Followers

Tuesday, July 31, 2012

Cara Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tanpa kosmetik

Alat kosmetik/mekap terkenal dan mahal, banyak mendominasi iklan-iklan di televisyen. Ianya menyamarkan jerawat yang baru tumbuh, juga parut-parut jerawat yang masih berbekas. Pendek kata, ia melindungi kulit tak cantik, menampakkan ia seolah-olah sangat cantik dan sempurna. Walhal, hakikat sebenar hanya empunya badan yang tau. Kerana itu, perbezaan ketara akan terlihat sekiranya seseorang menunjukkan wajah sebenar tanpa mekap. Ah!!! Jerawat, kulit kusam, kulit berbelak, tona tidak sekata dan sebagainya.

Kosmetik/mekap mungkin berkesan untuk menutup cela kulit buat seketika. Namun, setiap orang pasti mengimpikan muka bermekap itu adalah muka sebenar. Jimat sikit kos beli mekap kan? Kalau lah jerawat itu boleh diracun, sah-sah dah kena racun. Dan kalaulah bekas jerawat itu boleh ditonyoh dengan kertas pasir, mungkin itu juga akan dilakukan untuk menghilangkannya. Hehe. 

Jom lihat faktor penyebab tumbuhnya jerawat dan cara menghilangkannya.

Faktor Tumbuhnya Jerawat:

  • Pencemaran dari persekitaran yang merosakkan kulit. Maklum saja, sekarang ini dunia tak sama seperti 20 tahun dulu. Asap dan debu merata-rata. Tengok saja kereta. Baru cuci 2-3 hari, dah berhabuk.
  • Ketidakstabilan hormon. Kebanyakannya berlaku pada remaja. Jerawat tumbuh dengan banyak di zaman peralihan, dan beransur hilang setelah mencapai umur matang (tua?).
  • Faktor tekanan. Dalam keadaan tertekan, mudah untuk kita mengabaikan pemakanan yang seimbang, rehat yang mencukupi dan beriadah. Sedangkan semua itu perlu untuk tubuh kekal cergas dan sihat. Apabila tumbuh jerawat, makin tertekan jadinya.
  • Kebersihan tubuh badan diabaikan.
Ok, setelah tahu penyebab, bolehlah kita mula mencegah dan merawat. Mencegah tumbuhnya jerawat dan merawat bekas jerawat yang disebabkan pencemaran, hormon, tekanan dan kebersihan itu tadi. 

Dalam keadaan ini, masalah diatas boleh di atasi dengan nutrisi yang sesuai.

Vitamin yang sesuai untuk masalah jerawat :

  • Antioksidan: Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A menghapuskan radikal bebas dari pencemaran persekitaran.
  • Hormon: Hormon yang perlu dibetulkan ialah prostaglandin. Untuk itu, asid gamma linolenik (GLA) amat diperlukan. GLA juga dikenali dengan nama Omega-6. Kajian menunjukkan asid lemak (Omega-3 dan Omega-6) membantu permukaan kulit yang licin dan tegang, menghalang/mengurangkan kesan radang kulit spt ekzema dan psoriasis dan memperlahankan kadar penuaan kulit.
  • Tekanan: Pengambilan makanan tinggi vitamin B-complex (mengandungi kesemua 8 vitamin B penting) mampu mengurangkan kadar tekanan dan membolehkan seseorang kekal gembira dalam keadaan yang tertekan.
  • Memulihara sel kulit lama dan membentuk sel kulit baru yang sihat: Protien adalah asas kepada sel. Kekurangan protien dapat dilihat pada tekstur dan warna kulit seseorang - kusam dan tidak bermaya. Jadi, untuk kulit bermaya dan berseri, pastikan pengambilan protien yang lengkap, seimbang dan terbaik sahaja.
  • Kebersihan -- rajin-rajin la cuci muka. Paling afdhal, ambil wudhuk dan niatkan untuk kekal dalam wudhuk :).


Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, Vitamin E, B-complex, GLA Complex, Energy Soy Protien


Seterusnya: Kulit Tegang, sihat, cantik, muda ~ (next entri Insyaallah)

Kombinasi terbaik untuk kulit anjal dan muda: Vitamin C dan kolagen asli

6 comments:

  1. vit e,vit b complex n vit c brapa ye?ada best price x

    ReplyDelete
  2. Kyra, boleh PM saya untuk dapat best price :)
    019-9598249/tuankalsum@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam Diana, Sori baru perasan komen awak.
      Vit C, Vit E dan ESP harga retail RM391. Nak dapat harga istimewa sempena promosi ESP bulan Oktober ni,boleh SMS 0199598249. [Stok terhad]

      Delete
  4. Salam Diana, Sori baru perasan komen awak.
    Vit C, Vit E dan ESP harga retail RM391. Nak dapat harga istimewa sempena promosi ESP bulan Oktober ni,boleh SMS 0199598249. [Stok terhad]

    ReplyDelete
  5. ia trlalu mhal bg remaja y msih brsekolah mcm sy...nk bli tpi mhal sgt..bleh kurngkn hrga x...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...