Followers

Monday, August 18, 2014

Kenapa Setelah Melahirkan Badan Jadi Gemuk



Masalah biasa wanita lepas bersalin, berat badan naik. Ukuran badan bertambah saiz. Dari saiz S jadi M, boleh cecah L juga XL. Untunglah wanita yang berat cepat turun berat dan berjaya kekalkan berat dan bentuk badan macam anak dara walau dah bersalin 3-4 kali. 

Biasanya, wanita yang menyusukan anak cepat mengalami penyusutan berat dan inci. Lebih banyak kalori terbakar, lebih cepat dapat balik berat sebelum hamil. Menyusu menggunakan 500 kalori! (cepat susukan anak kalau nak kurus). Tapi....ada tapinya. Susut berat dengan cepat ketika pantang tak menjamin akan slim selamanya. Selepas putus susu, badan cepat naik kalau tak betul-betul jaga selera makan dan perkara lain yang berkaitan dengan kegemukan. 

Beberapa pemerhatian terhadap ibu-ibu ini:

Kenapa Gemuk Selepas Bersalin dan Punya Anak?

1. Salah satu pemerhatian terhadap ibu-ibu yang mengalami masalah ini...mereka tak makan dengan sempurna. Maksudnya, tak sempat nak makan secara 'proper'. Baru makan 3-4 suap, anak nangis. Nak kunyah 44 kali memang tak sempat. Kerana itu, ibu-ibu selalu makan cepat-cepat. Tak sempat kunyah dah telan. Kalau dah begitu keadaannya, bayangkan apa yang berlaku pada proses pencernaan dan kesannya secara keseluruhan.

2. Ibu-ibu biasa skip makan. Dalam keadaan kalut mengurus keluarga, biasanya diri sendiri yang terabai. Makan pun ala kadar, lebih sedih skip makan sebab nak kejar kerja lain pula. Amalan mengabaikan waktu makan mempunyai kesan besar terhadap kadar metabolisme badan. Metabolisme terganggu, kalori tak dibakar sempurna...akibatnya, ibu jadi gemuk tanpa rela. Hanya kerana berkorban tak makan.

3. Tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Berapa ramai ibu yang hadir ke pejabat dengan mata comel macam panda? Anak demam, anak tidur lambat, ibu yang kena berjaga sampai pagi. Badan jadi penat. Metabolisme badan sekali lagi terganggu. Dan...risiko kegemukan juga bermula untuk ibu.

Apa nak buat untuk kurangkan risiko Gemuk Lepas Bersalin?


  1. Bincang dengan suami. Dapatkan kerjasama untuk sama-sama menguruskan hal kerja rumah dan jaga anak. Kerja sama-sama, penat sama-sama, sihat sama-sama :)
  2. Hati-hati dengan pattern pemakanan selepas bersalin. Pastikan makan ikut aturan, jangan sekali-kali skip makan, sama ada sebab nak kurus atau sebab nak siapkan kerja lain. Makan dulu. 
  3. Makanlah dengan tenang. Kalau mak nak makan, bagi ayah jaga anak. Baik untuk pencernaan, baik untuk kesihatan emosi dan juga jasmani.
  4. Tingkatkan kesihatan diri dan keluarga. Dapatkan supplemen tambahan untuk tambah tenaga. Biar lebih cergas dan bertenaga nak uruskan rumahtangga. Lagi bertenaga, lagi tangkas dan cepat siapkan kerja kan? :)

Semoga semua ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi ganjaran yang seadilnya. Selamat berbakti pada keluarga.







1 comment:

  1. Memang badan naik gile masa lepas bersalin...huhu.. kena usaha & makan supplement juga kan sis.. hehe... (lama tak kesini).. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...