Followers

Friday, March 18, 2011

Lempeng bermadu - pancake honey

lempeng bermadu - pancake honey
 
Santai hari Jumaat menunggu detik-detik hujung minggu :).
Esok boleh masak sarapan sendiri. Plan untuk esok:
Dalam bahasa kampungnya, buat pancake atau bahasa standardnya, lempeng. 
 
Cara-cara: 
Masukkan tepung, 2 biji telur, oat, susu segar. Kacau hingga adunan sebati. Kalau terlebih cair, tambahlah tepung sikit lagi :).
Kemudian panaskan kuali,  seeloknya gunakan kuali tak melekat (non-stick pan) supaya kita tak perlu gunakan minyak.
Agak-agak kuali dah panas, sendukkan acuan ke dalam kuali. Bentukkan bulat-bulat kecil.
Tunggu agak-agak lempeng dah kekuningan, balikkan supaya masak di kedua-dua belah.
 
Setelah masak, angkat dan hidangkan dalam piring, curahkan madu sebagai perisa.
 
*Oat boleh menyerap kolestrol, agak-agak tak kisah dengan kolestrol boleh gantikan oat dengan kelapa parut. Sedap! 
 
Fakta tentang madu:
Sesudu kecil madu sudah cukup untuk membekalkan kalori yang diperlukan oleh tubuh untuk sehari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...