Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil
Ibu hamil dan ibu menyusu merupakan antara 2 kumpulan yang memerlukan nutrien tertinggi dalam senarai yang dikeluarkan oleh USRDA. Ia diperakui oleh pakar nutrisi di seluruh dunia. Ianya bersebab. Ibu hamil terutamanya, memerlukan nutrien dari vitamin dan mineral bukan sahaja untuk dirinya, lebih penting ia untuk bayi yang sedang dikandung.
Dalam memenuhi keperluan ini, ibu mengandung tidak terlepas dari memilih suplemen/vitamin untuk melengkapi jurang keperluan vitamin. Sama ada makan sahaja vitamin yang dibekalkan oleh klinik dan hospital atau mengambil inisiatif memilih sendiri vitamin lain yang berada di pasaran. Pastinya, dalam memilih ibu-ibu akan memilih yang terbaik. Terbaik untuk dirinya dan juga bayinya.
Panduan memilih vitamin terbaik untuk ibu hamil:
- Ketahui vitamin asas yang penting untuk setiap trimester
- Contohnya, asid folik (dan juga kesemua 8 vitamin B penting) amat perlu sejak awal kehamilan. Malah doktor mencadangkan ia diambil sebelum kehamilan kerana asid folik amat kritikal dalam perkembangan awal janin. oh ye, asid folik juga penting untuk mencegah keguguran!
- Jangan abaikan keperluan zat besi (iron) kerana kekurangan zat besi menjadi sebab utama masalah HB rendah di kalangan ibu mengandung. Lebih membimbangkan, ia mempunyai risiko pendarahan serius ketika kelahiran sekiranya tidak diatasi dari awal.
- Omega-3 atau minyak ikan, boleh dimulakan setelah menginjak ke trimester ketiga kerana pada usia kandungan 6 bulan, otak bayi mula terbentuk dan berkembang.
- Kalsium, samada jenis pil, atau diambil terus dengan minum susu. Pengambilan kalsium juga membantu elakkan derita sembelit pada ibu hamil dan baru bersalin.
- Multivitamin dan multimineral yang mengandungi kesemua vitamin dan mineral penting bagi keperluan harian tidak boleh diabaikan
- Dos yang diperlukan dan selamat
- Dapatkan informasi dos yang dicadangkan oleh pakar nutrisi, atau rujuklah gynae yang anda lawati. Contohnya, perlu diketahui asid folik yang perlu untuk ibu mengandung adalah 400-600mcg. Ia juga bukan semata-mata asid folik. Sebaiknya ambillah B-Complex lengkap kerana setiap satu komponen vitamin B saling bergantung antara satu sama lain. Kekurangan salah satu daripadanya menandakan anda juga kekurangan B yang lainnya.
- Bahan dan proses yang digunakan dalam penghasilan vitamin
- Cubalah sedaya mungkin untuk membuat kajian dan bacaan mengenai vitamin yang bakal diambil. Sebaiknya, pilihlah yang semulajadi dan melalui ujian kritikal agar kita yakin ia selamat untuk jangka pendek dan jangka panjang. Elakkan terpengaruh dengan iklan semata-mata.
- Cara pengambilan
- Pastikan juga cara pengambilan yang terbaik agar vitamin yang diambil bertindak secara optimum. Sesetengah orang akan minum susu sejurus selepas makan. Amalan ini sebenarnya merugikan kerana kalsium mengganggu serapan mineral dan juga zink! Sebaiknya amalan minum susu adalah di antara waktu makan (in between meal).
- Rujuk doktor bertauliah sebelum mengambil sebarang supplemen/ubat sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada para ibu. Vitamin pilihan kita, walaupun diiklan dalam pelbagai gaya tidak seharusnya mempengaruhi kita. Pilihlah dengan bijak. Pilih yang selamat, perlu, dan berkesan sahaja!
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya:
tuankalsum[@]gmail.com
0199598249
No comments:
Post a Comment