Followers

Wednesday, May 16, 2012

Sihat cara Rasulullah - catatan Rabiul Awal.


Sihat dan cantik ikut sunnah

12 Rabiulawal datang lagi. Hari kekasih. Kekasih Allah. Kekasih umat manusia. Selawat dan salam bergema serata alam. Dari kejadian manusia, hinggakan burung yang berterbangan. Dari hidupan hingga ke batu-batuan. Semua merindukan utusan terulung ini.

Setiap kata dan perbuatannya adalah sunnah.Yang merindukannya pasti akan melaksanakan sunnah. Menghidupkan dan mengimarahkan. Termasuk di dalamnya keperluan asas hidup – makan cara sihat. Menonton forum santai bersama Dr Haji Fadzilah Kamsah dan ahli-ahli kumpulan nasyid terkenal, Raihan, Rabbani, Hijjaz dan In Team di Astro Oasis menyegarkan kembali segala sunnah makan, sunnah untuk sihat, sunnah untuk cergas – fizikal dan mental.

Diterangkan, fizikal Rasulullah adalah tegap, sederhana, kuat dan sihat. Tidak gemuk. Perutnya tidak maju ke depan. Raut wajahnya, Subhanallah, sangat bersih, cantik dan penuh cahaya.

Cara diet Rasulullah adalah yang paling senang, menjimatkan dan terbukti berkesan. Pertama, Rasulullah cuma makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dalam sejarah hidup kita di Malaysia, mungkin sukar untuk kita bertemu orang yang mati kelaparan, sebaliknya ramai yang mati kekenyangan. Dengan pelbagai penyakit dek kerana terlebih makan – lebih gula, lebih lemak, lebih kalori. Maka, datanglah penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, strok dan sebagainya.

Rasulullah semasa kecilnya adalah pengembala kambing. Kambing menjadi makanan kegemaran baginda. Apa yang diwar-warkan oleh ‘kajian Barat’ kambing mempunyai kolestrol paling tinggi. Hakikatnya, dalam kajian terbaru, daging kambing adalah sumber protein terbaik, dengan tahap kolestrol paling rendah. Subhanallah. Susu kambing juga adalah susu yang baik.

Rasulullah makan dengan tangan. Rasanya, sunnah yang satu ini beserta hikmahnya diketahui ramai orang. Dalam tangan kita, terdapat 18 jenis enzim yang membantu dalam pencernaan makanan. Mengurangkan tekanan pada perut untuk bekerja keras. Selain itu, adalah menjadi sunnah baginda makan beramai-ramai di dalam talam. Hikmahnya, setiap orang, kandungan enzim di tangan adalah berbeza dari segi peratusannya,  maka perkongsian enzim lebih melengkapkan enzim yang ada untuk pencernaan lebih cemerlang!

Cantikkan sunnah? Jom ikut J





Monday, May 14, 2012

Cara Mengatasi Keputihan dengan Shaklee: Makan Alfafa!

Salah satu fungsi alfafa yang patut anda ambil tau untuk hal kewanitaan...ia membantu mengatasi keputihan. Ia berkesan pada mereka yang dah pernah mencubanya. Mungkin anda juga boleh cuba :)

Testimoni Julia, ambil alfafa untuk tambah susu badan. Kesan sampingannya, menghilangkan keputihan!

Testimoni pengguna tegar Shaklee sejak 13 tahun dahulu. Alfafa membantu mengatasi keputihan dan menambahkan keintiman bersama pasangan :)


Kata Norlida, Alfafa ni kacip fatimah cap Shaklee :)



Bagaimana rupa alfafa? Inilah botolnya. Ada botol kecik (330 biji) dan botol besar (700 biji). Maksimum boleh makan alfafa ni, 10 biji sehari.

Saya adalah pengedar Shaklee di Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, harga produk Shaklee, cara untuk menjana pendapatan melalui Shaklee boleh hubungi tuankalsum@gmail.com atau 019-9598249. Konsultansi percuma! Bimbingan untuk yang berminat menjadi ahli. oh ye, penghantaran tidak terhad kepada pelanggan di Pulau Pinang saja ye! Cover satu Malaysia :).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, May 13, 2012

Mengatasi keputihan untuk menjaga sah wuduk. Rawat dengan alfafa

Masalah keputihan biasa melanda wanita, tak kira peringkat umur. Mengatasi keputihan menjadi misi penting bagi wanita yang mementingkan kebersihan dan kesihatan tubuh. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan hal kewanitaan. Kes keputihan yang teruk biasanya menyebabkan kegatalan, menimbulkan bau kurang menyenangkan lantas mempengaruhi emosi dan tahap keyakinan diri seseorang.

Sebelum kita tengok cara mengatasi keputihan ini, jom lihat apa yang dimaksudkan dengan keputihan. Keputihan kebiasaannya adalah cecair putih kekuningan/kelabu yang keluar dari vagina. Ia bersifat kental/atau cair. 

Keputihan disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya faktor kebersihan pada kawasan kewanitaan yang tidak dijaga sempurna. Sebaiknya, ketika datang bulan, pad yang ditukar dengan kerap atau sekiranya memakai pantyliner, pastikan jam penggunaannya di pantau agar tidak terlalu lama.

Faktor tekanan juga menyumbang ke arah masalah keputihan. Jadi, salah satu cara yang baik untuk mengatasi keputihan adalah mengamalkan gaya dan catra hidup sihat, banyakkan pengisian rohani, sentiasa berfikiran positif, cari jalan untuk atasi tekanan, berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang-orang dipercayai, serta elakkan tekanan dari mendekati kita. Hidup bebas tekanan membolehkan kita terasa lebih bebas, dan banyak membantu meningkatkan kualiti kesihatan diri. Percaya atau tidak, kualiti kesihatan berkadar langsung dengan tekanan.

Selain penjagaan fizikal, suka saya berkongsi cara mengatasi keputihan dengan produk yang sesuai.
Sepanjang terlibat dalam makanan tambahan untuk kesihatan ni, pemerhatian saya dari perkongsian rakan-rakan mendapati, alfafa yang menjadi top produk tambah susu juga sangat membantu dalam masalah wanita. Termasuk antaranya adalah mengatasi keputihan.

Makan alfafa secara konsisten mengikut dos yang disarankan diharapkan dapat membantu lebih ramai wanita, remaja dan ibu-ibu yang berusaha mengatasi keputihan yang dialami. Moga-moga, perkongsian ini  membantu.

Sejauh mana pentingnya mengatasi segera masalah keputihan dalam bab ibadah?
Salah satu sebab terbatalnya wudhuk adalah dengan keluarnya keputihan....Mungkin kita tidak sedar perkara ini...Batal wudhuk, tidak sah lah solatnya. Nauzubillah.

Saya adalah pengedar Shaklee di Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, harga produk Shaklee, cara untuk menjana pendapatan melalui Shaklee boleh hubungi tuankalsum@gmail.com atau 019-9598249. Konsultansi percuma! Bimbingan untuk yang berminat menjadi ahli. oh ye, penghantaran tidak terhad kepada pelanggan di Pulau Pinang saja ye! Cover satu Malaysia :).


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...