Followers

Tuesday, February 10, 2015

Cara Bijak Pikat Suami Yang Gila Sukan

Jadi isteri kepada suami yang ada 'kegilaan' tertentu kadang kala boleh buat isteri jadi gila. Gila sukan tu masih boleh diterima. Cuma, bila si dia selalu habiskan masa di gym, di padang futsal, di trek marathon atau di kedai mamak menonton perlawanan bola dengan kawan-kawan, eh rasa macam sesuatu la pulak. Rasa macam, bila dia ni nak spend masa bersama? Asyik layan minat dia je. Kita kat rumah siang malam tak dipandangnya. Jadi, acara memikat suami mesti bermula sebelum dia pergi lebih jauh.

 

Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Pertama

Fahami minat suami.

Maksudnya, faham apa yang seronoknya minat itu. Nak rasa seronok kenalah faham. Eh, apa ni?
Gini, kalau nak rasa seronok menonton bola, kena ambil tau pasal permainan bola tu dulu. Pemain ada berapa orang, cara kira kalah menang macam mana (jangan asal sorak je bila bola masuk gol padahal team lawan yang skor), juga istilah-istilah berkaitan.. Contohnya, "offside" tu apa dia? Pemain berada di sebalik referee kah? Yang ni study sendiri. Lagi, selepas tau pasal bola, kena tau pemain dan pasukan kegemaran dia. Sekali sekala boleh bagi hadiah jersey atau lagi gempak bagi tiket pergi stadium tengok pasukan kegilaan dia tu. Mahu tak cinta separuh mati kat bini bila boleh tengok live Liverpool ke, MU ke, Chelsea ke kan?


Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Kedua

Beri Galakan, Bukan Halangan

Anda tahu insersia (inertia)? Keadaan di mana daya tahan lebih tinggi bila ada halangan yang berlawanan arah. Maksudnya dalam kes melayan minat suami ni, lagi kuat kita tegah, lagi kuat minat dia tu. Tak makan saman. Cara suami tangani suami macam ni, kita suruh instead of larang. Hehe. Layan minat dia, Bagi galakan. Contohnya, bila tengok dia moyok je kat rumah tu sebab terpaksa tinggalkan latihan futsal sebab dah cedera, tolong dia carikan cara untuk sembuh. Orang yang dah selalu main ni bila terpaksa redha terperuk di rumah, haihhhh kecewanya rasa. Tapi, bila isteri yang mengaku cinta sibukkan diri untuk memulihkan dia, pasti akhirnya dia berterima kasih.

Ini kisah benar suami yang mula-mula jual mahal tak nak ikut nasihat isteri. Akhirnya akur....dan sangat gembira dengan hasilnya. Dulu dia terpaksa berhenti main, malah hampir lumpuh. Sekarang ni tak henti-henti main sambil senyum sebab dah sembuh. Yang dapat pujian, ISTERI juga :)



Ada masalah yang sama macam lelaki ini, dan mahu tahu detail produk yang disebutnya boleh hubungi Yong 019 959 8249. Konsultansi percuma ye. Kalau kontek sekarang (Februari 2015), ada harga istimewa.


Cara Pikat Suami Gila Sukan: Langkah Ketiga

Buat Bersama!

Ahha...mesti tak terfikir kan? Rupanya suami suka kalau ada peneman. Lebih-lebih lagi kalau isteri. Tengok bola bersama, sorak bersama (tapi kena sorak team dia lah kan).
Kalau jenis yang suka masuk acara marathon, mulakan dengan sorak dia dari tepi jalan. Kemudian, boleh cuba-cuba lari bersama. Bawa anak sertai sama. Ia boleh jadi aktiviti keluarga. Aktiviti yang sangat sihat untuk tubuh sebenarnya. Dalam masa yang sama menyihatkan hubungan suami isteri, juga anak dan ibu bapa.
 
Saya tengok sendiri bagaimana gembiranya seorang suami, tiap kali dia masuk marathon, isterinya yang cantik tu mesti ada menemani. Sebelum acara isteri dah siapkan bekal yang sepatutnya, beri sokongan moral, mendoakan kejayaan suami, dan anak-anak pun jadi pom-pom girl kat tepi. Jeles pun ada tengok diorang ni.
 
Sekarang ni, si isteri dan anak-anak pun dah berjinak-jinak join marathon sekali. Tak boleh jadi keluarga haji Sidek, jadi macam keluarga ni pun dah besar rahmat. Ada masa bersama, ada wawasan yang sama. Sihat sejahtera. Saksikan sendiri kisah bagaimana Lydzar boleh terjebak dan ikut suami bermarathon, yang buatkan dia jadi ratu di hati suami :)



Jangan tak tahu Lydzar tengah berbadan dua sekarang ni. Boleh ikut tips beliau kalau nak pikat suami ketika mengnadung ;). Nak cergas macam Lydzar dan cuba produk yang disebutnya, hubungi Yong 019 959 8249. Konsultansi percuma ye. Kalau kontek sekarang (Februari 2015), ada harga istimewa.

Semoga kegilaan suami pada sukan jadi sebab eratnya hubungan suami isteri. Yang penting, isteri yang bijak harus tahu cara meladeni :)


Nak Cergas, Hilangkan Sakit sendi yang Menghantui
 
********************************************************************
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...