Pisang lagi. Hehe. Nak habiskan 2-3 biji lagi pisang baki buat roti bakar. Kali ni buat minuman pula. Tiba-tiba saja datang idea nak buat banana mealshake.
Bahan-bahan:
Sebiji pisang masak ranum
Susu segar
Sesudu mealshake (ikut kesesuaian selera)
Cara:
Masukkan semua dalam blender dan kisar sampai lumat.
Hidangkan dalam gelas kesukaan. Rasanya macam aiskrim. Kalau buat pekat boleh dibekukan, jadi aiskrim pisang.
Ini juga salah satu resepi bagi ibu-ibu yang bersungguh-sungguh beli Mealshake untuk anak-anak. Sayang pulak kalau anak tak makan kerana tak suka bau vanilla yang sedap tu. Banana mealshake ni tak ada bau vanilla pun.
Selain untuk diminum di bulan Syaaban ini, sangat sesuai untuk resepi minuman di bulan Ramadhan! Terutama untuk dihidangkan pada anak-anak yang baru belajar berpuasa. Ganjaran yang sedap untuk orang berpuasa. Sihat dan berkhasiat.
Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment