Pisang lemak manis. Itu gelaran orang kampung saya di Kelantan. Tapi bahasa buku orang panggil pisang emas kot. Kecil, lemak dan manis.
Selain di makan mentah, makan macam snek, resepi pisang yang paling popular adalah cekodok. Dalam bahasa kampung saya, 'jjepuk'.
Minggu lepas, saya terliur tengok seorang kawan menunjuk-nunjuk pisang bakar di apit dua keping roti yang disapu peanut butter. Nampak sangat sedap!
Dek kerana tergoda, bersungguh-sungguh saya cari pisang di pasar. Alhamdulillah jumpa, walau pada asalnya nak cari pisang 'julai berangan' tapi tak ada. Ambiklah juga pisang yang ada.
Balik je, terus belah pisang, bakar atas non-stick pan, sapu peanut butter pada roti dan kepitkan roti. Bakar lagi roti tu atas non-stick pan yang sama. Biar dia rangup sikit.
Inilah hasilnya:
Roti bakar berinti peanut butter dan pisang bakar istimewa! Resepi baru untuk makan pagi.
No comments:
Post a Comment