Bismillahirrahmanirrahim.
Air. Air. Air. Siti Hajar berulang alik dari Bukit safa ke Bukit Marwah mencari air untuk anakandanya Ismail yang masih kecil. Si kecil sedang menangis dahaga. Luluhnya hati ibu mendengar raungan bayi tercinta. Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Beliau berlari di antara dua bukit dengan penuh pengharapan agar sumber air ditemui. Alhamdulillah, dengan kuasa Ilahi, yang mengatakan "Kun", maka terpancarlah mata air dari bawah telapak kaki Nabi Ismail. Dari sebesar
Air, keperluan asas terpenting dalam kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama seminggu namun cuma mampu bertahan selama 3 hari tanpa air. (betulkan fakta ni?)
Komponen utama badan manusia juga adalah air, yang meliputi 70% dari berat keseluruhan. Air berfungsi sebagai bendalir yang mengangkut oksigen/nutrien dalam badan dan juga sebagai penstabil suhu. Kesan kekurangan air boleh dilihat dengan mudah. Badan akan rasa lesu, lemah, bibir kering, ulser, pening, kulit kering, suhu badan meningkat dan sebagainya.
Jadi, sekiranya badan rasa lemah, kering, pening-pening, sila semak jadual minum anda. Ini pengalaman sendiri. Badan rasa lesu dan rasa pening-pening. Maka, daku berjalan menuju in-house clinic dengan harapan dapat lah cuti dan merehatkan diri di rumah nanti. Bila disuruh doktor supaya nganga menayangkan gigi, daku nganga sepenuh hati. rupanya, perkara pertama yang doktor check adalah warna lidah. Ternyata, lidahku ada warna putih-putih, tanda kurang air. Jadi, doktor nasihatkan minum air banyak-banyak (doktor membebel sebenarnya sebab dah bawak invalid case masuk bilik dia). Putuslah harapan nak dapat MC. Sejak itu, kalau setakat rasa pening-pening yang badan rasa melayang-layang akibat kurang minum, memang tak ada harapan nak mintak MC lah.
Lagi satu kejadian, muncul ulser yang teruk di pinggir bibir. (bukan tebu di tepi bibir). Ia berlarutan hamoir seminggu. kawanku kata kurang vitamin. Hakikatnya, aku cuma minum 3 gelas air sejak 2 hari yang lalu. Jadi, bukan sebab kurang vitamin. Vitamin tak dapat diagihkan ke seluruh badan kerana agen pengangkutnya tak ada. Ni kes macam tak cukup kakitangan untuk bekerja maka aktiviti harian jadi tergendala.
Berdasarkan kejadian-kejadian di atas, silalah ambil pengajaran ye kawan-kawan. Minum air secukupnya. Tanpa air yang cukup, tak ada maknanya anda makan makanan terbaik yang paling mahal untuk jaga kesihatan. Sama juga jika anda makan Shaklee yang dijamin baik dan berkesan ini. Mula-mula, ada yang pening-pening, sampai demam pun ada. Nasihat paling utama, jika mengalami kes macam ni. Minum air! Minum air! Minum air.
Jadi, minum air ye :). Jangan lupa baca bismillah dan niatkan untuk dapat kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab harian dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment