GLA complex (Asid Linolenik Gama) merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang menjadi tunjang untuk penghasilan prostaglandin. Prostaglandin adalah sekumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pelbagai proses fisiologi tubuh terutama kepada wanita. Salah satu daripadanya adalah untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid, terutama ketika permulaan haid kerana sebahagian besar wanita mengalami PMS dan senggugut teruk.
Senggugut biasanya terjadi pada remaja dan wanita yang belum berkahwin. Kebanyakan masalah senggugut akan beransur hilang setelah berkahwin dan melahirkan anak. Kesakitan senggugut mungkin disebabkan kehadiran endometriasis yang jarang disedari tanpa pemeriksaan terperinci dari doktor. Ye lah, kebanyakan kita mengambil mudah masalah senggugut dan cuma bertahan dengan mengambil pil penahan sakit ketika datang bulan. Menurut penerangan doktor yang merawat masalah endometriasis (cyst), senggugut akan beransur hilang setelah berkahwin kerana cyst ini tidak lagi mendapat hormon yang diperlukan setiap bulan untuk membesar. -- hormon orang kahwin lebih stabil -- kahwin la cepat-cepat.
Saya sendiri mengalami senggugut teruk bermula ketika belasan tahun. Penyebabnya tidak diketahui. Tiap kali berjumpa doktor, cuma ubat penahan sakit yang dibekalkan. Tetapi, untuk meneruskan pengambilan ubat tiap kali diserang senggugut bukanlah keputusan yang bijak kerana setiap ubat ini akan mendatangkan kesan buruk di kemudian hari. Oleh itu, saya pernah mencuba beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan ini. Mana boleh tahan, tiap kali datang bulan, sakitnya hingga terasa kejang di perut. Lebih parah, seluruh tubuh pucat lesi serta langsung tak bermaya. Maka tiap kali itu juga saya akan skip kelas, dan sekarang, terpaksa ambil cuti sakit setelah bekerja.
Dulu-dulu, saya cuba makan ubat tradisional dari seorang makcik yang sangat rapat dengan keluarga. Kesannya tak begitu terasa - not much different. Kemudian, saya cuba minum minuman spirulina (yang ni saya lupa brand apa). ketika ini, ALhamdulillah, sakitnya berkurangan. Saya mendapat bekalan dari kawan sekampung jugak. Namun setelah beberapa ketika, kawan saya tu dah berhenti menjadi ahli, maka saya pun terputus bekalan. Setelah itu, saya cuba spirulina dalam bentuk tablet dari brand lain. Namun, tak ada sebarang perubahan. Sebotol spirulina ni tak dapat dihabiskan (tak tahan baunya).
Selain supplement dan ubat-ubatan di atas, seorang kawan berketurunan India memberi petua ini:
Makan telur separuh masak sebelum haid bermula kena peka dengan kitaran. Alhamdulillah, petua ini membantu walau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia tidak seteruk selalu.
Kemudian, setelah mula mengamalkan supplement Shaklee sejak setahun yang lalu, saya tertarik mencuba GLA Complex setelah melihat testimoni kawan-kawan seShaklee yang mencuba pada diri sendiri dan pelanggan mereka. Ada yang mengatakan kitaran haid makin teratur, senang nak merancang kehamilan, kulit lebih cantik dan bersih, jeragat mula pudar, kulit mula bersinar, hati mula senang dan keyakinan mula terserlah.
Maka, sebulan yang lalu, saya mula mengambil GLA Complex. Hasilnya, wahhhhhhh best sangat. Rasa sangat selesa tanpa PMS (biasanya akan sakit-sakit belakang dan pinggang seminggu sebelum). Tiada lagi senggugut! Itu yang paling best. Seminggu ABC, asyik nak senyum je dengan pengalaman indah ni. Hehehe. Akhirnya kujumpai jua penyelesaiannya. Alhamdulillah.
Selain masalah PMS dan senggugut, saya juga perasan, sekarang ni dah boleh mula makan seafood - udang, sotong, etc. Sebelum ni ada rasa gatal-gatal dan akan timbul kuping-kuping ekzema selepas makan udang dan sotong. Sejak mengamalkan GLA, saya dah boleh makan char kuew teow dengan udang yang banyak dan kerang.
Mahu tahu lebih lanjut mengenai produk ini? Boleh call/SMS 019-9598249. Atau emelkan kepada tuankalsum[at]gmail.com.
Semoga anda juga jumpa penyelesaiannya.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Ya, GLA shaklee memang terbaik
ReplyDelete