Assalamualaikum..
Ibu hamil memerlukan lebih nutrien untuk kesihatan dirinya dan juga bayi. Oleh itu, selain dari zat besi untuk mengawal paras hemoglobin (HB), asid folik untuk perkembangan fetus, kalsium untuk pembentukan tulang, seorang ibu juga memerlukan minyak ikan atau nama saintifiknya Omega-3. Minyak ikan/Omega-3 membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak janin. Pasti ibu-ibu mahukan anaknya lahir cerdas dan pintar. Jadi, perkembangan awal otak bayi sangat-sangat kritikal.
Otak janin mula berkembang ketika kandungan berusia 6 bulan, waktu terbaik untuk si ibu memulakan pengambilan minyak ikan. Minyak ikan atau Omega-3 mudah didapati dalam bentuk makanan tambahan/supplemen di rak-rak farmasi. Namun, bagaimana memilih supplemen terbaik dari pelbagai jenama di rak farmasi?
Perkara utama yang perlu diteliti pada label ialah kandungan EPA dan DHA. Lebih baik jangan terpengaruh dengan jumlah kandungan minyak ikan kerana seringkali terjadi, ratio kandungan EPA dan DHA amat rendah berbanding kandungan keseluruhan.
Contoh perbandingan jumlah kandungan minyak ikan vs EPA dan DHA dalam beberapa produk terkenal di pasaran. Teliti label, anda akan lihat perbezaannya. Omega Guard Shaklee mempunyai lebih EPA dan DHA yang diperlukan untuk ibu dan bayi.
Omega Guard Shaklee - minyak ikan terbaik untuk ibu dan bayi.
Tips pengguna bijak
1. Bandingkan harga keseluruhan dan kira harga sebiji/satu kapsul vitamin. Kadangkala pengguna merasakan produk A lebih murah tanpa menyedari produk A cuma ada 60 biji berbanding produk B yang ada 120 biji.
2. Bandingkan nilai vitamin tersebut dengan harga yang dibayar. Sebagai contoh, tujuan pengambilan Omega adalah untuk mendapatkan kebaikan EPA dan DHA, jadi kandungan EPA dan DHA haruslah pada tahap optimum setara dengan harga yang dibayar. Jangan terpedaya pada jumlah kandungan minyak ikan.
3. Buat bacaan dan research mengenai keperluan, kepentingan dan dos yang diperlukan sebelum membeli sebarang vitamin/makanan tambahan.
No comments:
Post a Comment