Followers

Thursday, December 27, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat dengan Vitamin E



Jerawat sangat digeruni, ditakuti dan dibenci. Seboleh mungkin, ia cuba dielakkan sebelum ia keluar. Jerawat mencacatkan penampilan, mengurangkan keyakinan dan menambahkan tekanan pada si penderita. Pelbagai cara dan petua dicuba untuk menghilangkan jerawat di muka. Moga-moga kulit kembali berseri, cantik semulajadi. Tak perlu tempek bedak dan kosmetik tebal dan mahal-mahal lagi - yang sebenarnya membuatkan jerawat bertambah teruk.

Vitamin E Menghilangkan Jerawat ke?

Vitamin E adalah nutrien penting yang bertindak sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum waktu dan juga kanser. Selain itu, berita baik untuk gadis-gadis dan jejaka-jejaka di luar sana, ia juga boleh merawat jerawat sedia ada, mengurangkan kesan parut dan mencegah tumbuhnya jerawat baru.

*Vitamin E sesuai untuk lelaki dan wanita

Cara Terbaik Menggunakan Vitamin E Untuk Menghilangkan Jerawat

Vitamin E boleh diguna secara luaran atau dimakan untuk memulihkan kesihatan dari dalam. Paling baik tentulah apabila dimakan. Ia merawat secara alami, perlahan namun teratur. Apabila nutrien Vitamin E ini mencukupi dalam badan, ia menghalang minyak terperangkap dalam pori-pori yang menyebabkan mudahnya bakteria membiak lantas menyuburkan jerawat.

Selain dimakan, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan minyak vitamin boleh disapu pada radang/inflamasi/jerawat. Insyaallah ianya akan perlahan-lahan surut. Jika vitamin E terlalu pekat dan likat, boleh tambahkan beberapa titik minyak zaitun untuk mendapat tekstur lebih ringan :)

Tips Memilih Vitamin E Terbaik

Tiba masa memilih, harus diingat yang terbaik adalah yang semulajadi supaya diserap secara optimum oleh badan. Sekiranya membeli supplemen dari farmasi, kenalpasti vitamin semulajadi atau sintetik melalui labelnya:
  • vitamin semulajadi dilabel sebagai d-alpha tocopherol. Vitamin sintetik dilabel dl-alpha tocopherol. Beza pada 'l'.
  • Vitamin E diserap secara optimum apabila diambil bersama Selenium.

Vitamin E Shaklee memenuhi kedua ciri ini.

Vitamin E Complex Shaklee, diperhebat dengan ekstrak biji anggur menjadikan ia vitamin E terbaik di pasaran.

TAK SABAR NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN VITAMIN E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Friday, December 21, 2012

Doa Untuk Cantik


Doa Untuk Cantik


Amalan setiap kali melihat cermin:



Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik.





Monday, December 17, 2012

Produk Omega 3 terbaik

Kenalpasti Ciri-ciri Produk Omega 3 Terbaik

Omega-3 dikenali sebagai nutrisi terbaik untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Ia juga boleh mengurangkan keradangan pada sendi (artrithis), merendahkan kolestrol, memastikan kesihatan jantung. Lebih unik lagi, asid lemak istimewa ini juga dieksploitasi secara meluas untuk mengurangkan lemak-lemak berlebihan (aka kegemukan) - tak hairanlah ramai juga yang membeli Omega Guard Shaklee dalam misi menguruskan badan. Katanya, makan Omega lagi cepat turun berbanding Lecithin.

Dengan pelbagai fungsi kritikal di atas, maka produk Omega 3 juga harus dipilih secara kritikal. Bukan boleh main beli je.

Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan sebelum membeli Omega-3:

Kenalpasti Sumber Omega 3

  • Sumber terbaik dari ikan laut dalam


Pastikan kandungan yang tepat - EPA dan DHA yang tinggi

  • Semak kandungan minyak ikan, kandungan DHA dan kandungan EPA. Paling penting DHA dan EPA, bukan pada jumlah kandungan minyak ikan semata-mata.

Keistimewaan/Kelebihan Omega Guard Shaklee


  • dibuat dari minyak ikan laut dalam, berbanding sesetengah produk yang menggunakan minyak hati ikan. Orang pun dah tahu sekarang kan hati sebenarnya tak elok untuk kesihatan sebagaimana sunnah tidak menggalakkan kita makan organ dalaman.
  • mengandungi kesemua 7 asid lemak penting - yang terpenting adalah EPA, DHA, ALA.
  • kandungan EPA dan DHA TERTINGGI dibandingkan dengan beberapa produk pilihan di pasaran.
  • harga berpatutan, setanding kualiti. Jika dibuat perbandingan antara pelbagai jenama di pasaran, Omega-3 dari Shaklee masih dikira murah walaupun bukan yang termurah (Harus banding berapa kandungan DHA dan EPA ya, bukan pada harga dan berapa kapsul yang ada sahaja.
  • melalui proses penyulingan molekul berperingkat yang ketat untuk mendapat minyak ikan tulen berkualiti tinggi. Proses ini memastikan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, PCBs, leads, arsenik, kadmium dan xxx dinyahkan sepenuhnya.
DHA DAN EPA TERTINGGI DALAM SHAKLEE OMEGA GUARD
Terbaik dalam kelasnya!

Testimoni pengguna yang menggunakan Omega Guard Shaklee

  • kolestrol turun - macam cerita kawan saya ni yang menghadiahkan minyak ikan untuk ayahnya.
  • Berat pun turun, kurang lemak-lemak degil
  • Anak yang kerap kena serangan asma perlahan-lahan pulih, Alhamdulillah
  • Ibu mengandung yang mengamalkan Omega lebih bertenaga, lebih yakin akan perkembangan kandungannya.
  • Ibu-ibu yang membeli Mealshake dan Omega berpuas hati selera makan anak makin bertambah
  • Sakit sendi, sakit lutut, lenguh-lenguh dan kebas-kebas berkurang dan hilang apabila Omega di ambil bersama Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrix. 

Harga Omega Guard Shaklee: RM136, 90 kapsul


MAHUKAN OMEGA 3 TERBAIK?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 


Tuesday, December 11, 2012

Vitamin Kesuburan Untuk Cepat Hamil

SAYA NAK MENGANDUNG CEPAT-CEPAT
Saat kehamilan yang diidamkan setiap wanita bergelar isteri

Musim sekolah macam sekarang ni, ramai yang buat kenduri. Walimatul urus meraikan pasangan pengantin baru. Setelah selesai bab melangsungkan perkahwinan, tiba pula bab merancang rumah tangga. Salah satu bab penting, nak dapat anak! Ada yang nak cepat-cepat mengandung, nak timang cahaya mata penyeri rumahtangga. Maka, pelbagai perancangan dan persediaan dilakukan. Pelbagai tips dan petua dicuba semata-mata mahu hamil segera. Teruja!

Apabila berbicara nak hamil cepat ni, soal kesuburan suami dan isteri menjadi faktor penting. Walaupun yang mengandung nanti adalah isteri, suami jangan pula buat tak endah kesihatan sendiri. 

Jadi, apabila sesetengah pasangan bertanya, "Kak, ada tak vitamin nak subur?"
Maka, kakak ini akan tanya balik, "Nak vitamin untuk suami atau untuk isteri je?"

Vitamin Kesuburan untuk Isteri

GLA Complex (Omega-6) : 

  • membetulkan kitaran haid untuk mengenalpasti 'hari-hari subur', meninggikan peluang persenyawaan antara ovum dan sperma. GLA Complex Shaklee diperbuat dari borage oil, sumber berbeza dari EPO, untuk fungsi yang sama - membantu kesuburan wanita. Ia juga membantu dalam masalah 'telur kecil'.

Vitamin Kesuburan untuk Suami

Vitamin E: 

  • membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Kebanyakan lelaki tidak subur kerana masalah radikal bebas yang merosakkan sperma. Oleh kerana sel membran sperma jenis 'berlemak', ia perlu dilindungi oleh vitamin antioksidan larut lemak iaitu Vitamin E.

Zink:

  • Zink diperlukan untuk membina testeron dan hormon-hormon penting bagi lelaki. Selain itu ia juga untuk pembentukan sperma sihat dan semen. Jadi, ternyata bekalan zink yang mencukupi membantu meningkatkan kesuburan seorang suami. Kajian menunjukkan lelaki yang mengambil supplemen ini selama 6 minggu mempunyai paras testeron  dan bilangan sperma lebih tinggi, dan...isteri mereka berjaya mengandung! Alhamdulillah.
Selain vitamin khusus di atas, vitamin-vitamin lain yang perlu dikongsi suami isteri adalah:

B-Complex (Asid folik): 

  • Asid folik sentiasa memainkan peranan penting untuk seorang wanita, tak kira sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Vitamin C:

  • menghapuskan radikal bebas yang mengancam keselamatan sperma, ovum dan ovum yang telah disenyawakan. 


SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI


Usaha, doa dan tawakal. Insyaallah...

Tak sabarnya nak cium bau baby!

Ini salah satu testimoni pelanggan saya yang Berjaya hamil selepas 5 tahun mencuba. terharu sangat rasanya. Alhamdulillah. Allahuakbar!



NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 

Monday, December 10, 2012

Set Breastfeeding Shaklee Tidak Berkesan Untuk Tambah Susu Apabila...

Sejak Set Breastfeeding Shaklee diperkenalkan, ia mendapat banyak respon positif dari pengguna. Terutamanya ibu-ibu yang berazam melengkapkan tempoh penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Mereka berpuas hati, jatuh cinta dan menggunakan secara konsisten. Tak cari produk lain dah. Tak hairanlah, jika ramai pengguna mula upgrade diri sendiri jadi pengedar pula. Maklumlah, bila dah makan tu rasa bertenaga, sihat, segar, susu bertambah, anak sihat, berbaloi dengan wang yang dilaburkan, suami pun bagi sokongan...bahagialah kan :)


Namun, ramai tak tahu set breastfeeding ni sebenarnya tak berkesan seperti 'magic' pun.

Faktor-faktor susu merudum walaupun menggunakan Set Breastfeeding Shaklee atau milk booster lain:

  • Bergantung sepenuhnya pada 'milk booster'. Dalam kes ini, set Breastfeeding Shaklee (sama ada set B, set Euphor4 Plus atau set 3M)
  • mengharapkan keajaiban susu bertambah dengan tiba-tiba setelah menggunakan dalam waktu yang singkat. Reaksi dan tindakbalas sesuatu milk booster adalah unik pada setiap ibu. Ada yang cepat dan ada juga mengambil masa lebih lama. Kuncinya adalah SABAR dan ISTIQAMAH.
  • mengabaikan konsep asas penyusuan iaitu hukum permintaan dan pengeluaran. Stimulasi susu memerlukan sesi mengepam yang kerap dan konsisten untuk menghantar isyarat yang betul ke otak bagi menghasilkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.
  • mengabaikan menu pemakanan sihat dan lengkap 
  • kurang minum air. Seorang ibu seharusnya minum 2-3 liter air sehari.
  • tertekan. 
  • meninggalkan amalan rohani.
  • tidak yakin dirinya mampu membekalkan susu yang mencukupi untuk keperluan anak. Keyakinan adalah seperti doa. Jika yakin boleh, seolah-olah sedang meminta dan yakin Allah akan membantunya memenuhi keperluan si anak. Begitu juga sebaliknya
Ini antara komen pelanggan saya yang menggunakan set Breastfeeding Shaklee, basic set (Set B):

Vitamin menyusu atau apa jua milk booster yang kita gunakan, ia cuma pemangkin. Asasnya tetap perlu dilakukan secara berterusan. Istiqamahlah dalam semua amalan :)

SET 3M SHAKLEE
Vitamin-vitamin yang terkandung dalam set breastfeeding Shaklee. Menambah tenaga, mengurangkan tekanan dan melancarkan penyusuan Insyaallah.

Set Breastfeeding Shaklee Basic (Set B):

Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa

Set Breastfeeding Shaklee Eu4 Pack:


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix

Set Breastfeeding Optimum (set 3M):


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix
Energy Soy Protien (ESP)



Semoga ibu-ibu mendapat manfaat yang banyak dari perkongsian ini. Konsisten dengan amalan semasa dan menggunakan set penyusuan sebagai pemangkin untuk menambahkan hasil.



NAK TAMBAH SUSU BADAN DAN LEBIH BERTENAGA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 



Sunday, December 9, 2012

Produk kuruskan badan yang selamat untuk ibu menyusu

9 bulan mengandungkan bayi, banyak perubahan berlaku pada fizikal seorang ibu. Paling ketara, berat badan bertambah. Perubahan hormon semasa hamil kadangkala menyebabkan selera makan bertambah lebih dari biasa. Jadi, bila dah selalu makan mestilah berat bertambah-tambah kan. Jadi, si ibu mula merancang untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin, kurus cantik bak remaja.

Selepas bersalin, ibu menyusu punya kelebihan untuk mendapat kembali berat asal dengan lebih cepat. Namun, ia tidak semestinya sama bagi setiap orang. Di sinilah bermulanya dilema seorang ibu. Antara keinginan untuk cantik dan juga keperluan anak yang masih menyusu. Apa pun cara, 

Satu-satu produk yang di pertontonkan cuba dicari kelebihan dan kebaikan untuk diri tanpa menjejaskan pengeluaran susu dan keserasian untuk anak serta selamat untuk keduanya. Salah pilih produk takut menyesal pulak kan. Seorang ibu tak akan sanggup untuk menyebabkan kesan buruk pada anaknya samada secara langsung atau pun tidak langsung. Tak mahu pengeluaran susu terganggu atau menyebabkan anak meragam kerana ketidakserasian dengan produk.

Ada tak produk yang selamat untuk ibu menyusu kembali slim?

Vitamin untuk kurus yang saya cadangkan dari Shaklee untuk ibu-ibu seperti ini, membantu dalam penyusuan dan dalam masa yang sama membantu ibu menguruskan badan tanpa rasa bersalah. Kelebihan dua dalam satu. Penyusuan lancar sambil mendapatkan berat badan idaman.

Inilah dia vitamin untuk kurus yang selamat untuk semua, termasuk ibu menyusu juga.

PRODUK UNTUK KURUS YANG SESUAI UNTUK IBU MENYUSU
Set kurus Shaklee: Lecithin, Vitalea, Alfafa dan herb-lax untuk membantu menguruskan badan...


Jom bandingkan dengan set menyusu:

Sama kan vitamin untuk kurus dan vitamin untuk ibu menyusu. Ada alfafa dan vitalea juga.

Vitamin untuk kurus adalah subset kepada set breastfeeding Shaklee yang popular itu. Cuma tambahkan Lecithin untuk membantu memecahkan lemak-lemak degil. Di samping itu, Lecithin juga membantu ibu mengatasi masalah bengkak susu dengan mudah. Cuma telan 3 biji ketika bengkak susu menyerang, sebelum ia melarat.

Jadi, ibu tak perlu risau lagi. Selamat untuk bayi, bermanfaat untuk ibu :)

P/S: Ibu-ibu juga boleh memilih untuk menggantikan Lecithin dengan Omega-3 bagi menyahkan lemak.


TAK SABAR NAK KURUS SEMASA MENYUSU?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 

Saturday, December 8, 2012

Set Bersalin Shaklee mudahkan ibu berpantang

"Kak, Shaklee ada tak set bersalin? Nak makan masa pantang nanti, lagi sebulan. Ada vitamin apa dalam tu? Berapa harga?"


Itu pertanyaan melalui SMS yang saya terima dari pelanggan terawal saya, Aida. Masa awal-awal dulu Aida memesan set menyusu, selepas 2 tahun nak set bersalin Shaklee pula. Maklumlah, si abang dah nak dapat adik kan. Opps, sebelum tu dah pesan set mengandung juga. hehe. 

Senarai vitamin dalam set Bersalin 

Kesemua vitamin yang dicadangkan keseluruhannya adalah untuk memulihkan tenaga dan menyembuhkan luka dengan cepat. 
  • Vitalea: 
    • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk keperluan asas tubuh. Dilengkapi dengan zat besi untuk memastikan paras hb (hemoglobin) di paras optimum. Sindrom HB rendah amat berbahaya kepada ibu mengandung dan baru bersalin.
  • B-Complex: 
    • Mengandungi kesemua 8 vitamin B penting untuk pertumbuhan sel, kesihatan saraf, membekalkan tenaga dan mengawal tekanan. B Complex juga membantu sistem imun tubuh bekerja dengan efisien. 
  • Vitamin C: 
    • Antioksidan utama yang melindungi tubuh, lebih-lebih lagi untuk ibu baru bersalin yang masih dalam keadaan lemah. Selain itu, fungsi penting yang lain adalah membina tisu penghubung, menyembuhkan luka dan memastikan sistem imun berada pada paras terbaik. Vitamin B Complex dan Vitamin C saling melengkapi keperluan satu sama lain.
  • Zink: 
    • mempercepatkan penyembuhan luka dan mengawal keguguran rambut.
Dalam zaman moden seperti ini, ibu-ibu muda mula memilih kaedah yang cepat, mudah dan selamat untuk menjalani hari-hari berpantang. Kalau boleh, biarlah set pantang, tak kira jamu atau vitamin itu membantu mereka pulih dengan cepat, bertenaga dan membantu dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif  juga.  Maklumlah, ibu sekarang ada masa 2 bulan sahaja untuk berehat sebelum kembali menyambung tugas sebagai wanita bekerjaya. 

Kelebihan Set Bersalin/Berpantang dari vitamin Shaklee

  • Selamat 
    • Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Berkesan: 
    • Oleh kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi, ia sesuai dengan keperluan tubuh dan memenuhi keperluan ibu berpantang untk cepat sihat, lebih bertenaga dan cergas
  • Praktikal: 
    • Ibu-ibu cuma perlu makan vitamin, buka dari botol dan telan. Tiada bau memualkan seperti jamu ;p
  • Membantu penyusuan: 
    • Set vitamin yang dicadangkan adalah asas kepada vitamin untuk penyusuan juga. Untuk melancarkan penyusuan, ibu juga digalakkan mengambil Alfafa, protien soya (Energy Soy Protien) dan Kalsium (Ostematrix).
  • Melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu
    • umum maklum ibu baru bersalin banyak pantang larangnya. Kadangkala menu berpantang langsung tidak lengkap kerana kebanyakan kita dijaga orang tua yang masih mengamalkan menu pantang orang dulu-dulu. Tak ada sayur, tak ada ikan, tak ada daging dan ayam. Buah pun jarang yang boleh makan.
VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU BERPANTANG
Inilah set bersalin Shaklee yang memudahkan ibu-ibu berpantang.


Testimoni Set Bersalin Shaklee

Saya kongsikan salah satu dari beratus testimoni tentang set bersalin yang best ini dalam entry Testimoni Pengguna. Boleh klik untuk baca pengalaman sahabat kita ni :).

Harga Set Bersalin Shaklee

Harga pasaran untuk Semenanjung: RM268

Adakah harga ini berbaloi?
Ya, ia sangat berbaloi kerana vitamin-vitamin ini boleh dimakan sehingga 4 bulan sepanjang berpantang dan selepas pantang, masih lagi dalam tempoh penyusuan kan. Kos sebulan cuma..ok yang ni kira sendiri lah ;p
 

NAK BERPANTANG CARA MUDAH?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 

Wednesday, December 5, 2012

Cara Turunkan Kolesterol Dengan Betul

Periksa tahap kesihatan dan paras kolestrol

Ramai orang tahu kolesterol itu tidak baik, menjadi penyebab tekanan darah tinggi, meningkatkan kemungkinan serangan jantung, serangan strok (lalu lumpuh?) dan bermacam akibat buruk yang lain. Tapi berapa ramai yang tahu kolesterol itu juga perlu? Yang diperlukan cuma kolesterol baik (HDL) dan yang perlu diawasi adalah kolesterol jahat (LDL).

Kebaikan Kolesterol/Kebaikan HDL (High Density Lipoprotien)

HDL atau kolesterol baik berguna untuk mengatasi masalah arteri tersumbat disebabkan saliran darah yang dibebani dengan pelbagai makanan berlemak dan berminyak.

HDL tidak efektif apabila paras LDL terlalu tinggi (arteri akan terus tersumbat). Lebih parah sekiranya badan tidak mempunyai Omega-3 yang mencukupi untuk melancarkan perjalanan darah. Apakah akibat terburuk sekiranya perjalanan darah terhenti dek kerana salirannya tersumbat? 

Keburukan Kolesterol/ Keburukan LDL (Low Density Lipoprotien)

LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat yang menyebabkan arteri tersumbat dan masalah jantung. LDL semata-mata tidaklah terlalu merunsingkan. LDL tinggi, HDL tinggi belum menimbulkan masalah. Tetapi, kerunsingan kita patut berada di tahap tinggi hanya apabila paras LDL tinggi, HDL pula rendah. Ketidakseimbangan ini yang menjadi punca masalah serangan jantung dalam senyap.

Kolesterol baik dan kolesterol jahat boleh dianalogikan seperti laluan di persimpangan (macam lagu la pulak). Di sebuah simpang empat yang sesak, jumlah kenderaan yang banyak bukan masalah. Masalah timbul apabila lampu isyarat rosak! Lebih parah, tiada polis trafik yang mengawal lalu lintas. Kenderaan diibaratkan sebagai LDL, lampu isyarat sebagai HDL dan polis trafik sebagai Omega-3.

flax seed and cholesterol, cholesterol lower food, flax seed cholesterol, food lowering cholesterol
Kekalkan kolesterol baik (HDL), nyahkan kolesterol jahat (LDL)


Golongan yang bermasalah dengan paras kolestrol

Ramai yang beranggapan, orang gemuk, orang tua sahaja menghadapi masalah kolesterol tinggi/darah tinggi dan segala jenis penyakit kronik. Namun, statistik pemeriksaan kesihatan menunjukkan, orang yang kurus, orang muda juga tidak terlepas dari masalah yang sama. Jarang-jarang sekali orang yang menjalani pemeriksaan kesihatan melalui ujian darah lulus kesemua ujian. Ramai yang tersangkut, terutama di bahagian kolesterol. (Ini mengikut pengalaman sendiri menjalani ujian percuma anjuran syarikat).

Setelah menjalani ujian darah, seorang penasihat akan menerangkan keputusan yang diperoleh beserta nasihat-nasihat yang perlu untuk mengatasi kekurangan/masalah kesihatan berkaitan.

Anda tentu tak mahu jadi macam lelaki ini. Masih muda, tapi dah dua kali terbaring sebab tekanan darah terlalu tinggi. Dulu, dia juga gemuk dan paras kolesterolnya tinggi.

 

Nasihat pakar untuk menurunkan kolesterol

1. Bersenam
2. Banyakkan makan makanan berserat tinggi/buah-buahan/sayur-sayuran
3. mengamalkan supplemen yang sesuai

Supplemen untuk menurunkan kolesterol jahat dan mengekalkan kolesterol baik

Omega-3/minyak ikan

Pengambilan minyak ikan (Omega-3) mampu menurunkan paras triglyceride apabila ia mencecah paras tertinggi yakni melebihi paras normal. Ia akan menurunkan paras kedua-dua LDL dan HDL.

Garlic

Pengambilan Garlic bersama Omega-3 akan menurunkan paras triglyceride DAN menurunkan paras LDL. 

GLA Complex

Sesetengah pengkaji percaya pengambilan GLA (Omega-6) juga mampu menurunkan paras LDL sekiranya diambil dalam dos 3 g sehari.

OMEGA GUARD DAN GARLIC UNTUK TURUNKAN KOLESTROL


Omega Guard Shaklee dan Garlic untuk menurunkan kolestrol, merendahkan risiko serangan jantung, serangan strok dan menurunkan tekanan darah tinggi.

GLA COMPLEX MENURUNKAN LDL

GLA Complex untuk menurunkan paras kolestrol jahat, LDL.

*Seorang kawan cuba mengamalkan pengambilan fiber -oat dengan cara ekstrem bagi menurunkan kolesterol. Pemeriksaan darah menunjukkan oat menurunkan kolesterol. Masalahnya ialah kadar HDL juga turun bilamana seorang individu yang sihat sepatutnya mempunyai HDL yang tinggi dan LDL yang rendah. Oleh itu, keseimbangan dalam pengambilan pemakanan/supplemen sangat perlu. Turunkan LDL, mantapkan HDL. Omega dan Garlic adalah jawapannya :)




NAK TURUNKAN KOLESTEROL SEGERA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera. 


Monday, November 26, 2012

Hilangkan bau badan dengan herba, murah dan berkesan!

Bau badan mengganggu emosi

BAU BADAN MENUSUK KALBU
Ahhhh..tak tahan bau badan nih. Andainya baunya sehebat rupanya...

Apa guna wajah cantik, apa guna gaya macho, bila didekati serta merta orang mahu menjauhkan diri. Biasa kan tengok iklan macam ni? Dalam sesi pikat memikat, mood tiba-tiba terhenti bilamana bau badan menghalang si dia mendekati. Serta merta, yang dipikat termalu sendiri, tau akan kekurangan penyebab si dia terhenti. Haih...sadis sungguh drama bau badan ni.

Sebenarnya, masalah bau badan boleh di atasi. Dalam iklan, bau badan di atasi dengan membeli dan memakai deodoran. Di luar iklan, saya nak kongsi beberapa jenis herba yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah badan berbau. Sekurang-kurangnya, tak perlu lagi mandi berkali-kali sampai 6-7 kali sehari. 

Herba-herba yang membantu mengurangkan bau badan:

Lavender:

  • Beberapa titisan minyak lavender yang dicampur ke dalam air mandian dan diamalkan setiap hari akan mengurangkan bau badan menghilang perlahan-lahan. Selain itu, boleh juga melembapkan tuala dengan air yang telah dicampur dengan minyak lavender dan dilap ke bahagian badan yang berpeluh yang mengeluarkan bau.

Rosemary:

  • Rosemary antara antibakteria semulajadi yang menjadi bahan utama dalam sesetengah deodoran. Keupayaan untuk membunuh bakteria menjadikan ia sangat efektif bagi menghalang bau badan.

Alfafa:

  • Alfafa terkenal sebagai tumbuhan berwarna hijau, kaya dengan klorofil serta mengandungi bahan yang boleh membunuh bakteria penyebab bau badan. Alfafa kebiasaannya dimakan untuk mendapat 1001 kebaikannya.


Bagi saya, paling senang makan alfafa untuk menyah bau yang tidak menyenangkan hidung sendri (dan hidung orang lain juga). Saya sudah mula mengamalkannya, setelah tau 1001 kebaikan alfafa serta melihat sendiri testimoni pengguna yang teruja dengan kesan superb hasil amalan makan alfafa.


Wow! Wanginya...rupa sehebat gaya. Dah tak ada bau badan! I like!


Kelebihan dan kebaikan Alfafa Complex:


*Selain untuk mengurangkan bau badan, alfafa juga dicadangkan untuk pelbagai masalah lain. Antaranya:
  • masalah resdung
  • menggalakkan pengeluaran susu
  • menurunkan berat badan
  • mengatasi masalah jerawat
  • melancarkan pembuangan air besar
  • mengurangkan keputihan 
  • memberi kepuasan maksima dalam hubungan intim suami isteri
Alfafa Complex Shaklee dengan 1001 kebaikan. 

Anda mahu nyah segera masalah bau?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

019-9598249 | tuankalsum[@]gmail.com

*********************************************************************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang (SID 840945). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju.
Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sihat-Lestari.

**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera.

Friday, November 23, 2012

Atasi sakit kepala tanpa ubat


Sakit kepala menyucuk-nyucuk sememangnya mengganggu tugasan harian.  Sekali kena rasa macam nak tidur, rehat dan tak mau buat apa-apa. Sakit kepala mengganggu prestasi (Ah macam iklan panadol la pulak).
Ada tak yang rasa nak cabut kepala ;p

Punca sakit kepala:

  • tidak cukup tidur
  • tidak cukup rehat
  • tekanan
  • kurang air dalam badan
Cara mengubati/atasi sakit kepala berdasarkan punca:
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Kalau tak cukup waktu, boleh cuba petua dan tips yang saya gunakan untuk ibu saya yang selalu mengadu "Sakit kepala mak".
  • Praktikkan pernafasan yang betul
  • Tingkatkan pengambilan minuman yang sihat - air kosong tanpa pewarna dan perasa tiruan.
Tips mengubati sakit kepala tanpa ubat yang pernah saya cuba untuk mak saya:
Saya bagi dia makan Ostematrix, B-Complex dan Vitamin C. Bagi di sini bermaksud, saya ambil botol Ostematrix, B-Complex dan Vitamin C yang tersimpan elok dalam peti, letak depan dia bersama segelas air. Kemudian tunggu dia telan satu-satu sampai habis. Ostematrix makan 4 biji, B-complex sebiji, vitamin C sebiji.  

Sebelum ni saya memang tinggalkan vitamin-vitamin berkenaan kat kampung. Bekalan untuk mak dan ayah makan. Maklumlah mereka dah tua, kurang tenaga, selalu sakit demam, sakit pinggang, susah membuang, macam-macam lah kan. Walaupun saya dah tinggalkan vitamin bersama pesanan dan panduan, bila check, tak luak pun. Patutlah masih mengadu macam-macam ;p

Jadi, anak-anak yang bekalkan ubatan/vitamin untuk mak ayah kena selalu check diorang ni. Manja terlebih ;p

Keesokannya, mak bangun dan sediakan sarapan seperti biasa. Tak ada lagi rungutan seperti semalam. Bila tanya mak dah ok ke?

Katanya, "Haaa, dah hilang  dah sakit kepala mak. Tak perlu pergi hospital ambil ubat dah la lepas ni,"

Dalam hati saya menjawab "Ye lah, orang dah pesan lama. Kalau sakit kepala ambik la Ostematrix, B-Complex dengan Vitamin C. Saja je tak nak dengar pesan orang,"

Kesimpulan cerita di atas ialah:
Dengar pesan anak.
Pengambilan vitamin yang tepat boleh membantu mengurangkan sakit kepala tanpa perlu bergantung pada ubatan. 

VITAMIN UNTUK SAKIT KEPALA/MIGRAIN
Inilah vitamin yang saya berikan untuk mak saya yang sakit kepala.

Selain dari 3 vitamin di atas, boleh juga ditambahkan dengan Performance Drink untuk mengekalkan hidrolit dalam tubuh. Kurang air merupakan salah satu punca sakit kepala/migrain menyerang. 

Jika kebiasaan kita mengambil minuman isotonik yang bergula, boleh cuba bertukar kepada minuman isotonik tak bergula yang lebih sihat untuk masalah anda.

Inilah rupa Performance Drink tu :)

MINUMAN ISOTONIK TANPA GULA

Selalu sakit kepala/migrain dan mahu mengelak makan ubat?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

019-9598249 | tuankalsum[@]gmail.com

************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang (SID 840945). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju.
Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sihat-Lestari.

************************************************************************
Mahu Jadi Ahli? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan.



Monday, November 12, 2012

Minyak Ikan terbaik untuk ibu hamil

Assalamualaikum..


Ibu hamil memerlukan lebih nutrien untuk kesihatan dirinya dan juga bayi. Oleh itu, selain dari zat besi untuk mengawal paras hemoglobin (HB), asid folik untuk perkembangan fetus, kalsium untuk pembentukan tulang, seorang ibu juga memerlukan minyak ikan atau nama saintifiknya Omega-3. Minyak ikan/Omega-3 membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak janin. Pasti ibu-ibu mahukan anaknya lahir cerdas dan pintar. Jadi, perkembangan awal otak bayi sangat-sangat kritikal.

Otak janin mula berkembang ketika kandungan berusia 6 bulan, waktu terbaik untuk si ibu memulakan pengambilan minyak ikan. Minyak ikan atau Omega-3 mudah didapati dalam bentuk makanan tambahan/supplemen di rak-rak farmasi. Namun, bagaimana memilih supplemen terbaik dari pelbagai jenama di rak farmasi?

Perkara utama yang perlu diteliti pada label ialah kandungan EPA dan DHA. Lebih baik jangan terpengaruh dengan jumlah kandungan minyak ikan kerana seringkali terjadi, ratio kandungan EPA dan DHA amat rendah berbanding kandungan keseluruhan.


Contoh perbandingan jumlah kandungan minyak ikan vs EPA dan DHA dalam beberapa produk terkenal di pasaran. Teliti label, anda akan lihat perbezaannya. Omega Guard Shaklee mempunyai lebih EPA dan DHA yang diperlukan untuk ibu dan bayi. 

OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee - minyak ikan terbaik untuk ibu dan bayi.

Tips pengguna bijak

1. Bandingkan harga keseluruhan dan kira harga sebiji/satu kapsul vitamin. Kadangkala pengguna merasakan produk A lebih murah tanpa menyedari produk A cuma ada 60 biji berbanding produk B yang ada 120 biji.

2. Bandingkan nilai vitamin tersebut dengan harga yang dibayar. Sebagai contoh, tujuan pengambilan Omega adalah untuk mendapatkan kebaikan EPA dan DHA, jadi kandungan EPA dan DHA haruslah pada tahap optimum setara dengan harga yang dibayar. Jangan terpedaya pada jumlah kandungan minyak ikan.

3. Buat bacaan dan research mengenai keperluan, kepentingan dan dos yang diperlukan sebelum membeli sebarang vitamin/makanan tambahan. 



Omega Guard Shaklee untuk ayah

Assalamualaikum..


Kali ini saya mahu bawakan kisah Omega. Bukan jam Omega, tapi Omega Guard Shaklee - sumber Omega-3 terbaik dalam bentuk supplemen.

Semua orang tahu, Omega-3 itu minyak ikan.Omega-3 adalah sumber DHA, EPA dan ALA. Sumber penting dalam pemeliharaan kesihatan sendi, tekanan darah, paras kolestrol dan mengurangkan risiko serangan jantung. Makanan yang kaya dengan Omega-3 ialah IKAN. Kalau tak suka makan ikan, memang rugi.

Berbalik pada kisah ayah dan Omega, sebenarnya ini cerita kawan saya. Tiba-tiba sahaja ayahnya bertanya:
"Omega ni untuk turunkan kolestrol ke?"

Adu kawan saya: "Aku tergamam tak tau nak jawab apa," boleh pula seorang anak genius begini tergamam dek soalan simple seperti itu.

"Kenapa?" hairan pula saya ditanya soalan sebegitu, manalah tau ada apa-apa yang buruk berlaku selepas 2-3 minggu yang lalu dia memesan Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet untuk sakit sendi ayahnya.

"Ayah aku kata, kolestrol dia turun dari 7.7 jadi 6.5".

Oh, berita baik rupanya. Selain untuk kesihatan sendi, Omega juga membantu mengembalikan paras kolestrol ke paras normal. 

Saya juga mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee dan Garlic tahun lepas selepas keputusan pemeriksaan darah menunjukkan bacaan kolestrol sedikit melebihi paras normal. Doktor menasihatkan supaya mengambil Omega-3 (minyak ikan) dan juga Garlic.

Cegah sebelum parah. Tak mahu tiba-tiba ada masalah lain pula. Hypertension ke, darah tinggi ke, sakit jantung ke. Muda-muda ni lah nak jaga kesihatan, supaya dah tua nanti hidup aman tak perlu berulang ke hospital. Jimat duit rawatan, jiwa pun tenang :)

Alhamdulillah, tahun ni bacaan kolestrol kembali normal.

Supplemen untuk menurunkan paras kolestrol


Gabungan Omega Guard dan Garlic untuk mengawal kolestrol.

Pengambilan Garlic sangat membantu untuk menurunkan tahap LDL sambil mengekalkan paras trigeliserin dengan pengambilan Omega Guard.

Supplemen untuk sakit sendi


 Omega Guard, selain untuk kolestrol, perkembangan otak dan memelihara kesihatan jantung, ia juga salah satu supplemen penting untuk kesihatan sendi. Gabungan Advanced Joint Health dan Ostematrix amat membantu meredakan dan melegakan sakit sendi. Ramai kawan-kawan saya dah beli untuk ibu ayah mereka. Alhamdulillah positif!

Sunday, November 4, 2012

Set Hamil Shaklee Atasi Morning Sickness

Ibu sihat, kandungan sihat. Ketika hamil, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrisi amat dititik beratkan. Bukan sahaja kerana nasihat doktor, tapi atas kesedaran ibu sendiri. (Kerana itu set hamil Shaklee merupakan antara set laris dalam senarai jualan saya :) ). Ibu hamil pasti mahukan dirinya sentiasa sihat, bertenaga dan semestinya mahukan yang terbaik untuk anak di kandungan.

Namun, sebagai wanita hamil yang berubah hormonnya, tidak sedikit ibu-ibu di luar sana yang mengalami 'morning sickness'. Setiap orang mengalami alahan/morning sickness yang unik. Unik kerana ada juga yang mengalami alahan pada sebelah petang atau malam. Dah jadi evening sickness/night sickness ;)

Set Hamil Shaklee Boleh Mengatasi Morning Sickness??

Pengambilan set hamil Shaklee mungkin membantu sekiranya ada antara ibu mengalami alahan ketika mengandung. Kenapa?

Kajian menunjukkan, setiap satu dari tiga wanita yang mengambil pyridoxine berjaya mengatasi morning sickness yang dialami.

Apa itu PYRIDOXINE?

Pyridoxine ini sebenarnya ialah salah satu komponen vitamin B, yang juga dikenali sebagai B6.

Sumber PYRIDOXINE:

Ayam, daging, telur, ikan.

Cara untuk mendapat kebaikan OPTIMUM dari PYRIDOXINE:

Optimum apabila diambil bersama asid folik (B9), Niacin (B3) and Cobalamin (B12).

Set hamil Shaklee terdiri daripada:
Set Hamil Shaklee atasi morning sickness


B-Complex, Ostematrix (Kalsium), Vitalea (Multivitamin + Multimineral), Vitamin C, Omega Guard (minyak ikan).


Vitamin mana satu yang membantu mengatasi morning sickness ni?
Oh, tadi saya dah bagitau pyridoxine adalah kumpulan B-Complex. Dah tentu-tentu lah B-Complex jawapannya. Hehe.

Secara ringkas kepentingan nutrisi yang dibekalkan oleh set vitamin Shaklee untuk ibu hamil ini:

Vitalea: Membekalkan multivitamin dan multimineral penting untuk aktiviti harian. Dengan Iron formula ia membantu meningkatkan hb dan mengatasi anemia di kalangan ibu. 

B-Complex: Mengandungi asid folik, antara nutrien terpenting yang wajib ibu hamil ambil. Kekurangan asid folik mengundang risiko keguguran dan juga spina bifida pada bayi.

Vitamin C: Mengoptimumkan penyerapan vitamin B dan vitamin/mineral lain. Ia juga membantu ibu menjaga kecantikan ketika hamil. Ibu hamil harus tetap tampil cantik dan segar, juga menjaga keanjalan kulit.

Ostematrix: Bekalan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat. Ia juga bagus untuk membantu ibu-ibu tidur lena di malam hari, mengatasi sakit pinggang, sakit belakang, kebas kaki. Juga membantu masalah sembelit pada ibu hamil.



Kebaikan Set Hamil Shaklee secara keseluruhannya: Membantu ibu kekal bertenaga, menjalani tempoh kehamilan dengan tenang dan positif, serta menyediakan diri untuk menyambut kelahiran bayi yang sihat.


NAK JAGA KESIHATAN SEMASA HAMIL?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...