Followers

Monday, October 22, 2012

Stok Vitamin C kembali!

Assalamualaikum,

Berita gembira untuk yang menanti. Setelah berkali-kali saya mendapat emel/SMS/whatsapp berkenaan vitamin C. Stok Vitamin C kini kembali. Berita ni masih panas-panas lagi yang saya terima dari Shaklee HQ jam 11.59 pagi ini. 

Boleh order sekarang! Semua order akan dihantar selepas bayaran diterima.

Terima kasih! :)

-Yong
0199598249

Thursday, October 11, 2012

Produk kuruskan badan dengan formulasi hebat | Cinch Shake yang sedap

Produk kuruskan badan berlambak di pasaran. Dari yang murah hingga yang mahal. Dari yang selamat, hingga yang membahayakan. Baru je malam tadi ada berita dari Thailand, "maut selepas suntik kolagen". Sebelum ini, di Malaysia nan permai ini pun ada kisah "maut selepas buat operasi sedut lemak". Nauuzubillah. Hati-hati memilih produk. Apatah lagi produk pelangsingan dan produk kecantikan. Pastikan dulu keselamatannya, kemudian keberkesanannya.

Oleh kerana itu, saya terpanggil berkongsi produk formulasi saintis Shaklee. Cinch Shake. Di datangkan dalam 3 perisa hebat dan sedap. Vanilla, Coklat dan Cafe Latte. Selamat dan berkesan tentunya. 

Kenapa harus memilih Cinch Shake untuk menguruskan badan? 


Jadi Ahli Shaklee seperti Nasihat Robert Kiyosaki - Part 1

Siapa tak kenal Robert Kiyosaki? Penulis best seller "Rich Dad Poor Dad" yang membuka mata ramai orang (termasuk saya). Ramai yang mula membaca, memperhalusi setiap isi di setiap inci buku-bukunya dan mula mencari 'kebebasan kewangan'. Yeah! Dunia berubah. Saya juga berubah. Titik permulaannya dengan menjadi ahli Shaklee.

Saya selalu bercita-cita mahu duduk di rumah. Bukan duduk semata-mata duduk melayan cerekarama mahupun segala telenovela yang langsung tidak memberi manfaat pada diri, tapi menjadi 'penduduk rumah' yang penuh inspirasi dan bermotivasi. Dalam bahasa straightforward, ada kerja kat rumah. Bukan kerja jurutera di kompeni terkenal macam sekarang. Pergi pagi balik petang, sambung kerja lagi malam-malam. Berhadapan dengan segala kerenah dalam menyiapkan satu-satu projek besar, yang menuntut pengorbanan masa dan juga kesabaran yang tinggi. Walau akhirnya, selepas setiap projek dilancarkan dengan selamat, rasa lega dan puas teramat...prosesnya memang meletihkan, memenatkan emosi dan fizikal. 

Setiap kali orang bertanya,
"Kerja apa?",

Jawab saya,
"Kerja kilang". 

Wednesday, October 10, 2012

Kulit Flawless dan berseri selepas amalkan Vitamin E dan Vitamin C

Assalamualaikum.

Mungkin masih ramai yang mencari vitamin C organik. Maklum saja dengan testimoni hebat di depan mata. Kulit cerah, jerawat berkurang, resdung dah baik...antara testimoni yang berlambak di setiap Page kecantikan dan blog penjual vitamin C ORGANIK. Testimoni saya hari ni tentang kulit muka flawless dan berseri selepas menggunakan 'bukan vitamin C ORGANIK semata'. Harap tak berbelit. hehe. Testimoni pelanggan cantik kesayangan saya, Ina...

Sebelum saya berkongsi rahsia Ina mendapat kulit flawless, saya mahu membuat penegasan di sini. Saya bukan penjual vitamin C organik. Tapi pengedar Shaklee :). Namun tetap ramai yang mencari vitamin C Shaklee setelah siasatan terhadap no KKM vitamin C organik rupa-rupanya sama sahaja dengan vitamin C Sustained Release Shaklee. Oleh itu, setiap kali ada yang bertanya tentang vitamin C, saya tak lupa mengingatkan vitamin-vitamin lain untuk mendapat 'coverage' yang cukup untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Nak tahu kenapa?

Tuesday, October 9, 2012

Sembelit semasa hamil/mengandung, Ostematrix membantu

Masalah sembelit adalah masalah sejagat. Apabila kita buka cerita, "aku susahlah nak membuang sejak mengandung ni. Bercinta dok dalam bilik ayaq tuh", maka akan ada sambungannya selepas itu. Kawan yang mendengar pun mulalah menyambung,"eh, samalah. Mak aku dulu  lagilah. Kakak aku yang tengah sarat pun..."

Cerita sembelit bersambung-sambung. Dari cerita masalah sembelit, pelbagai teori dan petua akan dikeluarkan dan dicadangkan. Makan pisang, minum air banyak, makan sayur banyak-banyak, makan buah banyak-banyak. Tapi, agak-agak ada tak yang cadangkan makan julap untuk masalah sembelit ni? Hehe (gurau jelah).

Sekiranya sembelit anda belum berkurang, malah makin serius, mungkin supplemen boleh membantu. Supplemen apa yang boleh membantu pengidap sembelit untuk membuang lebih senang dan selesa?

Bayi susu ibu lebih bijak dari bayi susu formula?

Semakin ramai ibu mula menyedari kepentingan susu ibu untuk kebaikan bayi mereka. Pelbagai usaha dan cara dilakukan untuk melengkapkan tempoh penyusuan secara eksklusif. Antara kebaikan yang tidak mahu dikesampingkan, bayi susu ibu lebih bijak dari bayi susu formula. Benarkah begitu?

Secara teknikalnya, bayi yang menyusu dari badan ibunya akan sentiasa rapat dengan ibunya. Penyusuan   susu ibu membuatkan bayi  merasa dilindungi, disayangi dan mendapat belaian secukupnya dari ibu. Apabila emosinya terjaga, bayi dan ibu membentuk hubungan harmoni, menjaga pemikiran dan tindakan. Secara tidak langsungnya, emosi terjaga menghasilkan pemikiran yang lebih tenang, lebih matang dan lebih bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...