
hati-hati jangan terlebih tidur pula. Kang jadi gemuk pulak. ;p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...