Followers

Thursday, December 27, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat dengan Vitamin E



Jerawat sangat digeruni, ditakuti dan dibenci. Seboleh mungkin, ia cuba dielakkan sebelum ia keluar. Jerawat mencacatkan penampilan, mengurangkan keyakinan dan menambahkan tekanan pada si penderita. Pelbagai cara dan petua dicuba untuk menghilangkan jerawat di muka. Moga-moga kulit kembali berseri, cantik semulajadi. Tak perlu tempek bedak dan kosmetik tebal dan mahal-mahal lagi - yang sebenarnya membuatkan jerawat bertambah teruk.

Vitamin E Menghilangkan Jerawat ke?

Vitamin E adalah nutrien penting yang bertindak sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum waktu dan juga kanser. Selain itu, berita baik untuk gadis-gadis dan jejaka-jejaka di luar sana, ia juga boleh merawat jerawat sedia ada, mengurangkan kesan parut dan mencegah tumbuhnya jerawat baru.

*Vitamin E sesuai untuk lelaki dan wanita

Cara Terbaik Menggunakan Vitamin E Untuk Menghilangkan Jerawat

Vitamin E boleh diguna secara luaran atau dimakan untuk memulihkan kesihatan dari dalam. Paling baik tentulah apabila dimakan. Ia merawat secara alami, perlahan namun teratur. Apabila nutrien Vitamin E ini mencukupi dalam badan, ia menghalang minyak terperangkap dalam pori-pori yang menyebabkan mudahnya bakteria membiak lantas menyuburkan jerawat.

Selain dimakan, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan minyak vitamin boleh disapu pada radang/inflamasi/jerawat. Insyaallah ianya akan perlahan-lahan surut. Jika vitamin E terlalu pekat dan likat, boleh tambahkan beberapa titik minyak zaitun untuk mendapat tekstur lebih ringan :)

Tips Memilih Vitamin E Terbaik

Tiba masa memilih, harus diingat yang terbaik adalah yang semulajadi supaya diserap secara optimum oleh badan. Sekiranya membeli supplemen dari farmasi, kenalpasti vitamin semulajadi atau sintetik melalui labelnya:
  • vitamin semulajadi dilabel sebagai d-alpha tocopherol. Vitamin sintetik dilabel dl-alpha tocopherol. Beza pada 'l'.
  • Vitamin E diserap secara optimum apabila diambil bersama Selenium.

Vitamin E Shaklee memenuhi kedua ciri ini.

Vitamin E Complex Shaklee, diperhebat dengan ekstrak biji anggur menjadikan ia vitamin E terbaik di pasaran.

TAK SABAR NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN VITAMIN E?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

4 comments:

  1. Saya confius lah. Vitamin C atau E yang patut makan untuk muka yang jenis berjerawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis,
      untuk kulit muka berjerawat, best combination Vit C + Vit E + B Complex + ESP.

      Minimumly ambil Vit C + Vit E + B Complex.

      Artikel ini bertujuan menerangkan kepentingan vitamin E untuk menghilangkan jerawat. Maklumlah sekarang kan fenomena vitamin C. semua dok cari vitamin C je tanpa menyedari keseimbangan nutrien antara vit C, Vit E dan Bcomplex dalam merawat jerawat dari dalam.

      :)


      Delete
  2. Sya Rasa minyak vitamin e Ni mmg bagus untuk parut jerawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbukti akmal :)
      Jerawat kecut dan parut pudar, kulit makin cantik n glowing :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...