Followers

Thursday, February 28, 2013

Berjaya Hamil Selepas 5 Tahun Mencuba, Alhamdulillah


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Kalimah syukur tak lepas dari bibir sejurus menerima berita gembira dari seorang pelanggan yang kini menjadi kenalan baik. Berjaya hamil selepas 5 tahun mencuba. Alhamdulillah! Syukur pada Mu Ya Allah.

"Yong, Alhamdulillah Kak N dh pregnant.."
Inilah SMS ringkas yang saya terima lewat petang kelmarin ketika beratur nak beli Nasi Lemak Pak Raja.

Saya selaku 'kawan' boleh rasa terharu, sendu dan sebak sekaligus. Apatah lagi empunya diri yang berdoa tanpa gagal agar diri diberi nikmat menjadi ibu. Gembira dan sayu bersatu, terasa kerdilnya diri. Besarnya kuasa Allah yang berkuasa memberi apa saja mengikut kehendaknya. Kun Fayakun. 

Kata-kata Ustaz Pahrol dalam perkongsiannya di IKIM bertajuk "Dinamika Doa" penghujung tahun 2012 kembali terngiang-ngiang di telinga. Katanya, doa itu makbul pada saat kita mula berusaha. Atau kata lainnya, doa kita makbul setelah kita berusaha. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika tidak berusaha untuk hamil, bagaimana mungkin nak dapat anak. Usaha, doa dan tawakal itu perlu seiring. Malah dalam berdoa, harus yakin dan harap 100%  pada Allah.

Kak N sudah berusaha lama. Saya ditemukan dengan beliau penghujung tahun lepas, 27 December 2012 secara tepatnya. Waktu itu, dia cuma bertanya tentang GLA Complex setelah membaca di beberapa blog tentang kebaikan GLA Complex untuk membantu kesuburan dan meningkatkan peluang hamil. Sembang-sembang set kesuburan berasaskan vitamin, Kak N akhirnya mengambil GLA Complex untuk dirinya, manakala B-Complex, Vitamin C, ESP dan Zink untuk dikongsi bersama suami. Selepas 2 bulan, Kak N berkongsi berita gembira ini, positif mengandung! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

*Kak N bukan sekadar beli untuk dirinya, tapi untuk sahabat dan kakaknya juga (laku habis set kesuburan yang saya jual gara-gara dia...hehe)

Kisah Kak N saya nukilkan agar menjadi inspirasi dan motivasi pada sahabat di luar sana yang masih berusaha keras untuk mengandung. Kuncinya di sini, jangan pernah berhenti berusaha, jangan pernah berhenti berdoa. Allah menilai usaha hambanya, dan Allah tak pernah mensia-siakan doa hambanya. Walau dalam keadaan paling sukar pun, Dia masih mampu mengabulkan doa kita. Cuma saja, waktu dan ketika terbaik Dia tentukan!


Jom doakan kandungan Kak N membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan...lagi 9 bulan!
(Bakal ibu ni dah datang ambil set hamil pula malam tadi)

* Set Kesuburan Shaklee hanya sebagai wasilah, yang memberi tetap Allah SWT.
*Nabi Allah Zakaria dikurniakan anak pada usia yang lewat. Begitu juga Nabi Ibrahim..kisah mereka tercatat dalam Al-Quran untuk ibrah seluruh umat. Kun Fayakun!


NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...