Siapa tak kenal Robert Kiyosaki? Penulis best seller "Rich Dad Poor Dad" yang membuka mata ramai orang (termasuk saya). Ramai yang mula membaca, memperhalusi setiap isi di setiap inci buku-bukunya dan mula mencari 'kebebasan kewangan'. Yeah! Dunia berubah. Saya juga berubah. Titik permulaannya dengan menjadi ahli Shaklee.
Saya selalu bercita-cita mahu duduk di rumah. Bukan duduk semata-mata duduk melayan cerekarama mahupun segala telenovela yang langsung tidak memberi manfaat pada diri, tapi menjadi 'penduduk rumah' yang penuh inspirasi dan bermotivasi. Dalam bahasa straightforward, ada kerja kat rumah. Bukan kerja jurutera di kompeni terkenal macam sekarang. Pergi pagi balik petang, sambung kerja lagi malam-malam. Berhadapan dengan segala kerenah dalam menyiapkan satu-satu projek besar, yang menuntut pengorbanan masa dan juga kesabaran yang tinggi. Walau akhirnya, selepas setiap projek dilancarkan dengan selamat, rasa lega dan puas teramat...prosesnya memang meletihkan, memenatkan emosi dan fizikal.
Setiap kali orang bertanya,
"Kerja apa?",
Jawab saya,
"Kerja kilang".
Lalu yang bertanya samada mencebik sambil berkata-kata dalam hati atau menjawab dengan nada simpati ,
"Tak apalah kerja kilang pun, asalkan halal...".
Saya tak pernah kisah. Boleh saja saya jawab dengan bangga (ada unsur riak pulak ni, haha)
"Kerja jurutera!"
Walaupun kerjaya jurutera bunyinya gah, tapi saya tak pernah kisah dan tak pelik pun dengan title ini. Kerjaya bukan cita-cita. Bak kata Prof Muhaya, cita-cita sebenar adalah matlamat hidup -- nak tolong orang, nak jadi anak solehah, nak jadi isteri solehah, nak jadi ibu mithali, nak banyak bersedekah dan membantu bangunkan ekonomi ummah dll. Menariknya, matlamat ini boleh dicapai dengan pelbagai cara, tak kira apa pun kerjaya anda :)
Lalu, apa kaitannya kerja jurutera, tak mau tua di kilang, cita-cita dan nasihat Robert Kiyosaki ini? Paling penting, apa kaitannya dengan jadi ahli Shaklee ni?
Bersambung dalam entri "Jadi Ahli Shaklee seperti Nasihat Robert Kiyosaki - Part 2"
Tunggu!
No comments:
Post a Comment